Thursday, 27 December 2012

Kisah seram

I'm still haunted with what happened last two night, lepas nie kalau umi tinggal aku sorang sorang kat rumah confirm aku pasang ayat ayat Quran till diorang balik rumah. Kalau orang tak percaya tentang hantu tapi aku tak, aku memang percaya sejak dulu hingga sekarang. Tak pernah lihat depan mata lagi tapi entah kenapa aku takut, biasalah aku kan penakut sikit je.




Macam biasa aku dengan adik adik memang tidur lewat lah kalau musim school holiday nie, apa kata Puteri kita enjoyyyy. Waktu pukul 4am macam tu tengah layan 4bia ghost movie dari Thailand, lepas tu dengar enjin kereta tengah dihidupkan. Aku intai ke sliding door dekat living hall, oh tengok cousin aku tengah panaskan enjin kereta dia. Dia kerja polis di airport Pengkalan Chepa dan situasi tu memang normal lah setakat pergi kerja pukul 3,4 pagi waktu dinahari. Jadi aku take it as normal tak rasa pelik langsung lah.

Half way aku tengok movie tu aku mula rasa mengantuk tengah tengah layan mata tu tiba tiba bunyi orang ketuk ketuk pintu bilik umi, dan masa tu yang terlintas di fikiran mungkin one of my kucing tersesat masuk bilik umi dan tak dapat nak keluar. So dia ketuk guna kepala. Muahahaha. Tapi takkan lah aku nak ketuk pintu bilik umi ganggu mereka tidur dan tanya about this. Mereka mesti bimbang. So I kept this with my brothers only. Then aku pergi depan pintu bilik umi tiba tiba ketukan tu tadi beralih di bookshelf di second living room.Ketukan tu semakin menjadi jadi pulak. Ohmaiiii. Aku dah mula fikir nie bukan kucing nie something else. Huaaaa, scary you know. Lepas tu aku dengan adik adik baca ayat kursi 3 kali dan baca bismillah 21 kali setiap seorang. At last ketukan tu berhenti, tapi only for 15 minutes macam tu. Aku yang dah mengantuk nie, terus cakap suka hati kau lah nak ketuk ke apa ke asal jangan ganggu aku sudah. Lepas tu aku terus tak hirau dia main ketuk ketuk. Takut jugak tapi selagi dia tak munculkan diri depan aku, aku okay lagi.

Eh sambung yang perenggan kedua, petang kelmarim aku pergi lepak rumah maksedara belakang rumah. Sembang punya sembang aku terus tanya eh herry nie pergi kerja dengan kereta kancil ye sekarang, selalu guna Satria tu. Maksedara tanya eh bila pulak herry pergi kerja pakai kereta kancil, aku pun jawab lah pagi semalam pukul 4 pagi kakak nampak dia panaskan enjin kereta kancil. Terus herry menyampuk, mana ada. Aku kerja shift petang kelmarim aku baru balik je nie. Huaaaaaaa. Habis apa yang aku nampak tu, kemain lagi aku paksa herry mengaku jangan tipu tipu aku.

Kes menyerupai nie gua okay lagi, asalkan jangan dia menjelma jadi makhluk tutttt. Confirm demam dua minggu aku. Aku berikrar dengan diri aku mulai malam nie aku tak akan jenguk kepala intai intai apa lah yang ada belakang rumah tengah tengah malam lagi. Takut babe takut.




65 comments:

  1. Replies
    1. Waktu kena tu tak seram, waktu tahu kisah kereta kancil tu baru rasa seram. hehe

      Delete
  2. Tulahh tido lambat lagi . Layan 4bia lagi tuuu . Entah entah lelaki cerita first 4bia tu datang tk ? Hihihihihihihi takut tk ? Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. I tak tahu nak tidur awal macam mana dik oiii. Jangan jangan jangan. Haha

      Delete
  3. alamakkkk... haha awat seraaamm sangatt, naseb laa tau besoknye, adeh kalau malam tu jgk tau ?? haha moral, jangan tengok cite hantu memalam :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kan cerita hantu selalu tayang malam malam. Huhu. fie jenis suka tengok cerita hantu.

      Delete
  4. fiq excited baca citer fifie tau.. tiba part KUCING KETUK KEPALA tu..terus fiq gelak sekuat hati..hahaahaahahahah.camner lah dia ketuk guna kepala tu..
    btw betul gak..asalakn tak muncul dpn kita, sudahlah..mmg seriau..
    semoga perkara camni dijauhkan... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa. Betul lah sebab dengar ketuk ketuk macam tu. Gila lah kan, nasib baik tak menjelma depan fie. kalau tak, mahu senyap sunyi blog 2 minggu.

      Delete
  5. huhu..seram kowt..nasib baik "cousin" fifie tu xikut masuk rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarahhhh. jangan cakap macam tu aisyyy nie berdebar nie.

      Delete
  6. seramnyaaa


    organize event cuma part time sajer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee creppy KH. Oh ingat kan full time. hehe

      Delete
  7. seram jgk cite fie ni..stakat ni xpernah lagi kena mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie pun rasanya nie first time. Heee. Minta jauh la hanif.

      Delete
  8. erkk..nsb baik nmpk mcm org..kalau nmpk cm lain..sy pun pengsan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nampak macam lain confirm entry nie dah tak ada lagi hari nie. haha. fie pengsan dua minggu

      Delete
  9. fie serius seram. tapi tu memang entiti halus atau orang? ha org jahat. takut perompak ke hape. tu lagi takut tuuu. fie take care tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entiti halus nana. kalau orang memang takut tapi at least kita ada berani berani nak lawan kan. Yang entiti nie aiiii tak berani I.

      Delete
  10. confirm nampak betol2 ke polis pergi keja 4 pagi. mungkin org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu selalu cousin fie memang kerja macam tu, dia shift pagi masuk pukul 5am macam tu. Itu yang fie ingat dia tu. tak tahu lah tu entiti halus.

      Delete
  11. assalamualaikum....baik2 yer jgn tido malam sgt...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam mama, heeee susah mama fie jenis susah tidur sebenarnya. Hehe

      Delete
  12. wahh dah lame x tgk cite seram.. sini cite kungfu je =.=

    ReplyDelete
  13. mau pk2 sampai termimpi2 nih...

    ReplyDelete


  14. tido molek tu fie.
    heheheh.

    kalo sedar male male.
    jangan pandang tingkap.

    hiiihihihihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meme dok doh la wan eh. tak berani nak bukak tingkap pun. Kuikui. Tu bakpo suka macam gitu.

      Delete
  15. Errr...tatottttt...tatottttt...nak tencennnn...

    hehehe..gurau, gurau jugak..tapi siyes seram jugak bila ada pengalaman camni..rasa macam, errr, entah la..susah nak esplen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tak tak payah explain lebih lebih. hahaha. Main main la H, mintak mintak kau kena malam nie. Muahaha

      Delete
    2. erkk..jangan la..semalam baca pun dah takut okey..:D

      Delete
  16. wa'alaikum salam
    apapun itu (jin) dia cuma nak goda kau saja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah harap harap itu dah tak kunjungi saya lagi. hehe

      Delete
  17. hahhA! pasni tido awal tao...Yatt pon ade cite jugak...nanty yatt story mory keyh...kikih mohon pgg yasin mase bce nt..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap publish pagi. Haha. jangan lah malam malam yatt oiii

      Delete
  18. mak aih..
    tgk gambar first lagi dah cuak..
    so camne skang? misteri kereta kancil tu dah selesai lom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selesai pun, buat bodoh je awak. Sebab benda nie sebenarnya dah banyak kali berlaku. Cuma dulu tak adalah dia main main waktu malam nie. Dulu petang petang je. heee

      Delete
  19. waaaaa!!!! apa ni fie??waaa!! tak nak tengokk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. sabar nia sabar. Nie penakut jugak rupanya ye. hikhik

      Delete
  20. Gambar entry buat kembang bulu roma ! >< Err menakutkan. kalau fy kat tempat fie tatau la apa jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu sengaja ambil yang seram gila. haha. Sebab fie tak tahu tu entiti kalau tahu memang tak ada lah fie nak pergi jenguk jenguk tingkap lepas tu hari nie update blog. Kuikui

      Delete
  21. haiyukkkk.... dia masih bergentayangan di sekitar situ.
    dia belum mahu pergi lagi... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceittt Nizam, tak menolong lansung. haha

      Delete
  22. Okay meremang dah bulu roma ena... aduyaiii kenapa ena blogwalking blog sis mlm2 ni.. dah la bilik ena kat dapur.. serius!!!!!! menyesal.. huaaaaaaaaaaa nka nangis... nak tidur ngn maklah mlm ni.. mapuslah my mom terkejut ke apa... ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena pergi ambil Yassin letak tepi kepala ena. InsyaAllah tak ada apa apa. jangan fikir sangat lah. hikhik. penakut jugak rupanya ena nie ye.

      Delete
  23. serius seram , dah la pyka pon rajin duk rumah sorang , baca je entry fifie naik trus bulu roma nie . haih .

    ReplyDelete
  24. siyes kite pon lemah semangat. buat buat berani je.. =P

    ReplyDelete
  25. hmmm aku tak suka dgr cerita seram. klu dengar cerita seram malam mesti tido tak tutup lampu hehehhe

    ReplyDelete
  26. haoiyoo pengsan kalau kena ke den ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  27. Ya Allah takutnye bace story nih :O seram gitu..ape-ii pun adik doakan akak takkan jumpe hantu tu okay :D

    ReplyDelete
  28. alahai kesiannyer sis... lain kali jgn tgk citer hantu mlm 2 taw.. ngeri sgt..hehehe

    ReplyDelete
  29. ssame la..kalo xd org kat uma combi mesti bkk lampu byk2 ;p

    ReplyDelete
  30. scaryyy nyee.kalau rin,mau demam seminggu.huu

    ReplyDelete
  31. erk, like seriously?! gila ah! seram kot. FD haritu pun ada layan cerita 4bia juga. cerita tu memang seram and takde pulak kena kacau. lepas ni be careful lah. maybe fie layan sangat cite hantu, tu yg terbawa-bawa sampai ke dunia realiti kot. hehe :D

    ReplyDelete
  32. ketuk2 pintu tu baru fasa pertama...tggu la fasa ke2 pulak nanti...heheh

    ReplyDelete
  33. kalau ahmad ilham terbaca entry fie ni mahu nye dia dapat ilham utk buat filem seram "Jangan Intai Belakang Rumah"...Muuuaaaahahahaha

    ReplyDelete
  34. salam fifie
    Tirana aduka dtg melawat fie

    ReplyDelete
  35. kalo malam2 pas baca entri ni fikir 2 kali nak pegi tandas..hahah
    so far tak pernah kena ganggu lagi.
    kalo boleh tak nak r kena kacau ni.
    baca surah al-baqarah.
    setan x masuk rumah.

    ReplyDelete
  36. hahhahhahahha .. tu laa . tgk cte hantu .. hantu bg warning tuhh suro tdo awal. kakakakak

    ReplyDelete
  37. nampaknya kita sama. hikhik. xpernah nampak hantu seklai pun, tapi penakut buakn main lagi haha

    ReplyDelete
  38. heheheheh
    kira bertuah la tu dapat pengalaman camtu
    bukan semua merasa tau :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...