Tuesday, 31 July 2012

Tentang Rasa : 1

Bercinta memang memenatkan. Yang pernah bercinta, terluka lalu kembali mencinta sahaja tahu bagaimana penat cinta itu. Cinta itu ibarat perjudian, kita tidak tahu apa nasib cinta kita di masa hadapan sama ada ia akan menang, kalah mati atau cinta itu akan berlangsung dalam win-win situation. 
Kata orang cinta itu memedihkan,
Kata orang cinta itu memeritkan,

Tapi,
Kata aku cinta itu mengenyangkan,
Kata aku cinta itu mendatangkan damai di hati,

Kalau cinta itu tidak sedemikian, jadi harus bagaimanakah lagi cinta itu? *tepuk dada tanya hati. Pernah aku tersungkur, jatuh rebah kerana cinta. Aku rasa dia yang terbaik buat aku. Sedangkan pada hakikatnya pada mata-mata memandang dia tidak punya apa-apa. Dia hanyalah dia. Tapi bagi aku dia adalah segalanya. Sehinggalah satu hakikat yang datang menyedarkan aku betapa cinta itu memerlukan sandaran. Sandaran yang digelar sebagai blessing from parents.

Lalu aku bangun berlari mendongak ke hadapan. Meminta pada Yang Satu andai jodoh tiada lagi, hapuskan rasa dihati. Alhamdulilah semua yang baik teratur dihadapan. Lama aku menyendiri, berteman dengan kaum sejantina. Tidak ingin merasa nikmatnya cinta itu lagi. Lantas dengan rendah diri aku meminta pada Allah, andai jodoh aku berdekatan andai ada yang terbaik untuk aku, Kau rapatkan lah jodoh itu, Kau kuatkan lah rasa itu. 

Cinta mungkin boleh terjadi dengan sekelip mata, cinta mungkin boleh terjadi di antara kawan yang sudah berteman sejak hingusan. Cinta amat complicated.Berkenalan di muka buku bak kata Najwa Latiff, kami kenal 6 bulan berkisah itu ini, bercerita bagai tiada hari esok sehinggalah kami rasa ada sesuatu bermukim di jiwa. Yes, aku tahu apakah rasa itu. Aku kenal yang amat. Itu cinta.

Sekali lagi aku terjun ke lembah cinta, menguji nasib diri apakah derita menanti atau pun sinar bahagia menyuluh. Setahun setengah status facebook in relationship, kami bahagia. Long distance relationship langsung tidak menganggu gugat hubungan ini, bertemu sekadar beberapa kali setahun kami tidak kenal apa erti bermasam muka, tidak tahu apa itu pergaduhan. Dia kenal aku, dia faham aku. Cemburu aku, marah aku, rajuk aku, kepala angin aku semua dia telan. Dia kata I love you too much sayang. Dan aku bilang, I love you too wan rafiq

credit : tumblr
Sandaran itu sudah ada, InsyaAllah akan ke peringkat seterusnya. Doakan kami kalian.

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. babe, i didnt say i love you too much sayang...i said i love u sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo much sayang...heeeeeeeeeeee..have a nice fasting month yeay!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, mana-mana lah babe. Happy fasting, jangan ponteng teraweh dengan alasan perut sendat. Haha.

      Delete
  3. Olow2 , so sweet kak fie . Bau nasi minyak dah ni , nati kawin jange x ajop awin plop . Nop jd penegepit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sesangat la awim nak jadi jong kepit gak, kfie takdok adik beradik perempuan. heeee.

      Delete
  4. weeeeeeeeeee
    ada orang tengah di awang awangan

    ReplyDelete
  5. till forever then fifie and rafiq :3
    eh kite pung LDR juge . hihi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita satu kapal la macam tu bunga. hehe. Till jannah insyaALLAH.
      Awak pun sama ye bunga.

      Delete
  6. cinta itu indah sebenarnya... namun, kita ni kadang2 tak jaga perasaan cinta tu betul2... cewahhh sis, ena berdoa supaya hubungan sis hingga ke syurga.. amin.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, InsyaALLAH ena. I pray really hard for it. Ena pun sama ye dengan si buah hati.

      Delete
  7. awww. how come i didnt read this post earlier!!!! okeh,xcited lebey lak indah ni. hope you guys kekal slamanya. nanti nak kenduri tu,jgn lupa ajak org disini. and i know how it felt to be apart from each other, am in the same situation as yours too fie. tapi bak kata demi lovato dlm lagu "My love like a star", "It's not about the time that we dont get to spend together, it's about how strong our love is"..lbey kurang cmtu lah fie, p dnga lagu tu. syok! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay boleh buat status lagu tu. hahhaa. Thank you Indah. Indah pun sama, keep strong tak mahu rindu lebeyh okay. heeee.

      Delete
  8. nanti kalau dh ready dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial maka kahwinlah cpt..
    saya lebih prefer utk hidup sendiri sbb takut dikecewakan lagi..
    saya percaya Allah juga sdg melindungi saya utk insan yg lebih baik & ikhlas menerima saya
    Insyallah amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah azalia, pasti ada yang terbaik untuk awak. Tunggu dan lihat je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...