Friday 21 December 2012

Blog Makeover




Orang yang dilahirkan tak kreatif macam aku nie selalu mengimpikan seseorang untuk bantu aku dalam mencantikkan apa jua benda yang aku buat. Dulu waktu sekolah, kan ada folio sains lah kemahiran hidup lah sejarah lah yang cikgu suruh buat. Demi nak dapat A kemain lagi aku usaha buat se kreatif mungkin lah nak tambah hati guru. Tapi kalau jenis yang tangan kayu, macam mana usaha pun kayu macam tu lah. Aku selalu suruh umi lukis cover depan folio aku pasal umi memang kreatif siap boleh melukis bagai.

Sejak besar nie bila dah ada belog sendiri, cemburu jugak dalam hati tengok kawan kawan lain punya belog kemain kreatif. Liplapliplap. Dengan header yang doodle, illustrasi, ada rama rama terbang keliling belog, tulisan senget belah kanan lah, eh macam macam pesen dan gaya lah yang boleh dilihat. Terdetik dalam hati, ah nak jugak macam dia nak jugak nak jugak *sambil hentak kaki gaya budak minta lolipop. Muahahaha.

Tapi semua itu sudah tidak menjadi masalah bagi aku. Upah jelah mana mana designer yang hebat untuk modified belog kamu nie. Hikhik. Ada duit semua jalan babe. Masalah settle bila jumpa cik fyfy, dia jenis kreatif gila. Tengok belog pun dah tahu orang nya jenis macam mana. Tu tu dongak ke atas please header yang aku pakai sekarang tu ihsan dari dia lah, bukan satu dia bagi empat sekaligus okay. Dan sekarang yihaaaaa berita baik buat semua blogger tak kisah lah beginner, moderate atau professional semua boleh tersenyum rapat ke tulang pipi macam Jaclyn Victor.

Kalau yang jenis tak kreatif macam aku nie, masalah anda consider as solve. Kenapa. Sebab cikFy mampu tolong anda. Mampu nak hias dan cantik kan belog kau seperti mana yang kau ingini. Yelah  salah satu sebab untuk tarik perhatian followers atau readers adalah punyai belog yang super ohsem dan tak menyerabutkan kepala otak readers kau.

Jadi apa tunggu lagi, cepat cepat klik sini dan check it out apa yang fyfy mampu buat untuk senangkan hati nurani kau dan juga belog kau. Dah tak payah nak pening kan kepala mengadap photoshop atau gimp atau photoscape dengan bayaran yang berpatutan kau dah dapat header, button follow, design card yang memang superb.

Her capability is undeniable.





20 comments:

  1. Replies
    1. Sila try edie, hehe. Buat yang simple simple pun dah cukup asalkan tak nampak semak sangat. Heee

      Delete
  2. Replies
    1. No probs Yatt sharing is caring mahhh. hehe

      Delete
  3. blog dia simple je kan?? tapi hasil yang dia lakukan kat blog orang lain memang mantap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tuan badan anytime boleh ubah sesukat hati. kita nie yang tak dapat nya. huhuhu

      Delete
  4. baru nak tegur blog dah berubah wajah.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala hana nie lambat la selalu jenguk belog kita tapi masih tak perasan. Haha

      Delete
  5. asalkan blog cantik dan simple.
    dah okey bagi wan.
    yang penting, tidak menyerabutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wan, kalau belog cantik tapi serabut nak loading pun takes time memang fie pun tak suka nak singgah. haha

      Delete
  6. td dh terjah dh blog dia..terus teruja tgk entry dia yg pasal kentang tu...
    huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lapar ke fiq? fie pun sama tapi fie takut gems. haha

      Delete
  7. Saya sudah dongak keatas hehe, dan wow cantik nian tuh header, paduan fotomu dgn kreasi tulisan sungguh serasi :)

    ReplyDelete
  8. Wowwwwwww! Hihi,Thanks fie! Tak expect pun fie tulis sampai mcm ni sekali. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak tau! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem fy, balas jasa fy buat header hari tu. hehe

      Delete
  9. ena pun tengah tempah design blog kat kawan ena ni.. tp dia tengah bz, so tertunda sekejap.. rm20 hinggit je... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena nak design blog untuk apa lagi, kemain dah cantik tu. hehe

      Delete
  10. blog fyfie tu cun juga. simple je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah simple dan kemas. Tu yang fie suka. Hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...