Tuesday 12 June 2012

Judgementasi

Judgementasi atau dalam bahasa omputeh judgemental membawa maksud seseorang yang membuat kesimpulan kasar terhadap seseorang tanpa mengenal pasti seseorang tersebut terlebih dahulu. Paham dah? Dalam kehidupan sekarang tak kisah la kau jenis suka bergosip atau tak, kau tak boleh lari dari sifat judgementasi nie. Benda macam nie revolve around us je, sama ada secara kebetulan atau pun secara sengaja kita akan lalui jugak sejenis judgementasi nie.

Senang cerita aku bagi contoh situasi lah :

  1. Azizah tidak bertudung sejak di sekolah menengah sehinggalah ke zaman universiti, tapi bila berkenalan dengan mamat hensem lagi warak Azizah mula berhijrah untuk memakai tudung.
  2. Perempuan cantik yang dah berteman mengupdate status facebook seperti tengah patah hati.

Untuk situasi 1, orang akan kata "eh Azizah dah berubah la, dah bertudung, ek eleh Azizah berubah pun sebab dapat boipren warak lagi hensem, bila dah putus hilang lah tudung tu" Kuikui.

Untuk situasi 2, perempuan cantik tu saja je menarik perhatian lelaki lain padahal hati tengah kembang dengan teman sekarang.

Lebih kurang macam tu lah judgementasi berlaku, manusiakan suka buat penilain berdasarkan first sight. Jarang la yang jenis selidik lebih lebih dulu sebelum jump into conclusion, karang terlebih selidik dikata menjaga tepi kain orang pulak. Kan kan kan.

Pernah la aku berada dalam satu kumpulan tu, bila ada orang jalan depan kami terus kitorang akan bla bla bla *bukan gossip ye. Tapi bila aku cakap haaaa, don't judge a book by its cover. Terus masing masing, eh aku bukan jenis yang judgement orang suka hati lah. Erkk, habis tadi yang kau beria bla bla bla tu apa ? Kuikui. Takpelah senyum dalam hati je yang mampu. 


4 comments:

  1. typical manusia lah fie.sometimes we do that tanpa kita prasan pun..its a bad habit! hehe..kena la brubah jd manusia yg positip bertempat =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's true IM. Fie pun selalu buat macam tu, dah jadi kebiasaan lebih lebih bila kita dalam geng. Tapi bila dah separa tua nie, rasa harus berubah tu makin menusuk kalbu. Haha.

      Delete
  2. otak tak berkembang memang suka macam ni.. tak ada kerja, pergi fikir buruk terhadap org lain.. Im always kena macam ni.. tak mengapalah, dosa pahala bukan manusia yg bg, tp Allah yg bagi.. just keep going forward being a good human...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aina. Fie kena kalau jalan sorang sorang, kat depan tu diorang dalam satu geng. Biasalah manusia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...