Friday, 21 September 2012

Teman


Kami berlima, arwah adalah yang paling kanan bercardigan kelabu. Serius aku rindu.

Teman, kadang kalau bernasib baik jumpa lah dengan yang jenis memahami yang sayang kita macam kita sayang dia yang ada dengan kita baik tika senang mahupun susah. Kadang tidak bernasib baik jumpalah jenis yang macam chipsmore. Ketika senang muncul ketika susah tenggelam. Teman ada pelbagai ragam. Aku harus bersyukur, sejak dari zaman sekolah rendah tadika letak belakang hinggalah ke zaman universiti tamat ijazah, aku dikelilingi sahabat-sahabat yang boleh dipanggil true friends. Susah senang hadapi bersama.

Normal lah walaupun kita baik dengan semua disekeliling kita tapi pasti ada yang teman terbaik yang selalu ada ditepi kita, yang boleh kata bayang-bayang kita. Aku punya seorang. Inilah teman pergi ke sana ke mari. Hatta ke kelas mahupun ponteng bersama. Uhuk. Nyanyi-nyanyi lagu peterpan rasanya waktu hendak keluar dari uitm, tiba-tiba berhenti rasa macam dah terlampau kuat suara tu. Makan dengan dia dari brunch bawak ke dinner. Weekend aku balik dia tak balik, aku jemput ke rumah kadang-kadang dia ikut selebihnya tidak. Malu dan tak mahu menyusahkan aku. Entah apa disusahkan aku pun tak tahu. Walau semester akhir diploma aku sudah tinggal dirumah, masih dia teman yang aku cari siang malam. Siang ke kelas masih bersama apa orang kata kami tak peduli.

Selesai diploma, Alhamdulilah dapat sambung ke ijazah. Alhamdulilah juga masih dengan dia walau tidak satu bidang, dia Operation Management manakala aku Islamic Banking. Kami masih lagi baik kekal sahabat, tapi di sana tinggal serumah dengan teman yang sama-sama diploma dengan aku.Dua orang, seorang satu bidang dengan aku seorang lagi satu bidang dengan teman aku. Bulan-bulan kemudian, kami bertambah ahli. Satu kelas dengan aku, tapi mulut kecoh amat. Itu yang boleh jadi geng. Maka jadi lah geng kami berlima, satu rumah. Tapi sekarang sudah empat, yang seorang sudah pergi menghadap pencipta. Al-fatihah.

Teman inilah yang ada waktu duka waktu suka. Waktu putus cinta, waktu ditinggalkan, waktu single. Pernah terjadi kami semua ditakdirkan putus cinta dalam masa yang hampir sama. Dekat-dekat. Haha. Sama-sama lah ubati hati. Banyak pengalaman waktu sambung ijazah, kena halau dengan tuan rumah sewa waktu final sudah nampak bayangnya, bertembung dengan babi sebanyak 5 ekor dihadapan rumah, kena marah dengan orang gila. Kalau nak ditulis, sampai ke sudah tidak habis. Kisahnya banyak sangat. Sebelum tamat pengajian, geng kami bertambah. Orang baru, junior tapi sama usia. Dia pun masuk geng, masuk kepala. 



Yang tengah buat acrobatic tu yang berteman dengan aku sejak diploma lagi. hahaha.

37 comments:

  1. Al fatihah..
    memang best kalau ad best friend ni xD
    aku pula takde yg setia smpai mcm tu..
    bertukar tempat belajar bertukarlah kawan2 ;P
    tpi still ad je jmpa2 balik semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga arwah aman disana.

      Huhu, fie memang untung. Dapat kawan sejati sejak dari zaman sekolah hingga universiti.

      Delete
  2. masa nana degree ada 3 org students dari dip masuk satu kos nana. dorang besfren dari dip lagi pastu smbung deg same2 1 kos..kitorang panggil dorang geng 'puteri bunian'. hehe. kemana2 mesti bertiga. kalau ponteng pun tiga2 tak nampak batang hidung. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. fie pun macam tu. kalau waktu diploma sampai lah degree. Kalau lect tanya, oh kami over sleeping. Ahaii bajet lect tak thu alasan kami. haha

      Delete
  3. hahaha. comel gambar last tu. soooo true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mesti ada sorang yang jenis macam tu.

      Delete
  4. wan raso, tok jupo lagi hok betol betol teman.

    ado sore tuh, wan rapat jugok.
    tapi gak, lepas habis belajar, dio pon balik sarawak dah.

    tanya khabar pon jarang jarang.

    ngan saeng sekolah rendah plok. tak leh nak gurau mana, tak masuk kepala, sopan jah.
    hahahaha..segan kot.mugo lamo tok jupo..

    ngan saeng sekolah menengah plok.
    ramai doh hok ado teman teman baru.

    kadang tu, bosan jugok.
    dok kampung pon sore jah.
    hok lain masuk U habis..
    last last ajok student main futsal.
    kehkehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Fie sekolah rendah pun baik lagi. Even hardly meet them, tapi gak kalau ada masa mesti gathering. Dekat fb pun IM sokmo.

      Yang sekolah menengah meme toksoh royak, nak2 masa kalau ada free time lepak sama2. even tak cukup korum. Yang dekat uni lah susah jumpa sikit sebab dduk jauh2 tapi kami tetap jumpa. Huhu

      Fie raasa boys susah sikit saem unless dgn teman sekampung. Wea kea sek sbp dlu so susah nak cari saem sekampung.

      Delete
  5. so sweet...annur pun ada sorang kawan baik,yang sanggup terima kita walaupun kita da buat salah...hidup punya kawan baik mmg indah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan annur. kalau takde kawan rasa lonely pulak. Huhu

      Delete
  6. rindu kat sahabat onie juga :'(

    ReplyDelete
  7. Semalam aku baru bace yasin utk arwah..tetibe teringat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku baca yassin memang aku takkan lupa hadiahkan untuk arwah. Teringat sangat sangat tie.

      Delete
  8. :(
    sedey igt kenangan dulu...rindu nk laluinya lagi...
    part plg best masa semua single mingle...
    mmg heaven masa tu...lucu pun ada...
    hahahhaa...wett...mulutku bukan kecoh amt...p jenis mudah mesra...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mum mulut kecoh deh, semua ore kenal kes tu. Haha. Tapi takpe, natural friendly. Huhu

      Delete
  9. Alfatihah..
    Haa klau nk buat entry pasal
    Best frwn true frwn lovely frwn FAKE mmg seronok!! Tp tu laaa agak ² pjg mana crita kita kan? Hehe
    "Fifie we frwn forever okay janji? *tbe²
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Jna. Kawan kan bermacam ragam. Huhu.

      InsyaAllah jna we friend forver. Huhu. Best jugak ada kawan dalam dunia maya :D

      Delete
  10. kwn sy 3 org je tp yg plg plg plg rapat sorg je heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah mesti ada yang paling rapat dengan kita kan. Macam fie pun sama.

      Delete
  11. sabar la.. Allah lebih menyayangi arwah.. alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. It just an entry of a friend who miss her friend much. Huhu. InsyaAllah sarah.

      Delete
  12. indahnya ni'mat bersahabat...
    seperti nabi dan para sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersahabat amat indah bila tiada musuh dalam selimut dan saling menghargai.

      Delete
  13. alfatihah.... kuatkan hati k. byk sedekahkan alfatihah dan doakan dia tenang di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama lynn. Sentiasa doakan ketenangan dia disana.

      Delete
  14. smua org msti ada at least satu sahabat dr kengkawan yg reramaiiiii tu..im lucky coz ive got more than one sahabat..they are my support system..mmg untung dpt knal org2 yg sntiasa trima kita ssh sng ni fie..org ni mcm2 jenis..nk jumpa yg btol2 tulen di hati tu yg pyh..i know u'll miss her..she's in a better place now insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Indah, tu yang bila fie jumpa yang satu kepala dengan fie yang sanggup susah payah dengan fie, fie hargai diorang. Bukan apa, takut lepas nie kita dha tak jumpa orang macam nie. Huhu..

      InsyaAllah indah, fie yakin dia aman disana.

      Delete
  15. al fatihah kepada yang kelima itu.

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Thanks fadz. InsyaAllah will visit you later :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...