Tuesday 31 July 2012

Tentang Rasa : 1

Bercinta memang memenatkan. Yang pernah bercinta, terluka lalu kembali mencinta sahaja tahu bagaimana penat cinta itu. Cinta itu ibarat perjudian, kita tidak tahu apa nasib cinta kita di masa hadapan sama ada ia akan menang, kalah mati atau cinta itu akan berlangsung dalam win-win situation. 
Kata orang cinta itu memedihkan,
Kata orang cinta itu memeritkan,

Tapi,
Kata aku cinta itu mengenyangkan,
Kata aku cinta itu mendatangkan damai di hati,

Kalau cinta itu tidak sedemikian, jadi harus bagaimanakah lagi cinta itu? *tepuk dada tanya hati. Pernah aku tersungkur, jatuh rebah kerana cinta. Aku rasa dia yang terbaik buat aku. Sedangkan pada hakikatnya pada mata-mata memandang dia tidak punya apa-apa. Dia hanyalah dia. Tapi bagi aku dia adalah segalanya. Sehinggalah satu hakikat yang datang menyedarkan aku betapa cinta itu memerlukan sandaran. Sandaran yang digelar sebagai blessing from parents.

Lalu aku bangun berlari mendongak ke hadapan. Meminta pada Yang Satu andai jodoh tiada lagi, hapuskan rasa dihati. Alhamdulilah semua yang baik teratur dihadapan. Lama aku menyendiri, berteman dengan kaum sejantina. Tidak ingin merasa nikmatnya cinta itu lagi. Lantas dengan rendah diri aku meminta pada Allah, andai jodoh aku berdekatan andai ada yang terbaik untuk aku, Kau rapatkan lah jodoh itu, Kau kuatkan lah rasa itu. 

Cinta mungkin boleh terjadi dengan sekelip mata, cinta mungkin boleh terjadi di antara kawan yang sudah berteman sejak hingusan. Cinta amat complicated.Berkenalan di muka buku bak kata Najwa Latiff, kami kenal 6 bulan berkisah itu ini, bercerita bagai tiada hari esok sehinggalah kami rasa ada sesuatu bermukim di jiwa. Yes, aku tahu apakah rasa itu. Aku kenal yang amat. Itu cinta.

Sekali lagi aku terjun ke lembah cinta, menguji nasib diri apakah derita menanti atau pun sinar bahagia menyuluh. Setahun setengah status facebook in relationship, kami bahagia. Long distance relationship langsung tidak menganggu gugat hubungan ini, bertemu sekadar beberapa kali setahun kami tidak kenal apa erti bermasam muka, tidak tahu apa itu pergaduhan. Dia kenal aku, dia faham aku. Cemburu aku, marah aku, rajuk aku, kepala angin aku semua dia telan. Dia kata I love you too much sayang. Dan aku bilang, I love you too wan rafiq

credit : tumblr
Sandaran itu sudah ada, InsyaAllah akan ke peringkat seterusnya. Doakan kami kalian.

Friday 27 July 2012

Segalanya dihujung jari anda



Assalamualaikum readers,

Seorang perempuan yang feminis selalu meletakkan apa yang mereka pakai on the top of the list. Tak kisah la macam mana cara mereka berpakaian tapi apa yang diutamakan adalah kualiti, harga, dan kecantikan sesebuah pakaian itu sendiri. Bagi orang yang sudah bekerjaya, punya pendapatan tetap money is not matter at all. They can buy any outfit they love. Tapi sebagai seorang pelajar atau seorang yang baru habis belajar dan sedang mencari pekerjaan duit selalu menjadi kekangan. Biasalah, bila masa sudah tidak menghalang duit pula datang mengganti.

As for me I love to experimental with my outfit. Kadang-kadang orang terteleng-teleng melihat lalu ketawa, kadang-kadang orang kagum lalu bertanya eh where do you buy your palazzo. Biasalah manusia bermacam ragam. Aku selalu tercari-cari blogshop yang menjual pakaian dengan harga yang murah yang mampu milik orang kata. Jadi semalam adalah kemuncak segalanya, bila kawan aku suggest satu blogshop baru kepada aku. 

rockavintage mampu memenuhi setiap ciri yang aku idamkan. Aku dah menilai dan menilik setiap yang dijual, yess harganya amatlah murah jika dibandingkan dengan blogshops lain. Contoh kau ada RM100, kau boleh dapat seutas rantai leher yang vintage, a unique ring and a blouse. Well, not many blogshop offers you three items with hundred bucks. 








Eventhough this blogshop is still a baby but trust me the founders have a lot of experience, they serve you with good services, the items offer are the latest and trendy.

Thursday 26 July 2012

Finally ! I have new nose

Assalamualaikum readers,

How was your Ramadhan ? Jangan tanya macam mana aku punya puasa tahun ini, pasal amat lah kelam kabut.

I've been warded on the first ramadhan and according to my actual planning the operation should be worked a week before ramadhan. Tapi sebab few things which need to be settled so the operation has been postponed to first ramadhan. Macam hampehh kan. Masuk ward hari pertama puasa dah la makanan dekat ward tu super yummy. But what to do, I can bear any longer as I can't breathe using my nose. Dah lama aku bernafas guna mulut since 2004 lagi dan aku rasa okay I reached my limit. Aku dah tak boleh tahan macam nie, bila tidur kalah orang lumba lari. Susah sangat-sangat nak bernafas.

Then I decided to make an operation, lepas discuss dengan family get the rough ideas from the doctor, I am agreed. Nak kata berani, tak sebenarnya. Aku pun takut, lebih-lebih bila dengar explanation dari doktor yang hidung aku mungkin akan jatuh even the chances is less but still there are the chances kan. Jadi on that day, lepas doktor masukkan kamera yang super halus ke dalam lubang hidung aku, lepas sumbat-sumbat kapas yang entah berapa inci, dia bagi lah penjelasan pada aku yang sebenarnya struktur tulang hidung aku bengkok. He asked me whether I happened an accident tapi umi kata tak ada dan dia kata mungkin aku dilahirkan dengan keadaan yang macam nie. Eh tak OKU ye.

Masuk je ward sakit pertama yang aku rasa bila nurse tersilap suntik jarum, tersilap urat katanya. Ya allah nasib baik puasa, sabar jelah. Kali kedua suntik barulah jumpa urat yang betul. Dussshh*sapu peluh tanda lega. Esok adalah hari yang mendebarkan. Aku masuk operation hall without both of my parents, amat lah mendebarkan. Habis satu badan sejuk. Tak henti-henti aku baca surah Qursi dengan surah tiga Qul. Harapan aku hanya satu, semoga sakit ini sembuh semoga pembedahan ini berjaya. Aku masih nak lihat dunia nie.

Dipendekkan cerita, after five days of being warded I've been discharged. Alhamdulilah, semua nya berjalan lancar, cuma aku ada bleeding dan muntah darah for few times. Bau darah tu masyaAllah susah aku nak bagitahu. Punya la busuk dengan hanyir.

Tak kisah la macam mana pun rupa bentuk hidung korang, kembang ke, banyak jerawat ke, tak mancung ke apa yang korang perlu buat ialah bersyukur. Bersyukur lah dengan apa yang korang ada. Korang tak rasa macam mana susahnya nak bernafas, only if you knew how hard it is.
Aku banyak terlepas peluang di bulan mulia nie, aku tak boleh teraweh sebab aku tak boleh menunduk hidung tak boleh kena dengan apa-apa yang keras. Aku tak boleh makan makanan yang sedap, harus jaga diet.
 
Jadi hari raya nie instead of having new clothes, new shoes, new stuffs I also have a new nose. Yuhuuuu :D

Friday 20 July 2012

Satu ramadhan duaribuduabelas

Assalamualaikum readers,

Tomorrow will be the first day of ramadhan and I feel bless as I'm still alive and given opportunity to celebrate this fasting season. Amin. First and foremost, I would like to apologize for all my wrongdoing, misbehave and hurtful words. That's all out of my intention. Have a blessed Ramadhan dearest.

Nie aku nak share few benefits of Ramadhan.

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.


p/s : puasa jangan tak puasa, sekeh nanti.

Thursday 19 July 2012

Masih ada yang sayang

Amran dah bercinta dengan Aisyah dah lama, dah hampir tiga tahun. Aisyah seorang yang cantik, educated, datang dari keluarga bangsawan dan mempunyai ciri-ciri lemah lembut dan sedikit gedik. Percintaan diorang tidak pernah dilanda badai tapi dengan tiba-tiba kehadiran Nani si gadis genik yang berperwatakan gedik, manja dan mempunyai rupa yang agak cantik telah meragut kebahagiaan diorang. Amran jatuh cinta pada Nani tapi Amran juga masih menyayangi Aisyah. Amran torn between Nani or Aisyah. Mengikut quotes si Google, if you love two person at the same time choose the second ones. Because if you love the first one, you don't fall for the second. Amran pilih Nani, mereka hidup bahagia digelar love birds. Tapi bagaimana dengan Aisyah ? Aisyah has wake up, she's become stronger than before, she's single but she loves and enjoy every little moment in her life.


Pause*

Cerita diatas tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Cerita itu dikarang atas dasar imaginisasi penulis yang over acting dan suka menonton sinetron. 

Cerita itu skrip itu mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kamu atau orang disekeliling kamu. Pernah ke korang fikir kenapa semua tu terjadi. Kenapa Amran lebih memilih Nani dari Aisyah sedangkan antara Nani dengan Aisyah punya gap yang besar. Tidak aku kata yang Nani itu buruk tapi dari apa yang aku observe lelaki selalu nya jatuh hati pada perempuan manja dan gedik yang kalah si kucing aku.

Aku sering menganggap jodoh itu rahsia Allah, apa yang Allah dah rancang untuk kita itulah yang akan berlaku. Bertahun-tahun bercinta akhirnya putus jua. Dalam hal ini, kita mungkin akan menyalahkan Nani atau Amran untuk segala yang terjadi. Mungkin ada yang berkata, kalau Nani tak muncul hubungan tu terus kekal. Kalau Amran tak gatal semua itu tak akan terjadi. Tetapi as I said before, jodoh adalah rahsia Allah. Allah dah tulis yang si dia tak akan jadi jodoh kita maka nya tidak lah. Kalau yang ketiga tidak muncul, si dia tetap tidak akan jadi jodoh kita. Kalau si dia tidak gatal, si dia tetap bukan yang terbaik untuk kita.

Allah tahu apa yang Dia rancangkan, pasti ada yang terbaik buat kita. Jangan bimbang, manusia dilahirkan berpasangan ke dunia. InsyaAllah. Dan jangan bimbang jika kita rasa marah rasa benci rasa tidak suka rasa iri hati pada si perampas. Itu normal, normal la bila orang kutuk-kutuk kita, kita akan marah apatah lagi orang ambil sesuatu yang kita rasa hak kita.

Ingatlah, masih ada yang sayang. Kita masih punya ibu bapa, kawan kawan, sedara mara. Mungkin jodoh kita sedang tersenyum pada kita atau orang yang sering berada di sisi kita. Who knows ?

Monday 16 July 2012

kerja oh kerja

Salam readers,

Yesterday I've received a call from BIMB Pasir Puteh asking me to attend an interview session today. Can you imagine it ? Dapat call petang pukul 2 macam tu, banyak kot benda kena buat. Itu ini kena cover, karang nampak macam bodoh je depan interviewer kalau tak mampu jawab apa yang dia tanya. So I've made some revisions on Bank Islam, baca pasal management bank, apa yang bank offers, produk-produk bank, hafal organization chart. Dan aku rasa aku dah cukup ready la nak hadapi hari ini.

Alih-alih masa interview, the interviewer only asked me two questions. First is what is my expectation to this position. Kacang je, banyak la aku goreng. Of course la I want this position sir, I went through all the challenging moment during studies and I want all my hard work and sacrifice being paid. Hewhew. Bajet good-good kan. The other question is you tak kisah ke kerja bank, balik lewat malam, kerja pukul 8am balik kadang kadang 9pm. Huk aloh, aku yang gedik nak ambil banking course dulu mesti lah aku dah get ready untuk semua tu. Takkan ambil banking dan jadi doktor pulak ye dok. Jadi aku jawab, oh mesti lah tuan. Saya tak kisah pasal saya muda lagi dan single as in tak berkahwin lagi kan. Jadi I can give my 100% focus on my work and I'm willing to travel anywhere. Biasa lah ayat waktu interview harus lah melambangkan yang kita nie good-good baru lah orang akan kagum dengan kita. Huahua.

And within 15 minutes my interview session end. Memang syukur sangat-sangat la pasal Allah dah tolong aku memudahkan urusan pada hari nie. Alhamdulilah. Now what I need to do is waiting and tawakkal kepada Allah. I've done my best, I've given my best shot and all I need to do is praying and hoping I get this position.

Friday 13 July 2012

bila bershopping online

Salam and hai readers,
Bagi korang la mana yang lagi best shopping online ke shopping di mall-mall macam biasa ? If someone asked me, I'd prefer to shop via online. Depends on the person la kan, ada yang suka shopping dekat mall pasal diorang boleh tengok dengan mata kepala sendiri benda tu atau mungkin boleh sentuh texture benda tu. Tapi pernah ke korang rasa tertipu dengan shopping online ? As in the qualities offer.

Sebab aku nie jenis yang suka shopping trough online so I have a lot of experiences regarding this matter. Pernah sekali tu aku order skirt labuh dan tertera dengan details skirt tu dia punya measurement sesuai untuk orang yang berketinggian 163cm dan ke atas. Jadi aku rasa, eh boleh la bel nie pasal dia punya labuh dah cun la dengan aku. Sampai-sampai je di tangan aku, tak payah cuba cuma perlu tengok je aku dah tahu yang skir tu senteng dengan aku. Cessss rasa panas wey. Rm70 melayang macam tu. Lepas tu memang aku dah tak beli apa-apa dengan kedai tu dan aku pun tak suggest kedai tu dekat member-member lain.

But I take it as for learning experience*kalau boleh dikatakan pengajaran la. Hewhew. Jadi nya lepas tu aku sedikit berhati-hati lah sewaktu membeli apa-apa pun melalui on9. Benda pertama yang aku perhati kan adalah testimonials, yesss terstimonials can be very useful when you're shopping via online. I've always read the testimonials how their customers commented on their service, on the qualities of the items, or maybe how the owner(s) treat their customers. Well I am fussy in term of purchasing items jadi harus lah aku membeli dari owner yang tak jemu-jemu nak layan customer dia bertanya. Kalau setakat, kita tanya dua, tiga kali dah malas nak menjawab. Maaf lah banyak lagi kedai lain kot*take note dear shopping online owners.

Bagi orang yang pertama kali baru nak cuba bershopping online nie, korang boleh mesej diorang punya previous customer. Tanya la macam mana diorang punya servis, menipu ke tidak. Takut jugak kan dah masuk kan duit, dah siap bagi slip payment tapi barang yang diorder tak kunjung tiba. Boleh menyebabkan darah tinggi ye. Toksah malu-malu la, bukan nya korang cuba buat sex harassment ke apa ke cuma tanya soalan macam eh macam mana kedai B punya servis eh. Takkan la diorang nak marah kot. 

Nie aku nak bagi suggestion satu kedai online yang aku selalu beli barang dengan diorang, harga a bit expensive dari kedai-kedai lain. Tapi worthy la, pasal kualiti barang-barang diorang memang A class dan servis pun bagus. Tanya la banyak-banyak pun diorang akan jawab. And I recently bought a maxi skirt from here.

Thursday 5 July 2012

Zaman dolu-dolu

Aku nie jenis kurang sikit nak up pasal entri makanan yang best best pasal aku tahu aku bambam. Karang tak pasal-pasal orang cakap, blogger nie selalu je up entri makanan tu yang badan dah semakin mukmuk. Hewhew. Tapi kali nie memang tak boleh nak ignore, harus a.k.a wajib dah aku tulis pasal benda nie. 


Minggu lepas ada la aku beli sejenis benda alah nie, okay bukan benda haram ye akak akak tapi benda nie adalah ubat ke jamu eh tapi nama nya Virgin Coconut Oil atau VCO. VCO nie aku cuba makan sebab nak reduce atau hilangkan terus masalah seduan aku. Dah habis merah merah dan berbintik-bintik muka nie*upset :( Dah dah, meh masuk bahagian isi pulak. Bila aku makan je gel VCO nie aku rasa macam eh eh macam pernah ku makan ini benda. Pikir pikir punya pikir, yelah rasa dia sama macam sagu. 


Korang kenal ke tak nie sagu ? Alah yang dalam benda alah kecik macam tiub tu kurus cekeding je, yang kalau makan sambil main lumba lari dengan kawan-kawan ada je nak tempah maut. Pasal tersedak sagu. Kalau korang tak kenal memang la tak fun hidup korang waktu bergelar manusia cute. 


Aku dah google pasal sagu tu, tapi tak keluar :( jadi nya tak boleh nak tunjuk dekat korang macam mana rupanya benda tu. Tapi yang penting dia best. Kenapa saya suka sagu, sebab dia best *erkk. motip ?


Benda lepas sagu yang aku selalu buat aku eksaited adalah jeng jeng jeng jatuh kepada cakelat udang. Yang nie kalau korang tak kenal memang argghh potong stim nak bercerita betul lah. Aku ingat lagi, waktu aku di Dungun ada kedai runcit sorang aunty nie jual cakelat nie. Memang harus la aku bawak rakan taulan pergi beli cakelat udang tu. Serius dah bertahun tak makan dan bila dah makan terus sentap. Alkisahnya pasal cakelat tu sangat sangat la sedappppp. Yang best pasal plastik luar dia transparent dan korang boleh letak kat lidah terus melting. Yang isi nya biasa biasa je, macam cakelat biasa lah takkan macam ked red velvet kot.





Yang nie pun satu hal, susah kemain nak jumpa pada waktu serba canggih nie. Apa kes eh ? Ke kilang dah close operation, pasal benda nie amat lah sedap. Aku panggil duit seposen, tapi kalau telan benda nie takde lah tercekik macam kau telan duit seposen betul tu. Yang nie jenis makanan bukan jenis duit-duitan. Kuikui. Aku suka pasal rasa dia yang masam masam manis, macam aku la. Kadang kadang masam tapi selalu nya manis. Hahaha.





Aku nie bila dah up entri pasal makanan memang ada nada-nada over la. Maap la ye kawan-kawan, janji yang nie last. Mempersembahkan popcorn yang paling murah di abad nie. Harga nya 20sen je sebungkus, mana mau cari maaa. Jangan nak tanya eh tu rasa apa eh. Nak je aku pelangkung, dah terpampang indah gambar durian dengan jagung mahu lah rasa pun durian dengan jagung. Yang nie feveret lah. Selalu petang-petang lepas bali mengaji quran, umi nak 20sen nak beli popcorn. Auuuu~ Maap la kalau khabar tak seindah rupa. Hewhew.





Aku dulu memang banyak makanan feveret, siap buat list waktu raya lagi. Haha. Tu pasal aku bambam. Memang agak kampung lah makanan aku pasal aku anak kampung, tiada pelajaran kuli kuli sahaja. Ops maap lah, termenyanyi disini *nampak sangat nak jadi retisss. Haha.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...