Friday, 31 August 2012

Puasa Enam & Kelebihannya


Sedar tak sedar kita dah masuk 13 Syawal (Jumaat) hari ini. Kehangatan raya pun dah makin suam-suam kuku, siaran TV berbayar mahupun tak sudah asyik mengulang cerita sama. Bosan. Drama Indon, drama Korea kembali memenuhi slot. Walaubagaimanapun, puasa enam masih tak terlambat untuk dibuat. Bak kata orang putih it's better late than never. Alhamdulilah, semalam sudah masuk hari keempat puasa enam, tinggal lagi dua hari. Weekend aku off puasa, macam orang bekerja off day.

Abu Ayyub Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh dibulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa 1 tahun ( Riwayat Muslim ).


 Kau rasa kau mampu puasa setahun ? Puasa Ramadhan yang 30 hari pun sudah bikin kecoh. Inikan nak puasa setahun. Allah itu mahu pemurah, diberi kita pahala berganda dengan hanya berpuasa selama enam hari di bulan Syawal.



Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Aku tak kata aku alim aku warak, tapi menyebarkan ilmu itu perlu. Terdengar ceramah waktu menyapu halaman rumah, lantas aku google dan jumpa sedikit isi kandung tentang kebaikan puasa enam. Tidak salah rasa nya berkongsi pengetahuan.

Tuesday, 28 August 2012

Itu bukan penamat segalanya

Assalamualaikum readers,

Ada yang beranggapan putus cinta adalah penamat segala. Ada yang kata putus cinta boleh bikin manusia gila. Ada yang bilang putus cinta adalah jalan menuju kesengsaraan.

Mungkin begitu mungkin juga tidak. Terpulang pada individu itu pendekatan manakah yang diambil untuk merawat luka hati. Aku pun pernah disitu, pernah rasa sakit itu pernah rasa luka itu pernah rasa perit itu. Perit ditinggalkan bila hati si dia tidak lagi pada aku, tapi pada orang baru. Ketika itu terfikir apa kurang aku apa lebih orang baru.

Tapi masih ada yang caring, aku punya teman sehati sejiwa, sentiasa meminjamkan bahu untuk aku menangis, sentiasa meminjamkan aku telinga untuk mendengar luahan rasa keperitan jiwa ini. Pernah aku bilang pada teman, mati aku tanpa si dia disisi aku tak akan bangun aku tak boleh aku sayang dia. Tapi look at me now, I'm still alive in fact I'm much better than I used to be.


Safe to say, putus cinta kadang-kadang adalah jalan terbaik. Pemangkin untuk kita menjadi lebih bagus, lebih berkualiti. Look at around you, berapa ramai antara kamu yang putus cinta, move on dan menjadi manusia berguna. Kenapa? Sebab akan ada satu tekad dalam hati, kita nak tunjuk pada dunia biarlah aku kalah dengan cinta tapi aku tak kalah dengan benda lain. Aku sering observe orang yang putus cinta akan lebih bersemangat seolah-olah just wake up from a long sleep. Itu satu petanda baik sebenarnya.

Aku cukup suka pada teman-teman perempuan yang tak mudah goyah pada perasaan. Prinsip tetap diutamakan, tidak menjadi orang baru semata-mata demi memuaskan hati si lelaki.  

Tidak. Aku tak kata bercinta benda yang tak elok. Cuma apa yang aku ingin sampaikan, putus cinta bermakna kita akan mulakan hidup baru keluar dari comfort zone kita, kita akan cuba benda baru dan adapt new environment sepantas mungkin. Tak ada yang akan biarkan hati nya terluka bertahun-tahun, hidup dalam kenangan seolah-olah ia sesuatu yang harus dibanggakan.

Alhamdulilah, aku sudah keluar dari comfort zone itu. Jiwa yang mati mampu membunuh kita lebih cepat dari kuman ( John Steinbeck)


Sunday, 26 August 2012

Fact about fat

Hello peeps,



I seem so stress nowadays thinking complaining I've got from friends and relatives about my weight gain. Stress tahu tak when you used to be in Levis 26 size and now 28 or maybe 29 size. Even my mirror is sick looking at me. 
How can I instantly gaining weight. Simple, I ate junk foods a lot when I was doing my internship. And my metabolism seems doesn't want to tolerate with me. Things become worst when all I did during Ramadhan is eating late at nigh.

Yesterday after thinking deeply, I think I need to do something with my weight before it become worst. So I started my dietary schedule, I've doing sit up exercise 45times a day. Itu je yang mampu and promise to myself I'll increase the number day by day. I controlled my diet, I watch every meal I take and I even calculate the calories in the foods. 

Those who have high metabolism and hardly to get fat, should be grateful. They don't need to struggle with all this rubbish thingy. Diet is so rubbish. 






p/s : living at home when you're surrounded by delicious yet yummy foods is encouraging you to eat twenty four seven.

Saturday, 25 August 2012

For spm candidates

Assalamualaikum,

Puasa sudah. Raya sudah. Duit pun dah dapat. Makanan yang enak-enak pun sudah ditelan. Jadi ada rasa macam senak-senak dada  atau pening-pening kepala atau ada sesuatu yang membuatkan kamu resah gelisah. Ahaks. Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan penting hujung tahun ini, aku rasa mesti ada lah waima sebesar kuman perasaan berdebar-debar nak hadap big exam kan.

Perasan tak perasan banyak benda sekeliling kita yang dapat tolong kita enhance ilmu yang kita ada, dapat meningkatkan lagi knowledge kita dalam suasana santai dan menghiburkan. Great things have been invented. Can you just imagine, sitting in front of television while eating junk foods eh tak while eating ketupat you can still gain something valuable and knowledgeable. Bagus tak bagus dunia sekarang. Zaman aku ? Mana nak ada nya benda alah macam tu.

Astro Tutor Tv di saluran 603 menawarkan korang pelbagai jenis mata pelajaran dari Bahasa Melayu hingga lah Biologi, di samping tu ada jugak lah video yang disajikan untuk korang yang boleh la korang tonton mungkin untuk lebih memudahkan proses pemahamam korang. Kalau yang jenis susah nak paham atau pending yang macam aku nie, disediakan jugak sesi bertanya soalan untuk korang. Memang baguskan, orang kata bila sesat jalan jangan malu nak bertanya. Jadi kalau dah tak paham jangan bodoh sombong malas nak bertanya. Tanya lah, it wont harm you though.

Aha part nie best. You have your own report card which you can see your progress every week or each time you do the exercises. Best kan macam tu. Kira tak perlu lah susah-susah nak tunggu tiap-tiap bulan lepas exam baru dapat tengok report card dari cikgu. Lepas tu kena dengar parents dengan cikgu membebel pasal report card tak menunjukkan sebarang improvement.



Don't miss the golden chance sayangs. Good luck for the spm trial. Tick tock SPM is only 67days from you. You still not late to boost up your knowledge before the day arrive.

Thursday, 23 August 2012

Lebaran 2012

Assalamualaikum dearest readers,

So how was your lebaran? I bet it must be really awesome, I have a great lebaran this year. Alhamdulilah. Raya pertama selepas sembahyang raya terus ke rumah atok sebelah ayah since yang sebelah umi dua-dua pun dah tak ada. Tahun ini kami ambil gambar our bigg family for the first time ever. Memang ohsem habiss la. Selalunya we only took our pictures with family je, tapi yang nie ambil gambar dengan atok dan nenek sekali dengan uncles and aunties. Selesai je semua program dengan family ayah kami balik rumah, pergi ke kubur both of my late grandparents. Balik rumah sempat la aku tidur 10minit, terus ada orang datang. Sentap. Haha. Tetiba kena bangun tidur terus hidang-hidang makanan. 

Hari pertama umi buat laksa penang dengan rendang dan lemang. Buat tak banyak, orang kata bersederhana itu lebih baik. Haha. Padahal takut tak ramai yang datang, rupa-rupanya ramai giloss. Nasib baik cukup untuk semua tetamu. Konklusi raya pertama, aku tak sempat ke mana-mana tak sempat nak jenguk si kucing dua ekor itu, tak sempat ke rumah sahabat handai, tak sempat ke mana-mana lah.

Hari raya kedua both of us tak plan nak buat apa, ayah pun tak ada bagi any suggestion. Kitorang rileks jelah dulu, until 11am maksedara sebelah umi call nak bagitahu nak datang. Alamak, we are not ready and we have nothing to serve them. Belek-belek barang kat dapur, semua cukup nak buat chicken chop kecuali ayam je. Terus ambil kunci kereta, ke supermarket berhampiran beli ayam. Umi kat rumah buat kuah chicken chop je. Jadi hidangan raya kedua chicken chop with mango salad. Yang nie memang lah tak cukup, umi kena tambah lagi ayam dengan kuah. Perghhhh ramai gilos tetamu. Tapi baguslah begitu.

Raya ketiga have nothing to be served, kitorang tutup rumah. Harus ke rumah aunty pasal sepupu nak bertunang. Cess, asyik-asyik orang aku entah bila.*sigh. Tema tahun nie pink ye kawan, terkebetulan tersama pulak dengan family PM kita, ehem. 



The Sazuki's family

Umi, sister, besfriend-she's my all

Ayah and his children

Achik, ayah and baby

Thursday, 16 August 2012

Iftar season 2

Assalamualaikum readers,

Aippp tinggal dua hari je lagi sebelum Ramadhan 2012 melabuhkan tirai, entah punya masa atau tidak lagi untuk meraikan Ramadhan di akan datang aku tak tahu. Tadi sempat lagi aku dengan keluarga berbuka puasa di New Pacific Hotel, Kota Bharu dan yang istimewa adalah kali ini disertai oleh wan rafiq. Ehem ayah aku jenis susah ye, susah yang amat nak berkenan dengan mana-mana kawan lelaki aku, tapi yang ini entah apa sudah dibomoh ayah. Berkenan habis la kot. T_______T

Actually I went to Kota Bharu early in the morning to shop till drop with him. Dan dah planning dengan family nak jumpa diorang dekat hotel je. Banyak jugak lah hasil rembatan tadi, kempis kot purse aku. Nasib baik dapat pow ayah banyak banyak. Hakhak. I bought a scarf for first hari raya, two blouses and two novels. Susah sangat aku nak buang tabiat beli banyak-banyak novel lepas tu simpan baca enam bulan kemudian. Stok ketika bosan.

We were heading to hotel at 6.30 I guess, saja je pergi awal sebab aku tahu sangat dah situasi jalan KB dekat-dekat nak raya nie. Kalah KL. Kereta dengan semut pun boleh tertukar. Sampai kat sana, sembahyang asar kejap dan terus masuk dining hall. Terus aku ambil kuih muih, lauk pauk, air minum, dan etc. Saja malas nak berlaga bontot dengan orang lain. 

The foods there is so-so, banyak pilihan tapi tak sebanyak waktu aku datang last year and last two years. Mungkin sebab tak ramai orang sangattadi jadi diorang masak ikut bajet yang mencukupi lah. Bagi aku makanan sedap, aku tak makan nasi semalam aku ambil mee chambo, macaroni keju, mushroom with salad dressing, kerabu mangga, dan banyak lah lagi. haha. Nampak je tak makan nasi tapi aku replace dengan benda lain yang ohsem.

Harga kira okay lah tak mahal sangat, RM63++ for person, adult ke kids aku tak tahu. Tapi kalau nak try kat sini memang boleh sangat-sangat. Banyak pilihan makanan dari pencuci mulut hingga makanan berat, minuman pun sama ada lima jenis kot. Kembung perut minum, burrrpp. Oh oh satu lagi tadi waktu tengah asyik lahap makanan kan, tetiba two of Kelantan's football player Indra Putra  and Azlan entered the dining hall. Mula-mula semua buat cool, buat derk. Lepas habis je makan-makan, terus diserang nye Indra, lansung terpaksa lah wife dia tercongok menunggu di depan. Nasib la ada laki public figure kan. 


Ini mee cambo yang tak berapa cambo.

kuih dan muih beranake jenis yang hampir habis di ngap pengunjung

The Wan Rafiq and his lady

Ehh nie bukan aku punya. 

Tuesday, 14 August 2012

Diet semasa lebaran

Assalamualaikum readers,

Tak sampai seminggu semua umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pastinya semua pun gembira, excited amat. Setelah sebulan berpuasa*tidak bagi kaum Hawa, menahan lapar dan dahaga memang aku tahu semua dari kita pun akan pulun cukup-cukup segala jenis makanan. Yang sebelum nie sebelah mata pun  tak pandang, tetiba je terasa enak bila tiba lebaran. Normal. Bila orang yang dah capai tahap kebuluran akan rasa semacam itu.

Tapi bagi orang yang jenis macam aku, yang kisah pasal jarum penimbang berat mula bergerak ke kanan, yang baju raya pun dah agak-agak nak show off lemak sekeliling. Ohoiiii. Itu amat menakutkan. Mengikut Kosmo 2012 berdasarkan tinjauan rawak di kalangan 181 orang dewasa seramai 54.0 peratus telah menunjukkan peningkatan berat badan setelah 15hari menyambut perayaan itu (hari raya cina), peningkatan itu berkadar purata 0.7 pada setiap responden. Itu hari raya cina, kalau hari raya  aidilfitri aku rasa 7.0kg setiap responden tidak mustahil. Hakhak.

Langkah pertama yang harus diambil ketika bertandang ke rumah sedara-mara, jiran-jiran mahupun rumah sendiri adalah pastikan kamu ambil jumlah makanan dalam kadar yang sedikit. Maksudnya kalau ada 3 bekas besar sate, ambil lah dalam 5cucuk sate sahaja berserta sedikit nasi himpit dan sedikit kuah kacang sekadar cukup-cukup. Kedua adalah penting untuk memilih makanan yang mempunya kalori lebih sedikit seperti bilamana kamu keliru sama ada mahu pilih ketupat nasi atau ketupat puluh jadi nya harus kamu pilih keputat nasi. Disamping menghidangkan makanan terbaik untuk tetamu aku pasti yang tuan rumah akan hidangkan minuman yang tidak kalah hebatnya. Pastinya air manis, kalau jenis yang macam aku, aku tuang je air coke atau pepsi atau mirinda. Sonang kojo eden. Tapi tapi bagi yang nak kawal diet, harus lah minum air putih. Kalau malu nak mintak terang-terangan dengan tuan rumah, kau cakap la kau ada kencing manis. Nak air kosong je ye makcik comel. Hikhik.




Bila pilihan makan banyak kegilaan dihidangkan di meja, pastinya kamu pusing ingin memilih yang ini atau yang itu. Sebaiknya had kan lah pengambilan makanan yang bersantan dan bergoreng. Kalau antara mee kari dengan mee sup atau mee soto(sodapppnya) pilih la mee sup atau mee soto yang pastinya tidak diperbuat dari santan. Lepas dah makan makanan berat atau ruji, pasti hati kamu tertawan dengan segala jenis kuih muih yang comel lagi warna warni. Kuih muih sekarang pun dah color block you know. Hakhak. Apa yang lebih baik adalah pilihlah buah-buahan yang segar berbanding kuih-muih yang manis seperti almond london dengan tart nenas kesuakaan aku.

Aku nie memang jenis yang macam nie, yang nasihat orang nombor satu yang diri sendiri pun tak betul. Hakhak. Tapi sekarang mungkin aku kesah pasal diet aku. Takut jugak lah diserang diabetes dikala diri masih muda remaja. Ahaks.


Sunday, 12 August 2012

Penganggur Part Time

Assalamualaikum readers,

Tengah belek-belek blog, bosan tak tahu nak luah dekat mana lagi rasa ini. Selalu si dia yang meneman tapi malam nie si dia tengah main futsal. Aku belek-belek All Post makkk aii banyak gilos entri yang belum dipublish dalam erti kata lain, entri draf. 

Bagi yang dah lama follow blog aku*ehem ada ke, diorang semua tahu yang aku baru je habis study, maksudnya aku nie fresh graduate yang tengah hunting for a job. Tak kisah la apa-apa kerja pun tapi harus lah ada kaitan dengan course field aku. Takkan amek banking nak jadi doctor. Kann. Sekarang kan Ramadhan, orang-orang yang bekerja yang balik lewat rumah yang stuck dalam traffic jem, yang memang susah gila nak masak pasti akan demand makanan-makanan yang sedap dan lazat lagi murah. Tetapi memang susah nak cari, itu aku tahu. Dekat bazar Ramadhan memang berlambak makanan, name it. Dari yang nama comel hingga lah nama tak berapa nak comel pun ada. Tapi rasa alahaii, indah khabar dari rupa.

Atas dasar ingin mencari sedikit duit poket untuk dibelanjakan di Kbmall lantas aku ambil keputusan nak berniaga makanan. Ehem. Trust me. Dengan semangat berkobar-kobar, di atas permintaan ramai dengan tempahan datang bertimpa-timpa sehingga terpaksa cancel separuh dari tempahan ekoran dari keletihan berpuasa dan ketidaksempatan masa yang selalu mencemburui aku dan dengan kolaborasi dengan ibu tersayang maka aku berjualan lah sempena bulan mulia ini.

Benda eh makanan pertama yang aku jual ialah chicken chop. Ahaks. Satu bekas plastik rm7 tidak termasuk ayam, tapi jangan bimbang bekas plastik itu besar bukan yang jenis kau letak seketul dada ayam kuah tu cukup-cukup je nak cover ayam tersebut. Sangat berbaloi. Makanan kedua ialah chicken with mango. Ahaks. Too request from customers tapi sayang aku memang tak punya banyak masa nak goreng ayam, buat kuah mango lagi parut pauh rikngan ( mangga) lagi. Banyak kerja. Jadi aku ambil order dalam 20 bekas sehari. Harga rm6 satu bekas plastik campur dengan ayam dan mangga yang dah diparut. Makanan terakhir ialah.... jeng jeng jeng kerabu kaki ayam. Bukan kaki ayam biasa-biasa nie, tapi yang telah diproses yang boleh didapati di pasar raya Tesco, Mydin atau Pantai Timur atau banyak lagi yang aku tak tahu dan malas nak taip. Yang nie memang sedikit rumit, bukan sedikit tapi amat rumit. Banyak step yang harus dibuat. Aku tak punya banyak masa, sebab tangan aku ligat bermain sms dengan wan rafiq lalu dimarahi umi. Rileks la. Malas nak explain further pasal step kerabu kaki ayam nie, cuma aku jual satu bekas rm5. Auuuu, murah dan sedap. Kalau tak sedap tak kan lah ada orang order tetiap hari tak gituu. Ahaks.

The ayam sebelum dilitutpi oleh salji magga parut

Chicken mango looks like setelah diitupi oleh mangga muda yang diparut

Ini kuah chicken chop, ayam nya malas nak amek gambar sebab musabab korang dah kenal rupa ayam tersebut

Friday, 10 August 2012

Persiapan Raya 2012

Sedar tak sedar kita dah masuk malam-malam terakhir Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu. Tipulah kalau kata tak excited nak sambut raya, dalam excited tu ada juga terselit perasaan sayu bila Ramadhan ingin berlalu. Cari lah bulan-bulan lain di mana masjid-masjid, surau-surau sentiasa diterangi lampu dan dipenuhi dengan umat untuk beribadah. Cari lah bulan-bulan lain di mana segala jenis makanan akan wujud yang pastinya ada yang aku tak pernah makan. Cari lah di bulan-bulan lain di mana anak-anak kecil keriangan bermain bunga api tak lupa juga orang dewasa yang ingin bereksprimentasi dengan segala jenis bom. Erk.

Persiapan raya tahun nie especially baju raya aku dah siap tempah since January lagi. Jangan gelak please. Aku cuma ambil langkah berjaga-jaga, tak mahu pisang berbuah dua kali. Bak kata orang puteh, prevention is better than cure. Tahun lepas aku tak ada baju baru, hari raya aku pakai baju lama-lama. Nie semua pasal tailor yang tak berapa betul, janji Melayu lah katakan. Kata akan disiapkan before Syawal tapi three days before Eid Fitr, dia text umi aku bilang yang dia tak boleh siapkan baju tu. Please lah, kalau cakap awal-awal tak mampu siapkan aku boleh hantar dekat tailor lain. Nie tak berjanji bukan main, tapi habuk pun tarak. And finally I got my first baju kurung on 7days of Eid Fitr baju kurung yang selebihnya dia hantar lewatttt gila. Aku buat baju raya korban kot. 

Jadi untuk mengelakkn berlaku nya kejadian yang mengerikan itu lagi, aku hantar awal-awal lagi baju aku dekat tailor lain. Bulan 1 hantar, bulan 5 siap. Bulan 3 hantar, last week ambil. The rest, umi jahit. >_< Bagi kuih-kuih semua like almond london, tart nenas, kuih-bentuk-lain-tapi-rasa-sama pun ada, ada lah umi beli last month. Malas nak bersesak kata nya lagipun kuih tu sedap waktu aku try dan murahhh compare dengan market price. Kira okay lah, terus beli.

Yang bahagian rumah, dah siap sikit-sikit. Langsir dah basuh dan tukar lain, sawang dah sapu, lantai dah mop cuma harus di mop lagi sebelum raya nie, halaman rumah dah bersih, garaj je lah yang belum. Tak larat lagi. Tunggu lah, tunggu aku tak puasa aku bersihkan lah. Hahaha. 

Oh ye baju wan rafiq belum beli lagi since aku tak ada masa nak teman dia pergi shopping. Haha. Alah, tunggu dekat raya kita pergi ye, boleh kita sama-sama menyumbang kepada peningkatan traffic di Kb.Ahaks.

Konklusinya, persiapan raya dah 90% tinggal lagi 10% bab yang kecil-kecil jelah. Juadah pagi raya belum decide, tapi aku macam mengidam lontong. Perghh, best kot.

Wednesday, 8 August 2012

Wordless Wednesday 2








Guess what is this ? It tastes a bit like marshmallow, sweet and sour balancing by the strawberry and kiwi. Rupa hudoh tak semestinya tak sodap !

Nie kan bulan ramadhan, korang mesti suka carik resipi lepas tu try masak kan. So apa kata try buat benda alah tu,dijamin puas hati dan murah dibanding dibeli dari kedai :")

Tuesday, 7 August 2012

Memang jenis yang tak setia

Assalamualaikum,

Aku tahu yang korang notice aku suka tukar edit blog. Kejap aku tukar background kejap tukar header, kejap buat blur gambar, kejap ada emoticon tu. eh memang suka memang minat lah. Tapi kalau korang tak perasaan pun apa aku kesah. Hakhak.

Dari zaman memula sign up blog aku buat sendiri header aku, sampai lah sekarang aku dah reti sikit-sikit macam mana nak color, nak cari fonts comel-comel, nak download glitter graphics, kira banyak jugak la knowledge bab-bab edit mengedit yang aku dapat since aku berblog nie.

Memula buat blog header kat bawah nie lah yang aku pakai. Malu*sorok muka kejap. Habis terer la nie, aku guna photoscape. Haha. Guna idea sendiri macam mana nak buat, macam biasa guna konsep trial and error and apa aku kesah kalau korang kutuk header aku.Yea konsep yang sentiasa aku ulang. Hakhak.


















Lepas dua bulan macam tu, eh bosan aku menengok muka tak semengah aku terpampang didada blog. Lantas ku browse gambar sesuai dalam folder yang berlambak. Maka hasilnya yang kat bawah nie. Nie kira awesome lah. At that time. Haha. Serious aku tak pandai sangat bab phot editing bagai dulu, tapi since dah rasa nak bergiat aktif dalam bidang blog nie jadi nak tak nak harus la belajar. Nak upah orang tolong buat? Malas. Baik aku buat beli baju ke, skirt ke, kasut ke. Ada pekdah. 



Aku rasa bosan dengan yang nie, lantas aku tukar yang baru. Aku memang macam nie, kalau nak kata tak setia eh setia. Tak pernah play-play dengan lelaki lain. Mungkin aku tak setia bab berblog kot. Aku tahu aku jenis cepat fed-up. Bosan weh tengok blog nie macam nie je, nampak dull boring tak colorblock. Jadi aku buat keputusan buat header baru. Lagi? A'ah lagi. Haha. Yang kat bawah aku rasa lama jugak aku guna. Dalam 5 months kot. Longest achievement lah.



Memang trademark aku adalah Talk Much Write Less tapi pada hakikat aku jenis malas menulis rajin bercakap. Hewhew. Malu ah mahu tunjuk-tunjuk sama kalian header header aku yang enggak enak. Eh maap lah terkeluar bahasa indo, baru habis tengok Nada Cinta. 




Boring dengan yang sebelum tu, aku pun buat another new header. Macam biasa, open photscape, zupzapzupzap DONE! Within 10minutes kot. Terer kannn. Tepuk la sikit.  Malas la nak tulis lagi. Nanti korang tengok jelah ye. Yang kat bawah bawah tu dah in row. Hakhak. Kiranya makin lama aku makin handal dalam edit mengedit*hipotesis hari ini.




Dah habis. Bila dah terer nie aku guna GIMP je untuk edit-edit, sebab gimp lagi cantik lagi cekap lagi best lagi sedap lagi enak. Erkk. Jadi yang latest adalah yang diatas. Motip letak ladybird, tak ada motip. Saja aku nak letak. Mintak-mintak header baru nie bertahan 3 tahun. Amin :")




Update : Background terpaksa ditukar kepada pale pink floral diatas sebab tersama lah pulekk dengan blogger lain. Takpe, yang nie cantik kan korang. T.T


Sunday, 5 August 2012

when relationshp didn't turn out well


Assalamualaikum dearest,

"I think we need a break, I need some space and time to think about us, about our relationship"

Ayat itu mungkin pernah didengar, dibaca atau diucapkan, mungkin ayat itu berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama.
Perhubungan akan ada pasang surutnya akan ada satu masa nanti pasangan itu merasa lelah dengan perhubungan itu lantas mencipta alasan untuk memutuskan ikatan tersebut. Aku tahu itu susah, aku tahu itu pahit, aku tahu itu sakit. Susah, pahit, sakit untuk menerima yang kita ditinggalkan. Tapi harus apakah lagi kita berjuang sedangkan sebelah pihak lagi sudah mengangkat bendera putih?

Aku observe, aku absorb semua benda yang terjadi sekeliling aku. Perempuan insan lemah itu aku tahu, perempuan punya hati yang lembut, yang rapuh ibarat kerak nasi. Kerana itu, perempuan susah untuk move on bila ditinggalkan. Terasa what's on earth had happened to me, kenapa aku ditinggalkan, apa kurang aku apa lebih yang ketiga, dan lain lain lain lagi.Terngian lagi kata-kata bekas pensyarah aku, sir Joe "kalau you ditinggalkan, jangan pernah tanya lelaki itu kenapa lelaki itu tinggal you, just accept it and move on". Aku rasa itu betul. Sekurang-kurangnya kita harus jaga our own pride. Bila bertanya soalan-soalan seperti itu kita umpama tidak boleh dan tidak dapat menerima hakikat sebenar, sedangkan banyak lagi lelaki yang lebih baik untuk diri kita. 

Lagi-lagi perempuan suka menyalahkan diri sendiri, terasa diri penyebab utama hubungan itu putus. Sedangkan pada pandangan aku perempuan itu tidaklah terlalu salah, biasalah mana ada yang sempurna dalam dunia ini. Kalau terlebih jealous, terlebih over, terlebih control, normal lah. Perempuan kan selalu rasa insecure. 

Perempuan harus move on, harus hadapi perpisahan dengan senyuman bukan dengan air mata bergelen-gelen, perempuan harus tabah, harus cekal, single bukan penamat segalanya. Bukan bermakna kamu tak laku. Aku berani ucap, aku seorang yang kuat seorang yang tabah seorang yang proud dengan diri sendiri. I am a strong girl made up by the jerks. 

Aku percaya pada the successfulness of a relationship not because of being in luck, but by being with the right man. Itu quote aku dapat dari novel Do You Come Here Often by Alexandra Poter. Itu kata-kata keramat yang aku pegang sehingga hari ini.

Saturday, 4 August 2012

Iftar with family 1

Assalamualaikum,


Yesterday my family and I went to Tok Aman Bali Resort for iftar session 1. Tempat tu memang cantik sangat, environment memang bagus aman damai pasal dekat dengan pantai, suasana pun bagus dengan decoration yang superb. It's like 5starts hotel.  Memang kreatif gila kot decoration. Kalau siapa-siapa bajet nak buat outdoor wedding boleh la ke sana. Banyak tempat yang boleh dapat best angle.


As for Ramadhan this resort offered you the best price per person for its buffet which is only RM35 for adult and RM18 for children. Boleh dikatakan agak murah la since the foods there memang banyak dan pelbagai. Kalau couple yang masih sama-sama belajar macam aku nie boleh la ke sana, tak ada la membebankan si lelaki nak keluarkan not rm50  dua tiga keping kan. Hewhew.


Waktu aku pergi tu diorang serve nasi beriyani dengan daging kambing, sedap gila pasal tak sama sangat dengan nasi beriyani biasa. More to nasi arab la. Ada mee kari, spaggeti, kerabu pun banyak jenis. Ada kerabu perut lembu, kerabu mangga, kerabu cendawan, kerabu peria dan ada satu lagi aku dah lupa. Kuih pun macam-macam jenis tapi biasalah sebab aku jenis pelupa dan tak kenal sangat kuih tradisional jadi aku tak tahu, yang aku ingat puding roti, muffin blueberry, muffin mango, kuih seri muka, dan banyak banyakkkkk lagi. Buah-buahan ada dua jenis je betik dengan honeydew. Kira okay la, servis pun bagus, makan tepi pantai tu yang syok. Cuma family aku dapat table inside, nanti boleh je kot kalau nak table outside. Baru lah cool tak gitu makan sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi dan tudung. Hikhik.


Cakap banyak tak ada guna kalau tidak dilampiri dengan gambar-gambar sebagai penambah perisa esei. Haha. Sila lah menengok.




The dining hall 

The foods and the half of me and ayah*sabotage

The umi and the landlord



Wednesday, 1 August 2012

Wordless Wednesday 1





This is January to August 2012 ( present) achievement. I may not a good writer, but I'm positive I am good reader.


“No entertainment is so cheap as reading, nor any pleasure so lasting.”  Lady Mary Wortley Montagu (1689 - 1762)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...