Monday, 3 December 2012

ConvoFashion or Convocation ?

Tinggal belog lama lama sesungguhnya bukan pilihan tapi keterpaksaan. Maaf wahai penunggu sekalian, aku terpaksa berbuat sedemikian. Harap maklum line internet memang dalam sebulan pasti ada yang jalan ciput ciput seperti siput khinzir.

Introduction 10 marks given. Hikhik. Banyak gilos benda nak cerita penuh memori otak nie, tapi kita cerita satu per satu lah ye. Yang lain lain tengok lah kalau ada mood kalau ada ruang dan waktu kita story sama awak awak kesayangan kita. Hari nie hari konvokesyen I uolls. Huahua. Istiadat konvokesyen ke 77 yang di jalankan di UiTM Kampus Dungun, nasib baik dapat sesi pagi kalau petang berbahang lah sikit ye. Dan kalau petang lagi alamaknya entry nie dipublish keesokan lah nampak gayanya.

Alhamdulilah sebak sungguh rasa di dada. Tak sangka betul betul tak sangka I can make it to this level. Kalau dulu rasa, setakat diploma dah hebat gila ah wey. Ini degree, memang bangga teramat. Kalau yang master atau Phd tu agaknya terlompat atas stage sambil pegang scroll gamaknya kan. Waktu emcee announced nama aku, memang dah berdebar ibarat tengah tunggu wanRafiq salam tangan tok kadi. Jantung ibarat dekat luar, tak tahu kenapa. Padahal diploma dulu rilek je, maybe gas excited keluar secara berlebihan kot.

Last thursday aku patut pergi ambil jubah dengan segala mak nenek nya di Dungun tapi atas sebab few factors terpaksa lah wakilkan kawan baik pergi ambil kan jubah tu. Thank You sitiFatiha sanggup tu berjam queue tunggun turn ambil jubah untuk aku dan sorang lagi member. Dapat jubah saiz L pun aku relakan jelah, nak buat macam mana dah tu je yang ada. Sobs sobs. Besar wey, jahitan lengan yang patut ada atas bahu tu hampir ke siku dah. Nasib baik dapat tukar dengan kawan sorang lagi yang dah graduate petang kelmarim. Kalau tak memang aku buat muncung itik lah sepanjang hari nie. Fussy kan nak buat macam mana.

Mungkin ini kali yang terakhir aku naik stage terima scroll dari Naib Canselor UiTM, aha lupa nak heboh kita dapat face to face dengan Dato' Prof. Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar kemain panjang lagi pangkat. Tak sangka dapat jumpa prof, siap prof ucap Afidatul Tahniah ye. Huwaaaaa nak menitis air mata gua. Hati tisu. Eh sambung ayat diatas, mungkin nie kali terakhir naik stage pasal lepas nie aku tak tahu lagi bila nak sambung study mungkin tahun depan atau tahun tahun depan. Mungkin depan depan dah master anak anak. Huahua.

Paling paling touching ialah bila lihat senyuman kegembiraan kedua orang tua, walaupun tiada ucapan like Tahniah kakak or congratulations (yes kami jenis macam tu susah nak explain sikit) but I know through their face. Garisan kegembiraan, senyuman diorang, dari mata tu dah dapat dilihat. Memetik kata prof tadi, keberkatan hidup kita bermula dari keberkatan kedua ibu bapa kita. Kegembiraan mereka adalah kemenangan buat aku. Alhamdulilah, praise to Allah swt. Thank you umi ayah this is for you. Oh thank you too for teddy yang besar gedabak bangga bawak jalan jalan keliling UiTM tadi.

Thank you to wanRafiq, lecturers, friends, classmates, coursemates, enemies and anyone who know me. Thank you thank you a lot, your prayers might contribute to my successful.. No words could be best describe my feeling, but tears on my eyes could explain better. Tears of joyful.


I nombor giliran 66 pelajar ada 300 lebih, jadi I isi masa dengan ambil gambar. Capturing the precious moment always the right thing to do.

Ini jubah saiz XS, kalau saiz L dah bawah lutut. Gila nak pakai habis baju liplap I. Huahua

p/s : Gambar gambar lain malas nak update. haha. Ehe nak cerita benda baik sebab parents aku nie jenis tak lepas aku nak kerja di luar dan hari tu aku dapat offer di CIMB Kuala Lumpur, makanya terpaksa lah dilepaskan. Dan dan dan hari nie dapat call dari Bank Islam Kota Bharu, Kelantan, dapat job interview disana. Ho yeahhhhh, sekian terima kasih *sambung lompat cecah bintang.

48 comments:

  1. akhirnya sampai jugak disember. yeayyyy fie dah convo jugak dah convo ! congratulations !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lama gila nak menunggu disember datang. Thank you na sayang :)

      Delete
  2. Tahniah fie!!

    orang lain convo masa dah habis belajar, tapi wan convo masa tengah training.
    huhuhu.

    wah, banyak pangiilan temuduga.
    harap fie dapat yang fie nak ye.makin dekat, makin bagus kan?

    tapi sampai bila nak dok kelantan kan?

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu pun best wan, saem2 pun ramai lagi. hehe. Haah wan, makin bagus. Alhamdulilah.
      Syukur sangat sangat nie. hhehe.

      Fie mungkin berpindah bila dah kahwin, ayah fie meme tak bui g kijo luar. heee.

      Delete
  3. congrats mc pix!! rasa puas dapat tengok kegembiraan mak ayah kan. ak mule2 cdey sbb ak nk sume fmly ak ade. tp pkr2 blk, dgn kehadiran mak ngn ayah pn dah ckup mnggembirakan. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee haah tie, memang sebak sengih. Congratulations to you too tie.

      Delete
  4. kongratulasi fifie sazuki..well done..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee, thanks wanRafiq. Alhamdulilah, all praise to Allah

      Delete
  5. tahniah ye awak..hehehehhee.. saya rasa bangga sangat dengan awak..hehehehe

    terbayang masa awak pakai baju L tu.. mesti bertambah comel..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa, memang jalan sambil angkat jubah la fie. Cute mute dah nampak. hehe. Thanks mas boni :)

      Delete
  6. tahniah fie dah grad. hehe nanti kawin la pulak kan. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aippp yang tu lambat lagi lah anis. hehe. Thanks anis :)

      Delete
  7. Replies
    1. Ala wait for your turn k hana. heee

      Delete
  8. Belajor la selagi mampu masa free ni (still bujang)... dah mcm Che na ni... susah nak xplain.. terbayang Tok Ayah n Mok tersenyum kat barisan depan bila amik scroll MA hr tu... anyway.. Congrats n All d best! Kira dlm ramai2 cucu Tok Ayah... K. Fie yg 1st dpt degree nih.... yg lain not yet... Kalau MA.. Mk Ngoh n Che Na.... PhD takdop lg... soon Che na kot.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, insyaAllah cikna. Thank you for all the supports. Nanti orang lain pun akan menyusul jugak. Hehe. MA tu nak buat jugak tapi sebab ada peluang kerja jadi kerja dulu kot, MA tu maybe part time. hehe

      Delete
  9. Patut lah lama tak update blog. Hihi.
    Congrats Fifie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fyfy, lepas tu line internet slow. memang hampessss habis lah.
      Btw thank you :)

      Delete
  10. xs pun dah macam tu? kalau L. mmg kena repet la konvo tu. hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah yang L tu memang besar sangat sangat sangat. Hahaha

      Delete
  11. wahhh tahniah ye sis cantik! perghhh student yg ke 66, perghh sis memang pandai!!!! wahhhhhh.... bilalah ena dapat pakai jubah cenggini, dapat bunga camni.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ena, hehe. Alahhh mana ada pandai biasa biasa je nie. Hikhik. Ena nanti pun mesti happy macam nie jugak.

      Delete
  12. congratz kak fieeee !
    bestnyeeee dh habis studyyy .
    kite baru nak masuk degree next yearrr .
    tk sabarnyeeee nk rasa detik - detik macam ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy gila dik oiiii, awak punya mesti lagi best.
      bakal doktor kan. heeee

      Delete
  13. tahniah dah konvo..n moga rezeki utk keje kat bank pun dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu ma, insyaAllah harap harap dapat lah kan. Hehe. Terima kasih atas doa cikgu ma :)

      Delete
  14. yeahhh tudia anak kesayangan umi dan abah dah konvo :P dah agak dah mesti abah dia tak kasih mai kl :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa malu la, nampak sangat kan childish. Hahaha.

      Delete
  15. congrats fie! wah bestnya la da konvo ni..kita konvo sama bulan la nampaknya, just indah je yg takdapat lg scroll ngn amek gambo pkai jubah..sobs..all the best utk interview tu, harussssss wat leklok ye fie. indah doakan yg terbaiklah utk fie..haa..congrats skali lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa indah jangan sedih sedih, insyaAllah next year indah pasti dapat sarung jubah kemain besar dan main lontar lontar mortar board. hehe. Thank you Indah, insyaAllah harap harap dapatlah.

      Delete
  16. TAHNIAH
    lepas ni turn org masuk minang plk hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you iiima. Hah hah. Awal nya. haha.

      Delete
  17. tahniahh MAKCIK FIFIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik ? okay taknak kawan dengan kau. Hahhaa. Terima kasih jna sayang

      Delete
  18. salam perkenalan.
    tahniah. lepas ni masuk lak alam pekerjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal sis zila,insyaAllah harap harap cepat lah dapat kerja.

      Delete
  19. Laa..Budak UiTM Dungun gak ke? Batch 2009****** kan kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak uitm Dungun betul, batch tu tak. hehe. Fie batch 2010 hingga 2012. Hehe

      Delete
  20. salam kenal dari bunda, Tahniah..

    ReplyDelete
  21. Aikk..batch 2010 dah konvo ke?cepat..amek kos pe?

    ReplyDelete
  22. congrats fie...dgn konvofesyen eh! sambil goyang kaki pun, kerja datang cari..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  23. tahniah ~ konvo kat ganu ye.. sme ngn kawan kte :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...