Friday 28 September 2012

Fifie Pecah Rahsia Jangan Ingat Aizat Je Boleh

Tahu tak wahai readers tersayang, tuan belog nie rasa bersalah yang amat setelah mengupdate entry WW 5 hari tu. Eh apasal emo pulak blogger nie, monolog dalam mungkin seorang dan mungkin kebanyakan dan mungkin kesemua readers. uhuk. Setelah update entry WW 5 tentang pluck eyebrow tu aku rasa macam ini tidak adil tidak adil bagi ku ehe termenyanyi lagu yuna disitu, maafkan aku, rasa tidak adil sebab musabab nya tak semua orang dikurnia eyebrows yang dah tersedia cantik tanpa perlu touch up. Contoh terbaik ialah diri sendiri.

Kadang kadang budak sekolah yang pra matang nie terikut ikut dengan cara artis bersolek, di cukur nya kening sehalus yang baik. Ehe itu tidak elok dik lagipun trend itu sudah tiba ke penghujung. Meh akak share satu benda yang dipanggil High Brow Benefit. Ohoiii apakah itu high brow, monolog dalaman lagi. Yang pasti bukan sejenis kuih tetapi sejenis alat kosmetik bantuan untuk menyembunyikan kekurangan eyerbrows kita.



A'ah yang fifie dok bobel bobel sejak dari tu. Inilah dia. Eventhough its color is pale pink but it suits with all skin colors. Kau gelap ke cerah ke pale ke semua sesuai. Flexible gitu. Aku tahu pasal benda nie pun dari umi yang dah introduce penggunaan high brow nie sejak dari aku diploma. Tapi yelah sebab aku malu lah takut kening jadi macam sinchan lah jadi aku tak guna. Aku mula guna benda alah nie sejak praktikal hari tu sebab musabab aku malas mekap. Tetiba je malas, aku pakai bedak pakai benda alah nie je dekat kening lepas tu pakai lipgloss macam tu. Done. Malas nak touch up dekat mata, susah tahu tak. Mengomel lagi. 


Cara nak apply high brow nie macam gambar diatas. Kalau korang tak faham meh cikgu explain. Macam nie korang lukis atau letak dot dot dengan bahagian bawah kening yang tak diingini macam aku, aku letak sikit je dengan hujung kening. Kawasan hujung kening yang bersepah dan berserabut jadi aku apply high brow disitu, kira menutup cela lah. Hiks. Pastu ambil eyeliner brush atau span rata kan ditempat yang korang telah sapu high brow tu. Kalau untuk menghasilkan kening yang lagi cantik ambil lah browliner aku guna jenis shiseido jenis pensil yang boleh putar putar jadah apakah nama khas untuk benda tu aku tak tahu, hahaha. Okay ambil pensil browliner tu calit calit sikit dekat kening, lepas tu guna brow brush berus je dekat kening. Jangan la berus hingga keluar kena kulit kan, berus dalam kening saja. 

Sebenarnya korang faham ke tak ? hahaha. Dah macam cakap dengan tunggul rasanya. Takpe lah nanti jadi blogger fames aku buat vlog okay. Kuikui. Hasilnya macam gambar aku dekat bawah. 



Gambar di atas dimana tuan belog masih tidak pandai nak mekap dan touch up kening yang seceot itu. Tapi masa nie dah rasa jangoks kemain. 



Yeasss ini gambar baru 3 hari lepas sewaktu menghadiri kurss PUNB, kening memang touch up tapi tak cukur ye. Hiks. 

Ada yang rasa berminat rasa nak tahu selanjutnya boleh ke blog amoi cantik manis. Dia ada jual dan mungkin boleh bagi penerangan yang lebih lanjut. 






Thursday 27 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Di petang yang redup dengan gaya menulis yang santai sambil bertinggung manakala laptop di atas lantai beralas kan permaidani bulu kambing ke ayam ke entah tuan belog rasa terpanggil untuk menyibukkan diri menyertai segmen yang dianjurkan blogger yang suka bagi freebies. hiks.

Rasa rasa nya ini kali kedua gua sertai segment, memang gila segment barangkali. Huks. Sebenarnya tuan belog tak tahu dah nak tulis entry berkaitan apa rasa bosan amat lantas tidak mahu blog terbiar sepi menagih simpati belog belog kesayangan lain maka takpe lah meh la kita sertai segment. untung sabut timbul untung blog followers ramai. Huahua. Apa jugak la yang aku repek kan nie. udah la meh kita masuk ke babak seterusnya/sepatutnya.

Disini ye saya Fifie merasmikan diri saya menyertai segment yang dianjurkan oleh nabila medan.
Follower sekarang sebanyak ini sahaja, berharap sambil menambah bilangan followers dapat lah menambah ikatan sillaturahim antara para bloggers. Baru 187 dan sasaran tidak ada. Tidak kisah berapa pun asal bertambah. Huks. Niat suci harus diberitahu.


Dengan ini tuan belog ingin mentag dua kawan blogger yang lain, yang pada ketika sedang menaip entry ini aku teringatkan dia. Hiks..

zati teman satu uitm dengan jna teman baru


Wednesday 26 September 2012

Wordless Wednesday 5

Lily Collins, she keeps her thick and dark eyebrows perfectly yet she still looks naturally beautiful.

She's the perfect reason why we (Muslim women) should never pluck our eyebrows. Thin eyebrows is reaching the pitfalls. 

p/s : no offence darlings





Tuesday 25 September 2012

Lelaki harus kuat



Aku selalu lemah dalam introduction. Serious aku tak tahu nak tulis apa as an introduction. Should write ermmm ye bertemu lagi kita or anything related with the title. 
Well when we build a relationship we hope our relationship will lasting forever but who we are. We can't predict our future. Siapa sangka katak menjadi nangka. Ehe. Tak tak siapa sangka panas yang disangka hingga ke petang rupa rupanya hujan  ditengah jalan. Aku tibai segala kata mak nenek harap cikgu BM tak marah. 

Aku nie nak kata love guru itu tidak lah, mahaguru lagi lah tak. Tapi kalau setakat nak bagi nasihat tentang cinta, nak minta pandangan nak dijadikan tempat mendegar boleh lah. Nampak tak ada ciri-ciri sahabat sejati dalam DNA aku. Huahua.*evil laugh. Pernah satu masa someone yang aku kira tidak lah rapat sangat dengan aku, kami cuma pernah satu sekolah dahulu. Dan tidak rapat tapi mungkin dia perlukan tempat mendengar lantas IM aku difacebook. Mungkin hanya aku yang berbutang hijau tika dinahari itu. Lantas dia curhat isi hatinya pada aku. Aku yang bosan yang tak ada apa-apa perlu buat dengar jelah sambil sambil bagi nasihat. Tidak lah seskema penulisan aku tika ini nasihat aku ketika itu. Yeah I did it on my way, santai. Tak perlu skema yang perlu nasihat itu menyerap ke hati yang berduka dengan harapan sedikit sebanyak aku dapat menolong dia. 

Dia baru putus cinta tapi bagi pandangan aku tidaklah salah siapa-siapa tapi mungkin tiada jodoh. Teman wanita nya memilih jodoh yang kedua iba bapa tetapkan. Ada hikmah Allah buat sesuatu itu. Dia tanya aku, what should I do to forget someone who has been in my heart for a long time. Masa tu aku pun kelu tak tahu ayat apa yang harus aku gunakan. Hurmmm, diam sejenak sambil berfikir. What if you pretend like she never existed in your life. Itu jawapan aku. Takpe lah menipu diri sendiri buat seketika this if for our own sake.

Then he said he keeps remember about her, all their memories are still fresh in his mind. Biasalah bercinta bertahun tahun takkan boleh nak lupakan dalam sekelip mata, impossible but we can make it as possible. Aku bagitahu dia, tutup buku lama bukak baru senang cerita. Stop contact her, delete her phone number her email address and everything about her. Semua nya semua semua. Kalau boleh block dari facebook. Selagi dia ada disitu, selagi dia muncul di news feed selagi itulah susah nak melupakan bekas kekasih. Jauhkan diri adalah benda yang sepatutnya dilakukan. Stop asking ALLAH why this happened to me, stop contact her families asking about this, stop contact her friends asking about her condition. 

Back then when my previous relationship didn't turn out as I wish, I keep myself busy. Buatlah apa-apa pun asalkan tidak ingat tentang dia. Yang aku selalu buat adalah memasak or meeting with friends. Surrounding by people whom loves me without negotiation makes me think I should be grateful, I should thank Allah. Mungkin ini terjadi untuk mengingatkan aku tentang silap-silap aku yang lepas. So I told him keep yourself busy and avoiding being alone. Please.Buatlah apa apa pun, pergi memancing ke berfutsal ke atau kenal dengan perempuan lain.  Jangan menangis sangat nak meratapi nasib apalah, lelaki harus kuat. Bukan begini namanya lelaki. 

Tengok mahaguru eh doktor cinta bagi nasihat. Alhamdulilah dia sedar dia dah tak meratapi nasib tidak kisah la sama ada dia guna nasihat aku atau pun tak itu belakang cerita. Tak payah credit to Fifie, aku tidak kisah yang penting aku dah menolong dia ketika dia susah. Tidak apa-apa dia tidak berterima kasih mungkin dia malu dengan aku. Aku faham. 

Sunday 23 September 2012

complaint





Lewat-lewat malam idea memang datang bergelimpangan, banyak amat. Hingga sukar nak buat pilihan yang mana harus ditaip yang mana tidak. Hukhuk. Menaip lewat malam, publish esok hari demi traffic tinggi.

Situasi perbualan di waktu tengahari sambil nonton drama Mara Clara

Aku : Umi habis la kuku kakak jadi color kuning sambil tunjuk kuku aku tapi umi buat tak tahu je, lepas tu kotor. Eeeee, nie semua sebab masak hari hari.

Umi : Umi nie hari hari masak, kuku pun kuning kena kunyit kulit pun kasar tapi ayah nak jugak.

Aku : Memang lah tapi huduh la umi macam nie.

Umi : Perempuan sekarang dah ramai yang belajar tinggi, yang cantik tak payah bilang ramai sangat. Kalau setakat nak harap rupa cantik ilmu penuh di dada tapi masak tak pandai. Nanti laki cari yang lain. Padan muka.

Aku : Tak tak, wan rafiq tak akan buat kak macam tu. Kalau dia buat, kak potong ( baca kerat) leher dia. Haha

Nak kata terer masak tak lah sangat tapi setakat nak bagi makan family dengan temanteman dengan si tercinta boleh lah. Haha

*** Aku hanya ada umi (selain temanteman) sebagai pendengar, tempat curhat, tempat bercerita. Aku banyak complaint sebab aku manja walaupun aku anak nombor 1, tapi aku tahu macam mana banyak pun aku complaint aku kena buat jugak. Esok kena masak lagi. Kuku kotor sebab masak takpe asal jangan sebab pewarna.

Saturday 22 September 2012

Jelly jelly mengiurkan

Rasanya lama jugak lah aku tak review mana-mana blogshop last review pun bulan sebelum raya hari tu. Sebab musabab nya aku dah lama tak shopping online. Uhuk. Tuan blog sedang mengalami sistem penjimatan terhebat. 

Tapi semalam setelah genap sebulan berpuasa dari shopping through online aku terusha instagram seorang member nie tengok dia upload jelly wedges yang bermacam color. Sumpah sungguh mengiurkan. Rasa nak makan makan je. Haha. Sebelum nie aku ada minat jugak dengan jelly wedges nie tapi harga macam melampau lah, seratus lebih for unbranded shoes. Tak berbaloi. Aku nie jenis yang kalau unbranded benda tu harus lah murah-murah, jangan melebihi seratus. Maklum lah masih bergelar penggangur terhormat. 


Itu pandangan aku sebelum jumpa satu blogshop which suggested by my friend yang menawarkan harga untuk jelly wedges yang rasanya paling murah setakat diketahui pada hari tuan blog menaip entri ini. Only rm60 excluding shipping. Murah sangat sangat compare to other blogshop. Uhuk. Kalau rasa rasa berkenan dihati jom lah singgah duskywings cepat cepat. Sebelum stock habis. 

Bagi aku, aku lebih prefer contact blogshop nie through instagram. Senang nak communicate and fast reply. Service pun bagus. Layan je soalan aku banyak banyak. Biasa lah tuan belog mulut banyak sangat. Kuikui. Banyak pilihan warna jelly wedges nie tapi aku lebih prefer nude color. Wedges yang sebelum nie dah ramai sangat yang berwarna, sekarang rasa nak pilih warna pastel pastel je. Nampak efek lembut disitu. 

Telan air liur glup glup, okay sila klik ke duskywings sekarang jugak. Jangan sampai termimpi mimpi sudah, kes naya karang. Haha. Kalau yang ada instagram, boleh search duskywings. Aku baru je order semalam, puasa shopping lama sangat kan. Cepat cepat je transfer duit. Haha. Aku berkenan sangat pada jelly wedges nie bukan sahaja pada different color offered tapi pada keselesaan kasut nie. Dia jenis rubber dan tak keras, kira kalau pakai pergi shopping ke pergi dating ke pergi jalan jalan dengan bff di taman ke tak adalah rasa nak baling kasut ke dalam tasik. 

Yipeee, I choose this color. Fall in love at the very first time I saw it.
Listed on my next-item-must-have


                                       

Friday 21 September 2012

Teman


Kami berlima, arwah adalah yang paling kanan bercardigan kelabu. Serius aku rindu.

Teman, kadang kalau bernasib baik jumpa lah dengan yang jenis memahami yang sayang kita macam kita sayang dia yang ada dengan kita baik tika senang mahupun susah. Kadang tidak bernasib baik jumpalah jenis yang macam chipsmore. Ketika senang muncul ketika susah tenggelam. Teman ada pelbagai ragam. Aku harus bersyukur, sejak dari zaman sekolah rendah tadika letak belakang hinggalah ke zaman universiti tamat ijazah, aku dikelilingi sahabat-sahabat yang boleh dipanggil true friends. Susah senang hadapi bersama.

Normal lah walaupun kita baik dengan semua disekeliling kita tapi pasti ada yang teman terbaik yang selalu ada ditepi kita, yang boleh kata bayang-bayang kita. Aku punya seorang. Inilah teman pergi ke sana ke mari. Hatta ke kelas mahupun ponteng bersama. Uhuk. Nyanyi-nyanyi lagu peterpan rasanya waktu hendak keluar dari uitm, tiba-tiba berhenti rasa macam dah terlampau kuat suara tu. Makan dengan dia dari brunch bawak ke dinner. Weekend aku balik dia tak balik, aku jemput ke rumah kadang-kadang dia ikut selebihnya tidak. Malu dan tak mahu menyusahkan aku. Entah apa disusahkan aku pun tak tahu. Walau semester akhir diploma aku sudah tinggal dirumah, masih dia teman yang aku cari siang malam. Siang ke kelas masih bersama apa orang kata kami tak peduli.

Selesai diploma, Alhamdulilah dapat sambung ke ijazah. Alhamdulilah juga masih dengan dia walau tidak satu bidang, dia Operation Management manakala aku Islamic Banking. Kami masih lagi baik kekal sahabat, tapi di sana tinggal serumah dengan teman yang sama-sama diploma dengan aku.Dua orang, seorang satu bidang dengan aku seorang lagi satu bidang dengan teman aku. Bulan-bulan kemudian, kami bertambah ahli. Satu kelas dengan aku, tapi mulut kecoh amat. Itu yang boleh jadi geng. Maka jadi lah geng kami berlima, satu rumah. Tapi sekarang sudah empat, yang seorang sudah pergi menghadap pencipta. Al-fatihah.

Teman inilah yang ada waktu duka waktu suka. Waktu putus cinta, waktu ditinggalkan, waktu single. Pernah terjadi kami semua ditakdirkan putus cinta dalam masa yang hampir sama. Dekat-dekat. Haha. Sama-sama lah ubati hati. Banyak pengalaman waktu sambung ijazah, kena halau dengan tuan rumah sewa waktu final sudah nampak bayangnya, bertembung dengan babi sebanyak 5 ekor dihadapan rumah, kena marah dengan orang gila. Kalau nak ditulis, sampai ke sudah tidak habis. Kisahnya banyak sangat. Sebelum tamat pengajian, geng kami bertambah. Orang baru, junior tapi sama usia. Dia pun masuk geng, masuk kepala. 



Yang tengah buat acrobatic tu yang berteman dengan aku sejak diploma lagi. hahaha.

Wednesday 19 September 2012

Gedik.

Bangun pagi kemas rumah bukak peti ais eh susu Dutch Lady kegemaran ramai sudah habis. Bersiap-siap, keluar rumah panaskan enjin kereta. Vroooom 10 minit sampai ke kedai runcit kegemaran, malas nak ke pasaraya demi dua kotak susu segar.

Aku cukup suka cashier kedai runcit nie, cantik muka lembut puteh macam snow white tudung pun labuh dan selalu pakai baju kurung. Bagus. Ciri-ciri muslimah disitu. Capai barang yang dikehendaki lantas diletak di atas tempat membayar, capai roti Gardenier eh sardin habis ambil lah setin, eh teringin nak minum coke ambil  lah sebotol besar. Bayar.

Tiba-tiba keluar ringgit malaysia 23 plus plus. Apa ke jadah nya mahal nak mampp. Monolog dalaman aku ketika itu. Tengok resit. Aik kenapa dua kali roti Gardenier discan. Cisss tak boleh jadi.

Aku : Kak silap kira nie, saya beli nie je tapi mahal nya. Apsal scan roti Gardenier dua kali ?

Kakak Cashier : oh yeke, meh saya tengok resit. A'ah la dik, maaf lah ye. Tapi kak dah masuk kan dalam nie nak buat macam mana (sambil tunjuk di mesin cashier).

Aku : Habis tu bukan salah saya, nie salah akak.

Kakak Cashier : Macam nie lah, awak ambil lah satu lagi roti Gardenier. Sama je nanti.

Aku : Okay lah kak, malas saya nak baloh-baloh ( bertekak ). Lain kali kak kalau kerja tu jangan menggatal deh, tu yang silap kira. Menggedik je lebih.


** Aku tak adalah kisah sangat orang nak menggedik ke apa, aku pun paham dah lumrah perempuan tertarik pada lelaki. Tapi kalau bekerja sambil nak menggedik itu yang bahaya. Kebetulan ada pekerja lelaki di kedai tu, diorang tengah bercinta kot.

Lepas nie malas dah nak pergi kedai tu. Bosan.

p/ s: segela perbualan adalah dalam dialek kelantan, dialih ke bahasa baku demi untuk kefahaman para pembaca.

Cuti 1 Malaysia sambungan kedua

Mood nak berblog membuak-buak banyak idea datang bergelimpangan. Maka aktiviti taip-menaip sehingga kurus jari jemari runcingku ini. Uhuks.

Hari kedua disana mood membeli sehingga pengsan masih banyak. Baru top up lepas tidur yang lena amat. Lepas sembahyang subuh sambung tidur balik nak turun breakfast pun macam masih awal je, lagipun bukan apa perut aku jenis yang tak boleh terima makanan sangat diawal pagi. Tak biasa. Haha. Lebih kurang jam 9.30pagi waktu Indonesia aku turun untuk sarapan eheh makanan habis tinggal roti je. Padan muka, nasib baik abang chef baik hati dibuatnya untuk aku roti telur.

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami satu family bergerak dengan menaiki bas untuk keliling pulau. Yelah datang sekali sekala ke tempat macam nie, membeli belah pertama dihati kedua harus lah diselangi dengan slot yang lebih berilmu seperti kenal sejarah tempat, tengok bandar eh kampung. 


Inilah rupa paras bas kami, aircond semulajadi. hakhak


Tempat pertama kami singgah ialah Masjid Agung Pulau Karimun, perjalanan memakan masa lebih kurang 20-30minit bergantung pada kadar traffic dan pakcik driver tekan minyak. Bila masuk je perkarangan masjid  nie I was like, wow it's big. It looks like masjid dekat putrajaya. Looks like je. Tapi nak bandingkan masjid dekat Putrajaya dengan masjid ni memang tak lah. Huhu. Tapi yang aku tertarik sangat dengan masjid nie ialah dia ada menyediakan tempat untuk bakal haji berlatih menunaikan haji. Masjid nie mempunyai mini kaabah yang disediakan sendiri, tempat korban lembu atau kambing atau binatang seangkatannya. Banyak jugak yang ada tapi aku lupa, umi ada cerita satu persatu tapi masa tu aku tengah tangkap gambar. Jadilah ianya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 


Inilah mini kaabah






Bukan bilik hotel, ini tandas. Sangat sangat bersih dan wangiiiiiiii. Lima bintang disitu.
Habis menghendap satu masjid kami teruskan lawatan sambil belajar ke tepi pantai. Jadahnya ke pantai aku tak tahu. haha. Dah pakcik driver bus bawak kami ke situ, nak buat macam mana kan. Ada la tu nostalgia dia disitu. hakhak. Pantai disini memang tak sama dengan pantai dekat Malaysia, kosong sunyi dan tak bermaya je aku menengok. Kalau pantai di Malaysia tak kira pagi petang siang dan malam penuh dengan orang berbuat sebarang aktiviti. Disini memang sunyi sungguh. Kesian pakcik penjaja jagung bakar yang sedap, tak laku jagung yang dibakarnya. 




Adik-adik yang makin lama makin besar dari kakak. uhuk terbantut si kakak.

Eh kata pakcik tu dah habis sesi lawatan kami, itu je? Maaf la tempat nie besar tapi masih banyak yang belum diterokai seumpama Malaysia 30tahun yang lepas. Tempat nie punya stadium bola yang agak besar tapi macam tak pernah ada match pun. Nak kata buruk tak, baru tapi sunyi. Tempat ini sunyi sungguh. 

Balik dari sesi lawatan aku suruh pakcik driver hantar aku dan umi ke pasar, kami nak membeli kain-kain puleks. Ehe. Banyak weh kain-kain yang comels yang dijual di gedung-gedung kain dengan harga ringgit malaysia 100 semeter disini boleh didapati dengan ringgit malaysia 20 semeter. Ehem murah amat. Apa lagi berpinar mata. Eh bukan cari untuk sendiri yang ditempah orang sehingga berjela-jela kertas yang dicari. Hikhik. Rezeki jangan ditolak.








Siap membeli di pasar tengok jam ehe dah asar dah. Balik hotel sembahyang zuhur dan asar, rehat kejap makan-makan terus ke kedai nak shopping lagik. Dah tema bercuti kali ini shop till drop. Selagi tak pengsan selagi itu membeli. 

End of second days. Yang ketiga rasanya tak update kot. Sama je aktiviti sehari-hari. Uhuk. Kira nya tamat sudeh cuti salam 1 Malaysia. Ada cuti lagi ada entri lagi. 

Konklusinya percutian disini best, I give 3 over 5 stars. Banyak benda aku beli mana boleh tunjuk disini kang dikata show opp pulak kan. 






Monday 17 September 2012

Cuti 1 Malaysia

Baru empat hari tak update blog, tak jenguk blog tersayang tapi rindu dah membuak-buak. Semacam rindu seorang kekasih pada buah hatinya. Hakhak. Berdiam diri bukan bermakna dah benci tapi sebenarnya sibuk sedikit. Sibuk yang dibuat-dibuat. Hari khamis minggu lepas aku dan keluarga bertolak ke Pulau Karimun, Indonesia untuk bercuti sambil menghabiskan ringgit yang ada. Bertolak dari kelantan lebih kurang pukul 6 dan sampai ke Johor dalam pukul 10 pagi. Lenguh kaki, tulang pinggang bengkok toksoh cerita. Tapi demi rasa untuk bercuti yang membuak-buak aku diamkan sahaja.


Ini bus bukan cafe

Lupa nak bagitahu kami ke Johor dengan menaiki bus yang telah disewa khas dan bertolak ke Pulau Karimun dengan menaiki ferry di jeti Kukup, Johor. Perjalanan dari jeti ke Pulau Karimun memakan masa hampir 45minit rasanya, aku tak tidur walaupun penat. Biasalah jakun feri, hakhak. Naik ke bumbung boleh rasa udara segar, dah macam naik cruise. Feeling je boleh setakat ni. Sampai je di sana, lepas check in, sembahyang tidur kejap makan-makan. Lebih kurang jam dua waktu Malaysia jam satu tengahari waktu sana, kami dah mula agenda kami. Shop till drop. Ahaks. Almaklumlah, di sana kedai dah mula tutup operasi pada seawal jam lima lagi. Harus la cepat-cepat shopping, nak tidur lebih baik balik rumah. Ye dop.


Orang jakun ferry macam nie lah. Haha

Kami makan di restoran depan hotel je, malas nak jalan lebih-lebih. Penat kaki. Tapi lidah aku nie jenis yang tak berapa nak ngam dengan makanan Indonesia, jadi aku makan ciput je. Sebelum-sebelum nie, kalau pergi bercuti luar dari Malaysia memang maggi adalah makanan ruji aku kecuali kalau ke Thailand.


Ini lah restoran depan hotel yang kami selalu makan waktu dua tiga hari dekat sana. Makanan sumatera atau minang. Tak kena dengan tekak mahupun lidah.

Hari pertama disana tak banyak cerita, lepas membeli dan membelah kami balik ke hotel. Rehat dalam erti kata tidur sekejap Malam tu kami turun makan dan ke pasar malam. Maaf segala gambaran anda adalah salah, pasar  malam disana lebih kurang 1/4 dari pasar malam kita. Kedai yang ada hanyalah dalam 10-15buah je. Kecik sangat-sangat dan benda yang dijual adalah benda yang tersangatlah biasa. Jadi aku tak tertarik nak beli apa-apa disana, kecuali tudung. Tudung sangat murah. Boleh dapat dengan harga bawah ringgit malaysia 10 sehelai tapi penuh dengan liplapliplap.



Makan malam, keuw tiaw seafood. Sodappp
The kedai makan malam



Rupa sebenar gerai makan malam kami




Yes, tepi jalan je. Kat sini susah nak cari restoran mewah mahupun kedai makan macam kita masuk di Malaysia


Pintu gerbang pasar malam. 


Ini jelah pasar malamnya, tak banyak penggerai nampak je besar


The tudung yang aku beli, tudung syria tapi comelss macam aku. hahaha



Suasana pasar malam, pakcik pakcik minum kopi sambil sembang masih sama dengan Malaysia




Inilah tudung yang dibeli, beli pun sebab tak ada tudung nak pakai dekat sana tudung bawal berkedut sejuta. Maka terpaksa beli tudung segera tapi tak sangka cantik bila pakai. Only ringgit malaysia 7. Murahhhhh


***hari kedua bersambung kemudian, bila masa tidak tahu bergantung pada kadar kerajinan tukang blog

Wednesday 12 September 2012

Saturday 8 September 2012

onehundred smile

Hari tu aku cari tutorial pasal nofollow dofollow apa entah tiba-tiba tersangkut pulak dengan satu blog nie. Entri dia memang bagus-bagus, banyak tips banyak share knowledge. Kira memang aku jatuh hati lah, apalagi terus la click follow button. Aku jadi silent reader dia lebih kurang two weeks macam tu tak pernah rasa nak drop comment ke apa ke. Itu lah masalah aku sebenarnya, aku suka blogwalking tapi lagi prefer untuk jadi silent reader. Tak tahu kenapa. Pemalu barangkali. Hahaha.

Malam nie tengah aku online, blogwalking lagi, taip entri lagi. Aku refresh blog aku, eh eh eh tak sangka dah 103 followers. Cepat nya naik bilang daku di dalam hati. Aku kira dari menurun siapa kah gerangan follower yang ke 100, harus la aku buat entri khas untuk dia  menyatakan appreciation kerana sudi ikut blog aku. Eh eh tak sangka bro nick yang menjadi orang istimewanya. Huhu.

Tak sangka betul sebab aku dah lama jugak jadi silent reader bro nick dan malam nie dia hit aku balik dan jadi follower ke 100. Banyak ilmu aku dapat dari blog bro nick, tutorial macam-macam jenis, tips toksoh bilang. Nak tips tambah follower, nak tips belajar bahasa inggeris.  Banyak jugak lah tips yang bro nick ajar aku apply, memang menjadi. Alhamdulilah. Blog bro nick boleh diumpakan seperti asto. Macam-macam ado. Huhu.


Sekali lagi terima kasih banyak banyak cikgu. eh kira cikgu lah kalau dah kita ceduk ilmu dari dia. Ye dok.

Thursday 6 September 2012

Hall Pass

Seram tak bila malam-malam bila kau seorang je yang masih celik dalam rumah, tiba-tiba alarm kereta berbunyi dengan kuatnya. Seram hantu aku dah put aside, seram manusia yang macam hantu yang lagi aku takut. *ops tersalah topik





Yesterday, I was sleeping late at night as usual and I was watching an English film which is Hall Pass. Pelakon nya aku tak kenal sangat, since aku pun tak berapa ikut sangat cerita ceriti pasal artis Hollywood unless yang jenis gila publisiti semaacam Lady Gagel. Back to the story, I was very attracted to the messages bring by that movie. Kisahnya dua pasangan yang dah berkahwin nie yang dah mendirikan rumah tangga agak lama around five years macam tu, rasa macam everyday their love to each other become lesser. Macam dah lemau la tengok muka kau hari-hari. Lebih kurang.

Then one day when the wives were jogging around their neighbourhood one of their friends (let me name her ms.x) suggested they should give their husbands a Hall Pass. Hall Pass nie macam permission for freedom for the husbands. They are given permissions a week to do anything they want, like partying sleeping with other girls (dilarang dalam Islam ) dating with other girls and etc. Kiranya husband nie tak perlu nak kisah atau peduli pun pasal family diorang, act like they are bachelor. Mengikut kata ms.x lepas dia bagi Hall Pass nie dekat suami dia, kesannya hubungan suami isteri diorang makin rapat cinta pun makin kuat. Boleh kata Hall Pass nie as a ticket to get back the marriage like what it used to be. Selebihnya korang tengok sendiri. Cari dekat youtube. Hakhak

Motif aku tulis benda nie bukan sahaja sahaja atau sekadar nak merepek di malam hari buta malah tidak juga nak buat review filem. I know some girls love to be attached to her boyfriend, kalau boleh nak 24/7 melekat, bermesej, berwhatsapp, berfacebook. But do you know, it cause your boyfriend feels like you have put your fully controll on him. Kau dah buat pakwe kau macam gam cap gajah yang melekat dengan kuat bila kena pada tangan. Kadang-kadang kita perempuan nie, curious lebih. Ohoiii, I was there I used to have the curious feelings on my boyfriend. Tapi itu yang buat hubungan aku tak kekal lama. Trust me, the more you put your faith to your boyfriend the more he'll love you.

It won't harm you if you give him some space. At least to breath. Yelah, guys kan suka melepak lepas tu main futsal lepas tu main game tembak-tembak atau game ternak zombie. Tak kisah la whatever hobbies they have tapi yang pasti korang harus support. Eh kalau hobby mencuri, jangan la sokong. Bila korang bagi space dekat diorang, diorang pun akan rasa "eh bagus makwe aku nie, paham betul jiwa aku". Guys mana lah nak suka bila diorang tengah santai-santai lepak dengan member-member diorang tapi dalam masa yang sama kau nak bermesej dengan dia. Put your feet on his shoes, kau tengah sibuk-sibuk berebutkan baju raya rekaan Jovian Mandagie dekat butik First lady tapi boyfriend kau sibuk-sibuk nak bermesej. Tak ke rasa annoying. Like you can't focus on what you're doing sebab otak kau bukan jenis yang multi tasking. Lagi lah rasa angin satu badan. 

InsyaAllah hubungan itu kekal. Malahan bertambah mesra dari hari ke hari. Oh tips ini boleh diamalkan untuk pasangan yang jenis macam aku, yang jenis ada tanggungjawab masing-masing. Kalau yang jenis dua-dua pun satu kepala, dua-dua jenis nak melekat je tiap tiap hari. Maaf jika entri ini tidak sesuai untuk anda. 

zyraroxx : Follower datang bertubi-tubi

Selamat Petang teman-teman,

Hari ini rasa macam nak join segmen je. hukhuk*malu. Ini kali pertama ye aku join segmen, mungkin ini salah satu cara nak dapatkan follower atau reader berjuta-juta lalu jadi artis. Berangan dah. Segmen kali ini dianjurkan oleh zyra yang aku rasa peminat komik kot. Blog dia pun comel je, banyak doodle atau karikatur yang ohsem. 

Bagi korang yang nak join segmen nie boleh la klik dengan link follower datang bertubi-tubi lepas tu ikut je syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sangat simple. 



Ini jelah followers yang termampu sekarang. Hukhuk*sorok muka bawah tilam.


 Dah-dah lepas baca nie terus terjah ke blog cik zyra dan join segmen nie. Boleh la mengeratkan sillaturahim ye dok. 


Wednesday 5 September 2012

Wordless Wednesday 3

Credit picture Mr. Google


Sambal belacan + Budu + Ulam-ulaman. Ubat untuk kuat makan, dua pinggan bertambah. Hakhak. Gua cakap sama lu, kalau tak ada selera sila makan benda-benda diatas. Mak mertua lalu pun tak sedar. 

Tuesday 4 September 2012

Sayu.

A part of me is here,
The rest I've given it to you,
My heart, my love, my soul,
My breath take that away too

Waktu entri ini ditaip si dia dalam perjalanan ke sana, mungkin berehat sambil melelapkan mata demi memedekkan waktu perjalanan yang pada hakikat memakan masa 13 jam. Si dia mungkin baca ini esok atau lusa atau hari selepas lusa. Tidak tahu. Internet mungkin tiada sambungan lagi dirumah baru. Ehem. 

Sedih itu sedikit ada tapi ekoran sudah terbiasa sedih itu dapat dibendung. Aku fikir, oh tidak apa-apa si dia kesana untuk belajar. Untuk masa depan yang gemilang, menunaikan tanggunjawab buat diri sendiri, buat keluarga tercinta, buat aku jua (mungkin). 

Cepat pergi cepat balik cepat habis belajar. Boleh kahwin. erk. Jaga diri disana, mesej skype facebook whatsapp instagram atau mana-mana yang patut pada aku bila balik dari kelas, ringankan tulang memasak, belajar rajin-rajin. Jumpa lagi di duaributigabelas.







                                                                                                                                                                                      Yours,
                                                                                                                                                                            FifieSazuki

kerana blog badan binasa

Lantang bersuara, tegas, hidup berprinsip. Itu memang bagus boleh kata itu antara faktor untuk berjaya dalam hidup masa kini. Tapi terkadang ada antara kita yang alpa, bercakap ikut sesuka hati, membidas tanpa fikir apa yang bakal dirasa orang lain. Bidalan orang tua-tua, kerana mulut badan binasa memang boleh diguna pakai dan masih relevan di zaman millenium ini. Tapi untuk menyesuaikan dengan situasi sekarang boleh aku cakap kerana blog badan binasa. 

Mungkin ada sesetengah sudah tahu, mungkin juga tidak tentang seorang blogger yang juga bergelar engineer lulusan UiTM menulis tentang issue yang membuatkan dia sendiri malu lantas memadamkan (delete) blog milik dia. Kalau tanya apa kata aku, bagi aku menyuarakan pendapat itu perlu. Tapi iyelah, kanak-kanak yang pasca merdeka ini mungkin lupa pada sensitiviti pada nilai-nilai kemelayuan. Kadang-kadang pendapat itu bila sudah berlebihan boleh juga diklasifikan sebagai fitnah atau kenyaatan membabi buta.

Provokasi melampau. Melampau bila dia mempersoalkan tentang tanggungjawab seorang guru bilamana dia mungkin ( tidak pasti ) tidak pernah bergelar seorang guru dan tidak pernah memegang tanggungjawab sebagai guru itu. Apa perlu dia nyatakan kesibukan dia sebagai seorang jurutera kalau hendak dibandingkan dengan seorang guru. Itu adalah pilihan dia, sejak dari awal pendidikan lagi kita sudah diberi pilhan untuk mencorakkan masa depan kita, sama ada nak jadi cikgu, jurutera, nurse, doktor, lawyer dan etc. It depends on us. Seperti aku, sudah aku aware waktu kerja seorang pegawai bank adalah dari 8.00am hingga 8.00pm ( kadang-kadang lewat lagi) tapi itu yang aku pilih sejak mula-mula melangkan ke universiti. Memang aku pilih untuk masuk ke banking field. Jadi perlu ke aku komen, aku mengeluh tentang kesibukan aku. Seperti PM yang telah aware betapa busy nya kerja sebagai Perdana Menteri tapi beliau masih memilih untuk meneruskan kerjaya nya itu.



Aku punya teman-teman yang bergelar jurutera, malah si dia juga bakal jurutera. Tetapi tidaklah pulak aku dengar kritikan yang begitu bodoh dari mulut-mulut mereka. Tidak pernah. Mungkin mereka masih punya penapis mulut. Betul lah kata Yuna Zarai, kadang-kadang orang bijak pandai melalui buku ini bila berbicara boleh jatuh sebagai orang bodoh. Kadang-kadang lebih baik orang yang street smart, mereka pandai untuk menyesuaikan diri mereka. 

Tidak mengapa, dia mungkin dilahirkan terus pandai membaca buku tanpa bantuan si guru. Mungkin dia lulus  berjaya SPM tidak kerana bantuan si guru. Moga-moga guru anda tidak berkecil hati dengan ada. Moga-moga diberkati juga ilmu yang diberikan untuk anda. 


p/s : read more on sararose.com

Monday 3 September 2012

Pre-Engagement Day

Assalamualaikum and Hye,

Perempuan lebih lebih lagi yang dah sampai masa macam aku memang amat menghendaki sesebuah ikatan itu diikat dalam ikatan yang sah. Tidak hanya sebagaimana kekasih tapi sebagai suami isteri, yang halal. Alhamdulilah, tanggal 1 September lepas keluarga wan rafiq datang kerumah aku dengan tujuan untuk merisik. Ehem merisik boleh juga dikenali sebagai pra-pertunangan. Dalam adat melayu tujuan merisik adalah untuk bertanya khabar adakah bunga di taman sudah dimilik orang jika belum besarlah hati pihak lelaki untuk menanda. Ahaks. Terbunga ayat disitu seperti berbunganya hati si penulis. Erk

Sebenarnya kami memang tak ada sebarang planning pun untuk merisik atau bertunang dalam masa terdekat nie since dia pun tengah belajar lagi dan ada lebih kurang tiga tahun baru complete master. Duit pun cukup-cukup makan je orang kata. Tapi nak buat macam mana, Allah is a great planner. Waktu raya kami terbincang benda nie sebab umi dengan ayah pun macam nak kami bawak ikatan kepada yang lebih serius. Aku bawak berbincang dengan dia, bagitahu cadangan parents aku lantas dia berbincang dengan family and his family are agreed. Syukur lah. Tak banyak dugaan pun.

Hari Khamis bersamaan dengan 30 Ogos, kami ke Kota Bharu jajak habis kedai demi mencari barang-barang hantaran. Sepertimana orang kata cincin, baju untuk dia, kain untuk aku. Yang lain-lain kami bagi manisan, orang tua-tua bilang untuk memaniskan lagi hubungan ini. Ehem. Harap-harap manis seperti cotton candy lah ye. Kawan-kawan jangan berkecil hati, bukan tidak ingin menjemput tapi ini hanyalah merisik. Nanti bertunang akan aku jemput, rasanya nak buat theme baby blue. Ahaks.

Untuk bertunang, kami rancang tahun hadapan, berkahwin kemungkinan kecil tahun hadapan juga dan kemungkinan besar tahun hadapan hadapan (2014). InsyaAllah. Doakan kami kalian.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...