Wednesday, 26 February 2014

Shimmer Halfmoon Shawl

Salam haii,

Rasa macam blog nie dah jadi medium perantaraan untuk aku buat bisnes pulak. Tapi takpelah as long as mencari rezeki yang halal. Heeee nak merapu meraban macam zaman dulu kala pun dah tak reti jadi nya guna la blog sebagai tempat nak cari rezeki pulak ye dop.

Previous entry hari tu aku promote pasal wideshawl plain, Alhamdulillah ramai yang email pasal shawl tu malah ramai jugak yang minat beli borong. Rezeki rezeki. Terima kasih pada semua customers tersayang. Itulah orang kata walaupun kita jual benda yang sama dengan orang lain, tak ada signature items pun tapi dah namanya rezeki. Orang pilih nak beli dengan kita jugak kan. Kuasa Allah.

Jadi malam nie aku nak up entry pasal shimmery plain halfmoon shawl. Ahaks. Ini yang terbaru dari ladang. Aku baru mula nak ambil stock. Bukan nak gebang ke apa, tapi kualiti kain is to die for. Memang bagus. Sebab aku nie jenis yang aku pakai dulu aku yang rasa dulu baru aku ambil stock jual. Aha.



See the glitter material on the shawl tak glitter sangat macam glitter shawl yang korang selalu jumpa tu. Dan yang penting bila korang pakai tu tak rasa pun macam jadi focal point orang ramai pasal tudung korang yang lip lap macam lampu lip lap bulan puasa. Yang ini the glittery is just nice. Sesuai untuk ke kuliah, ofis atau nak berjalan jalan di shopping complex dengan pakwe time weekend tu. Sebab tu aku namakan nya SHIMMER HALFMOON SHAWL. 

Jap ea tuan tanah tunjuk gambar tuan tanah pakai pulak, baru korang nak caya kan. Haaaa jap eh jap eh. Nak upload.  

Haaaaa nampak tak, trust my word. Memang tak meriah liplap pun. Dan yang penting saiz besar boleh cover your chest. Hehe

Jadi apa tunggu lagi, cakap banyak tak gunaaa lah kan. Interested?  Boleh capai ( read : reach me) aku di gmail afidatulain@gmail.com atau nak senang stalk instagram aku plainandpride. Nanti kat sana kita borak panjang lebar lagi ye. 

Till then goodnight lovelies.  




Friday, 17 January 2014

Plain Wide Shawl murah murah je

Salam,

Weekend nie buat apa? Banyak ke aktiviti. Kita macam biasalah sejak sejak kerja nie jadi pemalas yang amat nak keluar rumah hujung minggu. Rasa nak tidur nak bangun pagi Ahad tu terus. Haha melampau betul aku. Nasib baik laki takde kat sini.

Sekarang nie kan trend hijabi pakai wide shawl yang macam macam design. Ada plain ada corak bunga ada corak rama rama ada corak leopard nak ranggi lagi corak skull. Tak kisah asal ditutup aurat tu.

Kita pun sama jatuh cinta dengan wide shawl nie pasalnya jenis senang nak bentuk macam kalau si laki atau boipreng tengah tunggu nak ajak pi dating dan tak nak kasi derang membebel macam mak nenek haaa terus pakai yang nie. Zup zap zup zap done! ! Yippie yippie.

Satu lagi buat kita jatuh hati ialah dengan kelebaran size shawl nie. Bukan jenis yang biasa2 tapi lebarrrrr dia mampu untuk cover dada kita.

             

Ehem jadi untuk siapa siapa yang minat dengan wide shawl nie boleh la contact kita. Hehe kita jual. Amboiii kemain kan mukadimah kita nak pikat customers  hikhik.


Price : RM15 exclude postage ( get free postage for 2 pcs)
Material : Cotton Viscose
Measurement : 1.8M x 1.0M

Berminat boleh contact kita di : afidatulain@gmail.com

Till then have a great weekend loveliest

Wednesday, 15 January 2014

tuan tanah dah kembali yeayyy

Salam ehemmm haiii

Mai goat lama nya tak update belog, heeee tuan tanah minta maaf. Oh rasa awkward nak menulis macam dah lama gila tak mencurahkan idea di ladang gandum. Adehhh sampaikan idea yang berguni ni dibiar biar terus jadi beku. Tak jadi ah nak update. Nanti idea dah basi.

Actually kita update nie ada benda nak bagitahu awak awak sekalian. Eh tak tak not what you are thinking.  Wrong. Tettt. Kita tak pregnant lagi tau, pasal kita LDR ( cinta jarak jauh jauh beribu batu) sobss, k k sambung story. Ritu kan kita macam nak try other thing la sesaja je klik link ini ini. Macam ramai je yang minat, macam ramai je yang suka benda tu.

Yelah pasal duit semua orang suka. Tak giteww. Then Iolls click and you know what. Within 2 days I managed to get usd100. Cer convert to myr dah dapat berapa tu. Lepas buat beli lipstick MAC candy yum yum. Hiks. Tapi yang problem nya kita kena dapat at least usd300 baru lah dapat nak cash out. Harap la seminggu cukup usd300. Boleh le iolls buat bayar yuran kereta bulan depan. Ngeh ngeh.

Dan satu lagi yang korang harus tahu, benda nie tak perlu apa apa modal. Cuma korang kena sign up as a member then buat semua task yang disuruh. As simple as ABC.

Till then goodnight lovelies.

Eh eh sesaje tuan tanah nak share gambar agak lama tuan tanah tak tepek gambar disini. Ehem berat dah naik 7kg untuk 5 bulan berkahwin. Bagus lah. Hahaha






Thursday, 5 September 2013

Beauty inside and outside

Haiiii oh lama gila tak tekan tekan keyboard demi nak tulis esei panjang kemain macam waktu Spm dulu. Sorry sebenarnya ada je masa nak update belog tapi sekarang rasa belog is not my priority.  Rasa nak spend time banyak banyak dengan suami before he flies. Hikhik

Here the things I want to share something with u guys. Aku pasti semua orang tak kira la perempuan mahu pun lelaki, yang dah sedia cantik atau yang baru nak cantik, yang gelap atau yang kulit putih macam telur dikupas, I am 100% sure.

Cantik dengan cara sihat dan selamat. Its my principle. Tak nak la pakai produk yang entah apa apa, yang diragui kelulusan nya.
Kalau kita tengok, produk kecantikan dah terlalu overloaded dalam pasaran serakang. Untuk kulit putih, gebu, tak ada jerawat, jeragat. Semua kita boleh dapat. Dan boleh tengok kesan dalam hanya beberapa hari. Tapi pernah tak kita terfikir tentang keselamatan produk yang kita guna tu terhadap kulit kita? Kesan kesan yang akan kita alami untuk jangka masa panjang? Sebab tu kita tak boleh semudah mudah cuba segala jenis produk kecantikan.
Barang semulajadi adalah yang paling terbaik. Contohnya bila kita makan sayur sayuran atau buah buahan segar. Vitamin semula jadi memang terbukti selamat kan? Tapi yakin ke takde racun racun dan 100% khasiat? Susah jugak tu.
Banyak produk saya dah cuba untuk dapat kulit muka yang sihat. Dan bila kawan saya kenalkan dengan ESP Soy Protein, saya mulanya ragu-ragu. Jadi saya cuba ambil trial set. Saya bawa trial set ni pergi umrah. Dan apa yang best, semasa di mekah kulit tak kering sangat!
ESP merupakan serbuk protein yang dihasilkan daripada kacang soya baka tulen, atau dalam bahasa saings dikenali sbg Non-GMO (Non genetically modified organism)
Apa faedah ESP?
Faedah ESP mmg banyak. Antaranya:

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.


4. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

5. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
So, macam mana? Best tak? Kalau nak cuba trial pack, boleh terus whataspp ke nombor 012 5565658 (Wawa, SID:987997)

Wednesday, 19 June 2013

20062013

Ya Allah lama sungguh aku tak singgah sini. Rindu toksah bilang lah. Banyak sangat sangat.

Kawan besok aku dah nak nikah. Sobs. Kalau tanya apa aku rasa aku rasa gembira tapi dalam masa sama sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin ini rasa yang semua bakal pengantin akan alami.

Esok aku harap majlis berjalan lancar dan sesempurna mungkin. Aku nervous nie. Besok akad nikah sabtu nie majlis sabtu depan majlis belah laki.

Pada semua yang baca post nie, yang kenal aku dan paling utama yang free datang la ke majlis. Ikhlas. Walaupun aku tak kenal korang tapi korang dekat dihati aku.

Maaf lah aku dah makin kekok menulis mungkin pasal dah lama sangat tinggal bidang nie kena asah balik la lepas nikah nanti. Dulu bukan malas tapi aku malas nak on laptop dan selepas dikerobek handphone baru aku tahu oh camnie nak tulis blog through hp. Maaf gua jakun.


Thursday, 14 March 2013

Love Affair

Dah 2 minggu kan ke tiga minggu tarikh last post aku? Keskes. Maaf la teman, busy tu biasa je lah dah nama pun kerja. Tapi aku masih tak reti nak adapt badan dengan bangun pagi pagi balik lewat malam siap siap semua on laptop update blog. Masih tak reti. Nanti lah aku rasa dua tiga minggu lagi reti lah aku manipulate otak aku nie haa.



Sekarang nie kerja baru aku tahu macam mana nak bina hubungan baik antara sesama manusia. Auwww bukan bermaksud selama nie aku jenis buat musuh je dengan semua orang, tak. Tapi aku jenis susah nak cipta persahabatan. Jenis yang kena kenal orang tu tilik muka dia lama lama sembang sembang dulu haaa baru masuk line. Camtu lah. Sejak kerja pun baru tahu baru kenal cerita cerita jenis love affair sesama pekerja. Keskes. Gua tak termasuk lah. Cerita orang lain.

Suka jugak camtu, tengok duduk satu branch keluar lunch sama sama balik kerja sama sama. Auwww. Rasa macam dulu dulu waktu study. Pergi kelas dengan bf, balik kelas dengan bf, pergi rehat dengan bf, pergi revision dengan bf. A to Z semua bf. Kawan ke laut. Hahaha. Dulu dulu kita cerita benda waktu tengah bodoh. Bila dah besar besar nie tengok orang besar bercinta nie lain sangat. Matang. Tak ada lah kes nak jealous kalau bf nie rapat dengan pekerja perempuan lepas tu pergi serang si pekerja tu. Tak ada dah macam tu. Pasal semua semua pun dah besar, dah cerdik.

Bila dah couple nie bagitahu nak settle down kita pun yang terlebih lebih excited nak sambut hari bahagia mereka. Memang sumpah best. Mata pun bercahaya je, lahaiii lahaiiii kenapa wanRafiq duduk jauh jauh. Nie yang jealous nie. Keskes.

p/s : Ahad nie ke KL sobssss kena hadir kursus asas :(

Friday, 1 March 2013

Novel Thingy

Aku memang hantu novel, hantu sangatssss. Dulu waktu study rela abaikan buku pelajaran demi mentelaah novels yang tersusun indah. Tu pasal aku tak pandai sangat waktu belajar dulu nasib je baik cepat dapat kerja. keskes. Tapi sekarang aku dapat rasakan kualiti novel yang ada di market tak seperti kualiti novel novel terbitan dulu. Sekarang nie nak cari novel yang bagus bermutu hebat dan unggul kemain susah ibarat mencari gula dalam bekas garam. Camtu lah.




Antara ciri ciri novel Melayu sekarang yang memang aku baca dua tiga muka surat terus lempar ke bawah katil adalah jenis yang nama tak nak glamour lagi. Umur lebih kurang sebaya dengan aku, 24 tapi nama Tengku Marilyn Marcella binti Tengku Shamrein Asyraff. Hamboiiiiii. Tahun 1989 ke bawah tu ada ke orang letak anak nama kemain hebat. Kalau darah diraja tak kisah lah nie orang biasa biasa. Ceittt. Yang jenis mix blood nie pun buat aku hangin. Bapak dia ada mix Perancis and Jepun, mak dia Chinese Muslim plus Sharifah, moyang dia German dengan Arab. Umur 23 drive BMW X5,  kawan bagi upah ringgit Malaysia sejuta untuk langsaikan tugas pikat seorang lelaki. Kawan tu umur sebaya. Alamak memang aku rasa aku tengah terapung hidup di awan. Mampus lah kalau novel angan angan nak tinggi semua.

Memang aku tahu novel nie nak kisah indah indah tapi sepatutnya selitkan jugak realiti hidup kita. Hidup nie tak semua indah, tak ada atas seorang manusia tu perfect dari head to toes. Tak ada. Dia cantik, pandai, kaya, budi bahasa tinggi, mata kelabu, hidung mancung, kulit bersih. Khayal je lebih penulis macam nie. Belajar main main tapi still dapat four flats every semester. Akhir sekali aku ambil novel tu buang dalam tong sampah, menyampah ah baca. Menyampah gila gila. Tapi nak cakap semua penulis macam tu tak kena lah, ada jugak penulis yang aku masih setia nak baca karya diorang sampai sekarang. Ibarat kata kalau dia publish novel baru terkinja aku pergi beli.

Itu yang buat lately since 3,4 tahun nie aku mula kumpul english novel. Lagi kena dengan cara aku. Tepat dengan realiti hidup, mentang heroin semua nak perfect. English novel tak. Heroin pun masih ada flaws.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...