Monday, 17 December 2012

Duri-Astro Prima

Lately aku memang jadi penunggu setia satu rancangan tv nie since episode pertama lagi ( bukan sebab Izzue Islam)  mata dah melekat di tv tuh. Seriously aku dah jatuh hati dengan drama  nie. First time kot jalan cerita nya tak sama dengan jalan cerita drama Melayu lain, tak cliche lah orang sekarang kata.



Drama Duri yang ditayangkan di Astro Prima bermula pada 12/12/2012 sekarang sudah menginjak ke episode 3, bersiaran pada pukul 5 petang dan siaran ulangan adalah pada 9.00 malam. Drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya Fauziah Ashaari mengisahkan tentang Muzzafar ( Afiq Muizz) gagal menjejaki tunangnya Nuri beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan mereka. Jadi sebagai ganti Sufi kakak kepada Nuri ( Shera Ayob) terpaksa menjadi galang gantinya dan melupakan cinta hati nya Hazim (Izzue Islam). Takdir yang tertulis tiada yang tahu rupanya Muzzafar dan Hazim adalah bersaudara dan kehadiran Sufi sebagai menantu di dalam keluarga tidak disenangi oleh ibu mertuanya Durrah (lakonan siapa gua tak kenal siapa pelakon tu)

Apa yang menarik pasal heroin drama nie iaitu Sufi adalah dia membawakan watak yang berlainan as a heroin. Kalau tipikal drama heroin mesti lah lembut, cantik, pandai, miskin, sopan santun dan etc. Tapi watak Sufi nie agak berlainan, eventhough watak Sufi nie agak gelap tapi rasanya most of the time kita akan berpihak pada dia tambah tambah bila berdepan dengan Durrah dan Muzzafar, memang harus lah melawan. Memang terasa lah buku bertemu ruas. Orang bongok je orang bagi tahik tapi masih balas bunga. Kalau aku bagi jugak bunga tapi pastikan sekali dengan pasu bunga.

Memang kena sangat lah watak Sufi nie dengan realiti kehidupan, kalau difikir fikir bila suami tak ingin pun sentuh isteri, hina si isteri , marah, herdik, bertambah dengan mertua yang asyik pasang perangkap jahat untuk singkirkan si isteri ada lagi ke isteri yang akan hanya menangis dan menangis dan menangis tanpa ada rasa nak lawan sikit pun. Manusia nie manusia, bukan robot. Paling aku suka bila mertua dia cakap macam macam dekat dia sikit pun dia tak heran, dia balas balik ada. And cara balas tu best serangan psychology. Memang hangin satu badan lah mak mertua oiii dapat menantu macam tu.

Nak tahu lebih lanjut harus tonton sendiri takpun pergi ke bookstore cari novel lama nie balik.


p/s : entry nie aku publish on 18/12/2012 pada pkul 1623. Tapi entah kenapa dia boleh jadi entry lama pada 17/12/2012 dan entry lama Friendly Fashion tu jadi entry latest aku. Anyone tahu tak kenapa nie. Bengong dah aku memikir.




14 comments:

  1. ena tengok okay je blog sis.. maybe sedikit gangguan kot... hehehe.. tak pernah tengok tapi kawan2 ade cakp best.. nak try tengok la juga.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ena pasal drama nie lain sedikit dengan drama melayu kita lain lah dari Adam dan Hawa tu. hhehe

      Delete
  2. wah.. saya nak kena tgk juga drama ni...hehehehe

    ReplyDelete
  3. hai Fie, minat Izzul tu ke? Ngehngeh
    aah la fie terkejut jugak tadi perasan kat dashboard ni entry latest fie, bila bukak blog fie aikk tengok post ni kat bawah pulak..nape jadi cmni ek. hmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tak minat pasal dia dah ada awek. hahaha. Tulah pasal ena, bengong dah nie. fie dah adjust banyak kali still macam nie rupanya.

      Delete
  4. hahahaahha.. yes tu special tntg watak Sufie.. dlm novel ada satu part yg pasal `PASU` TU MEMANG BEST..mmg kaw kaw mak mertua dia kena..tapi tak tahulah dlm drama ada ke tak..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kena tunggu lah fiq, harap harap ada. Fie suka sangat dengan watak Sufi.

      Delete
  5. Tang mana tak faham tu, meh nak tolong explain. hikhik

    ReplyDelete
  6. tgk iklan dia ja..xpernah nk follow cita ni pun :p

    ReplyDelete
  7. huwaa x de astroo...
    eh novel apa dia adaptasi tolong rekemen..

    by the way bnyak fife nye post delete knpa eak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel duri kak cheida, tulisan Fauziah Ashaari.
      Huwaaa tak tahu lah, memang lately blog fie a bit bengong.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...