Sunday, 13 January 2013

Tangkap basah! Apa tu?

Waktu kecik kecik kan aku suka sangat been surrounded by adult, orang dewasa. Tak kisah group makcik makcik pun ioll layan. Tahu kenapa, sebab aku suka dengar cerita orang dewasa nie. Bukan  busybody apa pun tapi sebab gua rasa nak feeling layan macam mana life orang dewasa nie. Kuikui. Sejak kecik lagi aku memang seorang yang observer and loyal listener. Hoiii nampak tak betapa korang boleh rely on me, bukan setakat nak share love story nak share resipi masakan pun gua layan. Tapi kecik kecik dulu ada few things yang aku buat dan aku akan gelak macam orang gila mengamuk bila teringat.

Aku rasa gambar nie lucu maka aku letak disini, tapi gambar tiada kaitan dengan isi kandungan entry T__T



Dulu dulu kan bila dengar kisah orang kena tangkap khalwat atau lebih kampung kena tangkap basah terus aku tertanya macam mana pulak tu kena tangkap basah. Aku terbayang diorang kat bawah pokok lepas tu ada orang jirus air dalam dua tiga baldi lepas tu waktu tengah basah tu mereka ditangkap. Haaa camtu lah. Hahaha bila teringat balik aku rasa bodoh jugak aku kecik dulu, kecik jelah dah besar nie cerdik dah. Huahua

Satu lagi selalu orang bercerita pasal pokok duit duit, aku nie jenis yang kalau orang bercerita pasal duit terus excited bagai monyet mendapat bunga. Satu hari tu cousin aku yang dah dewasa lah dia cakap kalau kau tanam duit dalam tanah besar besar nanti pokok tu akan keluar duit ganti daun. Aku pun terus lah excited gila la weyy. Terus ambil duit 50 sen (duit 50sen waktu tu ibarat 2ringgit sekarang besar wey nilai) terus korek korek tanah dan tanam. Hari hari lepas balik sekolah gua siram tempat gua tanam syiling tu, then satu hari umi tanya apasal siram tanah tu, aku dengan confident nya jawab kakak tanam duit dalam nie siram lah suruh cepat besar dan subur, nanti dia berdaun duit banyak banyak boleh simpan di bank dapat tabung rusa. Yahooooo. Besar besar nie malu aku nak cerita benda nie dekat adik adik aku. Hahaha

Yang nie aku rasa semua orang pun ada pengalaman macam aku, bila tengok orang dalam tv terus tanya umi aku, umi macam mana kakak nak masuk dalam tv tu jugak. Selalu aku imagine tv yang kecik tu dapat muat ramai orang dalam tu. Macam mana eh. Pelik jugak. Lama lama dah besar sikit umur 5 tahun macam tu gua dah reveal muslihat tu. Ecehhh mana boleh bodoh lama lama. Haha. Tapi aku tahu budak sekarang cerdik cepat.

Korang mesti nak share jugak kan kisah waktu waktu tengah berhingus dulu. Kuikui


Saturday, 12 January 2013

Wedding Preparation

Currently wanRafiq and I are planning to tie the knot InsyaAllah with Allah will it will be held on June or this coming eid Fitri. Don't know which one suit our time best sebab dia belajar di sana and only come back here in mid of June so kena tengok dulu jadual budak budak sekolah acaner. Kalau tak cuti sekolah waktu tu terpaksa lah postpone to August bersamaan dengan waktu raya. Kalau boleh aku memang nak elak kahwin waktu raya, jalan jamm orang busy dengan itu ini. Malas. Preparation boleh cakap baru 20% selebihnya memang tak lagi since nak tunggu kerja dan aku sendiri pun malas lagi nak berlebih.

Dress by Nurita Harith gua berkenan untuk buat akad nikah. Simple jugakkk


Cakap soal kahwin memang senang, a lot easier than doing. Banyak wey serius banyak benda nak kena settle. Aku pun baru tahu hasil survey tanya kawan kawan tanya cousin tengok blog b2b. Perghhh ghupe ghupe nya ramai yang senasib dengan gua. Soal borang kahwin letak tepi since HIV test valid only three months so kita buat dekat dekat tarikh nak kahwin lah senang buat sekaligus dengan borang lain, cepat settle dan tak bagi aku headache. Aku jenis clumsy sikit dan choosy banyak so susah lah nak decide nak pelamin jenis mana, baju design mana, color apa. Senang kalau  tengok tengok je terus aku book haaa I want that. Chances aku nak tukar fikiran memang rendah kalau tak 2 jam sekali aku tukar design baju dengan pelamin.

Setakat ini semua preparation wanRafiq serahkan pada aku dia disana mampu guide macam tu jelah, aku nak white wall dais (pelamin) kalau boleh simple pun tak apa sebab dalam fikiran nak color baju warna itu warna ini. Kalau pelamin dah pakai empat color, ditambah aku dengan color yang lain macam a bit contra dan tak kena. Itu bahagian pelamin dah sebulan fikir. Ini bahagian wedding attire tak tahu nak tempah dimana, kalau ikut bajet dua sewa dua tempah. Tempah untuk solemnization and reception. Yang sewa pun aku minta wedding planner tu buat baju baru untuk aku dan wanRafiq (InsyaAllah kalau masih dalam bajet). Itu pun aku belum decide lagi dengan designer nak warna dan design baju macam mana.

Ini pilihan mini pelamin untuk akad nikah nanti, simple yet classy


Aku berkenan untuk bersanding tu pakai songket dan hari tu aku memang fall in love 100% dengan songket design by Syaiful Bahrim for Matten & Nona's wedding. Dia buat peplum songket. Tapi ikut kata Rizalman tak silap kalau boleh buat lah baju kahwin yang timeless. Maksudnya sentiasa ikut peredaran zaman. Haiiii poning eden weyy. Kan best kalau jadi retiss semua benda serah pada wedding planner yang kita tahu pergi fitting baju, pilih pilih tema mana nak, sediakan duit berkepuk kepuk, taraaa done. Muncul je pada hari kahwin. Oh indahnya.


Wednesday, 9 January 2013

Tips memakai peplum

I am just browsing Friendly Fashion for fun and surpghise surpghise ( gaya lisa sughihani) nothing caught my eyes. Isy isy geleng kepala, I don't feel like grab anything. Nie yang aku terus sentap bila ada duit barang yang berkenan tak ada, bila tak ada duit barang yang berkenan berlambak lambak show off kan diri mereka. Apa kes tu.

As usual before writing an entry I am always checking for Nuffnang's keywords, apa yang tengah hit hari tu apa yang tak so look at the keywords oh peplum is still bang bang in the fashion world. Almost everyday akan ada keywords peplum sampai di belog milik perempuan yang clumsy dan suka cakap kasar kasar walaupun muka lembut amat ( okay maaf kalau muntah, muntah jin best katanya Shiro). Peplum walaupun tengah hit tengah ramai peminat tengah ramai orang beratur berebut nak beli hingga Padieka buka order balik untuk fistail peplum tak sampai 10 minit terus banyak sold out tapi tak semua orang sesuai untuk bergaya dengan peplum. Alamak gua bercakap kalah fashion designer.


Terjatuh hati pulakkkk untuk raikan cinta nanti. Kuikui

Pertama sekali bagi ladies yang mempunyai potongan badan berpinggul besar like ioll elakkan memakai peplum di atas paras bontot untuk mengelakkan bontot anda kelihatan triple besar. Labuh labuh kan best, boleh hide bontot besar sambil nampak sopan. Auuuuww. Then kalau yang berperut buncit ( ibu mengandung saya minta maaf ye tak cakap dekat awak nie) harus pakai peplum yang potongannya tidak di paras bawah pinggang maksudnya potongan kembang tu harus berada tengah tengah  pinggang bawah sikit pada dada untuk cover tummy yang buncit ( sila pakai fellina). Dan lagi best buat potongan kembang tu jenis flowy dan tak pleated.

Kalau jenis bentuk badan hour glass macam aku, digalakkan pakai peplum yang berada di paras bawah bontot dan berada di tengah tengah peha. Kalau pakai skirt okay lah boleh lah bawah bontot sikit, tapi kalau pakai jeans memang harus tengah tengah peha. Sebab nak cover yang mana besar kita tutup tutup sikit. Kuikui. Kan peplum hanya sesuai pakai dengan skinny jeans atau pencil jeans jadi skinny tu dah lah dia jenis kecik kemain kalau pakai peplum yang labuh labuh dapat lah cover sikit lemak lemak. heeeee :P

Haaaa bab material pun penting. Kalau tak nak nampak gems ke lems ke harus pakai material yang tebal macam cotton tebal, takpun silk satin ke, elakkan pakai lycra. Lycra memang akan buat lemak lemak korang terjojol keluar kegembiraan show off diri mereka. Nak ke macam tu, lebih lebih lemak bahagian belakang badan. Tapi kalau jenis yang sekeping sekeding lycra memang kena lah dengan diorang.



p/s : Oprah Winfrey said A well placed peplum can hide a thicker middle.




G.I.R.L.S



We girls memang macam tu, part yang look in the fridge 10 times without eating anything always happened to me. Haha. Serious aku rasa bersalah gila bila makan, tu sekarang penyakit malas makan melekat dalam DNA aku. Satu lagi we girls kalau bergaduh selalu nak menang je. Bila pakwe buat salah terus marah marah dengan dia, kalau dia minta maaf pun just say hurmmm okay marah lagi tu. Kalau turn kami buat salah, mengada lah minta maaf macam macam tapi pakwe terus takpe takpe let it go I dah tak marah u dah. Hahaha.

Anything to share or add girls ? Boys pun boleh hasil observation korang terhadap makwe korang.

Tuesday, 8 January 2013

Diamoney Jewellery

Busy sungguh saya dua tiga hari nie, permulaan 2013 memang hectic sungguh. Ingat nak naik kan page rank belog tapi tulah bila dah busy macam nie, nak update belog pun susah apatah lagi nak jenguk jenguk say haiii belog sehari hari. Susah wey. This is the last night story tapi sebab baru dapat peluang nak update tak basi lagi masih boleh dibaca. Kelmarim seharian aku lepak dengan umi di KB, mula mula pergi cari kain dapat tempahan 20 helai untuk custom made baju kurung/mini kurung. Lepas tu masuk kedai hiasan pengantin saja je lah kan kita survey survey tarikh raikan cinta lambat lagi. Tapi yelah ioll terkinja excited.

Penutup hari semalam aku dan umi ke KB Mall saja lah cuci mata lepas tu cuci wallet lepas tu isi perut. Aku jenis manusia kalau boleh berjimba memang makan ditolak tepi terus seharian tak makan pun segar bugar lagi aku jajah serata shopping complex. Perempuan je ada benda macam nie. Lepas dah shopping sikit sikit umi nak ke Diamoney di ground floor KB Mall untuk cuci cincin yang di beli disana beberapa bulan lepas, biasalah cincin platinum macam tu memang kena cuci selalu. Aku beli di Lazo dulu warna dia masih kekal tak luntur pun tapi yang nie cepat sikit luntur. Dah macam cincin beli pasar malam. Cleaning services tu takes time jugak lah, so aku dan umi round round tempat sekitar dulu sambil tunggu siap cincin tu dicuci.




After 10-15 minutes I guess, aku pergi balik ke booth tu nak ambil cincin korang tahu tak apa yang salesgirl tu kata, boleh pulak dia jawab dia tak tahu dia letak kat mana cincin tu. In easier word she has lost the ring!! For god sake, dia buat muka selamba je bagi tahu aku cincin tu dah hilang dan senangnya dia cakap bagi masa dia tiga hari untuk dia cari balik cincin tu atau pun dia akan ganti balik cincin tu dengan duit. Erk. Aku bukan tak nak duit tapi kalau dia bagi duit dia nak bagi sikit je lagipun cincin tu dah lama pakai sayang lah kan. Yang silap nya aku, dia tak buat resit atau apa apa note pasal cincin tu di cuci disitu. Maksudnya aku tak ada sebarang bukti yang nak bagitahu aku dah cuci cincin tu disitu dan dia telah hilangkan.

Sekarang nie aku bagi masa sampa lusa je dekat perempuan tu, kalau tak aku minta balik duit harga cincin tu. Bayang kan mula mula dia nak bayar rm100 tapi tadi aku call bagitahu nak bayar harga rm50 je dengan alasan aku dah pakai cincin tu. What the heck girl, it's not important how long I have used that ring the important is its my ring that you have lost it. Please la. Next time fikir sikit jangan nak buat jalan pintas je macam tu. Sumpah aku rasa nak tampar je muka perempuan tu.





Sunday, 6 January 2013

Pramugari Air Asia hot

I'm really sorry, this blog looks sangat tak terurus sekarang dengan comments yang tak di balas dengan entry yang berhabuk lama nya, maybe some people yang baru je visit blog aku thought that the owner of this blog is no longer exist. Maaf bukan tak berminat mahupun tiada idea, idea kemain kau banyak rasa nak share je dengan korang jual murah murah 5 idea barter dengan 100unique view. Amacam mau? Hukhuk.

I just came back from KL yesterday, thought that I could at least write an entry today but I was super duper bussssy trying to adapt with the new situation. Dua bulan uolls i rehat dari buat sebarang housechores everything is under umi's control bangun pagi umi dah siap kan brunch since di rumah no one is having breakfast, rumah dah siap kemas, vakum, mop lantai, baju berlipat. Aku hanya tahu makan, membebel itu ini, online, tidur bangun tidur makan lagi. Heaven. So bila umi dah mula kerja balik makanya semua house chores tu atas bahu aku as usual lah. Balik balik tu eh dah kena masuk dapur, eh rumah berhabuk kena vakum, eh lantai dah dua hari tak mop, eh baju tak berlipat lagi. Urus itu ini eh eh eh almost 24hours went away. Nampak tak bebelan biasa je tu dah boleh buat satu paragraph. Blogger perempuan je ada bakat macam nie. Hahaha.

Since its been quit long aku tak update apa apa so I guess ramai orang berminat nak tahu kisah aku. Biasa ah retis. Hahaha. Selasa lepas aku naik flight ke KL biasa lah aku penyokong setia Air Asia (pasal tambang murah sebenarnya) naik waktu malam and I was alone memang menikmati pemandangan malam sungguh sungguh lah. Cantik gila aku cakap sama kau naik flight malam malam pandang ke tingkap sambil lagu Yuna yang menang AJL semalam tu as background. Sebelum nie bukan tak pernah naik flight malam malam tapi sebab selalu berteman dengan family so memang tak ada nya aku dapat nikmati masa masa macam tu. Spoilnya malam tu steward dan stewardess tak berapa cantik dan handsome. Hikhik.



Oh ini jugak kali pertama aku travel dengan flight Air Asia dan stewardess nya pakai jeans dan baju korporat tu. Nie memang dah lama ke macam tu eh. Nak kena tanya Jna lah untuk pencerahan pasal dia kerja dengan Air Asia.Waktu balik ke Kelantan stewardess memang cun cun gila, aku yang dah tinggi nie di paras bahu je. Alahaiiii.  Hari tu kan uolls waktu balik hari sabtu lah, gua terserempak dengan vokalis kumpulan Sheila On 7 yang hangat dulu dulu waktu ioll tengah form2 form 3 macam  lah. Tapi memang aku jenis tak terkinja nak tegur artis so buat bodoh sebenarnya sebab aku dah lupa nama dia apa. Huahua. Takkan lah tiba tiba nak tegur like, eh I am your big big fan but sorry what is your name actually forgot already. Muaahhaha. No way

Selalu aku cakap dengan adik aku, kalau naik flight aku paling suka bila pilot tu bawak kita jalan jalan pusing pusing airport dulu lepas tu dia berhenti kejap, then terus tekan minyak laju gilos Ferrari pun kalah dalam cerita Tamil je hero mampu panjat plane tengah laju macam tu. Aku paling suka part tu. Bila pilot tekan minyak kuat kuat. Best wa cakap sama lu. Nie memang harus eh? Kena tanya dengan wan pasal dia bakal pilot.Tapi part paling tak best bila dah syok terbang tinggi tinggi sampai pucuk awan tu terus pilot drop plane laju laju, oh mak kau jantung aku ibarat di luar uolls. Part nie aku memang cepat cepat ambil minyak angin sapu di kepala, pasal aku jenis cepat mabuk. Karang nak pergi honeymoon jauh jauh takleh ah, selamat duit poket wanRafiq. Huahua.

Oh bagi yang bertanya pasal interview, Alhamdulilah it went well, a wayyyy well than I thought. Aku dah ibarat sakit jantung pasal jantung berdegup dengan kadar tidak berpatutan dalam sesaat. Thanks for everyone who pray for me. Keputusan memang tak tahu lagi, InsyaAllah in next two weeks.

Till then, night uolls.

Friday, 4 January 2013

Do I need a title?

haaaaaiiiiiiiiii, rindunya korang. Terasa hiype bila hampir 4 hari dah tak menaip disini. sefdaya upaya aku cuba kurangkan typo sebab aku taip guna tab dan hurufnya maha kecil dan nie first time aku taip entry guna benda alah nie.

Bukan sengaja nak berdiam diri sebenarnya banyak benda yang aku nak share tapi itulah aku busy kalah perdana menteri. Aku sekarang kat KL dah tiga hari melepak disini, rumah cousin mintak belas ihsan cousin teman aku ke tempat interview. Kesian cousin awal awal tahun baru dah terpaksa ponteng kerja, kuikui takpe lah kalau i dapat kerja i belanja u makan ye. hiks. Lepas interview terus pergi shopping haiii heaven gila shopping di keye ell nie, nasib baik interview tu untuk branch Kelantan kalau di KL lebih lebih lagi menara bank islam tu terletak di golden triangle memang car nahas lah. Kiri kanan syurga membelu belah. ohhhhhh indahnya.

Hari nie teman anak sulung cousin aku pergi kindergarten. Semua ada gelagat masing masing. Nasib baik, along nie jenis cool. Tak nangis pun, masuk class terus duduk tempat dia tapi satu hal jugak bila dia jenis cepat adapt dengan orang mahupun new environment nie. Terus ada geng nak buat kecoh jenuh cikgu Normah larang. Qayim tangan kat bawah, Qayim jangan main dengan pencil case, Qayim awak alih tempat duduk. haha. Lepas tu ada sorang budak perempuan nie nangis nangis bila sampai di kindy siap bergantung di kaki ayah dia lagi, terus gua ingat waktu gua kecik kecik mana ada nangis macam tu sebab pagi aku
pergi sekolah aku tidur balik pukul 12 aku tidur lagi. Haha. Aku kan boss, tadika datuk aku yang punya, memang macam tu lah gayanya.




Besok dah nak balik. sobs. Rindunya dengan umi. Harap gua tak sesat lah di lcct, fist time travel sorang diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...