Dah 2 minggu kan ke tiga minggu tarikh last post aku? Keskes. Maaf la teman, busy tu biasa je lah dah nama pun kerja. Tapi aku masih tak reti nak adapt badan dengan bangun pagi pagi balik lewat malam siap siap semua on laptop update blog. Masih tak reti. Nanti lah aku rasa dua tiga minggu lagi reti lah aku manipulate otak aku nie haa.
Sekarang nie kerja baru aku tahu macam mana nak bina hubungan baik antara sesama manusia. Auwww bukan bermaksud selama nie aku jenis buat musuh je dengan semua orang, tak. Tapi aku jenis susah nak cipta persahabatan. Jenis yang kena kenal orang tu tilik muka dia lama lama sembang sembang dulu haaa baru masuk line. Camtu lah. Sejak kerja pun baru tahu baru kenal cerita cerita jenis love affair sesama pekerja. Keskes. Gua tak termasuk lah. Cerita orang lain.
Suka jugak camtu, tengok duduk satu branch keluar lunch sama sama balik kerja sama sama. Auwww. Rasa macam dulu dulu waktu study. Pergi kelas dengan bf, balik kelas dengan bf, pergi rehat dengan bf, pergi revision dengan bf. A to Z semua bf. Kawan ke laut. Hahaha. Dulu dulu kita cerita benda waktu tengah bodoh. Bila dah besar besar nie tengok orang besar bercinta nie lain sangat. Matang. Tak ada lah kes nak jealous kalau bf nie rapat dengan pekerja perempuan lepas tu pergi serang si pekerja tu. Tak ada dah macam tu. Pasal semua semua pun dah besar, dah cerdik.
Bila dah couple nie bagitahu nak settle down kita pun yang terlebih lebih excited nak sambut hari bahagia mereka. Memang sumpah best. Mata pun bercahaya je, lahaiii lahaiiii kenapa wanRafiq duduk jauh jauh. Nie yang jealous nie. Keskes.
p/s : Ahad nie ke KL sobssss kena hadir kursus asas :(
Thursday, 14 March 2013
Friday, 1 March 2013
Novel Thingy
Aku memang hantu novel, hantu sangatssss. Dulu waktu study rela abaikan buku pelajaran demi mentelaah novels yang tersusun indah. Tu pasal aku tak pandai sangat waktu belajar dulu nasib je baik cepat dapat kerja. keskes. Tapi sekarang aku dapat rasakan kualiti novel yang ada di market tak seperti kualiti novel novel terbitan dulu. Sekarang nie nak cari novel yang bagus bermutu hebat dan unggul kemain susah ibarat mencari gula dalam bekas garam. Camtu lah.
Antara ciri ciri novel Melayu sekarang yang memang aku baca dua tiga muka surat terus lempar ke bawah katil adalah jenis yang nama tak nak glamour lagi. Umur lebih kurang sebaya dengan aku, 24 tapi nama Tengku Marilyn Marcella binti Tengku Shamrein Asyraff. Hamboiiiiii. Tahun 1989 ke bawah tu ada ke orang letak anak nama kemain hebat. Kalau darah diraja tak kisah lah nie orang biasa biasa. Ceittt. Yang jenis mix blood nie pun buat aku hangin. Bapak dia ada mix Perancis and Jepun, mak dia Chinese Muslim plus Sharifah, moyang dia German dengan Arab. Umur 23 drive BMW X5, kawan bagi upah ringgit Malaysia sejuta untuk langsaikan tugas pikat seorang lelaki. Kawan tu umur sebaya. Alamak memang aku rasa aku tengah terapung hidup di awan. Mampus lah kalau novel angan angan nak tinggi semua.
Memang aku tahu novel nie nak kisah indah indah tapi sepatutnya selitkan jugak realiti hidup kita. Hidup nie tak semua indah, tak ada atas seorang manusia tu perfect dari head to toes. Tak ada. Dia cantik, pandai, kaya, budi bahasa tinggi, mata kelabu, hidung mancung, kulit bersih. Khayal je lebih penulis macam nie. Belajar main main tapi still dapat four flats every semester. Akhir sekali aku ambil novel tu buang dalam tong sampah, menyampah ah baca. Menyampah gila gila. Tapi nak cakap semua penulis macam tu tak kena lah, ada jugak penulis yang aku masih setia nak baca karya diorang sampai sekarang. Ibarat kata kalau dia publish novel baru terkinja aku pergi beli.
Itu yang buat lately since 3,4 tahun nie aku mula kumpul english novel. Lagi kena dengan cara aku. Tepat dengan realiti hidup, mentang heroin semua nak perfect. English novel tak. Heroin pun masih ada flaws.

Subscribe to:
Posts (Atom)