Monday, 31 December 2012

Emma Maembong & Cha Cha Maembong

Ini entry aku taip malam, memang terbiasa macam tu. Taip siap siap malam nie pagi esok atau tengahari lepas bangun tidur gosok gigi cuci muka capai laptop dan publish entry. Aku tak reti nak buat autopublish, bukan tak reti sebenarnya tapi confuse dengan jam yang setting di belog nie. Dia macam lari dari zon kedudukan aku sekarang nie.

Hari tu waktu tonton Setia Hujung Nyawa sebelum cerita dimainkan kan ada lagu soundtrack lepas tu keluar lah nama nama pelakon, penerbit, krew krew semua. Then aku tertengok eh nama Cha Cha Maembong iaitu  Zahra kawan baik pada Ersalina, terus aku buat rumusan dia nie mesti adik atau kakak kepada Emma Maembong, yelah mana nak cari nama ayah pelik macam tu. Macam aku nama ayah aku Sazuki, orang orang yang kenal aku, yang dah lama tak bersua muka, kalau terjumpa nama aku di mana mana terus tanya, tu Fifie yang ini ini ini ke. So nama kami rare. Muahahaha

Terus aku google kisah lanjut pasal Cha Cha Maembong nie, dan betul lah apa yang aku teka. She is younger sister of Emma Maembong, tengok rupa pun dah tahu hampir seiras kot. Lebih lebih lagi tang mata, both of Maembong's daughter nie punya mata yang menawan macam nak menangis pun ada redup je mata mereka. Cha Cha mula dikenali waktu dia membintangi sinetron Mimpi Cinderella untuk slot Lestary TV3 yang baru saja menamatkan nyawa nya.

Ini emma maembong, macam mana nak mekap mata macam dia eh. Nad tolong jawab boleh? hehee



Ini chacha maembong.


Kalau orang tak cakap Cha Cha nie adik kepada Emma aku mesti set di kepala Cha Cha nie adalah kakak sebab kalau tengok size badan dan rupa, Emma lagi nampak awet muda dari Cha Cha. Ampun ye ampun. Biasalah tu, resam adik beradik. Nasib baik aku adik adik lelaki selalu orang kata oh nie lah adik Qawien ye. Hahaha. Biasa ah sape suruh adik lagi besar dari kakak.




Sunday, 30 December 2012

Raikan Cinta- Maria Elena and Asfirdaus

Esok Isnin, lusa Selasa and aku tengah countdown happy new year. Nanti boleh sing outloud dengan adik adik lagu It is final count down. Macam biasa never celebrated new year, hanya berbaring di ruang tamu sambil pegang remote control and tengok rancangan menarik. Boring me.



I just watched Raikan Cinta on Astro Ria and this is what I've been waiting for since a week ago since I saw their preview, sebab I'm too much excited of watching them jadi aku dah awal awal lagi dah save the date. Aku yang memang suka tengok orang orang kahwin nie makin lah bertambah teruja, hari tu rasanya cousin Maria Elena adik kepada Hunny Madu tapi aku dah lupa nama, perkahwinan mereka pun been featured in Raikan Cinta, memang full of happiness lah. Hari tu dah stalk dia punya instagram tapi masih tak puas hati, tengok gambar tak bergerak tanpa nada mengiringi, memang rasa biasa biasa je. Bila dah dapat tengok her wedding on tv dengan nada dengan suara dia dengan kepoh dia ( well you know Maria ) rasa macam puas gila gila. Hahaha. Sounds creepy.

Dalam banyak banyak persalinan Maria Elena dan Asfirdaus yang paling paling aku suka ialah persalinan waktu resepsi. Persalinan in Emerald Green sama dengan Scha dan Awal dulu, tapi ini versi simple yet elegant. Even tudung dan dress Maria Elena tak ada banyak labuci labuci tak bling bling but still aku rasa elegant sangat mungkin bertambah dengan majlis resepsi yang diadakan di Sime Darby. Dalam sesuatu majlis perkahwinan pasti akan ada satu situasi yang paling touching, paling buat dada rasa sebak. And the most touching part is when Asfirdaus selesai akad nikah, tengok Maria Elena dah berubah muka nak tahan nangis, tengok her mom face, her father face. Aku kat luar pun nangis. Kuikui. Hati tisu ioll. I am happy for you Maria Elana and I don't know why, maybe sebab Maria nie one of my favorite person and she is beautiful outside and inside.

Aku tak tahu apa masalah laptop aku, aku tak dapat nak download video tersebut but no worries. Ini aku attach link video Raikan Cinta Maria Elena & Asfirdaus khas untuk pembaca tersayang. Hiks

Till then, good bye and selamat kembali ke sekolah :)

update : Aku dah tukar link video cuba tengok dapat tak.


Saturday, 29 December 2012

Random talk

Hari nie dah 29 Disember 2012, maknanya tinggal lagi dua hari untuk budak budak sekolah berlenggang kankung bangun pukul 12 terus nikmati breakfast tanpa gosok gigi. Wulamakk hidup yang best makin berlalu, eh lupa nak ucap tahniah buat Apex dan Leuniey Natasha yang selamat diijabkabul semalam. Terkinja je aku tengok Louis Vuitton Alma Vernis dari Apex untuk Leuniey, haiii untung badan usia muda dah bimbit handbag rege hampir 10K. Okay lupa kan soal mereka.





Memang dah jadi rutin sebelum taip entry check traffic Nuffnang, macam biasa lah tak ada yang extra ordinary traffic masih betwen 100-200 UV per day lepas tu tengok keyword, oh ramai pulak yang search blog aku using keywords Duri dan Setia Hujung Nyawa, ramai jugak yang nak tahu kisah selanjut pasal Ersalina tu. Aku pun tak ada benda sangat nak cerita sebenarnya, yelah Ersalina mengandung anak abang kawan baik dia yang dah berpindah ke Dubai ( rasanya) tapi bila dia dah berbaik dengan Zain ada terjadi satu kejadian aku dah lupa yang sebabkan dia gugur. Family mertua semua ingatkan ersalina bunting pelamin, kuikui tanpa mereka tahu Ersalina sebenarnya dah pregnant before kahwin, Zain yang terkejut memang mengamuk gila gila lah. It takes time jugak untuk mereka berbaik balik and at the end of the novel, Zain sebenarnya pernah meniduri perempuan bernama Ekin, kiranya sama sama dah buat silap. Dan Zain terus maafkan Ersalina dan menyesali perbuatan dia. Setakat itu jelah aku mampu tulis.

Eh semalam aku dapat email dari Bank Islam regarding interview session yang aku dah attend hari tu, dan aku terpilih ke second stage interview which will be held in Kuala Lumpur. Ini sebenarnya yang aku malas, aku nie lembik sikit malas nak travel sorang sorang. Kenapa lah interview tu tak jatuh pada hari Jumaat kalau tak aku boleh ajak umi pergi sekali. Nie kena pergi sorang sorang. Sobs. Gua dah lah tak berapa berani. Dan aku terfikir betul ke second interview atau nie interview lain pulak since tak ada tulis pun second interview di email tu.

Itu jelah aku nak bebel hari nie, semalam aku tak blogwalking mahupun jenguk blog sendiri. Kenapa, sebab aku malas. Tapi Alhamdulilah tengok traffic masih lagi cecah 196 unique view semalam, kalau selalu aku tak BW atau tak jenguk terus blog confirm akan jatuh bawah paras 100. Korang cuba lah jenguk blog aku selalu. Huahua. Baru lah traffic aku naik mencacak macam blogger retis.

p/s : Jom cuba tutorial SEO yang baru sini


Thursday, 27 December 2012

Kisah seram

I'm still haunted with what happened last two night, lepas nie kalau umi tinggal aku sorang sorang kat rumah confirm aku pasang ayat ayat Quran till diorang balik rumah. Kalau orang tak percaya tentang hantu tapi aku tak, aku memang percaya sejak dulu hingga sekarang. Tak pernah lihat depan mata lagi tapi entah kenapa aku takut, biasalah aku kan penakut sikit je.




Macam biasa aku dengan adik adik memang tidur lewat lah kalau musim school holiday nie, apa kata Puteri kita enjoyyyy. Waktu pukul 4am macam tu tengah layan 4bia ghost movie dari Thailand, lepas tu dengar enjin kereta tengah dihidupkan. Aku intai ke sliding door dekat living hall, oh tengok cousin aku tengah panaskan enjin kereta dia. Dia kerja polis di airport Pengkalan Chepa dan situasi tu memang normal lah setakat pergi kerja pukul 3,4 pagi waktu dinahari. Jadi aku take it as normal tak rasa pelik langsung lah.

Half way aku tengok movie tu aku mula rasa mengantuk tengah tengah layan mata tu tiba tiba bunyi orang ketuk ketuk pintu bilik umi, dan masa tu yang terlintas di fikiran mungkin one of my kucing tersesat masuk bilik umi dan tak dapat nak keluar. So dia ketuk guna kepala. Muahahaha. Tapi takkan lah aku nak ketuk pintu bilik umi ganggu mereka tidur dan tanya about this. Mereka mesti bimbang. So I kept this with my brothers only. Then aku pergi depan pintu bilik umi tiba tiba ketukan tu tadi beralih di bookshelf di second living room.Ketukan tu semakin menjadi jadi pulak. Ohmaiiii. Aku dah mula fikir nie bukan kucing nie something else. Huaaaa, scary you know. Lepas tu aku dengan adik adik baca ayat kursi 3 kali dan baca bismillah 21 kali setiap seorang. At last ketukan tu berhenti, tapi only for 15 minutes macam tu. Aku yang dah mengantuk nie, terus cakap suka hati kau lah nak ketuk ke apa ke asal jangan ganggu aku sudah. Lepas tu aku terus tak hirau dia main ketuk ketuk. Takut jugak tapi selagi dia tak munculkan diri depan aku, aku okay lagi.

Eh sambung yang perenggan kedua, petang kelmarim aku pergi lepak rumah maksedara belakang rumah. Sembang punya sembang aku terus tanya eh herry nie pergi kerja dengan kereta kancil ye sekarang, selalu guna Satria tu. Maksedara tanya eh bila pulak herry pergi kerja pakai kereta kancil, aku pun jawab lah pagi semalam pukul 4 pagi kakak nampak dia panaskan enjin kereta kancil. Terus herry menyampuk, mana ada. Aku kerja shift petang kelmarim aku baru balik je nie. Huaaaaaaa. Habis apa yang aku nampak tu, kemain lagi aku paksa herry mengaku jangan tipu tipu aku.

Kes menyerupai nie gua okay lagi, asalkan jangan dia menjelma jadi makhluk tutttt. Confirm demam dua minggu aku. Aku berikrar dengan diri aku mulai malam nie aku tak akan jenguk kepala intai intai apa lah yang ada belakang rumah tengah tengah malam lagi. Takut babe takut.




Wednesday, 26 December 2012

Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2012



Vokal Bukan Sekadar Rupa sudah pun melabuhkan tirai nya malam tadi dan aku percaya ramai yang dah tahu siapa yang juara dan siapa yang naib juara. Tahniah diucapkan buat si juara Uchop dan buat Mar tahniah juga. Bagi aku, baik Mar mahupun Uchop dua dua tampil dengan persembahan mantap yang memang susah nak pertikaikan. Kalau aku jadi salah seorang juri, mahu guna dadu demi nak pilih juara. Both of them did very well. 

Persembahan yang diadili 50% dari juri Datuk Hattan dan Ziana Zain  dan 50% lagi dari undian SMS ternyata amat sengit. Juara membawa balik wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi  dan set muzik bernilai RM10,000 manakala naib juara iaitu Mar membawa balik wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi.

Tahniah buat keduanya, aku tak sempat nak tengok persembahan mereka tadi, sempat tengok sipi sipi je bila Ziana Zain buat persembahan.

Tuesday, 25 December 2012

Setia Hujung Nyawa - TV3





Rentetan dari entry semalam ramai yang salah faham, sebenarnya kesalahan grammar dan ejaan tu memang disengajakan oleh author. Alex tu baru budak usia 8,9 tahun macam tu dan dia memang lemah english sikit dan selalu buat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam writings. Hingga lah bergelar doktor ejaan yang memang selalu dia buat silap dan memang tak dapat nak diubah ialah eja KNOW jadi NO. Tapi novel nie best. Memang best sangat sampai aku sayang nak habiskan sebab malas beli novel baru lagi. Huahua.

Ehe macam lari banyak kilometer jauh dah dari title. Ini adalah drama terbaru dari TV3 yang bersiaran pada waktu yang salah, iaitu pukul 7 malam dimana orang Islam sibuk nak tunaikan solat magrib. Next time kena improve nie, patutnya drama nie di letakkan di slot untuk ganti Mr.Cinderella yang dah tamat semalam. Perasan tak sekarang banyak novel sudah diangkat menjadi drama atau filem. Kenapa eh. Ke penulis skrip atau orang filem dah habis idea nak buat cerita peseng (fesyen) baru.

Sikit sikit yang aku ingat pasal novel/drama Setia Hujung Nyawa nie ialah watak penting Ersalina (Nelydia Senrose), Haliza atau ibu Ersalina ( Raja Ema), Zain Hakimi (hero aku tak tahu nama), Datin Adibah (Zila Bakarin). Kisah bermula bila Ersalina bermain cinta dengan abang kawan baik dia sendiri dan mengandung, waktu tu dia sendiri tak tahu yang dia mengandung. Ersalina nie jenis naif dan lurus bendul. Haliza atau ibu Ersalina nie sangat sangat memanjakan anaknya,sehingga sanggup menutup kesalahan Ersalina dan rahsia yang Ersalina mengandung tu dari semua pihak. Hingga Ersalina sendiri pun tak tahu yang dia mengandung sebab mak dia tak bagitahu.

Zain Hakimi tu dia ada bercinta dengan someone pelakon memang tak kenal, gf dia jenis workaholic dan tinggalkan Zain a month before their wedding ceremony. Memang riuh satu family lah sebab Zain nie datang dari well known family dan malu lah kalau semua orang tahu wedding terpaksa di cancel last minute sebab pengantin perempuan lari. Nak tutup malu, Datin Adibah nie yang baru berkenalan dengan Haliza di party geng datin datin, waktu tu ke rumah Haliza untuk bertanyakan hal catering since Haliza ada bakery sendiri. Di situ Datin Adibah berjumpa dengan Ersalina dan terus jatuh hati dengan perwatakan Ersalina yang lembut dan hormatkan orang tua. Terus dilamar nak buat menantu, yelah nak gantikan tempat si gf Zain tu. Haliza apa lah bagai orang mengantuk disorong bantal terus setuju dengan lamaran tersebut.

Pungpang pungpang menikah lah Zain dan Ersalina, mula mula memang bagai orang asing lah. Sorang ke barat sorang ke timur, tapi lama lama Zain jatuh hati dengan Ersalina. Sama juga dengan Ersalina. Tatkala rumah tangga baru nak happy Zain terkejut dengar perkhabaran bahawa Ersalina keguguran sedangkan dia masih belum menyentuh Ersalina. Well aku rasa korang pun dapat agak reaksi Zain seterusnya macam mana kan. Waktu nie dugaan demi dugaan datang, Ersalina dari yang naif, lemah, tak independent terus jadi matang.

Nak tahu kisah lanjut harus lah tengok drama atau cari novel tersebut. Mana best kalau aku cerita semua. Lagipun dah panjang benar nie, korang mesti skip parapgraph kan. Nyampah mak !!!







Oh My English !!!


Currently I am reading of this novel, where rainbows end by Cecelia Ahern. Aha that was not coincidentally grammar mistakes or wrong spelling like you thought, this is one of the paragraph I took from that novel and that was letter wrote by Alex. Please correct it teachers ;) 

Monday, 24 December 2012

Banjir oh banjir

Tangga rumah rendah sikit so air memang tinggi di kawasan nie


Hari nie air dah naik, dah banjir uolls. Sejak subuh kelmarim hingga sekarang hujan tak berhenti, semalam tidur tak lena sangat takut air naik dan kami tak perasan, dengan kereta tak pindah lagi, motornya lagi, almari almari kasut lagi, nasib baik rumah si kucing kucing tu dibina agak tinggi. Tak ada lah bertambah kerja geng aku nak kena angkut rumah tu letak kat tempat lain. 

Kebetulan pulak hari nie aku ada urgent meeting dengan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tentang gaji aku yang tak masuk masuk. Tak masuk sebab duit tu floating since account yang aku bagi dekat diorang dulu dah tak exist dah. Jadi aku bagi account lain tapi diorang terlepas pandang pulak then tadi aku kesana kejap sebab nak settlekan benda nie, harap harap cepat lah diorang uruskan. Poket dah rabak. 

Tadi waktu keluar ke sana kereta aku masih park dalam laman rumah kereta mini MPV so tak ada lah tenggelam lagi, then after one hour zupp air kemain dah tinggi. Dah tak dapat nak bawak masuk kereta ke kawasan rumah, terpaksa lah parking outside. Sobs sobs. Berjalan harung air banjir lah ioll dengan umi tadi, dengan barang dapur stok makanan harian yang penuh di kiri dan kanan. Mana lah tahu banjir nie lasting for a week, mati lah geng aku tanpa stok jajan. 

Kat depan nie air paras betis je tapi nak berjalan tu gua tak gemar

Sekarang hujan masih tak berhenti dan aku amat berharap cepat lah hujan berhenti jangan lah air banjir makin melimpah naik, aku bimbang naik ke atas rumah. Benda nie tak pernah terjadi tapi mana lah tahu nak dibuat cerita masuk berita air naik hingga ke atas rumah. Dah la lintah Ya Allah punya lah besar tahap betis aku. Minta jauh.

Sunday, 23 December 2012

Apa ada pada rupa


Tadi waktu aku tunggu umi beli barang dapur, aku tunggu dalam kereta je pasal ioll kan takut air, hujan tak lebat tapi tak berhenti maksudnya dari subuh tadi hingga sekarang tertulis nya entry masih hujan. Sambung cerita, aku dengar radio THR gegar yang sohor tu terdengar lah ceramah dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pasal jodoh dan rupa. I can't recall words by words apa yang Dato' ucapkan tapi yang aku ingat macam nie lah bahasa mudah pasangan selalu cemburu mendengar mahupun melihat orang lain memuji kecantikan/kekacakan pasangannya. Jadi untuk mengelakkan perkara begitu berlaku, Dato' nasihat lelaki kalau hensem setakat 5/10 carilah perempuan yang cantik nya 6/10 atau 7/10. Jangan cari yang 11/10. Karang tidak terkejar engkau.

Oh iye, baru tahu. Aku jenis nak bercinta memang tak letak preferences apa apa pun, like eh kau kena hensem 10/10 sebab aku rasa aku cantik macam Neelofa. Muahaha. Tak tak, itu semua ke laut je bagi aku. Aku selalu jatuh cinta dengan orang yang satu kepala dengan aku dan yang paling penting tahan dengan perangai aku yang temper tak tentu masa dan tempat. Most of the time aku akan jatuh cinta pada lelaki yang level of education dia lagi hebat dari aku dan penampilannya harus up to date, kalau hensem ah itu bonus. Nak cari yang hensem memang tak lah. Apa guna muka hensem otak kosong baii.

Randomly selalu aku lihat pasangan yang tak balance, tahu balance tu macam mana. It's like the boyfriend is handsome bagai nak gila and the girlfriend is so-so only. Dan aku juga selalu terjumpa pasangan dimana perempuan cantik 11/10 dan lelaki muka bagai tongkang pecah. Well what to say, it's a fate. Mungkin pasangan nya jatuh cinta bukan kerana rupa atau harta benda yang diidami manusia. Perhaps there's hideous qualities about the girlfriend/boyfriend. Tapi kalau dapat pasangan yang sama cantik sama padan bagus lah, bonus. 

Kebanyakan kawan aku kata perempuan cantik tak berapa suka lelaki handsome sebab diorang tak suka kan persaingan, well lelaki hensem mesti menjadi rebutan para gadis. Korang macam mana?

p/s : Rupa cantik/handsome bukan tiket bahagia

Saturday, 22 December 2012

Instagram cabuli hak pengguna





So this news just hit my eyes and ears and I was like, come on facebook what kind of bullcrap is this. Instagram said today( aku tak tahu today nie refer pada hari mana) that it has perpetual right to sell users' pictures without any payment or notification. Bahasa senang tidak minta izin terus ambil dan jual, pagi esok kau bangun pagi kau terkejut yang amat tengok gambar kau terpampang indah di mana mana website.

This new intellectual property policy will be started on January 16, genap tiga bulan selepas Facebook mengambil alih laman Instagram. Aku tengah terfikir nak closed down ke tidak account instagram aku. Kalau di timbang timbang gambar aku tidak lah hebat mana pun, biasa biasa je. Chances nak dipilih untuk dijual mungkin tidak ada kalau ada pun paling banyak 1%

Friday, 21 December 2012

Jom main TAG!!! Kita tengok siapa yang kena.

Ini entry kedua yang berkaitan dengan segment. Kuikui. Inilah tanda orang sudah menggila, aku di tag oleh Rina Ellisa si gigi besi nie*jangan marah rina untuk join satu segment yang mencabar kesabaran mental aku. Tahu kenapa, sebab segment nie akan open up privacy aku selama ini. Muahahhaa. Dah dah berhenti membebel, perempuan macam nie lah dapat peluang membebel tak akan disiakan peluang.

Okay jom start.


1. Siapa diri anda dirumah

I am who I am, aku di rumah di class di rumah sewa sama je semua. Mulut tak berhenti bercakap, umi kadang kadang nampak lelah nak layan cerita aku. Ada je benda aku nak bagitahu. Semua benda pun aku share, wanRafiq pun sama. Dia cakap padan la aku dengan dia, dia senyap aku mulut banyak. Kena sangat. Selalu kena buli dengan adik adik tapi maaf kalau si kakak melenting semua menikus. Aku memang jenis kepala angin sikit tak kena angin memang macam halilintar lah suara aku. Hahaha

2. Siapa diri saya disamping rakan

Macam sama je dengan soalan diatas, sama je rasanya. Kalau dengan kawan memang aku jenis happy go lucky and sometimes boleh senyap bila ada benda buat aku rasa kecil hati, well you know aku jenis temper sikit. Huhu. Aku akan share semua benda dengan kawan dan aku jenis mudah percaya pada kawan since aku tak pernah ada pengalaman ditipu kawan baik atau bahasa mudah backstabbing.

3.Lima benda yang diidamkan tapi tak dapat lagi

Kena sangat lah tanya waktu nie, huahua. Aku ada mengidam banyak benda lately benda pertama flat shoes dari ferragamo cost 700plus myr *gila tak mampu, iphone5 sebab samsung sekarang hang  gila biasa ah owner ganas, shawl banyak banyak tak kisah brand apa, kerja, dan kahwin next year. Muahahhaha.

4.Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya

Loyal readers dah tahu, perlu ke diberitahu lagi. Sila cari sendiri. Hahahaha

5.Ceritakan lima perkara saya paling suka tentang dia.


  • He will let me win in every fight we had. Muahaha, sebab aku memang bangsa tak reti mengalah dan dia bangsa malas nak bergaduh
  • Dia jenis pending, kalau cerita apa apa susah nak faham dan tu buat aku rasa lucu. Sedap jugak boleh main mainkan dia. Kikiki
  • Apa yang dia buat dia akan bagi tahu aku dulu, bukan mengadu atau report ke apa, just let me know. Sebab dia kan jauh so aku bimbang jugak lah kalau whatsapp berpuluh puluh tapi satu tak dibalas
  • Banyak nya apa lagi eh, oh satu dia tak suka makan pelik pelik dan aku bukan reti sangat masak. Maknanya tak ada lah demands nak makan gulai kepala itik, nasi beriyani gam ke. Tak tak sekadar telur mata kerbau letak kicap enough. Huahua
  • Oh boleh nyanyi tak, lucky i'm in love with my bestfriend. Hikhik. Im the lucky one when I have a true friend, a girlfriend, a boyfriend all in one ;)

6. Tarikh membina ikatan.

Perlu jugak eh, oh nanti korang boleh bagi hadiah kan. Cecece, 11/06/2011 baru lagi uolls.

7. Kenangan pahit bersama pasangan

At the moment memang tak ada lagi, never say never (justin bibir besar)

8. Lagu tema chenta

Oh kami bukan jenis jiwang nak ada tema bagai dating pakai t-shirt couple, a big NO. Jadi tak ada. Semua lagu layan, PSY gangnam style mungkin. Haha

9. Apakah perubahan yang saya nak tengok pada dia

Apa eh, oh kurangkan pending. Hahahaha.

10. Tag 10 member lain.

Ini susah sikit takut sudah di tagged oleh orang lain. Kita cuba lah.


Dah. Penat mencari satu persatu. Cepat join, kalau tak aku piat telinga.

22th Birthday Giveaway

Malam nie aku rasa boring sangat, wanRafiq tidur awal since dia penat bergelumang dengan  final for a week. Then tadi tengah blogwalking di belog belog kesayangan tertarik pulak dengan satu giveaway organised by this future doctor for her 22nd coming birthday. Hadiah memang banyak iaitu sebanyak 22 dan automatik lah pemenang pun akan ada 22 kan. Hikhik. Itu yang gua rasa tertarik tu, terus cepat cepat tekan button pensel untuk write new post. 

Probability nak menang tu tinggi lah sikit since aku nie jenis yang susah nak menang kalau ada cabutan bertuah ke apa ke. Cuba teka hadiah apa yang korang bakal dapat? Yeayyy banyak dan menarik semua super ohsem kot. The winner will be choose using random.org. Tertarik tak tertarik tak kalau rasa tertarik nak join jugak boleh cepat cepat tekan sini. Giveaway nie bermula hari ini 22/12/2012 hingga 22/02/2012. Lepas tu follow je all the rules stated there, as easy as ABC.



p/s : Anis saya join. Yipeeee

Blog Makeover




Orang yang dilahirkan tak kreatif macam aku nie selalu mengimpikan seseorang untuk bantu aku dalam mencantikkan apa jua benda yang aku buat. Dulu waktu sekolah, kan ada folio sains lah kemahiran hidup lah sejarah lah yang cikgu suruh buat. Demi nak dapat A kemain lagi aku usaha buat se kreatif mungkin lah nak tambah hati guru. Tapi kalau jenis yang tangan kayu, macam mana usaha pun kayu macam tu lah. Aku selalu suruh umi lukis cover depan folio aku pasal umi memang kreatif siap boleh melukis bagai.

Sejak besar nie bila dah ada belog sendiri, cemburu jugak dalam hati tengok kawan kawan lain punya belog kemain kreatif. Liplapliplap. Dengan header yang doodle, illustrasi, ada rama rama terbang keliling belog, tulisan senget belah kanan lah, eh macam macam pesen dan gaya lah yang boleh dilihat. Terdetik dalam hati, ah nak jugak macam dia nak jugak nak jugak *sambil hentak kaki gaya budak minta lolipop. Muahahaha.

Tapi semua itu sudah tidak menjadi masalah bagi aku. Upah jelah mana mana designer yang hebat untuk modified belog kamu nie. Hikhik. Ada duit semua jalan babe. Masalah settle bila jumpa cik fyfy, dia jenis kreatif gila. Tengok belog pun dah tahu orang nya jenis macam mana. Tu tu dongak ke atas please header yang aku pakai sekarang tu ihsan dari dia lah, bukan satu dia bagi empat sekaligus okay. Dan sekarang yihaaaaa berita baik buat semua blogger tak kisah lah beginner, moderate atau professional semua boleh tersenyum rapat ke tulang pipi macam Jaclyn Victor.

Kalau yang jenis tak kreatif macam aku nie, masalah anda consider as solve. Kenapa. Sebab cikFy mampu tolong anda. Mampu nak hias dan cantik kan belog kau seperti mana yang kau ingini. Yelah  salah satu sebab untuk tarik perhatian followers atau readers adalah punyai belog yang super ohsem dan tak menyerabutkan kepala otak readers kau.

Jadi apa tunggu lagi, cepat cepat klik sini dan check it out apa yang fyfy mampu buat untuk senangkan hati nurani kau dan juga belog kau. Dah tak payah nak pening kan kepala mengadap photoshop atau gimp atau photoscape dengan bayaran yang berpatutan kau dah dapat header, button follow, design card yang memang superb.

Her capability is undeniable.





Wednesday, 19 December 2012

Tahniah Najihah




Remaja ini, Najihah pernah mengalami peristiwa paling hitam dalam sejarah hidupnya apabila dia tiga jari kanannya putus dan ibunya meninggal dunia akibat mati ditetak dalam peristiwa amukan oleh bapanya sendiri pada tahun 2010.

Tragedi yang menyayat hati itu yang berlaku pada bulan Ramadhan itu bukan sahaja menyebabkan dia kehilangan ibu nya, Khairul Bariah Mohd. Ariffin 36, malah bapanya Mohd Natri Shaharuddin 39 ditembak polis.

Namun selepas tiga tahun berlalu Najihah membuktikan peristiwa hitam itu tidak dapat mematahkan semangat beliau untuk membina masa depan dan berjaya dalam pelajaran. Ini terbukti apa beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang  8A dalam peperiksaan penilaian menengah rendah (PMR).

Semoga kejayaan beliau menjadi contoh terbaik kepada adik adik yang merasakan kehidupan mereka tidak lah seindah mana.


Sumber : Utusan

Suka duka seorang blogger

Kalau dihitung ditolak ditambah dah dua tahun sebenarnya aku ada belog, mula daftar belog memang tak ingat tapi untuk tahun pertama aku boleh dikategorikan sebagai jakun. Kenapa jakun, sebab aku langsung tak share blog aku tak BW tak komen tak follow. Hahaha. Yang aku reti syok sendiri, tulis entry publish dan baca again and again and again. Nampak tak betapa lone ranger nya aku masa tu. Jadi boleh kata aku mula aktif blogging dalam setahun ini lah bermula dari Januari hari tu tapi mula mula aku share belog aku di facebook pada bulan june dan entry pertama yang dipublish mampu cecah  total pageview 300 jugak. Perghhhh gua dah rasa hebat. Dari situ lah mula bertatih nak dapat followers, nak capai sasaran traffic at least 100uv per day, nak letak iklan dari Nuffnang. Aku belajar dari zero, semua sendiri sendiri dan tanya bloggers yang dah senior. Nasib baik gua jenis friendly. Hikhik


Oh I love you Blog and I hate coffee, nanti tak pasal pasal jadi mata zombi


Kalau orang cerita suka duka in blogging aku pun nak share story aku jugak. Kalau dihitung dengan jari memang banyak sangat tapi Alhamdulilah buat masa ini aku terlepas dari serangan anon yang cuba untuk menjatuhkan semangat. Satu benda yang harus ada dalam diri kita sebagai seorang blogger ialah menulis dengan kejujuran, maksudnya kau ada pilihan sama ada nak menulis benda yang betul atau benda yang tak betul. Tapi apa guna menulis benda yang tipu, mengadakan hal yang tidak ada. Tak ada feel disitu, sebab tiada kejujuran dalam entry tu. Walaupun orang tak tahu tapi benda nie akan terjadi dengan sendiri.

Benda yang paling aku beringat ialah jangan terlampau expose siapa diri kita, alamat rumah no telefon no kad pengenalan adalah antara benda yang tidak patut ditonjol di alam maya. Tak semua orang dalam alam maya nie punya niat baik dengan kita. Aku pernah terbaca kisah seorang blogger nie yang terlampau berterus terang dalam belog, dia menulis tentang kisah someone close to her tapi akibatnya dia dengan kawan rapatnya dah terputus hubungan. Sebab, kawan rapat dia menuduh dia tidak menjaga rahsia si kawan. Rahsia apa memang aku sendiri tak tahu tapi apa apa pun kita harus berjaga jaga. Tak salah nak share itu ini, nak cerita hebat hebat, akibatnya kau yang tanggung sendiri.

Bermulut lancang juga harus dielakkan, elak menulis sesuatu yang menyentuh sensitivit agama, bangsa, negeri mahupun negara. Benda benda yang kau pandang remeh maybe tidak remeh bagi sesetengah orang. Jangan jadi macam engineer hebat nie, bila mana dia menulis entry yang menyentuh sensitiviti perguruan akibat nya dia terpaksa delete belog. Hello, kau hebat macam mana pun kau masih perlukan guru untuk bantu kau kenal ABC. Aku sampai sekarang tak dapat terima alasan kenapa dia tuduh macam tu, macam tak masuk akal pun ada. Like bila artis gaduh dengan bf di twitter tapi bagi alasan twitter kena hack. Lebih kurang.

Yang paling aku suka ada blog ialah aku lebih cepat tahu informasi apa apa pun tak kisah lah hiburan ke, politik, gadget malah everything lah senang cerita. Dah tu kalau terkeliru tentang something cepat je dapat bantuan geng blogger nie, ada je yang senang hati nak explain sehingga aku faham. Clap clap to bloggers sambil kenyit mata bagi hadiah peha ayam KFC satu sorang. Kuikui. Nak generate idea tulis entry pun senang kalau BW banyak banyak, bukan apa aku paham sangat masalah para blogger nie idea tu bukan boleh dibeli di kedai serbaneka 7eleven jadi memang nak korek idea tu amat susah. Tu yang sometimes kita harus appreciate blogger yang menulis tanpa jemu. Kadang kadang aku pun naik heran kat mana jugak lah dia nie cari idea nak menulis.

Well nak cakap lebih lebih tak mampu since aku pun baby boomer dalam bidang nie. Harap harap aku mampu lah survive till the end, the end tu maksudnya bila sampai pinpoint di mana aku dah rasa bosan amat nak berblog dan aku terus delete akaun. Haaa macam tu tapi aku harap lambat lagi sampai pinpoint tu. Aku masih ada rasa nak share story aku dengan semua orang. 

Tuesday, 18 December 2012

Wordless Wednesday 9



Kevin Systrom is a CEO and co-founder of Instagram, an application of photo sharing for android and iPhone users. Graduated in 2006 from Standford University with a B.S in management science and engineering. He only 27 when he first started the Instagram on 2010 and on April 2012, Instagram was sold to Facebook for $1billion in cash and stock.



sources : Instagram and www.inc.com

Monday, 17 December 2012

Friendly Fashion

Since tengah lepak di rumah, relaxing and doing nothing, tidur makan sambil menambahkan lemak badan aku saja saja je kemas kemas wardrobe sambil cuci mata dalam wardrobe sendiri tengok koleksi pakaian yang dah berkurun lama tak berganti. *takde duit noks. Tiba tiba rasa nak suruh ayah beli almari baru rasa tak cukup je almari lama tu, eventhough the space in my room is getting smaller. Itu antara luahan perasaan aku yang merasakan apa kegunaan baju baju lama yang dah tak muat dek badan besar, yang dah old fashioned, yang dah tak kena dengan gaya muslimah. Godek situ sini, naah I found a correct place to sell my pre loved outfits. It's a place called Friendly Fashion.

FF has been found by two lovely sisters who combining their aspirations and dreams into reality, Nadzirah and Diyana Hashim. FF is a good place for you to sell, swap or giveaway your preloved clothes, shoes and accessories. Oh I'm not talking about the ladies outfits only, this place is also designed for men too. Sebab tertarik sangat dengan facilities yang ditawarkan aku terus sign up di website FF dengan harapan mampu lah mengosongkan wardrobe yang sudah sarat tu.

Aku percaya dengan community FF nie sebab di sini kita kenal siapa the seller. Ini penting untuk mengelakkan duit kita ditipu penjual. Disini anyone yang nak jual barang dia can't easily upload her picture then lepas tu jual macam tu. Kat sini ada step by step yang harus diikut. And the other thing yang buat aku rasa tertarik adalah bagi pemilik akaun FF nie diorang akan ada profile sendiri just like facebook profile di situ lah ada feedback customers, koleksi items diorang,  profile peribadi like tinggal dimana, umur dan siap ada button follow lagi. So it'll make things a lot easier. Senang nak berurusan dan can be trusted.


Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta. Aku jatuh cinta pada Glitter Jelly Shoes ini *nantilah lu gua masuk gaji gua belasah lu


Eventhough this is a pre loved site tapi aku perasan lately ramai juga blogshop yang jual new item diorang. Maybe senang nak promotion atau dapatkan customers kot. Kalau preloved pun memang still in good condition tak ada nya yang macam di bundle rm5 dapat dua helai baju. Tak ada. Ini baju baju yang up to date, yang masih baru bagus, cuma mungkin dijual atas faktor ketidak sesuaian atau kalau aku ketidakmahuan pakai bila dah banyak kali pakai atau tersalah saiz waktu membeli.

Nonetheless, FF community also featured its official bloggers for the website and among 15 of them, I'm never expected I could seen kawan alam maya punya belog, Girl Next Door. Hai haz*lambai sambil kenyit mata senyap je sekarang. hikhik. Tahu tahu busy dengan finals kan.


p/s : baru baru nie dah dapat jual sehelai skirt dan dua helai blouse. Hoyeah hoyeah. Sewonoknye titew. Nah link profile FF kita fifieszk, nanti check it out yo'.



Sebuah Piala Seekor Kambing



Sebuah piala seekor kambing adalah original drama Melayu yang berkisar tentang hidup orang Kelantan. Dari loghat bahasa yang dituturkan, suasana, gaya hidup ah semua sama. Dari dua minggu lepas lagi aku tunggu drama nie ditayangkan since it supposed to be aired on Monday last two weeks tapi entah sebab apa siaran ditunda oleh astro Prima. 

Sinopsis cerita adalah tentang pergaduhan diantara dibuah kumpulan yang masing masing diketuai oleh Jani dan Dollan Jin, pergaduhan tu pun tercetus sebab Jani yang gangu sepupu Dollah Jin, Syima. Biasalah kan, lelaki makin perempuan tak layan makin tu diganggu. Cabaran lah kata nya. Kononnnn. Nak dijadikan cerita, penggawa baru keluarkan idea untuk anjur kan pertandingan bola sepak antara dua buah kumpulan itu  hadiah pertandingan nya adalah sebuah piala dan seekor kambing. Pemenang akan buat gulai kambing dan jemput pihak yang kalah. Isn't the idea is good, boleh lah dua buah kumpulan tu bersatu.

The best part of this movie is the accent usage. Biasalah sebab si blogger nie darah Kelantan, orang Kelantan sejati lah kata kan jadi nya minat kuasa sepuluh lah dengan benda benda nie. Nak tengok sila ke tukar channel astro Prima sekarang juga, masih berbaki sejam siaran. 


Okay bhai, gua nak sambung layan drama.

Duri-Astro Prima

Lately aku memang jadi penunggu setia satu rancangan tv nie since episode pertama lagi ( bukan sebab Izzue Islam)  mata dah melekat di tv tuh. Seriously aku dah jatuh hati dengan drama  nie. First time kot jalan cerita nya tak sama dengan jalan cerita drama Melayu lain, tak cliche lah orang sekarang kata.



Drama Duri yang ditayangkan di Astro Prima bermula pada 12/12/2012 sekarang sudah menginjak ke episode 3, bersiaran pada pukul 5 petang dan siaran ulangan adalah pada 9.00 malam. Drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya Fauziah Ashaari mengisahkan tentang Muzzafar ( Afiq Muizz) gagal menjejaki tunangnya Nuri beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan mereka. Jadi sebagai ganti Sufi kakak kepada Nuri ( Shera Ayob) terpaksa menjadi galang gantinya dan melupakan cinta hati nya Hazim (Izzue Islam). Takdir yang tertulis tiada yang tahu rupanya Muzzafar dan Hazim adalah bersaudara dan kehadiran Sufi sebagai menantu di dalam keluarga tidak disenangi oleh ibu mertuanya Durrah (lakonan siapa gua tak kenal siapa pelakon tu)

Apa yang menarik pasal heroin drama nie iaitu Sufi adalah dia membawakan watak yang berlainan as a heroin. Kalau tipikal drama heroin mesti lah lembut, cantik, pandai, miskin, sopan santun dan etc. Tapi watak Sufi nie agak berlainan, eventhough watak Sufi nie agak gelap tapi rasanya most of the time kita akan berpihak pada dia tambah tambah bila berdepan dengan Durrah dan Muzzafar, memang harus lah melawan. Memang terasa lah buku bertemu ruas. Orang bongok je orang bagi tahik tapi masih balas bunga. Kalau aku bagi jugak bunga tapi pastikan sekali dengan pasu bunga.

Memang kena sangat lah watak Sufi nie dengan realiti kehidupan, kalau difikir fikir bila suami tak ingin pun sentuh isteri, hina si isteri , marah, herdik, bertambah dengan mertua yang asyik pasang perangkap jahat untuk singkirkan si isteri ada lagi ke isteri yang akan hanya menangis dan menangis dan menangis tanpa ada rasa nak lawan sikit pun. Manusia nie manusia, bukan robot. Paling aku suka bila mertua dia cakap macam macam dekat dia sikit pun dia tak heran, dia balas balik ada. And cara balas tu best serangan psychology. Memang hangin satu badan lah mak mertua oiii dapat menantu macam tu.

Nak tahu lebih lanjut harus tonton sendiri takpun pergi ke bookstore cari novel lama nie balik.


p/s : entry nie aku publish on 18/12/2012 pada pkul 1623. Tapi entah kenapa dia boleh jadi entry lama pada 17/12/2012 dan entry lama Friendly Fashion tu jadi entry latest aku. Anyone tahu tak kenapa nie. Bengong dah aku memikir.




Saturday, 15 December 2012

Skinny Jeans

It's not a matter whether you are fans of skinny jeans or not, let's talk about color jeans. Kalau pergi shopping complex sekarang memang pasti lah akan berjumpa dengan para fashionista yang memang superb dalam menggayakan jeans mereka. Yang tidak bertudung atau bertudung berada dalam kelas mereka tersendiri. No denial. Its color skinny jeans season, actually. Ho yeah ho yeah.

Back then, I love seeing color skinny jeans on everyone else but I don't think it's a great idea for me. Rasa macam clown pun ada dan selebihnya I don't know how to style it. But nevermind, with a bit help from lookbook ( a place for fashion people uploading their style and get references ), mix and match, after finding over finding now I know how to style it. Ahha forgot one thing, although you have hour glass body curve you still can style it with your own way. As for me, I wore big blouse enough to cover my back. Teheee

Sekarang nie if looked at all hot color of skinny jeans display in mall I feel like grab each color of them nak nangis tau tengok colorful skinny jeans dari baby pink, hot pink, baby blue, tiffany blue, navy green, mint green, named it. Semua ada. I'm so tempted to grab mint green color from Old Navy tapi sayang seribu kali sayang, Old Navy tak ship ke Malaysia. Sobs sobs *sambil sapu hingus di lengan baju.

So what do you think about color skinny jeans. Are colored jeans a Yes or No? Are they just for kids or college hipsters with a big glasses and ironic tee or for fashion icon with an elegant looks.

Just for the record I have four color skinny jeans which is in peach-orange, red, navy green and denim blue. Dan akan ditambah mengikut kesesuaian duit. Hikhik. Eventhough skinny jeans is tight but you hide your curves by buying one size bigger than the usual ones. As for me, kalau selalu pakai saiz 26 untuk skinny aku beli 28 macam tu. So that memang tak nampak ketat sangat and please jangan beli yang jenis stretchable kalau tak nak nampak over. 



p/s : tiba tiba gua rasa rajin jadi gua berPolyvore kejap. Tudung tu kena mix and match, amalkan method tiral and error sama macam belajar mathematics dulu. Till then, bhai sayangs.

Thursday, 13 December 2012

Kekasih Wan Zack Haikal

Sebenarnya aku tidak berapa sampai hati nak share story nie mahupun nak tulis pun dah tergagap gagap nie. Aku tahu someone's heart going to be broken into pieces bila baca kisah ini. Maaf wahai teman tersayang, nana jangan sedih sedih tahu. Kuikui

Pasti semua orang kenal siapa Wan Zack Haikal pemain Harimau Muda yang sekarang terpaksa direhatkan atas sebab kecederaan, dan pasti juga ramai gadis tergilakan beliau (tidak termasuk aku). Musim nie giliran wan zack pulak famous sebelum sebelum nie sana sini sibuk berkisah pasal KFCM dan Safee Salee dan tidak kurang juga pasangan kembar. Namun aku tahu ramai yang bakal patah hati bila wan zack juga sudah berpunya. Sobs sobs.

Untuk pengetahun semua kekasih hati wan zack bernama Izzati yang juga seorang artis ( tapi aku tak kenal) nama famous atau nick name adalah Zzati. Nak pronounce macam mana aku tak tahu, ketar bibir dok sebut z dengan cepat macam tu. Huahua.


Le' awek of Wan Zack Haikal
Apa apa pun besar harapan saya agar Wan Zack dapat mengekalkan prestasi permainan yang cemerlang. Semoga bahagia dengan teman tercinta.



Ini antara video dari Zzati-malu malu mahu. Aku curik dari encik YouTube

Wednesday, 12 December 2012

Samsung Galaxy S 4

Samsung recently began teasing about something new that will be released in January nexy year and it is presumed to be the next legacy of Samsung Galaxy S which will be Samsung Galaxy S4. Perghhh kalau lah betul memang gila hebak lah Samsung sekarang, yang S3 dengan Note 2.0 pun belum mampu milik dengan latest produk nya Samsung Galaxy Camera tu dan sekarang SG4 pulak.

Kemonn Samsung gua tak kerja lagi takde duit kot nak beli benda benda kau. Naik juling dah bijik mata nie melihat. Kagum hanya itu dalam hati. Yang pasti features SG4 nanti akan lebih hebak dari yang tersedia ada. Sebetulnya aku tak berapa arif sangat pasal features atau specification handphone nie, aku main beli je bila hati dah berkenan. Itu pasal I need someone pro about handphone ada waktu aku beli benda nie. Boleh lah advise sikit sikit yang mana berkenaan kan.

Tapi ini hanya lah sekadar di peringkat rumours lagi masih belum tahu ada kepastian nyata atau gossip sahih tentang kewujudan SG4. Yang aku pasti Samsung pasti akan produce something yang bakal hit next year demi untuk compete dengan pencabar terdekat mereka which is Apple. Betul ke tidak pasal Samsung Galaxy 4 nie sama sama lah kita tunggu ye.

The possible design for Samsung Galaxy S 4

Siap boleh main lipat lipat hebak kau samsung


p/s : Harus mula savings nie.

Tuesday, 11 December 2012

duabelasduabelasduabelas


Kalau jadi next year nak pakai tiffany blue tak pun mint green. Impian oh impian. Kuikui

Siapa siapa yang kahwin yang bertunang esok tapi tak invite aku sila angkat tangan. Nak marah nie nak marah. Ada ke patut tak ajak blogger retis nie. Muahahaha. Ehem sana sini sibuk berpung pang bercerita pasal tarikh besok 12/12/12. Katanya lepas tarikh nie kira dah habis lah tarikh cantik tapi nak buat macam mana kan. Tak sempat kot nak kahwin besok. Huahua.

Ada apa dengan tarikh tersebut. Bagi aku tiada apa apa istimewanya. Cuma nya indah untuk ditulis dan ditatap di atas kad nikah. Yang selebihnya biasa biasa as usual. Buat bakal pengantin yang akan berkahwin esok buat para penunang yang akan bertunang esok, tahniah diucapkan. Selamat menempuhi alam perkahwinan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Bagi yang bertunang, tahniah juga selamat menempuhi alam darah manis, jangan suka bergaduh cepat cepat lah buat persiapan.

Aku tunggu next year ada jugak tarikh cantik 11/12/13. Kuikui. Tapi mana lah si wanRafiq tu balik bulan 12 tengah dok berperang dengan exam gamaknya tiada tarikh cantik lah untuk kahwin aku. Tapi takpe, tarikh is not a matter the matter is the life after marriage.


p/s : marriage requires falling in love many times but always with the same person




Monday, 10 December 2012

Durian crepe sekitar Kuantan

Kenapa aku buat tajuk Durian Crepe dan bukan Pavlova atau CheeseCake atau Cake Moist Chocolate atau lain lain. Pertama sebab durian crepe tengah famous gilos sekarang, kedua sebab aku cari di enjin carian Google seperti nasihat syazwan tengok apa yang top search related dengan isi kandungan entry kita maka buat lah itu sebagai tajuk. Hikhik

Selalunya si Fifie nie kalau buat review mesti review blogshop je tapi hari nie aku nak tukar angin, sekali sekala ye dop. Hari nie Fie ( oh awkward nya berbahasa nama gitewww) nak review tentang satu page Facebook yang menjual dessert yang super delicious. Oh yang nie page Fb sepupu aku saja je aku tolong dia promote jualan dia atas dasar sahaja sahaja. Yang nie bukan bodek atau nak angkat sepupu sendiri, tapi yang nie serius gua bagitahu kek yang dia buat super sedap. Ehemmm dia dah pandai masak since 13 macam tu, lain dengan sepupu nya nie yakni aku sampai sekarang benda simple mimple je aku pandai. Hukhuk


Bagi yang tinggal sekitar Kuantan kalau nak try dessert hasil tangan dia, boleh lah terjah ke faebook page milik  dia. Aku panggil k.Nur. Sekarang kan musim masyarakat Malaysia menggilai durian crepe, dia pun ada mengambil tempahan durian crepe dengan  harga 6biji 10myr. Murah dan sedap. Gua sumpah. Nak request kasi color crepe tu pink pun boleh, mengikut warna yang korang gilai lah. Kalau aku of course aku nak pink. Huahua.

Selain durian crepe, k.nur pun ada terima tempahan untuk buat pizza, tiramisu strawberry atau pun apa apa jenis tiramisu, cheese cake, moist choclate cake, pavlova dan macam macam lagi. haaa satu lagi kalau nak tempah makanan biasa maksudnya lauk pauk lah pun boleh. Sebab dia memang jenis multifunction wanita. Haha.

Moist chocolate cheese cake, sumpah terliurrrrrr. K.nur please buat untuk kakak hok nie

Bagi penggemar durian crepe, gua malas nak rotate. hahaha Takpe sila terbalikan laptop anda.





Pavlova dua tingkat 50myr, saiz besar ye tuan tuan dan puan puan.

Aku ingat nak publish lewat malam entry nie, diwaktu perut para bloggers sedang bergurindam irama Kpop. Hahaha. Nanti dia balik aku nak belajar lah buat semua semua nie, nanti senang birthday anak anak aku buat sendiri je kek. Haaaa lagi berkat. huahua.


Sunday, 9 December 2012

Nak peplum jugak boleh....

I am pretty sure you have been caught by the peplum fever now. If you are a girl, that is. Peplum nie semua orang asyik masyuk bercerita, it's all over  fashion blogs, fashion articles, magazines, online store and in the mall. Semua asyik berpeplum. Termasuk lah aku, I can undestand why numerous girls are going crazy about peplum as it does look very cute and femine especially on the petite girls.

Jadi bulan lepas untuk konvo dan wedding cousin aku dah prepare dua helai peplum yang ditempah khas, not that I'm not found it on the blogshop or what cuma aku nie jenis yang nak benda lain dari lain. Nampak tak betapa fussy nya si Fifie nie. Upon deciding nak buat peplum aku terus survey few design peplum dari beberapa fashion  designer yang famous dan aku jatuh cinta dengan yang ini. Peplum by dwenraha. Told ya' harga nya amat lah affordable dan rekaan pun cantik.


Aku nak peplum yang jenis kembang di bahagian pinggang sebab aku rasa di show skinny curve disitu. Nampak lah gaya the real Saloma. Jadi lepas discussion after discussion dengan umi maka terhasil lah peplum aku dengan gaya gaya dibawah. Itu pasal aku tak guna kain lycra like other people used, sebab aku tak nak melepek di badan aku nanti. Nampak garis dalam dalam.

Gambar A aku guna material thai silk, ayah beli lama dulu. Then beli bunga lace besar gedabak jahit  disitu dan letak lah beadings sikit sikit. Gambar B guna kain satin silk apa entah tapi dia tak shinny macam satin biasa tu jadi for me its cun, yang nie beli lace dan patch di pinggang untuk kesan ramping dan tinggi. Huahua. Bagi kain dua dua aku buat kain jenis kembang payung, susah gilos nak naik kereta tinggi. Terlompat lompat gua. Sebab kain ketat di bontot dan kembang dibawah. Hikhik.

Gambar A untuk convo, tapi semua terlindung dek jubah besar gedabak itu. Jadi gua letak gambar dengan si pengantin macam princess nie.
Gambar B untuk wedding cousin. Maaf jika gua nampak macam Hulk Hogan biasalah angel dari bawah. Haha


Sebenarnya aku memang teringin sangat nak buat peplum macam Nurita Harith nie untuk hari raya hari tu, tapi lama dan makin lama ramai pulak aku tengok buat stail nie guna kain lycra. Terus hilang mood nak buat yang nie jugak. Hikhik.

Tapi semua peplum pun cantik, nampak feminin je pemakai. Peplum nie jimat tau, kau boleh pakai untuk casual atau dinner atau wedding atau formal. Kalau nak pergi dating atau hang out pakai peplum dengan skinny jeans atau pencil skirt. Nak ke wedding pakai skirt labuh atau kain sesuai. Ke pejabat pun sama. Kiranya peplum nie jenis 2 in 1 jugak lah. Cuma satu lah aku perasan peplum nie akan add 2,3 kilos dekat tubuh kau. Nampak sedikit gems bila pakai. Hehe


p/s : Guys nanti boleh bagi hadiah peplum as present to girlfriend. Pasti terkinja kinja kesukaan.


Friday, 7 December 2012

Lazimnya sebuah temuduga

Khamis lepas aku selamat menjalani satu sesi temuduga dengan Bank Islam untuk jawatan area clerical sahaja. Candidates ada 25 orang tak silap dan vacancy hanya 19 sahaja. Jadi terpaksa lah kami berebut antara satu sama lain untuk memastikan jawatan tersebut dalam genggaman kami. Berebut disini bukan seperit kanak-kanak main berebut gula gula ketika pesta hari jadi atau budak sekolah kain biru turqoise berebut boyfriend dalam facebook, tidak begitu. Berebut disini adalah dengan memastikan aku atau candidate lain cuba bagi yang terbaik kepada para penemuduga.




Nak cerita serba sedikit tentang sesi temuduga hari tu, tak sangka temuduga kali nie adalah dalam bentuk group selalunya individual je. Jadi memang cabaran sedikit bagi aku nie sebab aku lebih rela hadapi nervous dengan adrenalin bergerak pantas dari aku terpaksa compete dalam satu keadaan dan tempat dengan candidate lain. Aku tak berapa suka situasi tersebut. Tapi by hook or by crook, I have to face it. Alhamdulilah, aku rasa memang aku dah bagi yang terbaik lah, nada suara sehabis baik dikawal agar debaran tu tak terketara sangat getarnya. Padahal ya Allah sakit dada sebab jantung berdebar sangat sangat sangat.

Mulamula masuk ke bilik temuduga, aku diletakkan dalam satu group seramai 6 orang I am the second candidate. The first one is male and the only male in my group. Told you there are only 3 male over 25 candidates on that day. Pupus ke apa nie. Huahua. The interviewers gave us an option whether to speak in Malay or English. Jadi aku buat decision untuk bercakap dalam english walaupun aku tahu english aku amat teruk, tapi at least I made an attempt kan. Soalan mula mula ditanya, soalan biasa yang rasa aku semua orang sudah jelas. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda. Okay, sebab sebelum hadir interview tu aku dah buat few research and study sikit sikit jadi aku tahu kalau interviewer tanya tentang kisah kita we shouldn't answer it like nama saya, umur, cita-cita, adikbradik, mak kerja apa, ayah kerja kat mana, kg dimana and bla bla bla. Jawapan sepatutnya yang kita bagi adalah sedikit tentang diri kita, history of education, maybe experience bekerja dimana dimana dan jugak kemahiran yang kita ada. Jangan meleret make it in one point. Cukup lah tu.

Lepas tu interviewer tu tanya lagi apa kepentingan clerk dalam sesebuah company. Masa nie semua candidates senyap, bingung memikirkan jawapan agaknya. Aku pun sama, sebab tak bajet soalan nie akan keluar. Terus lah aku guna kemahiran menggoreng yang aku ada, terima kasih untuk bakat ini Ya Allah. Terus ah cakap like clerk nie dia akan tolong manager dalam penyusuan sesuatu dokumen dengan lebih teliti like bla bla bla, lepas tu tambah lagi clerk jugak akan bantu manager mengesan dimana kekurangan yang terdapat dalam company tu dan akan cuba baik pulih kekurangan tersebut secara bla bla bla. ( bla bla means aku malas menulis )

Masuk soalan ke 3,4,5 aku dah start aktif. Hey yeahhh, 19 vacancy okay. Aku memang berharap sangat sangat aku dapat. Sebab this is the only job yang offer aku untuk berada di Kelantan. Yang lain lain dapat semua outside Kelantan. Ayah kita tak kasi :( Sobs sobs.

Serious lama gila interview, around 45 minutes kot. Oh baru aku tahu, kalau yang ex bank Islam memang tak dapet lah nak masuk Bank Islam lagi ye. Diorang memang tak hire ex-worker diorang.
Nasihat aku untuk para graduate yang nak pergi interview, jangan berdebar pleaseeeeeee. Buatlah macam mana, lompat setempat ke, bawak mak masuk bilik temuduga ke, asalkan boleh hilang debaran tu. Sebab aku pernah rasa debaran yang menggila babi, last last semua jawapan aku ke laut pasal otak dah fully blank waktu tu. Baca lah doa doa ringkas sikit sebelum masuk interview. InsyaAllah akan dipermudahkan.


Tuesday, 4 December 2012

Halangan ibu bapa



Sebuah percintaan pasti ada pahit manis pasti ada rintangan dan halangan dan pasti ada jatuh bangun nya. Biasalah lumrah bercinta. Tapi kalau ini halangan dan rintangan dari kedua ibu bapa, agaknya apa yang harus dilakukan. Ikut logik, timbang tara semua benda, atau mohon petunjuk dari Yang Esa. Aku pilih yang terakhir. Pernah berada disitu, pernah alami situasi itu, pernah rasa perit itu, pernah lihat air mata insan tersayang mengalir disebabkan aku. Yea mungkin aku bukan anak yang terbaik tapi aku berusaha untuk menjadi ke arah itu.

Aku pernah bercinta dengan someone yang aku kira ahhh tidak lah hebat mana. Tapi cinta itu kan buta yang busuk pun bau nya wangi je. Nak kata dia hensem tidak, pandai jauh pandai aku, budi bahasa memang tak boleh nak dibuat panduan pun. Entah bagaimana jatuh cinta, syok sangat dengan dia sesungguhnya aku sendiri tak tahu. Cinta monyet barangkali. Nampak si dia hebak kemain, terus terkinja kinja bak beruk nak dapatkan cinta dia. Sanggup buat keputusan belakangkan kedua ibu bapa.

Umi ayah nasihat, berleter, nasihat lagi langsung aku tak ambil pusing. Yang penting aku dia bersatu. Bodoh nya dulu. Tapi bila lama lama umi tak putus asa nasihat kan aku, celikkan mata hati aku yang tertutup dan dengan satu kejadian tak terduga. Aku tiba tiba boleh berfikir dengan waras, yelah kenapa aku gilakan dia. Aku pun bukan yang terlayak untuk beri nasihat untuk beri kata kata panduan, tapi sebab aku pernah berada di simpang itu makanya aku belajar sesuatu dari situ. Bahawasanya ibu bapa tiada galang ganti malah tiada ganti pun dengan bakal suami/isteri atau kekasih. Tiada.

Ini pendapat aku, tiada salahnya kita dengar nasihat mereka. Kalau sekalipun kita rasa kita ini berada di pihak benar, mohon lah pada Dia, buat solat Istiqharah. Mudahan diberi petunjuk siapa jodoh kita sebenarnya. Pasti ada sesuatu tersirat mengapa mereka melarang hubungan tersebut terjalin pasti ada alasan tersendiri. Tanyalah mereka, jangan kita terus buat keputusan melulu membelakangkan mereka menyalahkan mereka.  Aku tak berani nak cakap banyak banyak takut tersentuh isu tidak sepatutnya. Hikhik. Tapi entah lah, bagi aku keredhaan ibu bapa yang paling penting. Nak cerita lebih lebih tentang kisah dulu rasanya tidak patut, si dia sudah berkahwin bimbang disalah ertikan oleh pihak lain. Yang hanya aku boleh bagitahu, keadaan dulu amat amat lah memeritkan hati. Ingin di compare dia dengan wanRafiq amat berbeza. Alhamdulilah, Allah kurniakan aku seorang lelaki yang lebih baik. 


p/s : Senang dan gembirakanlah hati mereka sementara mereka masih ada, ibu bapa tiada dimana-mana, dicari hingga ke hujung dunia sekalipun tidak akan ditemui. 

Pendirian

Belog picisan yang kadang kadang unique view pun tak sampai 100 kalau dah empat lima hari tak update tapi masih disedari few blogger yang ohsem. Serius tangkap leleh. Tak sangka hari tu sorang blogger famous dari negeri bawah bayu tak silap offer untuk buat header free untuk I ya. Terus aku rasa aku dah jadi retis, orang nak sponsor itu ini. Hahaha. Imaginasi harus lebih ye adik kakak.



Ibarat pepatah orang tua tua dulu kala, rezeki jangan ditolak bala janngan dicari. Orang dah nak bagi header free, ambil jelah kan. Lagipun serasa aku dah lama jugak aku pakai header sekarang, lama lah compare dari header header yang dulu. Bertukar ganti ibarat tukar baju sehari hari. Nampak tak dulu aku rajin, sekarang bukan tak rajin cuma busy sikit. Huahua

Hari tu lepas berbalas email dengan cikFy nie, makanya dia dengan senang hati hadiahkan aku empat keping ke buah header. 4 ye, bukan 1. Rajin gilos cikFy nie. Dalam empat empat tu juling mata aku mencari mana satu kah yang menjadi idamen kelabu. Makanya jeng jeng jeng. CikFy yang terpasang sekarang tulah yang saya pilih. Hikhik.

Terima kasih Fy sebab bagi header free, tak tahu nak reply apa. Nanti fie pandai buat doodle fie kasi lah awak satu. Hukhuk. Nie tengah fikir nak tukar semua benda dekat belog. Aku sekarang tengah jatuh hati dengan Tiffany Blue dan Mint Green oh maklum lah aku jenis orang tidak berpendirian tetap, kejap aku suka A kejap lagi B. Cuma si cintaHati ( tiru Shila Amzah) je yang masih berpendirian tetap, teguh dan jitu. Hikhik.

Monday, 3 December 2012

ConvoFashion or Convocation ?

Tinggal belog lama lama sesungguhnya bukan pilihan tapi keterpaksaan. Maaf wahai penunggu sekalian, aku terpaksa berbuat sedemikian. Harap maklum line internet memang dalam sebulan pasti ada yang jalan ciput ciput seperti siput khinzir.

Introduction 10 marks given. Hikhik. Banyak gilos benda nak cerita penuh memori otak nie, tapi kita cerita satu per satu lah ye. Yang lain lain tengok lah kalau ada mood kalau ada ruang dan waktu kita story sama awak awak kesayangan kita. Hari nie hari konvokesyen I uolls. Huahua. Istiadat konvokesyen ke 77 yang di jalankan di UiTM Kampus Dungun, nasib baik dapat sesi pagi kalau petang berbahang lah sikit ye. Dan kalau petang lagi alamaknya entry nie dipublish keesokan lah nampak gayanya.

Alhamdulilah sebak sungguh rasa di dada. Tak sangka betul betul tak sangka I can make it to this level. Kalau dulu rasa, setakat diploma dah hebat gila ah wey. Ini degree, memang bangga teramat. Kalau yang master atau Phd tu agaknya terlompat atas stage sambil pegang scroll gamaknya kan. Waktu emcee announced nama aku, memang dah berdebar ibarat tengah tunggu wanRafiq salam tangan tok kadi. Jantung ibarat dekat luar, tak tahu kenapa. Padahal diploma dulu rilek je, maybe gas excited keluar secara berlebihan kot.

Last thursday aku patut pergi ambil jubah dengan segala mak nenek nya di Dungun tapi atas sebab few factors terpaksa lah wakilkan kawan baik pergi ambil kan jubah tu. Thank You sitiFatiha sanggup tu berjam queue tunggun turn ambil jubah untuk aku dan sorang lagi member. Dapat jubah saiz L pun aku relakan jelah, nak buat macam mana dah tu je yang ada. Sobs sobs. Besar wey, jahitan lengan yang patut ada atas bahu tu hampir ke siku dah. Nasib baik dapat tukar dengan kawan sorang lagi yang dah graduate petang kelmarim. Kalau tak memang aku buat muncung itik lah sepanjang hari nie. Fussy kan nak buat macam mana.

Mungkin ini kali yang terakhir aku naik stage terima scroll dari Naib Canselor UiTM, aha lupa nak heboh kita dapat face to face dengan Dato' Prof. Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar kemain panjang lagi pangkat. Tak sangka dapat jumpa prof, siap prof ucap Afidatul Tahniah ye. Huwaaaaa nak menitis air mata gua. Hati tisu. Eh sambung ayat diatas, mungkin nie kali terakhir naik stage pasal lepas nie aku tak tahu lagi bila nak sambung study mungkin tahun depan atau tahun tahun depan. Mungkin depan depan dah master anak anak. Huahua.

Paling paling touching ialah bila lihat senyuman kegembiraan kedua orang tua, walaupun tiada ucapan like Tahniah kakak or congratulations (yes kami jenis macam tu susah nak explain sikit) but I know through their face. Garisan kegembiraan, senyuman diorang, dari mata tu dah dapat dilihat. Memetik kata prof tadi, keberkatan hidup kita bermula dari keberkatan kedua ibu bapa kita. Kegembiraan mereka adalah kemenangan buat aku. Alhamdulilah, praise to Allah swt. Thank you umi ayah this is for you. Oh thank you too for teddy yang besar gedabak bangga bawak jalan jalan keliling UiTM tadi.

Thank you to wanRafiq, lecturers, friends, classmates, coursemates, enemies and anyone who know me. Thank you thank you a lot, your prayers might contribute to my successful.. No words could be best describe my feeling, but tears on my eyes could explain better. Tears of joyful.


I nombor giliran 66 pelajar ada 300 lebih, jadi I isi masa dengan ambil gambar. Capturing the precious moment always the right thing to do.

Ini jubah saiz XS, kalau saiz L dah bawah lutut. Gila nak pakai habis baju liplap I. Huahua

p/s : Gambar gambar lain malas nak update. haha. Ehe nak cerita benda baik sebab parents aku nie jenis tak lepas aku nak kerja di luar dan hari tu aku dapat offer di CIMB Kuala Lumpur, makanya terpaksa lah dilepaskan. Dan dan dan hari nie dapat call dari Bank Islam Kota Bharu, Kelantan, dapat job interview disana. Ho yeahhhhh, sekian terima kasih *sambung lompat cecah bintang.

Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday 8


Menara Bumiputera Commerce 5.12.2012. In shaa Allah one day this foot  will step here, with Allah willing. Pray for me, ease my situation, ease my feelings, let my dupdapdup feelings stay away from me or the best runaway . Please.

Tuesday, 27 November 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan

Ehemmm sambil melepaskan batuk di tangga, hari nie aku rasa nak join satu giveaway yang dianjurkan oleh nadnod sebab musabab utama aku tak nak biarkan belog aku sepi tanpa penghuni dan tidak mendapat kasih sayang dari tuan nya iaitu aku. Maklum lah hari nie idea aku kering wey setelah hampir dua minggu aku berhempas pulas membeli idea di mudah.my.



Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada rezeki aku merasalah pakai peplum free huahua, tak ada rezeki terpaksa lah korban duit 50myr tambah postage 5myr untuk beli sehelai peplum ( peplum adalah baju atau tops bukan buah plum). Korang yang nak join boleh la tekan banner diatas dan ikut step by step seperti mana yang telah ciknadnod tulis, penyertaan mestilah dibuat sebelum 29/11/2012 bersamaan dengan Khamis ini. Ingat sila patuhi arahan beliau.



p/s : peplum by House Of Allure bersaiz S fit to M

Till then, bai and take care loves :)

Monday, 26 November 2012

Wanita Hari Ini

Disaat ekonomi negara kian pesat membangun ditambah dengan pelbagai jenis teknologi yang memenuhi pasaran dunia, aku semakin faham semakin sedar bahawasanya amat susah untuk berjumpa dengan perempuan yang multifunction. Instead of their high level of education they can also do many things like sewing, designing, DIY, cooking, baking and the list goes on and on and on. Okay stop. Jaki sungguh sebenarnya tengok sepupu sepupu perempuan dan para wanita yang bukan sahaja berjaya jika diukur dari tahap pengajian malah mereka jugak punya bakat tersendiri. Ehem bak kata umi, bakat ini harus diasah harus dicungkil. Tak ada nya goyang kaki, pop bakat kau keluar.

Jadi setelah berfikir kemain lama, sejak dari diploma hingga lah dah habis degree nie tiap tiap kali tiba musim cuti semester mesti aku akan tanam impian nak belajar menjahit. Tapi impian hanya tinggal impian tak pernah nya boleh aku tuai impian tu, bila mata enak diulit mimpi badan enak berehat rehat tanpa melakukan apa apa, aku jadi malas nak buat impian menjadi kenyataan. Hukhuk. Tapi lepas dua tiga hari nie, sejak umi asyik membebel di telinga aku, aku tahu kali nie aku harus make the dream comes true. By hook or by crook. Umi membebel bukan apa, korang bayang lah nak jahit butang baju pun terkial kial 5 butang baju sejam baru siap. Haha. Biasalah budak baru belajar.  Takpe takpe, besok lepas settle problem gaji aku yang tak masuk masuk sebab akaun bank aku tak wujud aku nak pergi daftarkan diri di kelas menjahit dengan harga yuran 250myr siap pakej dapat 5pasang baju kurung. Murah gilosss. Harap harap cepat lah pandai aku ye, tak sabar nak design baju sendiri.

Peplums for my big day :) Both are custom made by umi, I love you umi 


Aku bukan apa sebenarnya teringin nak pandai jahit baju sendiri bila tengok upah sepasang baju kurung kadang kadang memang tak masuk akal. Kalau di kampung kampung boleh lah dapat dengan harga 20myr paling busuk tapi kalau dibandar boleh cecah seratus wey, tu belum masuk jahit manik lah, lace lah, kerawang lah, pipping lah. Yang tu harga lain pulak. Mahu tak nya sehelai baju kurung jadi 150myr belum masuk harga material. Cuba lah congak sendiri, kalau malas congak tekan calculator dekat handphone.

Dok terfikir fikir, kalau pandai jahit baju kurung sendiri pun dah kira okay sangat dah aku nie. Besar nanti
( bajet kecik lagi sebab belom kahwin) bila dah berumahtangga dah ada anak takkan lah bila anak aku bagitahu mummy nie tolong jahitkan name tag dekat baju sekolah saya, aku nak jawab maaf lah anak wey mummy kau nie reti upah dekat kedai je satu haram pun mummy tak tahu nak masukkan benang ke dalam jarum pun mummy fail. Malu wey malu. Jadi berkat kesungguhan dan keazaman yang jitu besok aku nak start belajar menjahit lah. Bukan umi tak boleh ajar tapi aku malas belajar dengan umi, dia garang. Karang dia marah marah aku, aku merajuk. Baju kemana, rajuk ke mana.

Sunday, 25 November 2012

Apa ada pada contest, segment dan reviews ?

Bulan nie bulan contest dan segment dan review blog barangkali. Bertong tong contest, segment dan segala mak nenek yang melimpah ruah dekat bloglist aku ni. Tapi aku macam tak ada mood je lagi nak join eventhough dah ditag. Maaf lah, bukan sombong cuma entah lah kalau aku join segment follower datang bertimbun timbun tiba tiba orang je yang ramai follow aku dan aku tak follow back dia, tiba tiba aku rasa bersalah dengan dia. Maklum lah gua hati tisu uolls.


Tadi baca komen previous entry aku dan dapat komen dari Anon. Ini dah tiga kali kot dapat komen dari anon maklum lah blog picisan. Huahua. Aku dapat satu komen dari anon yang berbunyik begini ( sila lihat gambar dibawah).




Komen nie terjadi berkadar langsung dengan contest yang dianjurkan oleh encik Buasri Otak. Betul kata si anon nie, apalah sangat kalau setakat pendrive 8gb memang berlambak di pasaran sekarang dan aku percaya memang mampu milik lah harganya. Bloggers yang aku kenal pun bukan sengkek sangat ramai kat sini yang dah punya kerjaya dengan gaji standard mahasiswa lepasan universiti takpun lebih lagi, memandangkan ada antara diorang yang dah punya pengalaman bertahun dan ada yang buat bisnes sendiri.

Pada hemat aku, kami para bloggers nie join segment lah contest lah bukan gila kan hadiah semata. Hadiah memang tolak tepi, tapi kami mencuba nasib dan juga menyokong blogger yang menganjurkan contest atau segment tersebut. Kalau bukan kami yang menyokong siapa lagi. Kau ingat para facebookers mahupun tweeters nak join benda alah nie. Diorang takkan join sebab musabab diorang tak punya laman belog nie.

Lagi pulak kalau tak ada sesi kau review aku, aku review kau atau contest itu ini takpun segment followers datang berlari lari ke, kau ingat meriah ke alam belog nie. Mampus tak meriah. Hari hari bukak bloglist baca hanyalah nukilan para bloggers yang kalau jenis macam aku menaip sampai tak ingat dunia. Kalau ada benda benda macam nie, fun lah sikit. Nampak liplap dengan banners yang bermacam rupa, syarat yang bermacam gaya. Haaa faham lah ye para anons.

Sekarang aku ada masalah nak buat penutup untuk karangan nie, mohon tunjuk ajar ku siput sedut. Huahua. Eh eh pada sesiapa yang tahu tolong bagitahu kenapa aku buat  html baru untuk top commentators tapi masih belum ada sesiapa yang terisi. Ke yang aku buat tu salah. Kalau salah mintak tolong link kan url yang tutorial yang berkesan dan simple dan mudah untuk tahap otak aku.


Saturday, 24 November 2012

Kawan alam maya

Aku sebenarnya nak join contest anjuran BuasirOtak tapi entah sekarang macam mood tidak berapa elok, barangkali bulan ini bulan mood para bloggers tidak equilibrium jika dicerna dari segi ekonomi. Hari tu si kesayangan ini yang mood nya tidak elok, malam ini giliran aku pulak. Bukan bukan sebab orang ketiga mengganggu gugat hubungan aku dengan wanrRafiq tidak jugak aku terganggu dengan berita kehamilan Diana Danielle, tapi ini sebab seseorang.



Malas lah aku nak hurai lanjut pasal benda nie semua, yang pasti someone itu adalah orang terdekat dengan aku. Benarlah kata kesayangan, terkadang sahabat yang baru kita kenal yang mungkin hanya berjumpa di alam maya tanpa pernah bersua muka adalah  lebih kenal kita secara luar dalam berbanding yang sudah  kenal sekian lama.

Entah lah attack aku dari segi pekerjaan sudah aku bilang bukan tidak ingin bekerja bukan malas tapi bayang lah gaji ditawarkan tak memadai dengan monthly expenses aku. Kalau dikira dicongak aku akan mengalami deficit setiap hujung bulan. Bosan bosan aku jawab camnie je, ayah aku mampu tanggung lagi malas ah nak kerja. Suka hati lah kau nak simpulkan macam mana. Yang penting aku rasa bosan amat dengan kau. Tawar hati sudah untuk persahabatan yang dulu aku rasa cukup manis. Let time heal the wound. Susah wey luka dihati memang susah nak ubati.


**We have two ears and one tongue, we should listen twice as much as speak. Jangan nak cakap banyak sangat pasal aku, ada jugak yang makan penyepak aku nanti. Huahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...