Wednesday, 19 September 2012

Cuti 1 Malaysia sambungan kedua

Mood nak berblog membuak-buak banyak idea datang bergelimpangan. Maka aktiviti taip-menaip sehingga kurus jari jemari runcingku ini. Uhuks.

Hari kedua disana mood membeli sehingga pengsan masih banyak. Baru top up lepas tidur yang lena amat. Lepas sembahyang subuh sambung tidur balik nak turun breakfast pun macam masih awal je, lagipun bukan apa perut aku jenis yang tak boleh terima makanan sangat diawal pagi. Tak biasa. Haha. Lebih kurang jam 9.30pagi waktu Indonesia aku turun untuk sarapan eheh makanan habis tinggal roti je. Padan muka, nasib baik abang chef baik hati dibuatnya untuk aku roti telur.

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami satu family bergerak dengan menaiki bas untuk keliling pulau. Yelah datang sekali sekala ke tempat macam nie, membeli belah pertama dihati kedua harus lah diselangi dengan slot yang lebih berilmu seperti kenal sejarah tempat, tengok bandar eh kampung. 


Inilah rupa paras bas kami, aircond semulajadi. hakhak


Tempat pertama kami singgah ialah Masjid Agung Pulau Karimun, perjalanan memakan masa lebih kurang 20-30minit bergantung pada kadar traffic dan pakcik driver tekan minyak. Bila masuk je perkarangan masjid  nie I was like, wow it's big. It looks like masjid dekat putrajaya. Looks like je. Tapi nak bandingkan masjid dekat Putrajaya dengan masjid ni memang tak lah. Huhu. Tapi yang aku tertarik sangat dengan masjid nie ialah dia ada menyediakan tempat untuk bakal haji berlatih menunaikan haji. Masjid nie mempunyai mini kaabah yang disediakan sendiri, tempat korban lembu atau kambing atau binatang seangkatannya. Banyak jugak yang ada tapi aku lupa, umi ada cerita satu persatu tapi masa tu aku tengah tangkap gambar. Jadilah ianya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 


Inilah mini kaabah






Bukan bilik hotel, ini tandas. Sangat sangat bersih dan wangiiiiiiii. Lima bintang disitu.
Habis menghendap satu masjid kami teruskan lawatan sambil belajar ke tepi pantai. Jadahnya ke pantai aku tak tahu. haha. Dah pakcik driver bus bawak kami ke situ, nak buat macam mana kan. Ada la tu nostalgia dia disitu. hakhak. Pantai disini memang tak sama dengan pantai dekat Malaysia, kosong sunyi dan tak bermaya je aku menengok. Kalau pantai di Malaysia tak kira pagi petang siang dan malam penuh dengan orang berbuat sebarang aktiviti. Disini memang sunyi sungguh. Kesian pakcik penjaja jagung bakar yang sedap, tak laku jagung yang dibakarnya. 




Adik-adik yang makin lama makin besar dari kakak. uhuk terbantut si kakak.

Eh kata pakcik tu dah habis sesi lawatan kami, itu je? Maaf la tempat nie besar tapi masih banyak yang belum diterokai seumpama Malaysia 30tahun yang lepas. Tempat nie punya stadium bola yang agak besar tapi macam tak pernah ada match pun. Nak kata buruk tak, baru tapi sunyi. Tempat ini sunyi sungguh. 

Balik dari sesi lawatan aku suruh pakcik driver hantar aku dan umi ke pasar, kami nak membeli kain-kain puleks. Ehe. Banyak weh kain-kain yang comels yang dijual di gedung-gedung kain dengan harga ringgit malaysia 100 semeter disini boleh didapati dengan ringgit malaysia 20 semeter. Ehem murah amat. Apa lagi berpinar mata. Eh bukan cari untuk sendiri yang ditempah orang sehingga berjela-jela kertas yang dicari. Hikhik. Rezeki jangan ditolak.








Siap membeli di pasar tengok jam ehe dah asar dah. Balik hotel sembahyang zuhur dan asar, rehat kejap makan-makan terus ke kedai nak shopping lagik. Dah tema bercuti kali ini shop till drop. Selagi tak pengsan selagi itu membeli. 

End of second days. Yang ketiga rasanya tak update kot. Sama je aktiviti sehari-hari. Uhuk. Kira nya tamat sudeh cuti salam 1 Malaysia. Ada cuti lagi ada entri lagi. 

Konklusinya percutian disini best, I give 3 over 5 stars. Banyak benda aku beli mana boleh tunjuk disini kang dikata show opp pulak kan. 






18 comments:

  1. wah wah.. cuti2 satu malaysia kiranya ni... seronoknya dapat pergi holiday.. cantik masjid tu... ena ni tak dapat pergi holiday, belajar je kerja.. hurmm.. bilalah nak cutinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie pun sama dulu ena. Waktu belajar orang lain dapat pergi jalan-jalan, fie duduk je mengadap buku. Huhu. Takpe nanti dah habis belajar pergi la jalan-jalan sampai lenguh kaki, Heee

      Delete
  2. memang lah kalau ke indon shoping kain baju tudung memang sakan weii. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah hari tu ramai la yang mengirim. Huhu, boleh dapat dengan harga yang murahhh

      Delete
  3. Replies
    1. Ole2 adalah cerita ini untuk pembaca. hahaha

      Delete
  4. Classicnya bus tu hahah..
    bestnya masjid tu dh sediakan benda mcm tu
    senanglah org nk rehearsal free2 je ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bagus betul orang yang reka masjid nie. Menyenangkan penduduk setempat.

      Delete
  5. yaayyy, gambar dah besar.

    ceria molek masjid dia.
    ada kaler biru, hijau, koko.
    payah nak jumpa masjid dicat macam tu kat malaysia.

    muroh kain kain kat indon.
    lain kali borong la banyak lagi fie.
    pastu jual kat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi pembaca fie turutkan semua. hehe.

      Comel dih masjid, kalau ada pink lagi best. heeee.
      Hari tu fie beli banyak jugak kain2 buat jual sini. habis doh pung. Haha

      Delete
  6. seronoknya tengok.. yang bas tu memang cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau alive lagi seronok. hehe. Bas itu klasik. Haha

      Delete
  7. waalaweh.....
    dik nurdani pun lepak sini.
    cayalah.....feeewiittttt utk tuan tanah...
    hi hi hi....

    best tgk bus dia...klasiko btol
    ingat tadi replika je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jangan hina bus ini. Haha. Laju wey dia bawak bus.

      Delete
  8. fie. tandas ni, betul2 cantik. bersih. kalau la tandas malaysia pun macam ni kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Malaysia masjid2 biasa tandas memang tak leh nak cakap, hancing bau. Kalau masjid besar baru lah tandas selesa dan bersih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...