Monday, 24 December 2012

Banjir oh banjir

Tangga rumah rendah sikit so air memang tinggi di kawasan nie


Hari nie air dah naik, dah banjir uolls. Sejak subuh kelmarim hingga sekarang hujan tak berhenti, semalam tidur tak lena sangat takut air naik dan kami tak perasan, dengan kereta tak pindah lagi, motornya lagi, almari almari kasut lagi, nasib baik rumah si kucing kucing tu dibina agak tinggi. Tak ada lah bertambah kerja geng aku nak kena angkut rumah tu letak kat tempat lain. 

Kebetulan pulak hari nie aku ada urgent meeting dengan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tentang gaji aku yang tak masuk masuk. Tak masuk sebab duit tu floating since account yang aku bagi dekat diorang dulu dah tak exist dah. Jadi aku bagi account lain tapi diorang terlepas pandang pulak then tadi aku kesana kejap sebab nak settlekan benda nie, harap harap cepat lah diorang uruskan. Poket dah rabak. 

Tadi waktu keluar ke sana kereta aku masih park dalam laman rumah kereta mini MPV so tak ada lah tenggelam lagi, then after one hour zupp air kemain dah tinggi. Dah tak dapat nak bawak masuk kereta ke kawasan rumah, terpaksa lah parking outside. Sobs sobs. Berjalan harung air banjir lah ioll dengan umi tadi, dengan barang dapur stok makanan harian yang penuh di kiri dan kanan. Mana lah tahu banjir nie lasting for a week, mati lah geng aku tanpa stok jajan. 

Kat depan nie air paras betis je tapi nak berjalan tu gua tak gemar

Sekarang hujan masih tak berhenti dan aku amat berharap cepat lah hujan berhenti jangan lah air banjir makin melimpah naik, aku bimbang naik ke atas rumah. Benda nie tak pernah terjadi tapi mana lah tahu nak dibuat cerita masuk berita air naik hingga ke atas rumah. Dah la lintah Ya Allah punya lah besar tahap betis aku. Minta jauh.

54 comments:

  1. alamak, banjir..kelantan pon dengar2 dh nk bnjir dah..nak balik kg minggu nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dengar dengar dah sarah tapi memang dah banjir pun. Kat mana kampung? Kalau kawasan bandar pasir puteh nie memang dah naik air dah

      Delete
  2. Replies
    1. Pasir puteh sayang, KB rasanya tak naik air lagi kot cuma jalan jalan kg je lah yang dah ditenggelami air.

      Delete
  3. kat mana ni. pemikir pun sedang dalam mood berjaga jaga ni. tak nyenyak tido dah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasir puteh, pemikir rumah kat mna?

      Delete
  4. fehhhhh
    rmh kg lya pun banjir fie.
    air msk smpai toilet nk guna dahh.
    ape kabar la umi papa kt kg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah yeke, kg lyaa kat mana? Nanti call diorang tanya khabar macam mana, harapnya elok je semua. Jangan bimbang ye lyaa

      Delete
  5. uish.. tinggi jugak air tu naik.. saya doakan agar semuanya ok kat sana tau... jaga diri awak baik2 kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boni harap semuanya selamat. terima kasih awak pun jga diri walau dimana berada ;)

      Delete
  6. tak bereti huje ni fie owk.

    adeh.
    payoh nak gi mana mana.
    plus malas.

    nasib kawasan rumah wan tinggi.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie baru berhenti wan, payah dooh dooh. Fie nie gak tadi mikir banyak kali nak g ke tak PPD tu sebab hujan doh sor pah nak pakai baju kurung sooh pulak. haha.

      kawasan rumah fie nie meme kawasan banjir sokmo sokmo dulu lagi teruk tapi lonie okay doh sikit

      Delete
  7. alahai kesiannya... jaga diri baik2 fie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sis, harapnya tiada yang tak elok berlaku.

      Delete
  8. Bersiap sedia lah,,takut Paras air makin naik,,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dalam langkah berjaga jaga sekarang harapnya hujan berhenti terus lah dan air menurun

      Delete
  9. fifie duduk kat mana..aduh tak sangka tahun ni hujan turun tak henti2 kan..take care,jgn stress2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie duduk di pasir puteh, kelantan sue. memang kawasan rumah fie nie selalu banjir tapi tahun nie agak lewat sekolah pun dah nak mula nie. Hehe

      Delete
  10. kesiannya fie,hopefully cptlah surut bnjir tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie pun harap macam tu rin, pray for me and my family and jiran jiran.

      Delete
  11. sempat berposing lg fie? hehe. hrp2 smuanya selamatlah dan tak sampai la banjir teruk..huhu
    take care ye fie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat je IM, alang2 dah basah. haha. Harapnya semua selamat. Thanks IM

      Delete
  12. Eeeiii air tahik... Jangan main kotor.

    ReplyDelete
  13. smoga banji kat rumh fie cepat surut...lama dah tak main air banjir ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah hanif, fie tak suka main air banjir. haha. Hanif suka doh main air di Pangkor tu, cukup lah tu. hehe

      Delete
  14. pergh! dah nak sampai ke dalam umah tuh..tngga dah x nmpk mcm tangga..tapi maintain jugak pose dalam ujan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha model kena pandai pose. Huahua. Harap jangan lah masuk dalam rumah

      Delete
  15. yakk..bnjir jgk..mujor umh piko x bnjir..
    sdp maen air tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap pun piko. Huhu kulit fie alahan pada air kotor. Artissss. haha

      Delete
  16. apa-apa pun takecare fie. bahaye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah rara, doakan fie selalu :)

      Delete
  17. harap banjir tak lah naik sampai ke rumah. eltih lah nak kemas nanti. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal awak, jangan lah naik atas rumah. Dah la rumah fie nie rata maksudnya tak ada tangga ke apa.

      Delete
  18. a'a kan nampak air dalam gambar atas tu mcm tinggi ja.. susah lah nak p keja nanti kena salin seluar/kain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah hana, nak jalan pun susah. Kena redah banjir then hujan lagi, lepas tu nak pergi dekat kereta tu bukan dekat. Jauh jugak. Sobs :(

      Delete
  19. teacher teacher teacher..kite nak report nih..
    kat tempat kite pun dah banjir tau..hehehe

    ReplyDelete
  20. musim hujan mmg banjir oooo banjir..huhu

    ReplyDelete
  21. perghhh kak oiiiiiii.... gila tinggi juga paras banjir.. sekarang ni merata tempat banjir.. kat kuantan pun otw nk banjir sekarang.. ena rasa, ada petanda la hujan tak berhenti2 akhir tahun ni.. tak sedap hati pun ada... bukan setempat je, merata tempat kot

    ReplyDelete
  22. gila ah cepat air naik dalam sejam tu je .
    dekat johor ni hujan dari semalam . tp tk lebat sangat .
    malam malam kemain sejukk gilaaa !

    ReplyDelete
  23. Baru nak mula musim monsoon eh...

    ReplyDelete
  24. harap tak masuk kerumah fie...kalau tak patah pingang laa fie hihi ;))

    ReplyDelete
  25. rumah fifie kawasan mana? nasib baik rumah jaa kawasan tinggi. cuma umah mak jaa jer naik sikit...tp x byk laa...

    ReplyDelete
  26. sempat lagi posing tu. hihi. harap2 tak la air masuk sampai dalam rumah. nak kemas nye tu payahhh.

    ReplyDelete
  27. fie tangkap la lintah2 tu, bleh buat bisnes uolss...

    ReplyDelete
  28. lahhh,awop ore kelate ko?hikkk...

    ReplyDelete
  29. tengah musim banjir kan sekarang ni? kat terengganu banjir, rasa macam taknak balik lagi sebab skrg ada kat KL. hehe :D

    ReplyDelete
  30. teruk kuantan banjir tahun ni..x macam tahun lepas masa phat dok kuantan ..sikit je banjir

    ReplyDelete
  31. banjir dah.. rumah saya kawasan sellau banjir time musim mcm ni tapii xnaek ke rumah sebab rumah atas bukit sikit. hehe... myb sebab tu saya suka banjir.. err.. banjir sikit2 lah tapinya. hehe~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...