Tuesday, 28 August 2012

Itu bukan penamat segalanya

Assalamualaikum readers,

Ada yang beranggapan putus cinta adalah penamat segala. Ada yang kata putus cinta boleh bikin manusia gila. Ada yang bilang putus cinta adalah jalan menuju kesengsaraan.

Mungkin begitu mungkin juga tidak. Terpulang pada individu itu pendekatan manakah yang diambil untuk merawat luka hati. Aku pun pernah disitu, pernah rasa sakit itu pernah rasa luka itu pernah rasa perit itu. Perit ditinggalkan bila hati si dia tidak lagi pada aku, tapi pada orang baru. Ketika itu terfikir apa kurang aku apa lebih orang baru.

Tapi masih ada yang caring, aku punya teman sehati sejiwa, sentiasa meminjamkan bahu untuk aku menangis, sentiasa meminjamkan aku telinga untuk mendengar luahan rasa keperitan jiwa ini. Pernah aku bilang pada teman, mati aku tanpa si dia disisi aku tak akan bangun aku tak boleh aku sayang dia. Tapi look at me now, I'm still alive in fact I'm much better than I used to be.


Safe to say, putus cinta kadang-kadang adalah jalan terbaik. Pemangkin untuk kita menjadi lebih bagus, lebih berkualiti. Look at around you, berapa ramai antara kamu yang putus cinta, move on dan menjadi manusia berguna. Kenapa? Sebab akan ada satu tekad dalam hati, kita nak tunjuk pada dunia biarlah aku kalah dengan cinta tapi aku tak kalah dengan benda lain. Aku sering observe orang yang putus cinta akan lebih bersemangat seolah-olah just wake up from a long sleep. Itu satu petanda baik sebenarnya.

Aku cukup suka pada teman-teman perempuan yang tak mudah goyah pada perasaan. Prinsip tetap diutamakan, tidak menjadi orang baru semata-mata demi memuaskan hati si lelaki.  

Tidak. Aku tak kata bercinta benda yang tak elok. Cuma apa yang aku ingin sampaikan, putus cinta bermakna kita akan mulakan hidup baru keluar dari comfort zone kita, kita akan cuba benda baru dan adapt new environment sepantas mungkin. Tak ada yang akan biarkan hati nya terluka bertahun-tahun, hidup dalam kenangan seolah-olah ia sesuatu yang harus dibanggakan.

Alhamdulilah, aku sudah keluar dari comfort zone itu. Jiwa yang mati mampu membunuh kita lebih cepat dari kuman ( John Steinbeck)


31 comments:

  1. pernah rasa putus cinta .
    dan jadi better dari dulu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti jadi macam tu. Fie pun sama. Dari weak terus strong. Dari kosong terus penuh.

      Delete
  2. nana dulu pernah 2x putus dgn org yg sama. mula2 mmg la susah nak terima tapi +ve, muhasabah diri mesti ada hikmah. Tuhan nak bg pegganti yg lebih baik dr tu. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nana yang patut kita buat. Nak bunuh diri ? Bodoh la kan. Yang penting harus motivate diri sendiri.

      Delete
  3. Setiap perpisahan pasti ade ceritanya tersendiri.kadang2 cerita kite tak sama dgn cerita orang lain.tapi apa yang sama adelah cara bagaimana kita pulihkan diri kite dari menderita akibat putus cinta, iaitu move on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setiap cerita berbeza, tapi kita boleh buat kisah orang lain tu sebagai panduan.

      Delete
  4. setuju.putus cinta kadang2 membantu bila hubungan tu mmg da takda erti da...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada erti apa lagi kalau dalam sebulan 17kali bergaduh. Haha

      Delete
  5. fuh,putus cinta mmg skt sgt. because we care too much of that person. lagi sakit kalo org tu yg wat hal, mmg rasa nk btukau jd incredible hulk trus lah kan. tp adatlah tu, tak smua org lucky dlm bab bcnte ni. sometimes we need to give time for ourselves, pk blk apa yg da jd dlm relationship tu and move on :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Indah tak semua orang bertuah bila bercinta. Macam member fie dari form3 lagi couple sampai sekarang tak pernah bergaduh besar. Huiiii, nak sangat macam dia. heee.

      Delete
    2. huyooo. tak pernah gado besar? mmg hebat. tapi kan fie, gado2 ni asam garam dlm relationship jugak. pada indah, ok gak gado skali skala. kdg we tend to mcm lebey peka la lepas gado sbnye. hehe.

      Delete
  6. suka entry ni :)

    dear frens,
    putus cinta buat kita lebih dekatkan diri dengan Allah. saya akui yang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sephia. Kadang-kadang bila putus baru lah kita cari Allah, dekatkan diri dengan Allah kan. Supaya hati lebih tenang.

      Delete
  7. bagus penulisan demo nih!.

    keno hok emo sangat gak.
    boleh jadi gilo laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hok emo gak bunuh diri atas Kbmall lah. hahaha

      Delete
  8. alamak...sedihnya putus cinta..takpe..nurul byk kali putus cinta! jgn mengalah taw!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Fie pun dah banyak kali putus cinta harap-harap yang ini kekal selamanya. InsyaAllah.

      Delete
  9. hehehe mmg bgun dri long sleep. terasa spt diberi nafas baru. cewahhh :D

    ReplyDelete
  10. Putus cinta dapat mengajar kita untuk mnjadi lebih baik untuk cinta seterusnya :)
    Entry baru!Clikclik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mya. Because we learnt something from the previous relationship(s)

      Delete
  11. takut utk putus cinto..tskkk...xsey pun putuh cinto..nok kekal sapa nikosss..:(

    ReplyDelete
  12. sakitnya asew nak berguling2 je kat jalan tar...yg putus lepas bercintan bertahun2 tu lagi sian...tapi tu la kata org da xda jodoh kan..
    fifie...kiter da lama x blogging....sgt rindu entri kamoo..;)
    selamat hari raya dan salam merdeka tuk fifie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhia !!! I was waiting for your entry. Lama gila blog kosong. hehe.

      Salam merdeka dan happy lebaran dhia :)

      Delete
  13. aku masih tercari-cari lagi...

    ReplyDelete
  14. cinta lepas kawen.. sweet gitu.. be strong =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Kann. always strong. Thank you :)

      Delete
  15. Teruk juga dgrnya bila putus cinta ;O
    selalunya kalai kawan2 aku bila putus cinta xde lah down ke ap2 =.=" itulah lelaki kan? hak2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...