Tuesday, 4 September 2012

kerana blog badan binasa

Lantang bersuara, tegas, hidup berprinsip. Itu memang bagus boleh kata itu antara faktor untuk berjaya dalam hidup masa kini. Tapi terkadang ada antara kita yang alpa, bercakap ikut sesuka hati, membidas tanpa fikir apa yang bakal dirasa orang lain. Bidalan orang tua-tua, kerana mulut badan binasa memang boleh diguna pakai dan masih relevan di zaman millenium ini. Tapi untuk menyesuaikan dengan situasi sekarang boleh aku cakap kerana blog badan binasa. 

Mungkin ada sesetengah sudah tahu, mungkin juga tidak tentang seorang blogger yang juga bergelar engineer lulusan UiTM menulis tentang issue yang membuatkan dia sendiri malu lantas memadamkan (delete) blog milik dia. Kalau tanya apa kata aku, bagi aku menyuarakan pendapat itu perlu. Tapi iyelah, kanak-kanak yang pasca merdeka ini mungkin lupa pada sensitiviti pada nilai-nilai kemelayuan. Kadang-kadang pendapat itu bila sudah berlebihan boleh juga diklasifikan sebagai fitnah atau kenyaatan membabi buta.

Provokasi melampau. Melampau bila dia mempersoalkan tentang tanggungjawab seorang guru bilamana dia mungkin ( tidak pasti ) tidak pernah bergelar seorang guru dan tidak pernah memegang tanggungjawab sebagai guru itu. Apa perlu dia nyatakan kesibukan dia sebagai seorang jurutera kalau hendak dibandingkan dengan seorang guru. Itu adalah pilihan dia, sejak dari awal pendidikan lagi kita sudah diberi pilhan untuk mencorakkan masa depan kita, sama ada nak jadi cikgu, jurutera, nurse, doktor, lawyer dan etc. It depends on us. Seperti aku, sudah aku aware waktu kerja seorang pegawai bank adalah dari 8.00am hingga 8.00pm ( kadang-kadang lewat lagi) tapi itu yang aku pilih sejak mula-mula melangkan ke universiti. Memang aku pilih untuk masuk ke banking field. Jadi perlu ke aku komen, aku mengeluh tentang kesibukan aku. Seperti PM yang telah aware betapa busy nya kerja sebagai Perdana Menteri tapi beliau masih memilih untuk meneruskan kerjaya nya itu.



Aku punya teman-teman yang bergelar jurutera, malah si dia juga bakal jurutera. Tetapi tidaklah pulak aku dengar kritikan yang begitu bodoh dari mulut-mulut mereka. Tidak pernah. Mungkin mereka masih punya penapis mulut. Betul lah kata Yuna Zarai, kadang-kadang orang bijak pandai melalui buku ini bila berbicara boleh jatuh sebagai orang bodoh. Kadang-kadang lebih baik orang yang street smart, mereka pandai untuk menyesuaikan diri mereka. 

Tidak mengapa, dia mungkin dilahirkan terus pandai membaca buku tanpa bantuan si guru. Mungkin dia lulus  berjaya SPM tidak kerana bantuan si guru. Moga-moga guru anda tidak berkecil hati dengan ada. Moga-moga diberkati juga ilmu yang diberikan untuk anda. 


p/s : read more on sararose.com

10 comments:

  1. haaha. setuju, skrg kena create perpatah baru 'kerana blog badan binasa'. Lisa setuju tang menyuarakan pendapat tu. Setiap individu ada hak nak mennyuarakan pendapat mereka masing2 cuma kena pada cara.. dalam kes ni, cara penulisan tak betul. kalau lisa jadi dia, lisa buat balik entri betulkan semuanya or minta maaf balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes bila kita dah tulis tentang sesuatu tu, kira harus recheck atau double check. Mana lah tahu ada part yang tak patut kita tulis dan publish. Benda-benda macam nie cepat tersebar macam virus lah.

      Delete
  2. setuju 100% dengan apa yang dah diluahkan fifie.
    saya pernah jadi guru dan saya tahu susah senang sebagai guru walaupun saya tak dapat bertahan lama. apa pun, kerja sebagai guru sangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja sebagai guru tak patut langsung dipandang remeh. tak semua orang dapat mengajar dan dalam masa yang sama mendidik anak bangsa untuk jadi orang berguna. tak semua orang.

      Delete
  3. dengan isu yg dah dicetuskan oleh si "engineer" tu marilah kite bersikap lebih waras dari beliau.kesian beliau mungkin tak sedar sensitiviti kerjaya lain.marilah kita bersikap lebih +ve utk majukan diri kehadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nana. Harap-harap sepanjang berblog atau dalam hidup nie fie tak salah langkah atau jadi orang yang kurang sensitif bercakap ikut sedap rasa.

      Delete
  4. kita kena usaha majukan diri..jgn kutuk orang je..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin pada masa dia menulis entri tu dia tengah serabut kot. Huhu

      Delete
  5. fie fhm tgs guru sbb ummi pn dlm bidang keguruan. betul dak?

    ReplyDelete
  6. guru itu tugas yang mulia...http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...