Monday, 8 October 2012

Teacher Fifie

Sehari tidak jengah blog menitik air mata ke atas keyboard laptop kesayangan. Sobs sobs. Traffic turun dengan berkadaran rendah. Arghh sungguh tak kuduga. Bukan aku sengaja sengaja tidak ingin melawat kesini tapi ternyata masa amat cemburu dengan aku.

Sebenarnya sebenarnya kan hari Ahad lepas aku dapat panggilan yang tidak disangka sangka. Ehem dari PPD pasir puteh, terkejut lah jugak pasal waktu officer tu call waktu tu dah luar dari office hours jarum dah hampir ke angka enam. Rupa rupanya officer bawak berita gembira, akhirnya dapat jugak aku capai cita cita bergelar seoarang guru walaupun hanya sebagai replacement teacher. Hiks. Ada seronok dalam debar, berdebar sebab aku diberitahu aku kena mula bertugas hari Isnin yesss semalam lah kiranya. Aku pulak jenis clumsy, takde sebarang preparation dari segi mental dan fizikal. Tapi demi duit tabungan dan demi kuruskan badan aku gagahkan jua menerima jawatan itu. Hiks. Yeayyy dah boleh jadi teacher Fifie.


Pepagi tu umi hantar ke sekolah, almaklum lah sekolah aku ganti nie tepi je dengan sekolah umi mengajar. Masuk masuk mostly student tertoleh toleh lepas tu berbisik dengan kawan diorang, lepas tu yang lain lain pun ikut sama tengok aku. Ahhh janggal sungguh rasanya. Macam pakai kain tak zip. Lepas jumpa dengan guru pentadbiran sekolah diberi briefing sikit tentang subjer yang aku kena ajar dan kelas mana dan gelagat murid aku terus ke dewan yang menempatkan student standard six. Turun je tangga, seorang menyapa eh cikgu baru ke nie. Ye saya. Wahhh comelnya cikgu macam barbie doll. Muka aku dah start pakai fake blushing. Withing 5minutes dah hampir 20 orang student perempuan kerumun aku, salam lah tanya itu ini. Soalan cepumas cikgu dah kahwin ke belum. alahaiiiiii.




Habis waktu darjah enam terus naik tingkat empat, boleh tahan nak tercabut nyawa aku. Maklum lah cikgu dah lama tak bersenam. Masuk kelas ajar english, nasib baik budak kelas first tak banyak kerenah. Aku suruh buat latihan buru buru je diorang buat, tapi adalah dalam 4,5 student yang degil. Aku buat buat round kawasan macam kak yong tuh, diorang buat la kejap. Aku duduk balik kat tempat aku, diorang main kad lah main dam ular lah. Suka hati kau lah budak, nasib baik first day. Kalau lama lama mahu je aku sekeh kepala tu. Tapi yang sweetnya budak budak nie jenis respect pada teacher diorang eventhough diorang tahu aku hanya cikgu ganti.

Kelas akhir sebelum balik adalah kelas LINUS ( literasi & numerasi ), kelas nie menempatkan students dari darjah satu yang tak dapat membaca, mengenal huruf dan angka. Kiranya yang betul betul lemah lah. Aku rasa dah macam ajar budak tadika tapi takpe sebab diorang cepat je tangkap apa aku ajar dan tak main main. Tapi lepas 10minit aku soal balik lupa terus. alahaiiii. Kesian diorang, bukan tak pandai sebenarnya mereka ada potensi tapi mungkin kurang perhatian ibu bapa atau ada juga kes yang memang dilahirkan macam tu.

Pukul 1.20 umi datang jemput, singgah kedai beli mihun sup, makan  sembahyang terus tidur. Letihhh noks.






Sunday, 7 October 2012

semakin gugup semakin gagap






Serasa aku dulu aku nie jenis banyak cakap, pantang takde lecturer mulut aku riuh bercakap itu ini. Satu kelas sibuk dengar apa yang aku ceritakan. Padan lah dengan tagline blog, when fifie is babbling. Tapi bila hadapan strangers tiba tiba aku boleh bertukar menjadi power rangers. Ehe silap, menjadi yang pendiam, pemalu dan pengurang bercakap. Entah kenapa.

As I mentioned on the last post yang aku dapat interview untuk seketul kerja nie, aku yang dah torn in between antara hendak atau tak hendak. Last last pergi jugak lah, on the way tu dah ada cabaran pertama. Ho yeah ho yeah, abang JPJ buat road block. Aku yang cepat gelabah terus check road tax, alhamdulilah 7 oktober tamat. Sehari lagi. Eh eh lupa satu lagi benda penting, driving license aku. Nasib baik umi suruh check kalau tak memang melayang terbayang lah not not beratus aku eh ayah. Huwaaa lesen dah tamat tempoh bulan julai lagi. Bayangkan aku sepanjang bulan julai hingga oktober nie aku dah ke Kota Bharu berpuluh puluh kali, ke Dungun, ke Kuantan. Tidak ku sedari langsung.

Sampai sampai dah pukul 10, nasib baik ada dalam 7 orang lagi sebelum tiba turn aku. Waktu tengah menunggu tu sempat aku baca novel, langsung tak buat revision ke apa ke. Melampau betul. Turn aku sampai around 45 minit lepas tu, dupdapdupdap ohooiii hati boleh berhenti tak kejap main drum tuh. Nak kawal nafas pun susah. Nervous gila noks. Bayangkan I even hardly spill out everything I studied earlier. Mampus aku kali monolog dalaman lagi.

Nasib baik interviewers baik, senyum je walaupun jawapan aku agak ke laut. Ada dia tanya, kalau tak dapat  job nie macam mana. Aku jawab tidak apa apa, before I came here I've set my mind if I've got this job then Alhamdulilah but if I won't then I would assume this is my earliest step to gain experience. Hah amek kau, jawapan ohsem aku bagi. Yessza seperti entry dulu dulu aku tentang interview, kita harus bagi jawapan yang ohsem demi nak membeli hati para penemuduga. Kuikui.

Lepas tu adalah few questions tentang islamic banking yang diorang tanya pada aku. Suruh explain lah, suruh aku bagi pendapat lah. Nasib baik ada ilmu sedikit sebanyak tentang islamic banking. Tidak banyak harapan aku pada job ni, I know my capability. Tapi tipulah kalau langsung takde mengharap kan, kalau 100% aku bagi 40% la pengharapan tersebut. Hiks

Sampai disitu sahaja cerita ini, pukul 2.15 sampai rumah sembahyang mandi dan tidur. Haha. Aku ada alergi pada bangun pagi dengan awalnya.

Friday, 5 October 2012

Kelibut

Mungkin ini adalah entry terpendek ( kecuali WW ) pernah ditaip oleh si Fifie ini. Sebenarnya hati aku tengah gundah gulana, duduk gelisah berdiri resah. Alahaiiii ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Begitulah dirasa tika ini.

Ceritanya begini besok gua ada interview, sedikit rasa nak pergi sebanyak rasa tak nak pergi. Tapi umi suruh pergi. Sejak dua hari lepas setelah tahu berita itu aku dah berlatih bercakap dengan gaya sopan menarik dan santai. Demi menutup debaran di dada.  Ahhh berlatih dalam toilet tika mandi sudah, berlatih dalam hati tika makan sudah, lalu apa lagi yang harus dibuat.

Kalian doakan si Fifie. Tidak dapat tidak mengapa, pengalaman yang dicari itu lebih penting. Kelibut sungguh didada ini.




Thursday, 4 October 2012

Kepohci



Rutin harian aku sejak aku bergelar penggangur ialah menjadi OGB, orang gaji baru. Gelaran dari adik adik buat si kakak, nak jugak aku sepak sepak. Nasib baik gua lembut. Hiks

Pagi tadi pergi pasar basah bila intai inta peti ais ayam ikan dah nak habis, bawang merah bawang putih pun dah nak masuk zero. Normal lah aku list kan apa yang aku nak beli, karang takde lah lupa nak beli itu ini. Malas tahu tak nak pergi pasar dua tiga kali sehari.

Tengah syok aku pilih pilih barang dekat supermarket nie ( aku memang high taste sikit nak beli apa apa terus ke supermarket hahahaha) tiba tiba aku terdengar perbualan dua orang makcik nie. Ehem bukan nak kepochi apa ye, tapi terdengar dah aku tengah pilih barang depan diorang. Hiks.

Alkisahnya, makcik sorang nie let me name her as aunty A dengan galaknya bercerita pasal entah anak siapa entah kahwin tapi tak bertunang. Aku dengar lagi sebab tiba tiba rasa eh macam menarik je cerita nie, boleh jadi bahan update blog. Hahaha. Aunty B tanya lah yeke, kahwin dengan orang mana. Apsal tiba tiba je, tak dengar ribut takde angin terus kahwin. Ke ada apa apa. Aunty A balas lagi, aku rasa macam tu lah, budak zaman sekarang kalau perut tak kembung mana nya nak kahwin macam tu, muda lagi.

Ah sudah monolog aku dalam hati, makcik dua orang nie pakai kitab mana nak kahwin MESTI bertunang terlebih dahulu. Musababnya sepanjang pengetahuan aku yang sudah hidup hujung bulan nie cukup 23 tahun tak pernah lagi dengar hukum bahawasanya bertunang itu wajib. Setahu aku lah yang berpendidikan taraf ijazah nie bertunang itu hanya adat tak tahu lah kalau makcik tu berpendidikan taraf phd (perasaan hasad dengki), malah firman Allah ada mengatakan :

"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan ( secara sindiran) untuk meminang perempuan" Surah al : baqarah (235)

Maksud surah diatas ialah bila si lelaki melamar perempuan untuk berkahwin walaupun melalu handphone atau sms atau wassap untuk lebih canggih itu sudah dikira bertunang. Mengikut syara' tidak perlulah majlis bagai kecuali kalau kedua pasangan itu mahukan begitu. Mungkin pasangan itu sudah bercinta lama dan tidak punya banyak masa untuk bertunang disamping ingin cut cost maka lebih baik lah berkahwin terus.

Jadi makcik A dan makcik B kalau anda terbaca blog saya ini, saya ingin mengatakan kolot sungguh pemikiran anda. Dan sangatlah kepochi mulut anda. Anda takde anak perempuan ke, atau cucu perempuan ?

Wednesday, 3 October 2012

JANGAN





Sejak bergiat aktif dalam bidang blogging nie aku punya banyak pengalaman. Blogwalking ke sana sini, membaca paling sedikit dua puluh entry sehari aku jumpa bermacam macam gaya penulisan. Memang hebat. Tapi dari penulisan lah aku boleh rumuskan tuan empunya belog. ehem. harap harap penulisan aku membuat kalian readers merumuskan aku nie matang lagi ohsem punya. Huahua*evil laugh.

Dari hasil observation aku sendiri aku boleh rumuskan DONT iaitu JANGAN bersamaan dengan perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang anda menggalas karier sebagai blogger. Ehem. Sila baca dengan nada serius dan patuhi arahan di bawah. please.


JANGAN copy paste bulat bulat idea dari blogger lain. Sedikit sedikit orang tidak kesah lah, tetapi lama lama orang akan sedar. Pelik ini gaya penulisan hari nie esok gaya penulisan begini pulak. Berlainan sangat. And what make it worst readers kemungkinan akan terjumpa kesamaaan entri anda di entri orang lain. Bila readers compare tarikh nya pastinya readers akan judge anda. Serious waa cakap sama luu.

JANGAN update entry seperti anda update status facebook mahupun twitter. Ayat dua tiga patah perkataan je, nak masuk satu perenggan pun tak layak. Lama lama readers bosan, kalau orang macam aku yang jenis cepat bosan terus tekan button unfollow. Aku tahu kadang kadang ketuk kepala di dinding pun idea tak kunjung tiba, alangkah indahnya kalau idea boleh dibeli. Mesti para blogger beratur nak beli. Tapi sayang tidak ada dijual idea di mana mana,  korang boleh jana idea dengan BW ke mana mana. Jumpa info ke tak kisah la pasal education, politics or entertainment. Karang je ayat panjang lebar tapi jangan melalut. Done satu entry

JANGAN amalkan buat entri untuk judge orang atau mengumpat atau tempat kau nak menjatuh kan someone. Readers sekarang tak macam dulu, diorang dah pandai menilai. Setakat kau buat blog semata mata nak tulis benda bodoh pasal orang lain, just forget about it. Readers dapat nilai kau nie jenis orang yang macam mana.

JANGAN tulis entri sewaktu mood tengah tak berapa stabil. As an example, you just break up with your boyfriend and you are in depressing, lalu kau update entry tulis itu ini pasal relationship korang and what you feel. Kalau sehari dua mungkin orang bertahan tapi kalau dah tiga minggu asyik ulang benda sama. Fed up tahu tak !! So please keep it on your heart or find someone who can listen to your problems. Kalau takde kawan ke pergi ke bookstore beli diari dan tulis la sampai ke muka surat hujung pun takde yang kisah. Blog bukan tempat nak curhat lebih lebih dan fikirlah inikan public.

JANGAN letak widget melampau banyak sehingga susah readers nak baca pasal iklan turun naik ikut bar kita. Haha. Nie kes aku punya, serius malas nak bukak blog bila too much ridiculous widget in it. Kita nak orang baca entry kita lawat blog kita, we have to make them comfortable dan yang paling penting tak menyusahkan diorang.

Rasanya banyak betul JANGAN aku, hekhek. Tiba tiba rasa macam blogger famous bila buat entry macam nie.








Tuesday, 2 October 2012

Roomate Rules

Ehem batuk dengan gaya santai, jika ada yang perasan lah kan. Hiks. Malu pulak gua.




Aku nie nak kata lama duduk hostel kalau dibilang bilang sejak dari diploma hingga degree 5 tahun semuanya, ye itu boleh dikira lama. Bermacam ragam jugak lah jumpa, kena yang banyak cakap senang masuk dengan aku senang lah nak berkawan. Kena yang dia diam aku lagi lagi lah diam. Bukan sombong cuma tidak pandai mulakan first move. Hikhik.

Benda pertama yang patut ada pada seorang teman sebilik ialah jangan ambil barang orang lain. Maksud disini mentang mentang lah dah 3 tahun bersama sesedap rasa je kau nak ambil baju baju dia buat macam baju kau. Melampau lah tu. Tak pun sedap sedap rasa je kau pakai shower dia tanpa mintak izin dulu. Aku pun pernah jugak macam tu, in case tak sempat beli ke apa kan kalau nak meminjam aku mesej je si punya itu yang bla bla bla. Simpe. Orang pun tak rasa nak marah dengan kita ye dop.

Kedua ialah belajar hormati hak privacy orang. Aku memang ehem memang naik angin dan hot dengan orang yang tak reti nak hormat privasi aku. Suka suka dia je belek handphone kita bila bunyi tetttt menandakan ada mesej masuk. Please don't read that, tak kisah la personal atau pun tak its not our right to read that. Kalau nak pinjam handphone ke laptop ke please mintak izin dulu, kita kan orang Melayu ada adab sopan. Like bila masuk rumah orang kau bagi salam dulu kan, jadi benda nie sama je. Nak pinjam mintak izin dulu.

Ketiga sayangi lah roomate kau. Tak ada roomate sunyi lah hidup kau. Aku lebih suka berkawan dengan roomate maksudnya aku tak buat bilik aku sebagai tempat persinggahan sahaja. Anggap bilik dah umpama macam tempat tidur yang waktu waktu lain kau entah ke mana. Silap haribulan roomate pun tak kenal kau. Cuba lah berbaik baik dengan roomate, tak sekepala macam mana pun kan try lah sembang sembang dulu. Aku pun begitu jugak dulu, malu malu dan rasa eh tak ngam lah dengan dia nie. Tapi last last okay je. Takde masalah apa apa pun. As long as kita ikhlas berkawan.

Akhir sekali aku rasa sebagai roomate sebagai kawan kita kena jadi lebih sensitif. Sensitif disini bukan lah tiba tiba kau merajuk dengan roomate kau tak tentu hala, tapi disini sensitif dengan keadaan. Umpanya roomate kau tengah study esok dia nak final kau pulak takde paper lagi esok, dan kau buat bising umpama bilik tu kau yang punya. Jangan buat macam tu. Tolong fahami dan hormat roomate kau, put your life in her shoes. Malam nak final kau nak orang memekak di telinga kau bila kau tengah hafal formula ekonomi. Nak macam tu. Tak kan. So as others.


Bagi aku hidup berkawan nie simple, kalau rasa tak ada persefahaman ke apa bagi tahu HEP nak tukar bilik. Hahaha. Senang, dapat bilik single senang kau nak manage diri sendiri.

Monday, 1 October 2012

Kisah whenfifieisbabbling

Tiga hari ye tiga hari si Fifie tidak jengah blog kesayangan tidak jugak jengah blog teman teman. Baca luahan hati dan informasi sambil makan popiah goreng. Enak sungguh. Bukan benci bukan jugak tidak sayang tetapi ekoran laptop gua yang cepat panas lalu termampus sendiri. Itu penyebab gua malas nak on laptop berjam jam. Tapi hari ini mungkin masalah itu dapat diatas, gua sudah beli aircond untuk laptop gua. Sayang wey mana nak cari not ribu ribu untuk sebuah laptop dimasa tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi. Diharap encik laptop tidak lagi panas panas hati ye sayang. Ehe.

Intro panjang melambangkan kerinduan membuak buak. Kuikui. Hari lepas lepas tika aku sedang online fb dengan handphone tercinta tiba tiba aku terbaca satu post ini, tentang blogger. Isi kandungan nya sudah aku lupa tapi rumusan nya adalah apakah tujuan sebenar kita ada blog. Lebih kurang lah kan, nak quote betul betul maaf otak gua bukan mesin photocopy.

pict courtesy : google 

Ada yang bagi tahu aku, gaya penulisan aku menunjukkan aku sudah lama berblog tapi bila tengok followers aku ciput je. Hehe. Ini ada blog ke tiga aku, aku punya dua blog lain sebelum ini tapi sudah aku delete di atas faktor faktor yang aku sendiri tidak punya jawapan. Yang pasti kali ketiga buat blog iaitu blog ini aku memang bertekad tak akan delete blog tanpa sebarang sebab pasti. Istiqamah. Yess sekarang oktober maksudnya dah lebih kurang setahun aku setia pada blog ini. Entry lama lama yang mengarut sudah di delete, hiks. Tak usah lah mencari. 

Dulu aku ada blog sebab aku rasa best je tengok orang lain punya blog sendiri. Tidak langsung ada rasa di hati untuk famous dengan blog, untuk publish blog pun sudah tidak sanggup. Malu barangkali. Aku buat tidak tahu, update jarang jarang BW dan tinggal jejak tidak langsung. Aku suka blogwalking ke situ sini tapi jarang aku comment. Aku more to silent reader. Seronok begitu. Itulah silap aku sebenarnya suka blogwalking tapi tak suka tinggal jejak. Ehe mana orang nak tahu kewujudan kau fifie kalau kau pilih untuk begitu.

Lama jugak lah aku begitu sehingga lah satu masa wan rafiq encourages aku untuk publish blog aku di facebook. Katanya apa guna ada blog kalau tak nak orang lain tahu, share lah dengan orang apa yang awak tulis. Betul jugak  monolog aku sendirian. Tiba lah hari tu aku publish blog aku dan as I expected ramai yang tak percaya. Uhuk. Takpe normal lah kan. Sejak hari tu memang semangat nak berblog makin banyak tidak pernah pupus. Alhamdulilah dari followers 40 lebih je sekarang dah masuk 200. Seronok.

Tapi tidak adil kalau aku tidak berterima kasih pada teacher comel nie sebab dia adalah follower pertama aku yang pada waktu tu followers dia pun dah beratus ratus. Memang ohsem. Dia jelah yang rajin nak komen setiap kali aku update blog. Hiks. Indah thanks for the supports. Memang tak sangka sampai sekarang kami masih bersahabat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...