Bercinta memang memenatkan. Yang pernah bercinta, terluka lalu kembali mencinta sahaja tahu bagaimana penat cinta itu. Cinta itu ibarat perjudian, kita tidak tahu apa nasib cinta kita di masa hadapan sama ada ia akan menang, kalah mati atau cinta itu akan berlangsung dalam win-win situation.
Kata orang cinta itu memedihkan,
Kata orang cinta itu memeritkan,
Tapi,
Kata aku cinta itu mengenyangkan,
Kata aku cinta itu mendatangkan damai di hati,
Kalau cinta itu tidak sedemikian, jadi harus bagaimanakah lagi cinta itu? *tepuk dada tanya hati. Pernah aku tersungkur, jatuh rebah kerana cinta. Aku rasa dia yang terbaik buat aku. Sedangkan pada hakikatnya pada mata-mata memandang dia tidak punya apa-apa. Dia hanyalah dia. Tapi bagi aku dia adalah segalanya. Sehinggalah satu hakikat yang datang menyedarkan aku betapa cinta itu memerlukan sandaran. Sandaran yang digelar sebagai blessing from parents.
Lalu aku bangun berlari mendongak ke hadapan. Meminta pada Yang Satu andai jodoh tiada lagi, hapuskan rasa dihati. Alhamdulilah semua yang baik teratur dihadapan. Lama aku menyendiri, berteman dengan kaum sejantina. Tidak ingin merasa nikmatnya cinta itu lagi. Lantas dengan rendah diri aku meminta pada Allah, andai jodoh aku berdekatan andai ada yang terbaik untuk aku, Kau rapatkan lah jodoh itu, Kau kuatkan lah rasa itu.
Cinta mungkin boleh terjadi dengan sekelip mata, cinta mungkin boleh terjadi di antara kawan yang sudah berteman sejak hingusan. Cinta amat complicated.Berkenalan di muka buku bak kata Najwa Latiff, kami kenal 6 bulan berkisah itu ini, bercerita bagai tiada hari esok sehinggalah kami rasa ada sesuatu bermukim di jiwa. Yes, aku tahu apakah rasa itu. Aku kenal yang amat. Itu cinta.
Sekali lagi aku terjun ke lembah cinta, menguji nasib diri apakah derita menanti atau pun sinar bahagia menyuluh. Setahun setengah status facebook in relationship, kami bahagia. Long distance relationship langsung tidak menganggu gugat hubungan ini, bertemu sekadar beberapa kali setahun kami tidak kenal apa erti bermasam muka, tidak tahu apa itu pergaduhan. Dia kenal aku, dia faham aku. Cemburu aku, marah aku, rajuk aku, kepala angin aku semua dia telan. Dia kata I love you too much sayang. Dan aku bilang, I love you too wan rafiq
credit : tumblr |
Sandaran itu sudah ada, InsyaAllah akan ke peringkat seterusnya. Doakan kami kalian.