Wednesday, 26 February 2014

Shimmer Halfmoon Shawl

Salam haii,

Rasa macam blog nie dah jadi medium perantaraan untuk aku buat bisnes pulak. Tapi takpelah as long as mencari rezeki yang halal. Heeee nak merapu meraban macam zaman dulu kala pun dah tak reti jadi nya guna la blog sebagai tempat nak cari rezeki pulak ye dop.

Previous entry hari tu aku promote pasal wideshawl plain, Alhamdulillah ramai yang email pasal shawl tu malah ramai jugak yang minat beli borong. Rezeki rezeki. Terima kasih pada semua customers tersayang. Itulah orang kata walaupun kita jual benda yang sama dengan orang lain, tak ada signature items pun tapi dah namanya rezeki. Orang pilih nak beli dengan kita jugak kan. Kuasa Allah.

Jadi malam nie aku nak up entry pasal shimmery plain halfmoon shawl. Ahaks. Ini yang terbaru dari ladang. Aku baru mula nak ambil stock. Bukan nak gebang ke apa, tapi kualiti kain is to die for. Memang bagus. Sebab aku nie jenis yang aku pakai dulu aku yang rasa dulu baru aku ambil stock jual. Aha.



See the glitter material on the shawl tak glitter sangat macam glitter shawl yang korang selalu jumpa tu. Dan yang penting bila korang pakai tu tak rasa pun macam jadi focal point orang ramai pasal tudung korang yang lip lap macam lampu lip lap bulan puasa. Yang ini the glittery is just nice. Sesuai untuk ke kuliah, ofis atau nak berjalan jalan di shopping complex dengan pakwe time weekend tu. Sebab tu aku namakan nya SHIMMER HALFMOON SHAWL. 

Jap ea tuan tanah tunjuk gambar tuan tanah pakai pulak, baru korang nak caya kan. Haaaa jap eh jap eh. Nak upload.  

Haaaaa nampak tak, trust my word. Memang tak meriah liplap pun. Dan yang penting saiz besar boleh cover your chest. Hehe

Jadi apa tunggu lagi, cakap banyak tak gunaaa lah kan. Interested?  Boleh capai ( read : reach me) aku di gmail afidatulain@gmail.com atau nak senang stalk instagram aku plainandpride. Nanti kat sana kita borak panjang lebar lagi ye. 

Till then goodnight lovelies.  




Friday, 17 January 2014

Plain Wide Shawl murah murah je

Salam,

Weekend nie buat apa? Banyak ke aktiviti. Kita macam biasalah sejak sejak kerja nie jadi pemalas yang amat nak keluar rumah hujung minggu. Rasa nak tidur nak bangun pagi Ahad tu terus. Haha melampau betul aku. Nasib baik laki takde kat sini.

Sekarang nie kan trend hijabi pakai wide shawl yang macam macam design. Ada plain ada corak bunga ada corak rama rama ada corak leopard nak ranggi lagi corak skull. Tak kisah asal ditutup aurat tu.

Kita pun sama jatuh cinta dengan wide shawl nie pasalnya jenis senang nak bentuk macam kalau si laki atau boipreng tengah tunggu nak ajak pi dating dan tak nak kasi derang membebel macam mak nenek haaa terus pakai yang nie. Zup zap zup zap done! ! Yippie yippie.

Satu lagi buat kita jatuh hati ialah dengan kelebaran size shawl nie. Bukan jenis yang biasa2 tapi lebarrrrr dia mampu untuk cover dada kita.

             

Ehem jadi untuk siapa siapa yang minat dengan wide shawl nie boleh la contact kita. Hehe kita jual. Amboiii kemain kan mukadimah kita nak pikat customers  hikhik.


Price : RM15 exclude postage ( get free postage for 2 pcs)
Material : Cotton Viscose
Measurement : 1.8M x 1.0M

Berminat boleh contact kita di : afidatulain@gmail.com

Till then have a great weekend loveliest

Wednesday, 15 January 2014

tuan tanah dah kembali yeayyy

Salam ehemmm haiii

Mai goat lama nya tak update belog, heeee tuan tanah minta maaf. Oh rasa awkward nak menulis macam dah lama gila tak mencurahkan idea di ladang gandum. Adehhh sampaikan idea yang berguni ni dibiar biar terus jadi beku. Tak jadi ah nak update. Nanti idea dah basi.

Actually kita update nie ada benda nak bagitahu awak awak sekalian. Eh tak tak not what you are thinking.  Wrong. Tettt. Kita tak pregnant lagi tau, pasal kita LDR ( cinta jarak jauh jauh beribu batu) sobss, k k sambung story. Ritu kan kita macam nak try other thing la sesaja je klik link ini ini. Macam ramai je yang minat, macam ramai je yang suka benda tu.

Yelah pasal duit semua orang suka. Tak giteww. Then Iolls click and you know what. Within 2 days I managed to get usd100. Cer convert to myr dah dapat berapa tu. Lepas buat beli lipstick MAC candy yum yum. Hiks. Tapi yang problem nya kita kena dapat at least usd300 baru lah dapat nak cash out. Harap la seminggu cukup usd300. Boleh le iolls buat bayar yuran kereta bulan depan. Ngeh ngeh.

Dan satu lagi yang korang harus tahu, benda nie tak perlu apa apa modal. Cuma korang kena sign up as a member then buat semua task yang disuruh. As simple as ABC.

Till then goodnight lovelies.

Eh eh sesaje tuan tanah nak share gambar agak lama tuan tanah tak tepek gambar disini. Ehem berat dah naik 7kg untuk 5 bulan berkahwin. Bagus lah. Hahaha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...