Friday, 31 August 2012

Puasa Enam & Kelebihannya


Sedar tak sedar kita dah masuk 13 Syawal (Jumaat) hari ini. Kehangatan raya pun dah makin suam-suam kuku, siaran TV berbayar mahupun tak sudah asyik mengulang cerita sama. Bosan. Drama Indon, drama Korea kembali memenuhi slot. Walaubagaimanapun, puasa enam masih tak terlambat untuk dibuat. Bak kata orang putih it's better late than never. Alhamdulilah, semalam sudah masuk hari keempat puasa enam, tinggal lagi dua hari. Weekend aku off puasa, macam orang bekerja off day.

Abu Ayyub Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa berpuasa penuh dibulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa 1 tahun ( Riwayat Muslim ).


 Kau rasa kau mampu puasa setahun ? Puasa Ramadhan yang 30 hari pun sudah bikin kecoh. Inikan nak puasa setahun. Allah itu mahu pemurah, diberi kita pahala berganda dengan hanya berpuasa selama enam hari di bulan Syawal.



Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Aku tak kata aku alim aku warak, tapi menyebarkan ilmu itu perlu. Terdengar ceramah waktu menyapu halaman rumah, lantas aku google dan jumpa sedikit isi kandung tentang kebaikan puasa enam. Tidak salah rasa nya berkongsi pengetahuan.

12 comments:

  1. puasa 6 dgn puasa qada' kalau tak buat mase bulan syawal ni, memang jawabye lambat je ganti puasa nye nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang la nana. Fie nie sebab takut jadi macam tahun tahun lepas punya. Tak buat puasa ganti awal-awal terus nak nak Ramadhan baru habis puasa ganti. Teruk kan. Huhu

      Delete
  2. wan teringin nak poso 6.
    tapi gak.....

    banyak benda hok teringin nak make lepas bulan ramadhan lepas.
    air nyo, nasi air perut, nasi goreng ikan masin.meggi sup,blended tapai.
    banyok lagi hok terliur sekarang ni.
    nafsu nafsu.


    rayo plok la mek nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya next week kot. Huhu. Wan takpo sebab takdok puasa ganti, fie kena buat jugak gano gano pun. Tu yang buat terus, malas postpone.

      Delete
  3. Thanks for sharing ;D
    betul tu.. berkorbanlah kurang 1 minggu(demi satu tahun) dibulan syawal utk puasa 6 secara berterusan
    sbb lebih afdal ^^

    ReplyDelete
  4. ok la tu fie..sy bru hari pertama nk pose hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, asal buat kan. Goodluck sephia :)

      Delete
  5. Salam, anda ditagged xD
    kalau sudi nak buat~ gd luck ^^

    http://everythingseverythings.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumslam, InsyaAllah nanti ada kelapangan.
      Thank you, I've read your entry :)

      Delete
  6. Replies
    1. Anytime awak. Kalau malas waktu weekdays sebab penat kerja ke, buat la waktu weekend. Hehe

      Delete
  7. Terbaiklah... Islam ini memudahkan umatnya.. MasyaAllah.... Indah betul Islam ni.. Allah Maha Penyayang lgi Maha Mengasihani

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...