Thursday 31 January 2013

Kenapa Kelantan&Terengganu tak ditetapkan mas kahwin




Januari nie aku tengok entry terbitan aku agak berkurangan dari Disember tahun lepas, mungkin mood agak swing biasalah bila Nuffnang tak bagi apa apa reward, mood pun kelaut lah. Hahaha.
Minggu nie memang minggu yang agak sibuk bagi aku since dah 6 bulan rehat di rumah minggu nie lah yang paling sibuk, bermula Ahad aku drive ke Machang awal pagi lagi demi siapkan medical check-up alih alih sampai disana, staff bagitahu kita tak buat medical check up hari ahad sebab doktor tak bersedia medical check up only available on Monday to Wednesday. Hurmmm nasib oh nasib. Hari isnin supposed aku kena teman nenek ke USM tapi sebab nak complete kan medical check up aku sekali lagi ke Hospital Machang, nasib lah orang tak ramai sampai disana waktu baru 8.15 pagi. Gigih kau. Hari selasa dan rabu (kelmarim) aku attended pre-wedding course. Auwwww I kan dah nak kahwin. Hikhik

Aku ingatkan aku nie muda lagi oh lupa gua dah 24tahun tapi mostly yang hadir ke kursus kahwin budak budak dari aku, usia 15 tahun pun ada. Sebelum hadir ke prewedd course nie aku biasalah jenis makhluk suka judge a book by its cover, aku dah set tipikal thinking aku pasal prewedd course alah apa ke relevan nya kursus kahwin nie, kalau nak bercerai, bercerai jugak. Haaa amek kau. Jenis manusia malas nak hadir ke ceramah macam nie lah. Tapi bila dah hadirkan diri selama dua hari nie, baru lah semua tu berubah. Habis first day excited nak hadir second day, best sangat. Banyak ilmu pasal alam rumahtangga nie yang aku dapat.


Dari sekecik kecik hal sehingga sebesar besar hal, semua ustaz ajar. Dari hal ibadat, akhlak, akidah yang kita dah berlajar sejak darjah 1 lagi tu sampai lah ke enakmen kanun 1985 tentang undang undang perkahwinan. Aku rasa kaum Adam paling best kelas kelas macam nie, pasal ustaz pun ada sentuh bab tu. Haiii nak buat macam mana yang tu pun satu benda yang harus belajar jugak. Bukan boleh main taram macam tu je.



Dah attend kursus kahwin nie baru aku tahu kenapa Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak ditetapkan nilai mas kahwin perempuan. Bagi negeri Kedah dan Perlis aku tak sure sangat tapi bagi Kelantan dan Terengganu ia disebabkan oleh wang hantaran dan mas kahwin kami pihak perempuan adalah sekali. Maksudnya kalau si CAMI nak bagi wang hantaran rm10,000 makanya mas kahwin pun dah termasuk dalam tu. Dan kesemua rm10,000 adalah milik si perempuan sahaja tidak keluarga tidak suami melainkan dengan budi bahasa si perempuan untuk bagi sedikit pada keluarganya. Berlainan dengan negeri lain wang hantaran yang diberi oleh CAMI adalah milik keluarga untuk dibuat kenduri kahwin tersebut. Hanya mas kahwin milik si perempuan sahaja. Ini yang aku tahu dari kursus kahwin nie, kalau silap maaflah.

CAMI tu calon suami, CARI tu calon isteri. Huahua

Monday 28 January 2013

Perempuan meroyan


Aku pernah dengar cakap cakap orang tua dulu dulu waktu aku tengah kecik, alahh perempuan belajar tinggi tinggi pun nanti ke dapur jugak. Saat tu aku masih tak rasa nak bercakap, faham pun tak nak membantah apa hal pulak kan. Tapi sekarang aku tanya korang, relevan lagikah kata-kata tersebut. Kesnya semalam aku pergi ke kedai runcit nie dekat dengan rumah aku malas gila nak drive ke bandar setakat nak beli kankung untuk buat maggi. Tapi kalau aku rajin atau memang aku punya banyak pilihan, kedai tersebut memang lah last option aku. Kesnya anak anak dia punya lah sombong gila ibarat aku tengah bercakap dengan wife perdana menteri tapi tidak. Aku bercakap dengan anak anak dia yang 24/7 bekerja di kedai runcit ayah mereka yang hanya sekangkang kera. 

Kisahnya aku tengah belek belek apa lagi nak dibeli di kedai runcit tu then masuk seorang perempuan tua sebaya dengan umi kenalan umi rupanya, dia sembang sembang dengan umi tanya sekarang mengajar di sekolah situ lagi ke. Umi jawab yelah mengajar lagi lambat lagi nak pencen. Tiba tiba terus bunyi suara sumbang, alahhh perempuan kerja hebat lah macam mana pun akhir sekali ke dapur jugak ( dengan nada angkuh dan sombong). Umi yang tengah sembang terus berhenti bercakap. Aku memang dah senyap, speechless gitu. Sebab aku tak nampak sebarang relation antara sembang sembang umi dengan kawannya dan budak perempuan pekerja kedai tersebut. Umi pun yang memang garang terus meletus api kemarahan ibarat Power Rangers menentang raksasa. 

Memang lah kerja lah apa pun memang perempuan akan ke dapur, tapi kalau setakat ke dapur tapi ilmu tak ada otak tak guna, bodoh buat apa. Kau kalau nak bercakap elok sikit, jangan buat kurang ajar dengan aku, aku ada bercakap pasal kau ke. Sebenarnya umi cakap banyak lagi tapi aku malas nak tulis, sebab umi cakap dalam bahasa Kelantan. Dan kalau kau tahu macam mana orang Kelantan bercakap lebih lebih waktu tengah marah memang aduiiii ayat hot and spicy sampai menangis tak berlagu lah wey orang yang kena. Terus senyap budak tu, muka pun berubah makin putih aku nampak. Hahaha

Disini aku langsung tak salahkan umi bukan faktor aku anak dia, tapi sebab aku tak nampak apa salah umi dalam hal tu. Perempuan tu yang tiba tiba menyampuk orang bercakap, dan bayangkan lah she's only 20 something around my age and umi is 46. Kalau pun orang tua bercakap kurang ajar aku rasa tak patut kita nak balas dengan perkataan yang kurang ajar jugak, inikan pula bila orang tu lansung tak berkurang ajar dengan kau. Please babe, kalau pun IQ kurang at least show your good attitude, respect your customers. Lepas tu terus umi bebel banyak banyak lagi, ini aku malas umi nie kalau tak kena something pasal dia, membebel satu hari pun dia larat. But I love you umi, no worries. I know I'll miss your babbling one day. 

Sumpah, aku memang tak akan pernah ke kedai tu lagi even waktu tu aku nak masak tapi tak ada minyak masak. Aku rela pergi ke kedai runcit atau shopping complex terus. Senang

Saturday 26 January 2013

Radit dan Jani

Pernah tengok filem cinta yang sedih? Yang melampau sedih sampai air mata kau tak berhenti meleleh tak kering kering dari mata ke pipi ke dagu. Aku pernah. Kalau korang pernah tonton filem Indonesia Radit & Jani pasti korang tahu macam mana rasanya itu cinta. Filem Indonesia bukan lah sesuatu yang aku gemar memang tidak pernah diletak dalam filem kegemaran tapi yang ini, I can't resist. Sambil taip entry nie pun mata boleh berair bila imbas balik babak-babak dalam filem tu. Arghhhh i'm so hati tisu uolls.

Radit & Jani keluaran tahun 2008 agak ada persamaan dengan kisah cinta antara Sid Vicious dan Nancy. Ini sudah kali ke 4 termasuk dengan semalam aku tonton filem nie, mengisahkan tentang Radit seorang penagih dadah yang mempunyai sebuah kumpulan muzik dan sedang menunggu Cd Demo muziknya dibeli oleh komposer, manakala Jani ( Arjani) adalah anak gadis seorang hartawan tapi memilih untuk berkahwin tanpa restu kedua ibu bapanya. Kerana rasa cinta kerana rasa hanya dengan Radit dia bahagia Jani tinggalkan kehidupan mewah untuk hidup dengan Radit. Hidup mereka benar benar GILA. Kalau kau tengok sekarang laki bini sama sama pergi berhibur di kelab malam lepas tu gaduh gaduh si lelaki berani angkat tangan tampar si isteri, sekarang kau tengok movie nie. Diorang sama sama berhibur, sama sama mencuri untuk membeli makanan, namun mereka bahagia dengan cara mereka. Radit betul betul menjaga Jani sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan Jani.



Namun kian hari berlalu Jani mengandung dan masalah ketagihan Radit mula menganggu rumahtangga mereka. Jani buat apa saja untuk menghalang atau lebih senang untuk berhentikan ketagihan Radit. Mereka tidak punya duit untuk beli makanan apatah lagi dadah hidup mereka benar susah, tapi Jani tak pernah sedetik pun berfikir untuk tinggalkan Radit. Jani kurung Radit dalam bilik bila ketagihan dadah mula menguasai diri Radit hinggalah suatu masa Radit fikir he's not the right person for her. Jani perlukan kehidupan yang mewah, yang stabil, yang cukup serba serbi. Lalu Radit memutuskan untuk kembalikan Jani pada kedua ibu bapanya dengan cara yang bagi aku cukup buat mata aku merah. Menangis wey. Nak tahu lebih tengok sendiri. Kalau korang tak nangis korang hati batu. Hahaha.

Bagi aku cerita nie buka mata hati aku, ubah prinsip aku tentang cinta. Tak semua cinta memiliki dan dimilik tapi cinta harus tulus dan jujur. Sama seperti apa yang Radit buat untuk Jani tanpa mengharapkan apa apa balasan. Dan pada waktu Radit rasa dia sudah tidak mampu membahagiakan Jani dia lepaskan Jani demi kebahagiaan Jani walaupun perit dia tekadkan hati dengan satu alasan... demi lihat Jani bahagia dia rela sakit.

Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka. Kita punya cara kita sendiri dan kita punya dunia kita sendiri. Aku sayang kamu bodoh! ( Radit & Jani, 2008)


Friday 25 January 2013

Peminat dari Russia


Tadi lepas blogwalking tinggalkan jejak di blog blog kesayangan, aku belek benda nie. Tak pernah pun belek sebelum nie tapi rasa macam tertarik je nak tengok pembaca aku kebanyakannya berasal dari mana. Wahh tak sangka jugak ramai peminat iolls. Huahua. Malaysia of course must be at the first place since aku berasal dari Malaysia kawan kawan pun ramai Malaysia.
Yang dari US, Russia, Indonesia semua semua tu aku tak tahu dari mana lah. Kalau France maybe wanRafiq je. Yang lain lain I've no idea how they notice about my blog. Blog picisan lah kan.


Malasahnya pembaca pembaca dari luar tu except students yang pursue studies kat sana or work there, faham ke apa yang aku tulis. Dah la dalam Bahasa Malaysia lepas tu mengarut je lebih. Tiba tiba aku rasa, aku perlu mula tulis entry in English. Mana lah tahu one day ke luar negara then bump into my fans  like Hye fifie, you're the owner of the blog When Fifie Is Babbling isn't it? Heyyy I love your blog bla bla bla ( walaweyyyy impian setinggu gunung everest huahua) then ambil ambil gambar dengan fans share di instagram dengan caption I met my fans here in Russia or here I met my fans in German. Auwwwww. Ibarat retis uolls.

Tapi itulah I have no courage to write an enrty using full english. Nanti sakan cik anons gelak dekat aku, maklumlah grammar mistakes berlambak sekilo rm1.50 je.

Thursday 24 January 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Apparently I have no ideas to write an entry and during the usual daily blogwalking I bumped into an entry which attracting me.It is a segment by Blog 3 Dalam 1, to join this segment you just need to complete easy and simple step, first it is a must to be the follower of the blog and second need to like the facebook's page.


For more information or to join you can click here here here.

p/s : Harapan lah kan dapat lah sehari tu 10 followers. Auwww

Monday 21 January 2013

Uqasha Senrose


Cuba teka ini siapa? Yeayyyy siapa salah berdiri atas kerusi siapa betul duduk elok elok jangan cankung. Nie bukan Nelydia Senrose tapi nie kakak kepada Nelydia, iaitu Uqasha Senrose berusia 20 tahun. Sebenarnya dia pun berlakon juga dalam telemovie Setia Hujung Nyawa tapi serasanya tak ada lagi aku tengok muka dia muncul, mungkin dia pegang watak Ekin bekas kekasih kepada Zain Hakimi yang akan muncul lewat telemovie nie.

Kalau diingat balik Uqasha pernah dilanda kontroversi pada tahun 2010 dengan Nabil Raja Lawak. Uqasha bukan sahaja seorang pelakon tetapi adalah seorang pramugari di Air Asia. Kalau sekali pandang nie mesti orang tertukar antara Uqasha dan Nelydia. Muka memang sama sangat. Walaupun ada 7 beradik yang kesemuanya perempuan tapi aku tengok dua orang nie Nelydia dan Uqasha punya wajah yang terlampau seiras. Nanti boleh lah berlakon as twin.



Bestkan ada adik beradik perempuan ramai nanti boleh share barang barang. Lepas tu share hobby shopping. Huaaaa bestnya!


Sunday 20 January 2013

Kepentingan link blog

Idea tak ada mungkin tengah main hide and seek dengan aku. Hoiii keluarlah wey, sepak karang. Erk tak orang ayu dan lembut macam aku mana boleh marah marah camni. ye dop. Huahua. Blog dah makin ramai followers walaupun menaik dengan berkadaran perlahan tapi still I managed to get two or three followers a week. Alhamdulilah tak sangka lah aku akan serius macam nie dalam dunia blogging.

Benda nie macam kecik tapi bila dipandang lama lama rasa besar. Apakah itu. Tak ada masa gua nak main teka teki macam tu. Aku perasan sejak aku aktif blogging nie ada orang follow aku then senyap je, aku jenis manusia yang bak kata pepatah ikut resmi padi makin besar makin tunduk ke bawah ( nie kalau umi baca pepatah aku tulis mahu di piat telinga aku) maksudnya aku jenis kalau orang follow aku pasti aku akan singgah ke blog diorang balik. At least singgah walau tak refollow. Tapi mostly aku akan follow balik. Bagi aku alah, follow je kot apa ada hal. Bukan guna duit pun. Tapi masalahnya ramai antara followers aku yang follow aku tapi dia tak tinggalkan link blog dia profile blogger diorang. Aku nak jejak balik macam mana sayang oiii.


Ini adalah contoh dimana blogger tak tinggalkan link blog mereka di profile. Maaf Liza fie tunjuk gambar awak kat sini, sebab fie tak tahu macam mana cara nak trace back awak.


Ini pula adalah contoh blogger yang tinggalkan link site mereka. Senang bagi aku nak trace balik mereka.

Eh makcik Fifie banyak kau membebel kan, suka hati ah nak tinggalkan link ke tidak. Hoiii sayang, penting ye tinggalkan link tu. Ini untuk memudahkan blogger lain jejak balik blog awak. Untuk memudahkan kerja para blogger tinggalkan jejak link mereka di profile, fifie dah sedia kan site khas untuk mereka. Klik sini. Harap aku dapat bantu korang serba sedikit.


p/s : Laju aku membebel dekat orang tak tinggalkan link blog aku nie dah tinggalkan ke tak ye di profile. hahahha

Isu inai Khairul Fahmi (Apex)

Isu kali ini sentap sikit oii semalam aku tengah boring gila, aku stalk lah instagram artis artis then taip satu nama ahaaa ada pun akaun instagram dia nie, Leuniey Natasha wife kepada Khairul Fahmi (Apex). Banyak banyak gambar leuniey upload satu je yang menarik perhatian aku since aku pun dah nak kahwin dan aku percaya masih ramai yang suam suam kuku tentang ini. Isu pemakaian inai pada 3 batang jari Apex waktu majlis kahwin dia. Aku baca baca komen peminat Leuniey ramai yang kata inai haram dikenakan pada lelaki. Erkk this is the first time I read about this, selalunya orang cakap lelaki elok pakai inai pada tiga batang jari je jangan sepuluh jari terus. Tapi banyak banyak yang komen Leuniey semua nak hentam dia kesian jugak dengan dia tak ada seorang pun datang nak clarify kan kenapa cakap pakai inai itu haram pada lelaki.



Sebab aku nak kahwin dan kalau kahwin kena pakai inai dijari (adat kita je nie) aku terus google tentang isu nie. Banyak jugak blog aku baca nak tulis aku risau pulak since aku tak tahu betul ke tidak dan akhir sekali jumpa dengan website ini. Ustaz Nor Amin ada clarify and explain about this issue. Kenapa lelaki tidak boleh pakai inai, kenapa haram, dan apa hukumnya. Mengikut yang aku faham Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan hukum lelaki memakai inai adalah dianata haram dan makruh kerana menyerupai perhiasan wanita. Inai yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah tidak mengapa seperti inai yang digunakan di jari kaki untuk mengubati penyakit kuku rosak.

Dari apa yang aku baca jugak Ustaz Nor Amin jelaskan lelaki tidak dibenarkan memakai inai kecuali bagi tujuan perubatan dan jika terdapat sebarang pendapat lain makanya kita sebagai Islam haruslah berhati-hati. Tidak dibolehkan juga seorang wanita memakai inai dengan mengukirnya menjadi seperti tatu seperti hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, katanya : "Bahawasanya Rasullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambug. Dan ( Rasullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu. (sahih Muslim)

 Untuk lebih penjelasan dan untuk menguatkan lagi aku ceduk sikit ilmu dari ceramah Ustaz Azhar Idrus yang aku baca dari buku UIA muka surat 118. UIA menyatakan haram lelaki memakai inai sekalipun tujuan untuk berkahwin. Inai adalah sebahagian perhiasan tertentu untuk kaum wanita oleh itu lelaki dilarang memakainya kerana ada hadis sahih yang melaknat kaum lelaki yang memakai perhiasan wanita.

wanRafiq nanti tak payah lah pakai inai, alahh bukan tak dapat bersanding pun kalau takde inai di jari. Huahua.

Saturday 19 January 2013

Sabar ujian keimanan

Pernah tak kau hadapi satu hari dimana ia teramat amat mencabar kesabaran kau. Mungkin sebab aku jenis manusia yang selama ini sifat sabar amatlah susah untuk disemai jadi aku rasa Allah buat macam tu nak uji aku. Bak kata Dewa 19 - hadapi dengan senyuman.


Permulaan hari penuh kesabaran siap siap panaskan enjin kereta aku drive menuju ke bank, tettttt kereta kat depan perlahan yang amat ibarat siput khinzir berjalan. Gua nak hon tapi biasalah menjaga keayuan makanya sabar lah Fifie oiii. Dia masuk ke lorong kiri tanpa signal. Tanpa signal weyy, gua sikit lagi nak kiss bontot kereta dia. Kalau macam tu nak cakap salah siapa. Aku yang ikut terlampau dekat atau dia yang beli kereta tanpa pakej signal?

Sampai di bank tunggu lah 15 minit sebab orang Safety Guard tengah masukkan duit dalam slot ATM aku ke kereta balik menuju ke bank Tabung Haji. Ceitttttt under maintenance lah pulak. Pergi balik ke  Bank Islam nasib baik dah siap, then terus beratur. Gua nak guna CDM sebenarnya. Tapi kat depan aku pakcik nie sorang boleh pulak dia buat berbual di handphone  depan mesin CDM tanpa berbuat apa apa pun. Kalau aku bergayut kan pakai telinga, nak masukkan duit kan pakai tangan. Multifunction pleaseeee. Hampir 5minit macam tu dia berbual siap berbual boleh pulak cari apa entah dalam handphone. Ya Allah hoiiiii darah dah naik ke kepala, aku terus ehem pakcik saya nak guna mesin nie dulu kalau pakcik lambat lagi. Dia terus cakap oh guna lah pakcik nak tak dapat lagi no akaun nie. Alahaiii pakcik kalau nombor akaun pun tak ada lagi, apasal pakcik pergi beratur terus. Sobsssss

Masuk dalam kereta aku istighfar banyak banyak, Allah nak uji aku kot. Aku selalu beringat kalau nak drive jauh jauh memang terus minta dengan Allah selamatkan perjalanan aku dan jauhkan apa apa cabaran untuk aku. Sebab aku perasan kalau waktu aku mula mula drive dan aku terjumpa dengan masalah macam driver lain yang jenis nak potong laju laju, jenis jumpa driver yang suka hon, haaaa sepanjang hari aku drive tu memang aku akan bernasib malang.

p/s : Nak je aku nyanyi lagu sabarlah sabarlah hey sabariah, tapi nama aku Fifie. Acaner tu.


Wednesday 16 January 2013

Square scarf tutorial

As today is the Spontaneous Thursday and tingg I came up with the idea of making a tutorial of wearing square scarf likes shawl. It's simply because I woke up early today and after doing housechores like usual I have nothing more to do, no friend to ajak lepak, no entertainments are worth to watch.

I don't know if you guys ever watching this tutorial before but enjoy this. Ignore my silly face and the pictures are not clear enough according to the not so quality camera on my laptop.


1) Fold your square scarf like this. Kalau nak labuh lipat sikit je, kalau nak singkat lipat bagi sama sudutnya.

2) Pin your square scarf make one side longer than the other one. 

3) The scarf will look like this after you have pinned it.

4) Take the long side and twirl it around your head 

5) Tadaaaaa pin bahagian yang sudah tu, careful jangan terkena telinga sudah

6) Whattttttt? That easy huh Fifie.

7) Yes sayangs, senang je. Nampak tak fifie senyum kambing tu. Itu tanda nya senang hingga hati Fifie pun gumbira riang.




Tuesday 15 January 2013

shoppingNsales

Perasaan tak Fifie sekarang dah tak review mana mana blogshops. Kenapa ye, haaa meh Fifie nak bagitahu satu secret, tak ada rahsia pun sebenarnya. Cuma sekarang aku tengah ikat nafsu ketat ketat flush dalam lubang toilet. Nak save budget babe. Sekarang dan dulu dulu aku memang jenis manusia pantang nampak sign SALE besar besar yang kecik kecik pun dah mampu menaikkan nafsu membeli aku. Apatah lagi yang besar gedabak. Terus belek belek baki duit kalau mampu go ahead kalau tak mimpi jelah. Sobs.

Disebabkan aku jenis manusia tamak haloba aku selalu jugak survey survey tengok kedai mana yang buat sale, tapi maaf lah kedai nie jarang nak buat sale. Nak tunggu end year baru nak buat ramai ramai YES. Apa cerrr. Sekarang dengan bantuan teknologi bukan setakat hujung tahun je aku boleh beli barang dengan harga murah tapi awal tahun, tengah tahun, bertahun tahun selagi ada duit semua jalan. Ahaks. Sebab nie ada dua tempat yang aku nak share selalu buat sale maka nya kita separate dua bahagian. Easy and tak bagi korang headache.


Dealmates nie segala jenis benda dari fashion, beauty hingga la ke perkakas rumah. Semua benda ada. Terbaru hari tu aku sempat rembat sebuah beg Versace uolls. Potongan 60% gila tak rembat. Harga betul cecah hampir rm2000 tapi aku beli hanya dengan rm500 plus. Kalau nak tunggu tak sale, usah cakap gua tak mampu lagi. Nampak tak kegilaan tu, eh nak cerita saja tak gempak wey serius baik korang terus tekan link tu dan hadap puas puas jenama hebat berbaris. Perghhh mana dengan Burberry, Gucci. Haiiii untung lah ada duit berkepuk.

Terbaru ioll rasa berkenan dengan yang kat bawah nie, perfume by Katy Perry EDP 50ml hanya seratus lebih. Kebetulan perfume dah habis, dan dan je kau Fifie ye. Ye encik lelaki nie kalau nak bagi hadiah dekat girlfriend boleh pilih, luxurious brand tapi harga murah. Berbaloi. Cik girlfriend mesti lagi tangkap cintan. Haha


Bestbuy nie adalah blogshop khas untuk cosmetics, fragrance, dan sewaktu dengannya. Aku tak pernah lagi membeli disini, jadi aku memang tak tahu shipping macam mana servis macam mana. Cuma aku suggest dekat sini sebab aku tertarik gila dengan harga harga yang ditawarkan, memang tepat dengan tagline mereka The Best Price In Town, memang best price sungguh sungguh la wey.

Yang paling aku rasa nak meletup adalah benda nie, Capture Total Intensive Night Care. Aku beli dengan rm500 tapi sekarang dia punya sale mak aiiihhhhh 50% kot. Sekarang rm250 je. Alahaiiii. Tapi serius aku cakap walaupun brand Dior nie a bit pricy tapi skincare dia memang worth every penny plus dah dua tahun pakai masih tak habis habis. Hahaha

Bagi encik encik boyfriend yang rasa nak bagi something lah dekat cik girlfriend nak bagi yang brand tapi harga mahal sangat. No worries. Banyak gilaaaaa kosmetik disini yang offer harga runtuh. Aku pun macam dah gila je tengok, ingat nak beli barang sebatang dua lipstick tapi tak ada pulak yang kena dengan color aku selalu pakai. 




Haiiii nampak tak nampak tak. Gua sudah gila. Aku nie kalau bab lipstick memang choosy teramat pasal bibir aku cepat gelupas hitam dan kekeringan kalau tersalah guna lipstick. Important note jangan beli lipstick atau mekap tiruan yang di pasar malam tu. Bahaya babe, banyak bad effectnya. Beli yang nie, nampak tak harga dah murah gila. Berbaloi weyyyyyyy.

Sunday 13 January 2013

Tangkap basah! Apa tu?

Waktu kecik kecik kan aku suka sangat been surrounded by adult, orang dewasa. Tak kisah group makcik makcik pun ioll layan. Tahu kenapa, sebab aku suka dengar cerita orang dewasa nie. Bukan  busybody apa pun tapi sebab gua rasa nak feeling layan macam mana life orang dewasa nie. Kuikui. Sejak kecik lagi aku memang seorang yang observer and loyal listener. Hoiii nampak tak betapa korang boleh rely on me, bukan setakat nak share love story nak share resipi masakan pun gua layan. Tapi kecik kecik dulu ada few things yang aku buat dan aku akan gelak macam orang gila mengamuk bila teringat.

Aku rasa gambar nie lucu maka aku letak disini, tapi gambar tiada kaitan dengan isi kandungan entry T__T



Dulu dulu kan bila dengar kisah orang kena tangkap khalwat atau lebih kampung kena tangkap basah terus aku tertanya macam mana pulak tu kena tangkap basah. Aku terbayang diorang kat bawah pokok lepas tu ada orang jirus air dalam dua tiga baldi lepas tu waktu tengah basah tu mereka ditangkap. Haaa camtu lah. Hahaha bila teringat balik aku rasa bodoh jugak aku kecik dulu, kecik jelah dah besar nie cerdik dah. Huahua

Satu lagi selalu orang bercerita pasal pokok duit duit, aku nie jenis yang kalau orang bercerita pasal duit terus excited bagai monyet mendapat bunga. Satu hari tu cousin aku yang dah dewasa lah dia cakap kalau kau tanam duit dalam tanah besar besar nanti pokok tu akan keluar duit ganti daun. Aku pun terus lah excited gila la weyy. Terus ambil duit 50 sen (duit 50sen waktu tu ibarat 2ringgit sekarang besar wey nilai) terus korek korek tanah dan tanam. Hari hari lepas balik sekolah gua siram tempat gua tanam syiling tu, then satu hari umi tanya apasal siram tanah tu, aku dengan confident nya jawab kakak tanam duit dalam nie siram lah suruh cepat besar dan subur, nanti dia berdaun duit banyak banyak boleh simpan di bank dapat tabung rusa. Yahooooo. Besar besar nie malu aku nak cerita benda nie dekat adik adik aku. Hahaha

Yang nie aku rasa semua orang pun ada pengalaman macam aku, bila tengok orang dalam tv terus tanya umi aku, umi macam mana kakak nak masuk dalam tv tu jugak. Selalu aku imagine tv yang kecik tu dapat muat ramai orang dalam tu. Macam mana eh. Pelik jugak. Lama lama dah besar sikit umur 5 tahun macam tu gua dah reveal muslihat tu. Ecehhh mana boleh bodoh lama lama. Haha. Tapi aku tahu budak sekarang cerdik cepat.

Korang mesti nak share jugak kan kisah waktu waktu tengah berhingus dulu. Kuikui


Saturday 12 January 2013

Wedding Preparation

Currently wanRafiq and I are planning to tie the knot InsyaAllah with Allah will it will be held on June or this coming eid Fitri. Don't know which one suit our time best sebab dia belajar di sana and only come back here in mid of June so kena tengok dulu jadual budak budak sekolah acaner. Kalau tak cuti sekolah waktu tu terpaksa lah postpone to August bersamaan dengan waktu raya. Kalau boleh aku memang nak elak kahwin waktu raya, jalan jamm orang busy dengan itu ini. Malas. Preparation boleh cakap baru 20% selebihnya memang tak lagi since nak tunggu kerja dan aku sendiri pun malas lagi nak berlebih.

Dress by Nurita Harith gua berkenan untuk buat akad nikah. Simple jugakkk


Cakap soal kahwin memang senang, a lot easier than doing. Banyak wey serius banyak benda nak kena settle. Aku pun baru tahu hasil survey tanya kawan kawan tanya cousin tengok blog b2b. Perghhh ghupe ghupe nya ramai yang senasib dengan gua. Soal borang kahwin letak tepi since HIV test valid only three months so kita buat dekat dekat tarikh nak kahwin lah senang buat sekaligus dengan borang lain, cepat settle dan tak bagi aku headache. Aku jenis clumsy sikit dan choosy banyak so susah lah nak decide nak pelamin jenis mana, baju design mana, color apa. Senang kalau  tengok tengok je terus aku book haaa I want that. Chances aku nak tukar fikiran memang rendah kalau tak 2 jam sekali aku tukar design baju dengan pelamin.

Setakat ini semua preparation wanRafiq serahkan pada aku dia disana mampu guide macam tu jelah, aku nak white wall dais (pelamin) kalau boleh simple pun tak apa sebab dalam fikiran nak color baju warna itu warna ini. Kalau pelamin dah pakai empat color, ditambah aku dengan color yang lain macam a bit contra dan tak kena. Itu bahagian pelamin dah sebulan fikir. Ini bahagian wedding attire tak tahu nak tempah dimana, kalau ikut bajet dua sewa dua tempah. Tempah untuk solemnization and reception. Yang sewa pun aku minta wedding planner tu buat baju baru untuk aku dan wanRafiq (InsyaAllah kalau masih dalam bajet). Itu pun aku belum decide lagi dengan designer nak warna dan design baju macam mana.

Ini pilihan mini pelamin untuk akad nikah nanti, simple yet classy


Aku berkenan untuk bersanding tu pakai songket dan hari tu aku memang fall in love 100% dengan songket design by Syaiful Bahrim for Matten & Nona's wedding. Dia buat peplum songket. Tapi ikut kata Rizalman tak silap kalau boleh buat lah baju kahwin yang timeless. Maksudnya sentiasa ikut peredaran zaman. Haiiii poning eden weyy. Kan best kalau jadi retiss semua benda serah pada wedding planner yang kita tahu pergi fitting baju, pilih pilih tema mana nak, sediakan duit berkepuk kepuk, taraaa done. Muncul je pada hari kahwin. Oh indahnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...