Tuesday, 29 May 2012

Show me your curves

Hello readers,
Its quite a long time I didn't post any entry, gosshh I can't find the perfect time for it as I am dealing with my biggest challenge ever THESIS. Ingat senang ke nak buat 5 bab ? Bunyi je sikit, tapi yang sebenarnya banyak gila kau kena merapu dalam tu. Tension !


Actually since I have trouble in weigh gain I need to buy new jeans in order to fit with my new size-28. Ingat senang ke nak terima hakikat diri dah gemuk. Susah weh. Tapi apa aku kisah, gemuk pun boleh nampak cantik ye as long as we know how to show our curves, hide our fats, and get our own style. Teheeeee. Then I did some surveys before I get myself a new jeans and here some tips for you guys. 


First and foremost you must identify your body shape, this is a MUST before buying any jeans. Kalau salah pilh jeans bontot yang dapat nama. Tu yang terjadi nya kes eh ternampak lurah dendam.
Memperkenalkan jenis jenis jeans yang hangat dipasaran.




Straight cut jeans


Seluar nie jenis yang pinggang nya diatas bontot, kiranya kalau kau pakai baju pendek pendek tak ada la nampak kau punya spender merah. Yang nie adalah jeans yang paling selamat untuk semua bentuk tubuh, tak kira lah kau chubby ke kau kurus melidi ke. Kau boleh berbangga dengan seluar jenis nie.




Bell bottom jeans



Yang nie jenis lurus di bahagian atas tapi kat bawah dia punya bukaan tu besar. Ignore my broken bahasa. Seluar jenis nie lebih kurang seluar elvis la, sekarang tengah in trend. Jenis nie sesuai untuk yang tubuh sedang sedang nak kata kurus tak kurus nak kata gemuk pun tak gemuk. Kira in the middle lah, jeans macam nie ada yang cawat pendek ada juga yang cawat panjang. Tapi kalau yang cawat pendek tu tak ada la pendek sangat, masih dalam posisi selamat.


Boot cut jeans


Jenis nie yang paling banyak ditemui senang dicari, aku selalu pakai jenis nie. Simple dan memang kena dengan bentuk tubuh aku. Jeans nie sama je dengan bell bottom punya tapi lebih kuncup dibahagian bawah, tak ada la kembang semangkuk sangat kan. Kalau jenis nie aku lebih suka beli yang Levis punya pasal memang dia highlight curves aku. Macam biasa la, nak selamat beli la yang high rise kalau nak pakai low rise pandai pandai la kau tanggung risiko.



Low rise cut jeans


Pattern nie memang low rise yang amat, bagi aku sesuai untuk jenis yang petite je tak pun kurus melidi. Kalau kau pakai jenis nie, pakai pulak baju sendat confirm nampak underwear kau. Okay je bagi aku, tak kisah la asal kau berani nak gayakan nya ye.


Skinny jeans


Dah nama pun skinny, mesti la untuk orang kurus kurus ye dok. Yang isi nya tak overload. Dulu aku selalu pakai jenis nie sesuai yang amat la dengan aku, tapi sejak dah tambah 3,4 kilo lemak nie seluar nie dah tak sesuai sangat. Nampak terlampau seksi. Auuuu~ Yang nie tengah in trend la, sesuai pakai dengan batwing blouse atau oversize blouse. Cantik sangat.


Dah baca dah semua tu ? Bagus, jom la shopping. Pilih yang betul betul ye, last but not least ukur seluar di badan sendiri.




Wednesday, 23 May 2012

Which one is yours ?



We are unique, we are different, we have our own style to express ourself. This is my way to express myself. Dari mata turun ke hati. Btw, which one is yours ?











Mine is Louis Vuitton, wuhuuuuuu ;')

Saturday, 19 May 2012

Alhamdulilah :')





WE ARE CHAMPION 

ALHAMDULILAH, after all the hard work and doa's, now we have been announced as the champion. This is unforgetable and a memorable event as we only managed to get this tittle after 22 years fighting. No words can describe our feelings.
 As a Kelantanese even football is never was my choice but looking at the spirits and non-stop supporting showed by the supporters and team players have made me switching my mind 360 degree. Congratulations TRW team, there is not other sports but football could unite all the supporters. I cried for the happiness I never expected.
Amin. 

M.Ghaddar : min. 58 ( penalty )
Kelantan 1 vs Sime Darby 0

Friday, 18 May 2012

Makhluk halus

Assalamualaikum sweety,


Since the age has turned to number 2 at the front, I now can feel the differences in many ways. As example, I started to dress in a woman way not like a girl anymore, I became interested in mak mak things like decorating house, flower arrangements and etc and babies. What babies ? Yesssssss, trust me. I fall in love with this tiny yet the most cute-ness things on earth. 


Back then, if someone asked me do I love babies. Then I will said hell no, they are all creepy. Creepy in all ways. Mereka suka meragam, kalau lapar meragam pampers basah pun meragam nak tidur pun meragam. Senang cerita they are the hardest things to handle. Tapi semenjak dua menjak nie, bila dah bergelar wanita tiba tiba rasa suka je dengan benda comel nie. Rasa nak gigit je pipi tu, nak cubit cubit je bibir merah tu. Comel bangat dong !


Then a few weeks ago, a friend of my mom come to my house along with her daughters and the youngest is only 2 years old. Tengah sibuk sibuk layan tetamu nie, aku dengan sukarela nya offer dekat mak budak nie nak jadi babysitter for this baby. Since her mother been very busy lately as she is continuing her degree at Maktab Kota Bharu.Lupa nak bagi tahu nama, her name is Sofina can't recall my memories what is her full name. The wonderful moment is when her mother say YES to me and that's mean she put her confident to treat her baby well to me. Suka nya hati sebab dapat layan Fina setiap hujung minggu. Dapat tengok keletah dia pun dah buat perasaan terbuai buai. Hilang segala tension, penat dan lelah seminggu bekerja. Ecece, nie baru anak orang anak aku sendiri tak tahu la macam aku treat dia. Haha. 


As for me Fina is a good girl she is easy to control and handle, tak banyak meragam pun. Bagi dia permainan yang boleh buat dia leka dan aku boleh buat kerja dia sambil perhati kan dia macam tu je. Tak ada la banyak sangat kerja cuma perlu buat susu dan tidur kan dia bila tiba waktunya. Dia suka main mekap mekap, amboii Fina pandai kau pilih babysitter ye. Hahaha. Setakat nie aku bagi dia story books even she don't know how to read but at least she can get a clue while looking to the pictures. Sebab aku masih ingat lagi waktu aku kecik dulu dulu, umi suka bagi aku buku buku cerita untuk buat otak aku lebih cepat berkerja. And other thing which I gave to her is Mimi. Mimi nie bukan sejenis aplikasi android ye, nie kucing aku. Yang kecik dan banyak bulu. Fina loves cat very much just like me. No wonder lah we are meant to be together ye.


Cerita banyak tak ada gambar mana boleh, pictures is needed nowadays as it can be an evidence. Haha.







Aku rasa Fina dengan aku sangat secocok, fizikal dia dengan aku hampir sama sewaktu aku kecik dan perangai dia dengan aku hampir sama. Lebih kurang, kami ada KIMIA. :')

Sunday, 13 May 2012

Strawberry Cheese Cake recipe

Hello readers,
Somehow cooking is the best therapy ;')


Bahan-bahan A :


250gm biskut digestive ( boleh juga guna biskut merie )
150gm mentega ( dicairkan)


Bahan-bahan B :


500gm cream cheese tak kisah jenamaa apa pun tapi aku guna Philadelphia
300gm whipping cream juga tak kisah jenama apa tapi aku guna Paysan Breton
180gm gula kastor *aku guna gula biasa je 5 sudu besar ( boleh tambah atau kurangkan )
1 1/2 sudu besar gelatin halal *jenama Nur atau Halalgel
Air 100ml


Bahan-bahan C : 


3 sudu besar strawberry filling
1 1/2 gelatin halal
Secawan strawberry untuk hiasan
Air 100ml




Okay dah sedia semua bahan bahan tu kawan kawan. kalau dah jom kita ikuti kelas memasak bersama Kak Esah.
Adik adik, untuk bahan bahan A tu adik adik tumbuk tumbuk biskut digestive  sehingga halus. Jangan la ditumbuk dalam lesung tak muat la adik adik. Kalau macam kak esah nie, kak esah letak semua biskut dalam plastik yang bersih ye. Lepas tu guna la alu lesung untuk tumbuk tumbuk biskut tu sampai hancur. Korang faham ke tak nie ? ah lantak la. Dah siap dah semua tu, adik adik cairkan mentega tadi atas dapur ye lepas tu gaulkan bersama sama dengan biskut yang telah dihancurkan. Agak agak melekat semua biskut dan boleh dikepal kepal, masuk la ke dalam loyang korang. oh ye sebelum tu loyang tu, hendak la di letak kan spring foam agar kek tak melekat ke dasar loyang. Dah siap semua tu, masukkan loyang ke dalam peti sejuk sekurang kurang nya sejam.


Dah ke kek nie Kak esah ? Ohoiiii, belum lagi adik adik ye. Tu baru base nya. Amboi tak sabar korang ye. Dah jom buat kek nya. Kiranya part nie paling mencabar tahap petala ke tujuh la. Haha. Tersilap langkah, ke bakul sampah la kek adik adik ye noks. Mula mula adik adik hendaklah pukul whipping cream kira kira 3minit sehingga lembut, bukan pukul macam korang pukul adik adik korang tu tapi pukul menggunakan mixer. Dah lembut dah korang ketepikan dulu. Dalam bekas lain, adik adik pukul cream cheese sehingga lembut ( oh ye nak memudahkan urusan nie adik adik hendaklah letak kan cream cheese dan whipping cream nie diluar peti sejuk sekurang kurangnya sejam), dah agak agak lembut masuk kan gula tadi secara perlahan-lahan bak wanita melayu terakhir. Sambil sambil tu, boleh la korang masakkan gelatin tadi dengan menggunakan kaedah double boiler tapi ahkak guna kaedah masak memasak atas dapur gas je. Bila gelatin dah cair dah elok je rupa dia, korang masukkan gelatin tadi ke dalam adunan cream cheese tadi. Oh ye jangan lupa masukkan sekali whipping cream tu. Korang pukul bersama sama semua adunan tu tadi sehingga creamy. 


Masa nie kalau korang nak suruh kek tu rasa strawberry sikit sikit tak nak plain je rasa, boleh la masuk kan sedikit strawberry ke dalam adunan tu tadi. Lepas tu keluarkan base yang telah di sejuk kan di dalam peti sejuk dan tuang adunan ke dalam base tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk balik kira-kira 8-12 jam. Tapi aku jenis yang tak berapa sabar akan keluarkan bila baru mencecah 3jam. hikhik.


Taddaaaaa, kek dah siap. Tapi plain je nampak, putih pucat lesu dan tak bermaya je nampak kek nie. Oh waitttt, topping belum buat lagi la adik adik. Amboii muka dah tak sabar nak tambah sekilo dua lemak kan.


Untuk topping ahkak ambil strawberry filling masuk kan ke dalam mangkuk, lepas tu cair kan gelatin dan gelatin yang telah siap dicairkan terus dicurahkan ke dalam mangkuk yang mengandungi strawberry filling tu. Kacau kacau, lepas tu terus tuang ke atas kek korang, tuang separuh je tau. Ambil strawberry yang telah siap dipotong-potong hias lah atas kek tu depends pada kreativiti adik adik. Bagi ahkak yang tak berapa nak kreatif, hias bodoh bodoh je. Kek aku tak bodoh, hiasanya yang agak bodoh. Lepas dah hias boleh la dituang separuh lagi strawberry filling tu. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu hingga esok pagi baru boleh breakfast dengan Strawberry Cheescake, sangat datuk datuk ye noks. Hahaha.











Disebabkan aku selalu terkinja kinja kegembiraan bila siap buat sebiji kek, lantas aku selalu terlupa nak tangkap momen indah aku dengan kek yang dibuat atas titik peluh sendiri. Kuikui. Rupa kek aku lebih kurang macam nie la, kan aku dah kata korang boleh decorate macam macam atas tu. Nak tulis ke nak apa ke lantak la. Dah la ahkak nak tidur la, esok kerja ye noks. Goodnight.




p/s : aku saja je upload gambar macam nie. nak kasi korang lapar. Padan muka. Haha. Nanti aku buat aku upload ye. janji ;P

Saturday, 12 May 2012

Happy Mother's Day



Ini ibu saya, nama nya Wan Zabidah Wan Ismail. Garang amat tapi hati baik. Tiap tiap masa pun mulut akan potpetpotpet, tak ubah seperti hon keretapi. Tapi apa aku kisah, dia ibu aku. *maaf ayat agak darjah 1.

Umi is everything for me, she is my ALL. Dengan dia lah aku belajar memasak, kemas rumah, lipat kain, basuh pinggan, basuh baju, vakum rumah, mop lantai bak kata orang semua benda pun aku belajar dengan dia. Aku tak ada kakak mahupun adik perempuan, jadi semua benda aku share dengan umi termasuklah hal percintaan. She is my advisor. Kalau orang kata dad is the banker, while umi is the financial advisor. Dia tahu anak dia yang satu nie boros amat. Semua benda pun beli, itu ini mesti mahu. Jadi dia potpet untuk mengelakkan anaknya diisytihar bankrap pada usia muda. Tapi ye ada tapi nya, dia akan tunaikan apa yang anaknya hajati. Sungguh mulia hati si ibu.

Umi for the 9months and 10days. Thank you
Umi for all pains you endured during giving me birth. Thank you
Umi for all the things I've said and done and you forgive me. Thank you
Umi for all the things you gave to me. Thank you
Umi for the non-stop advises. Thank you
Umi for lend your shoulders and ears. Thank you


I thank Allah for giving such a good mom to me, for all your characters that is in me.
You know what umi, there is no words can imagine you the best. I'm not good in artsy words, but the only thing I want to say is I love you. I love you and no one can replace you in my heart.


Sunday, 6 May 2012

The pattern of bankruptcy in Malaysia

Hello readers,
I just come back from Dungun after spending 4days there just to settle my thesis problems. I never thought I could had this erghhhh headache because of thesis and data. On Wednesday morning, my friend and I went to Dungun at 7am can you imagine this? How tough it was to drive in the morning when I can get sleepy easily. Walaupun berteman tapi tak ada makna nya sebab aku masih mengantuk, telan la sebotol Livita dengan Nescafe pun still mata tak nak tolerate dengan aku. Jahat betul. Tapi aku gigihkan juga semangat nie dengan izin Allah sampai dengan selamat aku ke destinasi walaupun berhenti tidur kejap di stesen minyak. Gila kau nak drive waktu mata dah hampir hampir cecah pedal minyak kereta. Aku masih amalkan kata kata Ingatlah Orang Yang Tersayang. 


Sampai je kat sana terus bajet bajet buat explorace ke bilik advisor pasal aku dah lambat 15minutes dari waktu yang dijanjikan. Rupa rupanya advisor pun tak ada kat bilik, dia tengah meeting. Relief. Call dia, dia suruh pergi makan dulu pasal dia maybe lewat sikit. Siap makan, terus jumpa dia. Adoiii. But I had to wait for her about 30minutes, adoiii nasib baik this is for sake of my thesis. Kalau tak memang dah postpone ke tarikh lain. Ingat kan sebab dia rushing nak ke meeting pulak so tak nak la luangkan masa banyak untuk aku. Tapi dia heret our discussion for one and half hour. Amek kau. Banyak la pulak ceramah yang dibagi :p Ala sorry la miss, saya lupa dah semua yang study waktu diploma dulu. Biasa lah tiap kali nak masuk semester baru, mesti format all the memories. Bajet ada virus. Haha.


Okay lepas tu aku terus tekan minyak ke rumah member, memang dah letih sangat sangat dah. I need to prepare all my data for tomorrow. Sebab keesokan tu aku ada kelas data (STATA) on how to run your data and writing your thesis. Dengar je nama seminar mulut aku tak berhenti henti menguap. Peel udoh la mulut nie. Fortunately the class was not as bad as i thought. Ingat kan kena dengar ceramah je rupa rupanya kena terus run data dalam kelas tu. Okay la, at least semua anggota badan aku bekerja tak la mata dan telinga je yang bekerja macam selalu. I'm not the seminar-entah-apa apa- type. 


After two days berkeluh kesah bersama kak esah I still can't run my data, tiap kali cuba buat last mesti dapat result yang tak significant. Tak ke sakit hati tu, I've spending most of my time to get the data, and run it on the software but still I didn't manage to get the good result. Kalau dulu aku cakap, study lebih susah sekarang meh aku nak bagitahu. Kau buat tesis nie dan kau tahu macam mana susah nya. Macam tengah pikul dua guni beras kampit besar. Macam tu lah aku rasa. Punya la burdening. Tidur pun mimpi kan data data. Sobbings ;'(





Takpe kalau korang tak faham aku pun tak faham jadah apa yang keluar tu, tapi yang aku tahu kalau keluar warna merah tu tanda nya data aku tak significant. Kira nya aku dah tak boleh run data tu dan harus cari data lain. Weyyyy, the due is just around the corner. Please please. Doakan aku. 

Tuesday, 1 May 2012

Fondest Memories

Malam nie nak quick update je pasal aku harus merehatkan mata awal sedikit ye hari nie, nie semua pasal nak ke Dungun pepagi buta lagi. Jadah nya sebab nak jumpa advisor tesis dalam pukul 12pm macam tu. Huh harus la 120km/j besok. 

Berbalik pada isu yang agak hangat diperkatakan anak anak muda lepas SPM sekarang, apsal la korang susah sangat nak pergi PLKN tu ? Wey trust me, it's fun, challenging and you can get new experiences. Pelik la korang.  Aku dulu waktu dapat sms yang bagi tahu nama aku terpilih untuk ke PLKN sesi 1, terkinja kinja bagai anak beruk dapat bunga tahu tak. Happy sakan. Tak tahu lah kenapa, tapi sebab aku memang minat dengan benda benda mencabar macam nie. Aku okay je masa tu, umi pulak yang lebih lebih sedih dari aku. Bimbang macam macam, takut aku tak dapat nak adapt dengan situasi tu lah, takut aku cedera la nanti kang jadi cacat, takut aku kena buli la. Walawey nie Fifie la ( riak dan takbur) haha. 

Tapi seriously plkn taught me a lot. It gave me chances to see the new things outside the scope, taught me how to be more matured and independent. Actually, plkn is the best start for those yang rasa nak terbang jauh dari Malaysia. Masa nie boleh la korang bajet nak feeling feeling rindu dengan family korang dan rasa happy bagai nak tercabut anak tekak bila dapat berita family korang nak datang melawat korang dekat kem. Hikhik. Dulu aku macam tu la, yelah faham je lah dah almost 2 months tak jumpa parents dengan adik adik, lepas tu dekat 2 bulan jugak tak bergaul dengan orang luar. Jakun gila rasa bila umi call yang dia nak datang tengok aku kat sana. I was like, eh betul ke nie. Jauh la umi. Please la memang la dalam Malaysia nie je kot, tapi Perak dengan Kelantan. And they only come to Perak just to pay me a visit. Tak ke terharu tu. >_<

Dalam banyak banyak benda dekat kem nie, yang paling best waktu kelas CB atau Characters Building. Best gila. In that class, we were divided into a few small group ada dalam 5-6 orang masa tu. Lupa dah. And every morning after sing a song Hijau by Zainal Abidin we were sat in a group and start talking or more to share everything yes I mean everything about us to our group members. Ada masalah ke, ada soalan nak tanya ke, ada terkonfius sana sini, ada terjatuh hati dekat sape sape ke. You can tell them and they will keep it as a secret. Tapi tak tahu la aku kalau diorang terbocor rahsia ke apa kan. Tapi best la. Masa nie banyak belajar pasal nak hargai kehidupan, nak mempertingkat kan lagi mutu hidup, nak jadi manusia berguna, nak raise up self esteem and etc. Banyak banyak sangat. 

Kalau aku nak cerita kat sini satu persatu alamak tak cukup la satu malam, terpaksa postpone niat nak ke Dungun besok. hikhik. Anyway, for those who their name have been chosen to go to PLKN, just go. Don't think about it, just do it. Trust me, you won't get such memories here anywhere else. 



They are the reasons for every smile when I was there. Diorang nie kira true friends la, walaupun sekarang masing masing dah busy dengan dunia masing masing. But still we do contact each other. :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...