Wednesday 19 December 2012

Suka duka seorang blogger

Kalau dihitung ditolak ditambah dah dua tahun sebenarnya aku ada belog, mula daftar belog memang tak ingat tapi untuk tahun pertama aku boleh dikategorikan sebagai jakun. Kenapa jakun, sebab aku langsung tak share blog aku tak BW tak komen tak follow. Hahaha. Yang aku reti syok sendiri, tulis entry publish dan baca again and again and again. Nampak tak betapa lone ranger nya aku masa tu. Jadi boleh kata aku mula aktif blogging dalam setahun ini lah bermula dari Januari hari tu tapi mula mula aku share belog aku di facebook pada bulan june dan entry pertama yang dipublish mampu cecah  total pageview 300 jugak. Perghhhh gua dah rasa hebat. Dari situ lah mula bertatih nak dapat followers, nak capai sasaran traffic at least 100uv per day, nak letak iklan dari Nuffnang. Aku belajar dari zero, semua sendiri sendiri dan tanya bloggers yang dah senior. Nasib baik gua jenis friendly. Hikhik


Oh I love you Blog and I hate coffee, nanti tak pasal pasal jadi mata zombi


Kalau orang cerita suka duka in blogging aku pun nak share story aku jugak. Kalau dihitung dengan jari memang banyak sangat tapi Alhamdulilah buat masa ini aku terlepas dari serangan anon yang cuba untuk menjatuhkan semangat. Satu benda yang harus ada dalam diri kita sebagai seorang blogger ialah menulis dengan kejujuran, maksudnya kau ada pilihan sama ada nak menulis benda yang betul atau benda yang tak betul. Tapi apa guna menulis benda yang tipu, mengadakan hal yang tidak ada. Tak ada feel disitu, sebab tiada kejujuran dalam entry tu. Walaupun orang tak tahu tapi benda nie akan terjadi dengan sendiri.

Benda yang paling aku beringat ialah jangan terlampau expose siapa diri kita, alamat rumah no telefon no kad pengenalan adalah antara benda yang tidak patut ditonjol di alam maya. Tak semua orang dalam alam maya nie punya niat baik dengan kita. Aku pernah terbaca kisah seorang blogger nie yang terlampau berterus terang dalam belog, dia menulis tentang kisah someone close to her tapi akibatnya dia dengan kawan rapatnya dah terputus hubungan. Sebab, kawan rapat dia menuduh dia tidak menjaga rahsia si kawan. Rahsia apa memang aku sendiri tak tahu tapi apa apa pun kita harus berjaga jaga. Tak salah nak share itu ini, nak cerita hebat hebat, akibatnya kau yang tanggung sendiri.

Bermulut lancang juga harus dielakkan, elak menulis sesuatu yang menyentuh sensitivit agama, bangsa, negeri mahupun negara. Benda benda yang kau pandang remeh maybe tidak remeh bagi sesetengah orang. Jangan jadi macam engineer hebat nie, bila mana dia menulis entry yang menyentuh sensitiviti perguruan akibat nya dia terpaksa delete belog. Hello, kau hebat macam mana pun kau masih perlukan guru untuk bantu kau kenal ABC. Aku sampai sekarang tak dapat terima alasan kenapa dia tuduh macam tu, macam tak masuk akal pun ada. Like bila artis gaduh dengan bf di twitter tapi bagi alasan twitter kena hack. Lebih kurang.

Yang paling aku suka ada blog ialah aku lebih cepat tahu informasi apa apa pun tak kisah lah hiburan ke, politik, gadget malah everything lah senang cerita. Dah tu kalau terkeliru tentang something cepat je dapat bantuan geng blogger nie, ada je yang senang hati nak explain sehingga aku faham. Clap clap to bloggers sambil kenyit mata bagi hadiah peha ayam KFC satu sorang. Kuikui. Nak generate idea tulis entry pun senang kalau BW banyak banyak, bukan apa aku paham sangat masalah para blogger nie idea tu bukan boleh dibeli di kedai serbaneka 7eleven jadi memang nak korek idea tu amat susah. Tu yang sometimes kita harus appreciate blogger yang menulis tanpa jemu. Kadang kadang aku pun naik heran kat mana jugak lah dia nie cari idea nak menulis.

Well nak cakap lebih lebih tak mampu since aku pun baby boomer dalam bidang nie. Harap harap aku mampu lah survive till the end, the end tu maksudnya bila sampai pinpoint di mana aku dah rasa bosan amat nak berblog dan aku terus delete akaun. Haaa macam tu tapi aku harap lambat lagi sampai pinpoint tu. Aku masih ada rasa nak share story aku dengan semua orang. 

25 comments:

  1. betul tu kak, kena jaga tutur kata kita bila berblog ni sebab blog ni semua org boleh baca... kata2 tu melambangkan keperibadian kita, maruah kita... sy x leh terima kalau ada blogger cakap "blog ni hak aku, suka hati aku nk mencarut ke ape ke"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ena, kalau ada blogger jenis tu memang fie jarang singgah di blog dia. tak suka lah orang yg anggap dia boleh tulis everything di blog dia walaupun benda tu mencarut

      Delete
  2. and i also love blog so much...

    ReplyDelete
  3. walaupun blog ni kita punye tapi tetap kena ada batas nak tulis entri..
    kalo tulis benda yg salah bukan je buat org gaduh tapi dapat dosa free lagi..
    pasal perkara personal tu mmg tak bape sesuai nak expose kat blog..
    unless kita private..tapi org takleh baca pulak..huhu
    pe pun kerana boleh kenal ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nick ibarat kata bila kita ada blog kita nie public figure*dont get me wrong. Public figure like semua orang ada hak nak membaca blog kita itu pasal kita kena ada batas dalam menulis jangan ada menyentuh sensitiviti mana2 pihak.

      Delete
  4. ngeee.. chaiyok2 fie berblog.. Rina sokong dari belakang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina jugak. Jangan berhenti berblog. hikhik

      Delete
  5. betul tuh :)
    kat blog ni bukan boleh share segala2nyaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup iima. be careful with your words or entries. hehe. fie pun takut jugak buat silap

      Delete
  6. aku sendri gak trasa dah hampir 3 taon ngeblog, banyak manfaat yg didapatkan disini :) n betul katamu jgn kita terlalu terbuka pada semua org di dunia maya ini, bahaye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee alam maya ini terlalu bahaya kalau kita terlalu mendedahkan peribadi kita. Saya baru setahun. hehe

      Delete
    2. Saya dari Palembang (sumatera selatan) Fie :D Ada saudarakah di Indonesia?

      Delete
  7. femes eh blgger enginer tuh, 'untunglah jadi cikgu' ,

    kita pon untung , untunglah jadi blogger ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita untung jadi blogger jumpa ramai teman. hehe. Fames lah kot, fames dengan cara tersendiri. hehe

      Delete
  8. yeay!!i love blogging..kdg2 rs cam addict plak..hoho..betul tu fie..jujur..jgn mengopy paste..jgn tau nk ngutuk org je..komen2..tp mengutuk..ntah pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah fie pun sama. rasa addict nak berblogging hari hari. Kalau tak jenguk blog sehari rindu kemain. heeee

      Delete
  9. laaa, lama dah fie dok tulih blog ruponyo.
    patut la sedak karangan dio.hehehe..berinfomasi.

    wan dulu ada jugok blog..sekodar nak baca wak macam diary, pastu wan delete blog tu.tak tahu bkpo.

    pastu loni, barulah sero sedak sikit sebab ada terget.
    tapi wan ada satu target lagi, wan nak try huraikan pasal isu semasa jugak.
    tapi wan sedar, ilmu tak berapa cukup lagi ni.
    nak ulas ulas pon, rasa banyak tak keno pulok.

    so, wak macam diary lah lebih kurang dulu.
    huihuihui.

    ReplyDelete
  10. sekarang mesti dah power kan kan.. mula2 hana xreti nak komen2 entry. last skali haa ambik komen jujur punya..hehe

    ReplyDelete
  11. Fy punya blog setiap tahun format. Hahaha sebab bila baca entry lama balik rasa mcm wth apa aku tulis ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  12. blogging ni sebenarnya best. dari yang pahit tu lah bertukar jadi best :)
    pengalaman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...