Tuesday, 4 December 2012

Halangan ibu bapa



Sebuah percintaan pasti ada pahit manis pasti ada rintangan dan halangan dan pasti ada jatuh bangun nya. Biasalah lumrah bercinta. Tapi kalau ini halangan dan rintangan dari kedua ibu bapa, agaknya apa yang harus dilakukan. Ikut logik, timbang tara semua benda, atau mohon petunjuk dari Yang Esa. Aku pilih yang terakhir. Pernah berada disitu, pernah alami situasi itu, pernah rasa perit itu, pernah lihat air mata insan tersayang mengalir disebabkan aku. Yea mungkin aku bukan anak yang terbaik tapi aku berusaha untuk menjadi ke arah itu.

Aku pernah bercinta dengan someone yang aku kira ahhh tidak lah hebat mana. Tapi cinta itu kan buta yang busuk pun bau nya wangi je. Nak kata dia hensem tidak, pandai jauh pandai aku, budi bahasa memang tak boleh nak dibuat panduan pun. Entah bagaimana jatuh cinta, syok sangat dengan dia sesungguhnya aku sendiri tak tahu. Cinta monyet barangkali. Nampak si dia hebak kemain, terus terkinja kinja bak beruk nak dapatkan cinta dia. Sanggup buat keputusan belakangkan kedua ibu bapa.

Umi ayah nasihat, berleter, nasihat lagi langsung aku tak ambil pusing. Yang penting aku dia bersatu. Bodoh nya dulu. Tapi bila lama lama umi tak putus asa nasihat kan aku, celikkan mata hati aku yang tertutup dan dengan satu kejadian tak terduga. Aku tiba tiba boleh berfikir dengan waras, yelah kenapa aku gilakan dia. Aku pun bukan yang terlayak untuk beri nasihat untuk beri kata kata panduan, tapi sebab aku pernah berada di simpang itu makanya aku belajar sesuatu dari situ. Bahawasanya ibu bapa tiada galang ganti malah tiada ganti pun dengan bakal suami/isteri atau kekasih. Tiada.

Ini pendapat aku, tiada salahnya kita dengar nasihat mereka. Kalau sekalipun kita rasa kita ini berada di pihak benar, mohon lah pada Dia, buat solat Istiqharah. Mudahan diberi petunjuk siapa jodoh kita sebenarnya. Pasti ada sesuatu tersirat mengapa mereka melarang hubungan tersebut terjalin pasti ada alasan tersendiri. Tanyalah mereka, jangan kita terus buat keputusan melulu membelakangkan mereka menyalahkan mereka.  Aku tak berani nak cakap banyak banyak takut tersentuh isu tidak sepatutnya. Hikhik. Tapi entah lah, bagi aku keredhaan ibu bapa yang paling penting. Nak cerita lebih lebih tentang kisah dulu rasanya tidak patut, si dia sudah berkahwin bimbang disalah ertikan oleh pihak lain. Yang hanya aku boleh bagitahu, keadaan dulu amat amat lah memeritkan hati. Ingin di compare dia dengan wanRafiq amat berbeza. Alhamdulilah, Allah kurniakan aku seorang lelaki yang lebih baik. 


p/s : Senang dan gembirakanlah hati mereka sementara mereka masih ada, ibu bapa tiada dimana-mana, dicari hingga ke hujung dunia sekalipun tidak akan ditemui. 

45 comments:

  1. betul fifie.. dulu cheda pon macam tu smpai gaduh2 keluar umah kerana lelaki.. hmm igtkan balik sedih sgt!!
    kenpalah bodoh sgt tp skrng alhamdulillah..
    insyallah dia yg terbaik dunia akhirat mama pon restu pilihan kali ni.. harap ini adalah pilhan yg terakhir walaupun bukan yg pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan fie cheida, rasa menyesal sangat buat benda macam tu dulu. Sekarang fie rasa bahagia sangat sebab kedua ibu bapa restui pilihan kali ini dan fie harap jodoh kami berpanjangan. Same goes to you chieda. InsyaAllah.

      Delete
  2. buang perasaan sendiri demi ibubapa selagi tak membelakangi syarak :)

    ReplyDelete
  3. hm..sesetengah perempuan kalau dah jatuh cinta,memang macam tu. saya tak terkecuali. tapi alhamdulillah, kita belajar daripada kesilapan. keredhaan ibubapa tu penting. jangan terlalu cintakan seseorang. bersederhana memadai. prinsip saya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besederhana lebih baik kan dani, waktu bodoh dulu memang macam tu. Ikut kan sangat darah muda nasib baik ada parents bagi guidelines. hehe

      Delete
  4. esok fie interview eh..
    kat mana?
    kalo interview spp jgn risau.
    mudah je soklan diorang tnya.
    tahu psl isu semasa ok je.
    yg penting kena cakap.
    ade yg kena reject sebab diam x cakap..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan spp nick, tapi di bank islam. Hehe. insyaAllah will do my best. harap2 dapat lah kerja tu. hehe

      Delete
    2. mesti dapat punye ;) sapa tak nak amik amoi cantik jd staff kihkihkih! :P

      Delete
  5. wan rafiq piwitt sejak kebelakangan ni ko asik sebut wan rafiq je kn? wakakaka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam sungguh daya penglihatan kau kan. hahaha

      Delete
  6. Pilihan ibu bapa mungkin yang terbaik. Tapi kalau ibu bapa tidak kisah dengan pilihan sendiri tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awak kalau parents setuju je takpe, kalau diorang menentang pasti ada sesuatu tersirat.

      Delete
  7. sejak akhir - akhir ni nama wan rafiq kerap disebut . bila nak berlangsung ni kak fie ? akak pung dh grad . hikhik :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je ayu nie dengan shalee, tajam sangat daya penglihatan. haha. InsyaAllah soon :)

      Delete
  8. Betul tuh fie. dr kita pilih kekasih yang baru 2 ke 3 tahun kenal yang belum tentu lagi kita kenal betul2 baik pilih ibu ayah mmg dorg akan buat keputusan yang paling terbaik utk kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nasihat yang sering kali fie bagi dekat kawan kawan dan adik adik. Ibu bapa lagi penting dari bf/gf yang kita baru kenal 2,3 tahun, ibu bapa dah jaga kita sejak kecik lagi.

      Delete
  9. Plihan ibu bapa selalunya pilihan yang terbaik untuk kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fyfy, mana ada ibu bapa nak tengok anak nya sengsara kan. hehe

      Delete
  10. Apapun, kita hidup ni kena dapat restu dan redha dari pada kedua Ibu Bapa.. kalau dapat restu dari mereka, Allah pun restu dan redha dalam segala urusan kehidupan kita... InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh nie sama dengan kerja, sebab tu apa apa pun sebelum fie buat keputusan fie akan tanya pendpaat orang tua fie. Sebab bagi fie restu diorang yang penting ena.

      Delete
  11. rancangan Tuhan kan fie. ibu bapa tak setuju sebab Tuhan dah sedia si dia yang terbaik untuk kita. In Sha Allah.mungkin sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran berguna nana untuk kegunaan masa depan. InsyaAllah bila parents berkat Allah pun berkat.

      Delete
  12. Replies
    1. InsyaAllah abang long, terima kasih atas nasihat :)

      Delete
  13. ehehehe.. dulu mungkin tidak matang dalam menilai sesuatu.apatah lagi ketika dilanda cinta monyet, memang kita hilang pertimbangan... akal selalunya akan ditolak ketepi. tapi Alhamdulillah, awak telah disedarkan. selalunya ibu bapa akan dapat membaca samada pasangan kita itu adalah terbaik atau tak.. sebab mereka lebih dulu makan garam daripada kita.. apa2pun, saya doakan agar awak bahagia bersama wanrafiq tu tau.hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Alhamdulilah, dah makin besar nie perangai pemikiran pun dah berubah. Dah fikir baik buruk sesuatu sebelum buat sesuatu benda tu. InsyaAllah mas boni, harapan pun macam tu lah. hehe

      Delete
  14. kalo bcinte ni fie, mmg pkran len mcm sket kot..ikut perasaan je lebey..haha..tapi oklah skrg fie da jmpe org yg lbh baik..mungkin pengalaman lepas tu nk beri pngajaran dlm hdup kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ada kajian oleh universiti mana entah pasal otak orang yang bercinta nie tak waras. haha.

      Delete
  15. okeylah fie, dapat orang yang lebih baik..dah nak kahwin dah pun.

    wan hanya betul betul dapat greenlight bila dah dapat kerja.

    uhuhuh.

    eh, kalo mari kat pasar kuala besut setiap jumaat..singgah lah belah atas..bakpo fie banyak jalan jalan area besut ni..bukan ko fie ni orang pasir puteh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, biasalah wan ore jate kea nak pero anak ore kena lah ada kijo makan gaji dlu. hehe. Fie suka g sana sebab sana kea besar. macam macam pilihan ada, dia makan pasar di KB, besar etek. haha

      Delete
  16. Sebijik upin dah ipin hana. hehe

    ReplyDelete
  17. wah3..cantek header fie..ehehe.. comel..
    yupp..parents always no 1..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hewhew. Suruh fyfy liew buatkan untuk nia.
      Parents kan ada dengan kita sejak kecik lagi sejak lahir memang dioarang deserve untuk berada di nombor 1. Hehehe

      Delete
  18. Rajin fie buat rumah baru fie kan?
    hehehe

    Fie Na sokong apa yg Fie bgtw ni..
    Yes kawan pakwe/makwe kekasih suami/isteri meninggal
    akan ade pengganti.tapi ibu bapa tak akan ade pegganti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang rajin memang camnie ah jna. Hahhaa
      Huhu setuju dengan jna, jna kan anak mak still tidur bawah ketiak mak. Kuikui

      Delete
  19. fie....bulih wt citew cinta dh nie..
    wt novel....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. tu lah hajat2 nya buat la piko. Tapi piko kena beli deh.

      Delete
  20. wauuuu lawa lawanya blog dya lanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. See the leg lah bro. Haha

      Delete
    2. la x sleep lg ingat pakjoe terjah pagi2 nie ingat x kantoi ingat suma dh tdo hehehe

      Delete
  21. betul tuh fie. Kredhaan ibubapa itu pnting. Mgkin 'syg' pd ssowg tu akn buat kte buta. Smua org wt silap. Jd kte blaja dr kslpan . Ap pn stuasi, ibubapa diutamakan. Tanpa brkat mereka apalah kita hari ini. Mee pnah lalui tp stuasi brbza. Mee ingkar dan akhirnya padah yg dpt.. Hdup xpnah smpurna. Apatah lg bhgia. Neh smua sb mngalirkn air mata mereka. Hum. Xpe.. Sedar sblum trlmbat. Alhamdulillah hdup lbih bhgia bila kte brubah.. :')

    ReplyDelete
  22. betul tuh fiee. saya dalam keadaan single jadik takmo dah kapel kapel. pokus dgn spm dulu. makayah meleter 24jam pasal xsuru bercibta diusia muda. hihi

    ReplyDelete
  23. hehe..penuh pengalaman cinta di dada ni..boleh mintak panduan..hehe

    ReplyDelete
  24. ibu bapa halang tu, sbb dia lebih tahu , instinct mereka lagi kuat terhadap anak sendiri...sbb dorg nak yang terbaik utk ank2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...