Dah 2 minggu kan ke tiga minggu tarikh last post aku? Keskes. Maaf la teman, busy tu biasa je lah dah nama pun kerja. Tapi aku masih tak reti nak adapt badan dengan bangun pagi pagi balik lewat malam siap siap semua on laptop update blog. Masih tak reti. Nanti lah aku rasa dua tiga minggu lagi reti lah aku manipulate otak aku nie haa.
Sekarang nie kerja baru aku tahu macam mana nak bina hubungan baik antara sesama manusia. Auwww bukan bermaksud selama nie aku jenis buat musuh je dengan semua orang, tak. Tapi aku jenis susah nak cipta persahabatan. Jenis yang kena kenal orang tu tilik muka dia lama lama sembang sembang dulu haaa baru masuk line. Camtu lah. Sejak kerja pun baru tahu baru kenal cerita cerita jenis love affair sesama pekerja. Keskes. Gua tak termasuk lah. Cerita orang lain.
Suka jugak camtu, tengok duduk satu branch keluar lunch sama sama balik kerja sama sama. Auwww. Rasa macam dulu dulu waktu study. Pergi kelas dengan bf, balik kelas dengan bf, pergi rehat dengan bf, pergi revision dengan bf. A to Z semua bf. Kawan ke laut. Hahaha. Dulu dulu kita cerita benda waktu tengah bodoh. Bila dah besar besar nie tengok orang besar bercinta nie lain sangat. Matang. Tak ada lah kes nak jealous kalau bf nie rapat dengan pekerja perempuan lepas tu pergi serang si pekerja tu. Tak ada dah macam tu. Pasal semua semua pun dah besar, dah cerdik.
Bila dah couple nie bagitahu nak settle down kita pun yang terlebih lebih excited nak sambut hari bahagia mereka. Memang sumpah best. Mata pun bercahaya je, lahaiii lahaiiii kenapa wanRafiq duduk jauh jauh. Nie yang jealous nie. Keskes.
p/s : Ahad nie ke KL sobssss kena hadir kursus asas :(
Thursday, 14 March 2013
Friday, 1 March 2013
Novel Thingy
Aku memang hantu novel, hantu sangatssss. Dulu waktu study rela abaikan buku pelajaran demi mentelaah novels yang tersusun indah. Tu pasal aku tak pandai sangat waktu belajar dulu nasib je baik cepat dapat kerja. keskes. Tapi sekarang aku dapat rasakan kualiti novel yang ada di market tak seperti kualiti novel novel terbitan dulu. Sekarang nie nak cari novel yang bagus bermutu hebat dan unggul kemain susah ibarat mencari gula dalam bekas garam. Camtu lah.
Antara ciri ciri novel Melayu sekarang yang memang aku baca dua tiga muka surat terus lempar ke bawah katil adalah jenis yang nama tak nak glamour lagi. Umur lebih kurang sebaya dengan aku, 24 tapi nama Tengku Marilyn Marcella binti Tengku Shamrein Asyraff. Hamboiiiiii. Tahun 1989 ke bawah tu ada ke orang letak anak nama kemain hebat. Kalau darah diraja tak kisah lah nie orang biasa biasa. Ceittt. Yang jenis mix blood nie pun buat aku hangin. Bapak dia ada mix Perancis and Jepun, mak dia Chinese Muslim plus Sharifah, moyang dia German dengan Arab. Umur 23 drive BMW X5, kawan bagi upah ringgit Malaysia sejuta untuk langsaikan tugas pikat seorang lelaki. Kawan tu umur sebaya. Alamak memang aku rasa aku tengah terapung hidup di awan. Mampus lah kalau novel angan angan nak tinggi semua.
Memang aku tahu novel nie nak kisah indah indah tapi sepatutnya selitkan jugak realiti hidup kita. Hidup nie tak semua indah, tak ada atas seorang manusia tu perfect dari head to toes. Tak ada. Dia cantik, pandai, kaya, budi bahasa tinggi, mata kelabu, hidung mancung, kulit bersih. Khayal je lebih penulis macam nie. Belajar main main tapi still dapat four flats every semester. Akhir sekali aku ambil novel tu buang dalam tong sampah, menyampah ah baca. Menyampah gila gila. Tapi nak cakap semua penulis macam tu tak kena lah, ada jugak penulis yang aku masih setia nak baca karya diorang sampai sekarang. Ibarat kata kalau dia publish novel baru terkinja aku pergi beli.
Itu yang buat lately since 3,4 tahun nie aku mula kumpul english novel. Lagi kena dengan cara aku. Tepat dengan realiti hidup, mentang heroin semua nak perfect. English novel tak. Heroin pun masih ada flaws.

Thursday, 28 February 2013
29 Febuari
Aku ada kisah pasal 29 Febuari yang datang jenguk kita sekali sekala je, rindu dengan 29hb tak jugak. Saja je nak cerita pasal 29 Febuari nie. Dulu waktu budak budak lagi, aku selalu rasa haiii tak beruntung gila orang yang lahir pada tarikh tu. Maklum lah datang 4 tahun sekali, sambut birthday 4 tahun sekali, kalau yang declare couple tarikh tu untung wey. Jimat duit beli hadiah pada bf/gf. Keskes.
Tapi lama lama sejak besar, aku mula rasa untung nya lahir 29 Feb, orang akan macam wowwwwwww kau lahir 29 Feb eh. Hebat ah kau, cool ah wey, rare nya. Haaaa nampak tak. Orang orang sekarang memang akan tergilakan benda benda yang rare, termasuk lah tarikh hari jadi yang rare. Lagipun boleh mintak hadiah mahal mahal, dah 4 tahun sekali. Kalau bajet setahun hadiah rm100 darab ah dengan 4 dapat lah hadiah yang harga rm400. Masyuk babe masyuk.
Lepas tu kan aku terfikir bukan setakat fikir aku tanya pada umi aku, agak bodoh lah jugak soalan aku. Umi kalau orang lahir 29 Feb tu memang umur dia naik 4 tahun sekali lah eh. Hahahaha. Boleh camtu. Kalau macam tu aku pun nak dilahirkan macam tu. Boleh pulak aku fikir dia pergi sekolah setahun sudah ah tunggu 3 tahun lagi baru naik darjah lain pulak. Haiiii sampai ke tua lah tak habis sekolah ye dop.
Tahun lepas wanRafiq dapat anak sedara lahir 29 Feb, hai Adam 4 tahun sekali lah awak sambut birthday. Keskes. Kesian awak.
Sunday, 24 February 2013
Rough planning wedding
![]() |
| Pict dicilok tanpa rasa bersalah dari google |
Makin hari aku makin kesian dengan blog aku, makin lama unique view makin berkadaran menurun. Kalau graf performance pekerja maksudnya memang hudoh benar lah performance dia tu. Okay stop bebel pasal tu. Kita cerita pasal kahwin. Tak, bukan nak cerita banyak banyak nak bagi klu klu sikit je dekat korang. keskes.
Mula mula kita cerita pasal hantaran, aku buat senang 9 dulang berbalas 9. Almost 90% dah siap, barang barang tinggal perfume dengan handbag je tak beli lagi. Reason aku takut perfume tu tak kuat sangat bau kalau beli awal, kata aku jadi basi. Boleh macam tu? Haha. Handbag pulak aku takut aku terpakai since aku kan kerja sekarang. Nanti kang dah tengok hari hari tergeram nak pakai. Pun bolehhhh. Sekarang yang tinggal gubahan hantaran je, tema untuk hantaran masih dalam rough planning. Takpe yang tu aku dah book slot maklumlah busy gila tokey kedai gubahan tu. Penuh slot dia untuk gubahan hantaran nie.
Meh lah beralih pada baju perantin pulak. Yang tu gua memang nak sangat share dengan korang tapi takut tak surpghise lah kan. Keskes. Tapi aku takut korang nangis kalau tak bagitau, okay gua share sikit. Akad nikah color pale pink yang tu dress, bersanding warna emerald green yang ini songket and bersanding masih dalam rough planning. Kesemua baju umi yang buat, aku tak pakai designer mahal pun, air tangan umi pun dah mahal sangat aku rasa. Sambil lutut sakit pun boleh lagi jahit baju anak kesayangan dia. Teheeee
Pelamin pun rough planning. Gila aku nie. Kejap tengok yang nie cantik, kejap yang tu pulak. Haduiiiii kesemua pun comels. Tapi aku minat gila pelamin base putih campur campur dengan colour pink and peach sikit sikit. Comels to the max.
Eh nanti datang la ke weeding I, goodies is more than enough for all guests. Heeee.
Friday, 22 February 2013
Bengangnya aku!
Nampak tak betapa obsesnya seorang blogger untuk update blog, setiap benda yang nampak yang lalui terus terdetik idea nak tulis entry. Kuikui. Panjang betul mukadimah kan, sebenarnya aku tak tahu nak update apa tu pasal aku tengah bawak korang berjalan jalan merentas tulisan aku. Sekurangnya sekarang mesti korang tengah terbayang apa benda yang boleh buat korang rasa bengang.
Sepertinya kalau ibu ibu akan bengang bila anak anak dia tumpahkan susu atas lantai yang baru dimop atau pun tengah main dengan najis dia sendiri. Dangggg. Sepatutnya korang share apa benda yang boleh buat korang bangang eh bengang. Hahaha. Eh satu lagi benda aku bengang, aku masak nasik tapi terlupa tekan button masak. Senang cerita aku letak je periuk nasik dalam ibu dia, lepas tu tinggal macam tu. Sejam lagi pergi tengok cisssssss!
Wednesday, 20 February 2013
Bobel is babbling
Pertama sekali nak minta maaf seribu kali dengan korang semua. Memang dah agak lama sangat aku tak update blog dan tak blogwalking ke blog blog korang. Ya Allah baru aku rasa masa itu agak pantas berjalan sekarang. Tengok tengok jam eh dah pukul 4.30 petang benda banyak lagi tak cover tengok tengok lagi eh dah 6.30 petang. Masih di tempat kerja
Betul lah orang cakap, kerja bank nie sibuk. Sibuknya tak pura-pura. Empat hari bekerja aku tak tengok sorang pun lagi geng back office yang merewang kokse, main facebook pun tak. Tekun dan fokus je kerja, sampaikan aku nak keluar rehat atau balik awal pun malu. Diorang bukannya keluar rehat pun, bagi masa rehat sejam keluar makan belakang office setengah jam terus sambung buat kerja. Lepas magrib baru balik rumah.
Tapi aku tak kisah, sibuk macam mana pun. Orang tengah gila kerja. hahaha. Lama wey rehat di rumah, segala benda yang belajar dulu habis lupa tapi sekarang dah dapat recall balik sikit sikit. Memang betul apa yang di apply oleh students, kita belajar semata nak pass exam je bukan untuk kerja. Memang betul lah. Aku rasa dalam 30% je apa yang aku belajar dulu aku apply dalam kerja. Memang lain terus. Tak sama. Pagi pagi datang kerja tak ada boss tanya, fifie apa itu Bank Guarantee, apa itu Trade Finance, apa itu BancaTakaful. Nope yilek. Kau hanya perlu tahu macam mana nak buat benda tu semua. Settlekan dokumen tu semua, step by step nak kena belajar.
Dulu kalau suruh buat akaun aku akan nangis sebab aku pening tengok uwang merata, tally lah apalah. Sekarang amek kau fifie. Kena buat. Sobs. Nasib baik seniors sudi tunjuk ajar ku sifu.Sekali lagi maaf, ada masa aku update. Selalunya aku akan update pagi buta, bangun pagi bersiap semua dah sampai tempat kerja sebelum briefing awal pagi aku akan ambil masa untuk lawat blog kalian. Tapi hari nie memang tak sempat, tambah tambah line celcom buat hal. Memang lah memang lah nak kena dengan aku.

Sunday, 17 February 2013
Kelangsungan hidup
Sekarang bangun pagi terus update blog pun bolehhhhhhh. haha kalau dulu haram tak buat benda macam nie dah sekarang tempat ketja dengan rumah jauhnya hanya bau bau bacang dan aku masih dalam mood best worker of the month haruslah datang awal dan pura pura busy dengan belek tab sambil buat muka serius ibarat Jimmy Choo announce dah berhenti keluarkan handbag dia.
Tapi sejak dah mula kerja nie iaitu semalam nie baru aku punya,masa nak belek blog nak kiss blog haii blog dan hai kepada penunggu penunggu blog. Walaupun baru semalam tapi aku rasa dah macam berkerturunan lamanya, semalam balik rumah pukul 6.10 sampai je tengok ada orang datang okay letak letak beg semua terus ke dapur buat air potong kek gulung , jurus kea tuh. Haha. Malam tu kemas rumah, iron baju adik aku ayah. Hamboiii penat wey. Nak on laptop check blog dan email pun dah tak larat benar. Betul tak tipu.
Conclusion nya maaf kan aku andai kata tak dapat lagi nak ke blog kalian menyibuk macam dulu lepas tu dapat award top commentator. Maaf maaf sangat. Baru je nak bina hubungan dengan kawan kawan blog baru dah kena kerja. Takpelah for sake of life. Harapnya kawan kawan si penunggu blog jangan lah bosan menjenguk ke sini, jangan buat UV aku drop below 100.
Bye hari nie ada ustaz datang bagi tazkirah kat tempat kerja aku. Omnomnom
Subscribe to:
Posts (Atom)