Tadi waktu aku tunggu umi beli barang dapur, aku tunggu dalam kereta je pasal ioll kan takut air, hujan tak lebat tapi tak berhenti maksudnya dari subuh tadi hingga sekarang tertulis nya entry masih hujan. Sambung cerita, aku dengar radio THR gegar yang sohor tu terdengar lah ceramah dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pasal jodoh dan rupa. I can't recall words by words apa yang Dato' ucapkan tapi yang aku ingat macam nie lah bahasa mudah pasangan selalu cemburu mendengar mahupun melihat orang lain memuji kecantikan/kekacakan pasangannya. Jadi untuk mengelakkan perkara begitu berlaku, Dato' nasihat lelaki kalau hensem setakat 5/10 carilah perempuan yang cantik nya 6/10 atau 7/10. Jangan cari yang 11/10. Karang tidak terkejar engkau.
Oh iye, baru tahu. Aku jenis nak bercinta memang tak letak preferences apa apa pun, like eh kau kena hensem 10/10 sebab aku rasa aku cantik macam Neelofa. Muahaha. Tak tak, itu semua ke laut je bagi aku. Aku selalu jatuh cinta dengan orang yang satu kepala dengan aku dan yang paling penting tahan dengan perangai aku yang temper tak tentu masa dan tempat. Most of the time aku akan jatuh cinta pada lelaki yang level of education dia lagi hebat dari aku dan penampilannya harus up to date, kalau hensem ah itu bonus. Nak cari yang hensem memang tak lah. Apa guna muka hensem otak kosong baii.
Randomly selalu aku lihat pasangan yang tak balance, tahu balance tu macam mana. It's like the boyfriend is handsome bagai nak gila and the girlfriend is so-so only. Dan aku juga selalu terjumpa pasangan dimana perempuan cantik 11/10 dan lelaki muka bagai tongkang pecah. Well what to say, it's a fate. Mungkin pasangan nya jatuh cinta bukan kerana rupa atau harta benda yang diidami manusia. Perhaps there's hideous qualities about the girlfriend/boyfriend. Tapi kalau dapat pasangan yang sama cantik sama padan bagus lah, bonus.
Kebanyakan kawan aku kata perempuan cantik tak berapa suka lelaki handsome sebab diorang tak suka kan persaingan, well lelaki hensem mesti menjadi rebutan para gadis. Korang macam mana?
p/s : Rupa cantik/handsome bukan tiket bahagia
tak patut bila ada sesetengah persoal kenapa pilih si dia sedangkan ramai lagi yang lebih handsome/cantik. itu semua jodoh dan bagi saya, kecantikan ni tak harus dibezakan dan tak perlu jadi macam satu masalah besar.
ReplyDeletebahagian dunia akhirat, boleh jaga baik2, didik elok2 itu paling dikehendaki. ecehceh..
Betul tu dani, selalu orang persoal eh dia nie hensem tapi kenapa pilih perempuan tak cantik. Bagi fie cantik atau handsome adalah subjektif. Ada orang rupa tak seberapa tapi akhlak dan agama dia buat dia nampak cantik, nampak elok. hehe
Deleteakak biasa2 jerr...alhamdulillah dapat org sedap mata memandang....hope tak der yg cakap x sepadan sudah la .. =)
ReplyDeleteFie pun sama, jangan ada yang cakap macam tu sudah. Huhu. Karang naik angin pulak fie.
Deletebtul tu fie..tak perlu nak kejar yang mna cantik/hensem..smua tu bonus je..yang penting skali ikhlas dalam perhubungan..
ReplyDelete*hanif merupakan peminat tegar thr gegar..hari-hari dengar online kat blog..hehe..
ikhlas dan yang penting kita jumpa orang yang dapat bimbing kita. hehe.
Deletefie tak minat sangat thr tapi sebab lately era.fm tu asyik siar lagu entah apa apa, so fie dengar thr la lonie. Kuikui
betul.. prempuan cntik x suka llki hnsem sbab x suka akn prsaingan..
ReplyDeleteHehehe fie pun tak suka. Kuikui.
Deletebtol tu..rupa tak penting.. yg penting perangai elok, solehah, hormat org tua....
ReplyDeletetak boleh blah ayat fie yg
"apa guna muka hansem kalau otak kosong baii..."
huhuhuh :)
Haah fiq, fie memang kalau bercinta tak tengok pada rupa lah. hehe.
DeleteHahaha maaf la kalau ayat terkasar.
kelate hujan lebat ko skng ni fie?
ReplyDeletepasal dapat jodoh cantik dan hensem ni memang tak boleh nak kata pe.
mungkin sesetengah plh cantik sebab rupa.
setengah lagi sebab cantik perangai.
asalkan si dia cantik di mata kita alhamdulillah la kan.
Hujan tak lebat nick tapi hujan tak berhenti. Memang takleh g mana lonie, susah etek. Fie setuju, bagi fie cantik tu complicated nak explain. Ada orang jatuh cinta pada perangai ada yang jatuh cinta sebab rupa. hehe. Tapi fie tak kisah fizikal semua tu
DeleteYeay!
ReplyDeleteJanji pasangan itu baik dan tebal imannya.
Clap clap. Setuju. Hehe
Deletecamnelah perempuann cantek 11/10 tu yee..hahaha.
ReplyDeletei think fiefie is 10/10 :)
Macam Aisyah isteri Nabi kita. hehe
DeleteAlahhh rara, tak tak. kembang pipi i. Muahahha
apa ada pada rupa??huhu cantik itu subjektif..kan sys??:)
ReplyDeletelama xbwre sini,dtg bawa entry baru.. Link chot,Jemput singgah :)
http://chot91.blogspot.com/2012/12/website-menarik-untuk-dilawati.html
Haah chot subjektif sebab kadang kadang kita tak minat orang tu tapi orang lain minat. bak kata umi fie, kalau semua orang taste sama tak habis kain di kedai. haha.
DeleteInsyaAllah chot ;)
dulu slalu dpt yg xblnce . mee byk kecek . gewe bisu . yg akn dtg tatau cmano -_-
ReplyDeleteHahahaha. Lah mee fie pun sama, dia pendiam fie banyak mulut. Haha.
Deletetu la.. ena pun selalu jumpa psgn macam tu, satu lawa dan psgnnya biasa2 je.. like me.. ena ni hodoh hitam, tp buah hati ena putih melepak... *sori puji buah hati sendiri, sila muntah ye*.. hahahah apapun, rupa paras tu bonus sebenarnya.. yg penting iman, hati dan budi pekerti...
ReplyDeleteEna hitam? Tak adalah, ena putih dan tinggi lampai. heeee. Tak muntah tak muntah, biasalah tu kalau bukan kita puji bf kita siapa lagi kan. heeee.
DeleteEleh Ramai yang cakap kat mulut Rupa paras tak penting,,Tapi hakikatnya lain..
ReplyDeleteOrang kan lain lain, mungkin awak rasa rupa itu penting tapi orang lain tidak.
Deletehanya cantik paras rupa sahaja bukan penjamin bahagia....
ReplyDeleteyg penting si dia harulah tahu menghargai diri kita, menyayngi diri kita, terima kita apa adanya,mencintai kita seadanya dan setia...
kerana cinta itu bukan pada aspek luaran tapi pada hati..;)
tapi kalau miliki rupa paras yang cantik diikuti budi pekerti yg baik itu namanya bonus..=)
Betul, tengok betapa ramai perempuan cantik dan lelaki hensem yang gagal dalam rumahtangga. Kenapa? sebab we can't rely on the face itself. Kita kena letakkan jaminan pada hati budi kita, pada perangai kita.
Deleteberapa kerat sgt yg benar2 ikhlas sebenarnya
ReplyDeleteT.T
Kalau bercakap soal ikhlas susah lah kan, waktu baik semua okay semua ikhlas. Bila dah bergaduh semua tak boleh semua tak ikhlas.
DeleteKalau fy,fy suka lelaki yg lain daripada yang lain dan kelakar. Fy mmg akan easily attracted to someone yg kelakar.
ReplyDeleteKelakar tu perlu, nanti kalau time kita bad mood ke apa boleh lah si dia tolong ceriakan suasana. heeee
Deletejodoh tak kira harta benda paras rupa semua. :)
ReplyDeleteyg penting hati masing2. itu yg bawak kebahagiaan sampai ke tua nanti. ;)
Indeed, kalau setakat bergantung pada rupa sahaja tak kemana lah hubungan tu
Deletehmm... wife aku tak bersaing dengan mana-mana wanita untuk mendapatkan aku.
ReplyDeletemaknanya, aku tak hensem.... huhuhu
Lah kau dah kahwin? patut lah entry cakap dah pindah rumah semua. Hiks
Deleteyg dok ada ni x hensem pon siap ada lg kekurangan itu pon letih nak kepong (T_T!)
ReplyDeleteHahaha betul cheida. Kalau yang hensem gila tak tahu lah nak kepong macam mana
Deletewell said.
ReplyDeletelya fobia dgnn laki handsome.
seriously
simpan perasaan yg lelaki handsome ni playboy.
lgpun. bkn cntik mcm neelofa pn nk laki handsome bagai ni
hahahhaha
dpt yg jambu pun ckp laaah. dh bikin hati melting tiap kali pndang.haha.
Hahaha dapat yang jambu jadi KPOP lah lyaa. Fie pun sama fobia dengan laki hensem sebab kebanyakan yang fie kenal muka je hensem perangai tak boleh blah.
Deletekalau bagiku pasangan yg tepat itu adalah yg dapat buat kita merasa (sama-sama) nyaman, n aku setuju dgnmu soal cantik atau ganteng itu adalah bonus :D
ReplyDeletebenar, huhu. Kalau cantik atau ganteng itu tidak semestinya kita akan merasa bahagia
Deletekeihklasan hati dan iringan doa yang sebetulnye.hehe
ReplyDeleteMeminta dengan yang Esa.
Deletehehehe.
ReplyDeleteup to date macam mana tu fie?
wan pulok.tak tahu bakpo suko ko pue tinggi.
dio tu kae, rendah sikit jah dari wan.
hahaha.
Hahaha baguslah wan, memang kalau ore jate tinggi tak suka sangat ore pue rendah. heeee.
DeleteUp to date tu maksudnya dia suka bergaya. hehe
betul tu sis dlm bercinta ni mmg tak boleh tgk rupa sgt..lagipun kdg2 yg biase2 tu lah yg lebih best dri yg hensem bagai kan... hurm jodoh tak mengenal rupa.. yg pentg ada pesefahaman and trust... haiishhh bila putra idaman naz yang dtg ni.. dah lama menunggu ni..heheh ^_^
ReplyDeleteHaha belum jumpa ke Naz takpe cinta tak perlu dicari, dia akan datang dengan sendiri bila msa yang sesuai. heeee
DeleteBetul tu, rupa hensem tak menjanjikan kebahagiaan. Yang penting hati kena hensem. Kalau rupa pun hensem jugak, apa salahnya sapu sekali kan? Hehehe~
ReplyDeleteHello Kitty Limited Edition cik Yana vs encik Samsung
Hahaha betul, kalau rupa hensem hati pun hensem oh bertuahnya badan
Deleteabg long tak legendz tapi kiut...hihihi
ReplyDeleteHaha kiut tu yang dapat pikat hati ramai cewek. kikiki
Deletefirst time dtg blog ni... suke2 gaya penulisan sis fify... akan slalu stalk ni..hehehe..btw, hidup pink!!! huhu
ReplyDeleteHaha nie mesti peminat setia pink. Thanks awak :))
Deletebak kata org tua2... kita org perempuan ni kena cari lelaki yang sanggup untuk jadikan kita pasangan hidupnya... jaga kita dan anak2 dengan baik hingga ke syurga... pasal hensem ke tak tu... belakang kira...
ReplyDelete