Thursday 19 July 2012

Masih ada yang sayang

Amran dah bercinta dengan Aisyah dah lama, dah hampir tiga tahun. Aisyah seorang yang cantik, educated, datang dari keluarga bangsawan dan mempunyai ciri-ciri lemah lembut dan sedikit gedik. Percintaan diorang tidak pernah dilanda badai tapi dengan tiba-tiba kehadiran Nani si gadis genik yang berperwatakan gedik, manja dan mempunyai rupa yang agak cantik telah meragut kebahagiaan diorang. Amran jatuh cinta pada Nani tapi Amran juga masih menyayangi Aisyah. Amran torn between Nani or Aisyah. Mengikut quotes si Google, if you love two person at the same time choose the second ones. Because if you love the first one, you don't fall for the second. Amran pilih Nani, mereka hidup bahagia digelar love birds. Tapi bagaimana dengan Aisyah ? Aisyah has wake up, she's become stronger than before, she's single but she loves and enjoy every little moment in her life.


Pause*

Cerita diatas tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Cerita itu dikarang atas dasar imaginisasi penulis yang over acting dan suka menonton sinetron. 

Cerita itu skrip itu mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kamu atau orang disekeliling kamu. Pernah ke korang fikir kenapa semua tu terjadi. Kenapa Amran lebih memilih Nani dari Aisyah sedangkan antara Nani dengan Aisyah punya gap yang besar. Tidak aku kata yang Nani itu buruk tapi dari apa yang aku observe lelaki selalu nya jatuh hati pada perempuan manja dan gedik yang kalah si kucing aku.

Aku sering menganggap jodoh itu rahsia Allah, apa yang Allah dah rancang untuk kita itulah yang akan berlaku. Bertahun-tahun bercinta akhirnya putus jua. Dalam hal ini, kita mungkin akan menyalahkan Nani atau Amran untuk segala yang terjadi. Mungkin ada yang berkata, kalau Nani tak muncul hubungan tu terus kekal. Kalau Amran tak gatal semua itu tak akan terjadi. Tetapi as I said before, jodoh adalah rahsia Allah. Allah dah tulis yang si dia tak akan jadi jodoh kita maka nya tidak lah. Kalau yang ketiga tidak muncul, si dia tetap tidak akan jadi jodoh kita. Kalau si dia tidak gatal, si dia tetap bukan yang terbaik untuk kita.

Allah tahu apa yang Dia rancangkan, pasti ada yang terbaik buat kita. Jangan bimbang, manusia dilahirkan berpasangan ke dunia. InsyaAllah. Dan jangan bimbang jika kita rasa marah rasa benci rasa tidak suka rasa iri hati pada si perampas. Itu normal, normal la bila orang kutuk-kutuk kita, kita akan marah apatah lagi orang ambil sesuatu yang kita rasa hak kita.

Ingatlah, masih ada yang sayang. Kita masih punya ibu bapa, kawan kawan, sedara mara. Mungkin jodoh kita sedang tersenyum pada kita atau orang yang sering berada di sisi kita. Who knows ?

12 comments:

  1. hah
    btl
    tp kes lya
    lya plh yg first.

    sbb lya tiba tiba sdr
    baik kite plh org yg syg kite.
    sbb orang yg kite syg mungkin tnggal kite,
    orang yg syg kite ssh nk tggl kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan dengan lelaki tak sama lyaa, kita perempuan selalu fikir panjang2 utk masa depan kita. Tapi lelaki tak *based on observation. hewhew.

      Delete
  2. Naisss entry... :)
    mmg jodoh itu rahsia Allah...tapi, perlu juga disertai dengan usaha...
    Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya itu sndiri berusaha untuk mengubahnya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups, betul tu. Harus lah disertai dengan usaha. Cinta kan tak datang bergolek.

      Delete
  3. betul tu sis... ena dulu agak pangkah bagi yg perampas.. semua ini adalah ketentuan Allah.. memang pedih dan sedih plus marah tapi Allah know BEST!! Mungkin Allah mahu temukan kita dengan jodoh yg lebih baik.. nice sharing sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan fie. Rasa macam nak je aku kerat kerat engkau perampas. Tapi lepas fikir2 balik, bila rasa diri dah matang. Apasal pulak aku nak kena lebih2. Cool je lah. Setiap kesusahan pasti akan ada jalan penyelesaian. :D

      Delete
  4. Memang cerita sinetron betul . Tue blum lasuk watak jahat, bakal mak mertua segala.
    Yes jodoh dah ditentukan. Kalau aku senang jer, amik jalan selamat. Bercinta tak payah beria sangat kasi 1 dunia tahu. Bila sampai hari jodoh kita untuk disatukan tue. Baru lar hebohkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang nie macam tu lah yang fie apply. Malas nak heboh2 satu dunia, nanti malu kalau putus.

      Delete
  5. Betul betul, Jodoh kita hanya Allah yg tahu. Kalau dah jodoh Amran dgn Nani nak buat camne, mungkin itu ujian buat Aisyah kan? =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/time-off-for-le-stomach.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Nurul, mungkin dengan cara tu Aisyah lebih maju dalam hidup kan. Siapa tahu.

      Delete
  6. Agree with this --->if you love two person at the same time choose the second ones. Because if you love the first one, you don't fall for the second.Besides, love can't be force :) .. lisa pernah lalui situasi camni, macam aisyah.. takleh trime mula2 but at last lisa trime jodoh itu semua Allah tentukan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la lisa, fie pun pernah lalui semua tu. Dulu kata tak boleh hidup tanpa dia tapi tengok la. I'm still alive. hehe. Welcome here lisa :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...