Monday, 17 September 2012

Cuti 1 Malaysia

Baru empat hari tak update blog, tak jenguk blog tersayang tapi rindu dah membuak-buak. Semacam rindu seorang kekasih pada buah hatinya. Hakhak. Berdiam diri bukan bermakna dah benci tapi sebenarnya sibuk sedikit. Sibuk yang dibuat-dibuat. Hari khamis minggu lepas aku dan keluarga bertolak ke Pulau Karimun, Indonesia untuk bercuti sambil menghabiskan ringgit yang ada. Bertolak dari kelantan lebih kurang pukul 6 dan sampai ke Johor dalam pukul 10 pagi. Lenguh kaki, tulang pinggang bengkok toksoh cerita. Tapi demi rasa untuk bercuti yang membuak-buak aku diamkan sahaja.


Ini bus bukan cafe

Lupa nak bagitahu kami ke Johor dengan menaiki bus yang telah disewa khas dan bertolak ke Pulau Karimun dengan menaiki ferry di jeti Kukup, Johor. Perjalanan dari jeti ke Pulau Karimun memakan masa hampir 45minit rasanya, aku tak tidur walaupun penat. Biasalah jakun feri, hakhak. Naik ke bumbung boleh rasa udara segar, dah macam naik cruise. Feeling je boleh setakat ni. Sampai je di sana, lepas check in, sembahyang tidur kejap makan-makan. Lebih kurang jam dua waktu Malaysia jam satu tengahari waktu sana, kami dah mula agenda kami. Shop till drop. Ahaks. Almaklumlah, di sana kedai dah mula tutup operasi pada seawal jam lima lagi. Harus la cepat-cepat shopping, nak tidur lebih baik balik rumah. Ye dop.


Orang jakun ferry macam nie lah. Haha

Kami makan di restoran depan hotel je, malas nak jalan lebih-lebih. Penat kaki. Tapi lidah aku nie jenis yang tak berapa nak ngam dengan makanan Indonesia, jadi aku makan ciput je. Sebelum-sebelum nie, kalau pergi bercuti luar dari Malaysia memang maggi adalah makanan ruji aku kecuali kalau ke Thailand.


Ini lah restoran depan hotel yang kami selalu makan waktu dua tiga hari dekat sana. Makanan sumatera atau minang. Tak kena dengan tekak mahupun lidah.

Hari pertama disana tak banyak cerita, lepas membeli dan membelah kami balik ke hotel. Rehat dalam erti kata tidur sekejap Malam tu kami turun makan dan ke pasar malam. Maaf segala gambaran anda adalah salah, pasar  malam disana lebih kurang 1/4 dari pasar malam kita. Kedai yang ada hanyalah dalam 10-15buah je. Kecik sangat-sangat dan benda yang dijual adalah benda yang tersangatlah biasa. Jadi aku tak tertarik nak beli apa-apa disana, kecuali tudung. Tudung sangat murah. Boleh dapat dengan harga bawah ringgit malaysia 10 sehelai tapi penuh dengan liplapliplap.



Makan malam, keuw tiaw seafood. Sodappp
The kedai makan malam



Rupa sebenar gerai makan malam kami




Yes, tepi jalan je. Kat sini susah nak cari restoran mewah mahupun kedai makan macam kita masuk di Malaysia


Pintu gerbang pasar malam. 


Ini jelah pasar malamnya, tak banyak penggerai nampak je besar


The tudung yang aku beli, tudung syria tapi comelss macam aku. hahaha



Suasana pasar malam, pakcik pakcik minum kopi sambil sembang masih sama dengan Malaysia




Inilah tudung yang dibeli, beli pun sebab tak ada tudung nak pakai dekat sana tudung bawal berkedut sejuta. Maka terpaksa beli tudung segera tapi tak sangka cantik bila pakai. Only ringgit malaysia 7. Murahhhhh


***hari kedua bersambung kemudian, bila masa tidak tahu bergantung pada kadar kerajinan tukang blog

47 comments:

  1. Replies
    1. Cuti sakan sekali setahun sahaja sayang. huhu

      Delete
  2. sedap dia jalae.

    hehehe...bas gapo tu fie macam bas untuk family jah tuh?

    siap ada bilik tido ko?

    Oloohh, setaro tu jah pasar malae dio.
    huk aloohh..tok rookk..hehhe.

    nanti fie wak besar la skit gambar deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. jalan-jalan meme sedap lah wea eh. Takdok bilik tidur cuma dia ada tempat untuk santai-santai sambil makan gitu. Huhu. Bas KADA. Ayah fie kerja KADA kea.

      P.malam dia kecik gila wea. Ada sikit jah gerai tak padan la. 10minit je fie g sana. Haha

      Delete
  3. waa patut lame xtgk fifie update.. best2.. mesti shopping sakan kt sane kan sbb org ckp kalau shopping kain2 or tudung murah kat sane.

    p/s : berkenan kaler tudung fifie..shukeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah gilosss lisa. Fie pun tahu macam mana diorang hidup, selipar pun baru rm5 macam tu,yang mahal pun yang import dengan brand. Kain memang banyak sangat sangat lisa. Huhu

      Delete
  4. naik feri kat kukup, dah dekat dah dengan rumah nana kat pontian. hee. wahh tudung glamer tau mengerlip2 youu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi orang glamer dah tak boleh pakai tudung glamer jelah yang mampu. haha. eh nana tinggal dekat pontian eh. tak thu punn

      Delete
  5. mmg cantek syria tu fie!!! argh jeles! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang kirim fie beli tapi kirim dihari fie dah nak berangkat balik. Ingatkan tak ada orang tertarik tu yang tak beli banyak. huhu

      Delete
  6. perghh.. bestnya pegi obersi. ada bawak balik buah tangan tak untuk kami semua? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. obersi lah sangat zaza ooii. huhu. Di indon je pun, inilah buah tangan fie untuk pembaca tersayang. Huhu.

      Zaza boleh tinggal link blog tak, sebab fie tak leh access blog zaza.

      Delete
  7. huaaaaaaaaaaaa, nak pergi johor! nk pergi johor! dengar cerita sna byk makanan sedap sedap! nak pergi! huhuhu.. tudung trend skrg.. mahal tu.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie tak singgah pun johor, fie terus masuk indonesia. Huhu. Tudung tu mahal dekat sini more than rm70 kan. Mahallll.

      Delete
  8. wow fie,gmbar last tu cantik...ops,bukan gambar,benar orangnya yg cntik...eh?

    ReplyDelete
  9. wah..di indonesia ke atas tu? bestnya.. x pernah g luar negeri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti dah kerja kumpul duit banyak-banyak boleh round satu dunia. Huhu.

      Delete
  10. Eh ni cuti Malaysia ke Indonesia ni? hahah
    bestnya tak pernah jejak lagi Indonesia ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti diketika malaysia menyambut hari 1 malaysia. Aha.

      Delete
  11. blogger melawa .. firsttime masuk sini .. selamat kenal-kenal

    ReplyDelete
  12. wah.. bestnye..banrang kat sana murah kan.. cantik tudung yang fifie beli tu.. suke3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang kat sana murah2, esp kain pasang dan tudung. Itu yang fie wondering macam mana lah orang sana nak hidup dah kalau selipar sepasang pun baru rm7 macam tu.

      Delete
  13. pegi indon tak ajak. hihi. btw, awak cantik pakai tudung tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala nanti kita buat lawatan geng blogger. Huhu. Thanks sayang :D

      Delete
  14. adoiiiiiiiiiiiii mcm tingin jer nak p! mahal tak kosnya???jhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang fie pergi nie tak mahal sangat, kalau yang guna flight as usual budget harus lebih. hehe

      Delete
  15. Replies
    1. Thank you lyaa, nak kasi wedding present pun tak dapat. beli 3 helai je :(

      Delete
  16. Replies
    1. Piko kan under age lagi. eh ke tak. eh eh eheeee

      Delete
  17. patung kat tudung 2 ngantuk ke ?haha

    ReplyDelete
  18. seronoknya dapat gi jenjalan...kat sana kedai2 tepi jalan lebih sedap makan berbanding restoran mewah...:'> ..darl..kasi satu tundung tu, comel laaa...

    Tips Untuk Menjadi Muslimah Solehah Cara Ain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nak kasi macam mana ain, takde dah. Sepupu sepapat dah cop. Huhu

      Delete
  19. darl..kalau tempek gambar sebesau alam lagi cantek sbb dapat menjiwai jalan cerita dgn baik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie selalu rasa gambar yang fie publish dah besar gila. karang dikata over. Haha.

      Delete
  20. Replies
    1. Apsal tak bagitahu awal awal. nak kena ketuk nie. Huhu

      Delete
  21. salam perkenaln dari TiranaAduka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...