Sunday, 12 August 2012

Penganggur Part Time

Assalamualaikum readers,

Tengah belek-belek blog, bosan tak tahu nak luah dekat mana lagi rasa ini. Selalu si dia yang meneman tapi malam nie si dia tengah main futsal. Aku belek-belek All Post makkk aii banyak gilos entri yang belum dipublish dalam erti kata lain, entri draf. 

Bagi yang dah lama follow blog aku*ehem ada ke, diorang semua tahu yang aku baru je habis study, maksudnya aku nie fresh graduate yang tengah hunting for a job. Tak kisah la apa-apa kerja pun tapi harus lah ada kaitan dengan course field aku. Takkan amek banking nak jadi doctor. Kann. Sekarang kan Ramadhan, orang-orang yang bekerja yang balik lewat rumah yang stuck dalam traffic jem, yang memang susah gila nak masak pasti akan demand makanan-makanan yang sedap dan lazat lagi murah. Tetapi memang susah nak cari, itu aku tahu. Dekat bazar Ramadhan memang berlambak makanan, name it. Dari yang nama comel hingga lah nama tak berapa nak comel pun ada. Tapi rasa alahaii, indah khabar dari rupa.

Atas dasar ingin mencari sedikit duit poket untuk dibelanjakan di Kbmall lantas aku ambil keputusan nak berniaga makanan. Ehem. Trust me. Dengan semangat berkobar-kobar, di atas permintaan ramai dengan tempahan datang bertimpa-timpa sehingga terpaksa cancel separuh dari tempahan ekoran dari keletihan berpuasa dan ketidaksempatan masa yang selalu mencemburui aku dan dengan kolaborasi dengan ibu tersayang maka aku berjualan lah sempena bulan mulia ini.

Benda eh makanan pertama yang aku jual ialah chicken chop. Ahaks. Satu bekas plastik rm7 tidak termasuk ayam, tapi jangan bimbang bekas plastik itu besar bukan yang jenis kau letak seketul dada ayam kuah tu cukup-cukup je nak cover ayam tersebut. Sangat berbaloi. Makanan kedua ialah chicken with mango. Ahaks. Too request from customers tapi sayang aku memang tak punya banyak masa nak goreng ayam, buat kuah mango lagi parut pauh rikngan ( mangga) lagi. Banyak kerja. Jadi aku ambil order dalam 20 bekas sehari. Harga rm6 satu bekas plastik campur dengan ayam dan mangga yang dah diparut. Makanan terakhir ialah.... jeng jeng jeng kerabu kaki ayam. Bukan kaki ayam biasa-biasa nie, tapi yang telah diproses yang boleh didapati di pasar raya Tesco, Mydin atau Pantai Timur atau banyak lagi yang aku tak tahu dan malas nak taip. Yang nie memang sedikit rumit, bukan sedikit tapi amat rumit. Banyak step yang harus dibuat. Aku tak punya banyak masa, sebab tangan aku ligat bermain sms dengan wan rafiq lalu dimarahi umi. Rileks la. Malas nak explain further pasal step kerabu kaki ayam nie, cuma aku jual satu bekas rm5. Auuuu, murah dan sedap. Kalau tak sedap tak kan lah ada orang order tetiap hari tak gituu. Ahaks.

The ayam sebelum dilitutpi oleh salji magga parut

Chicken mango looks like setelah diitupi oleh mangga muda yang diparut

Ini kuah chicken chop, ayam nya malas nak amek gambar sebab musabab korang dah kenal rupa ayam tersebut

25 comments:

  1. Replies
    1. Kfie letak di sekolah umi kfie jah fifie. Hehe. tak jual di bazar gapo.

      Delete
  2. eh fie fresh graduate dr mane eh? same la kite ;p pergh sedap2. terliur lak tgk pagi2 ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh fie cool nye jual ciken cop. ohh ciken mango tu sgt2 terliur okay -____-''.terbayang ayam yang rangup2 + mangga rangup masam2 camtu. sedapp nyeeee. ckp kite kretip dia tuuu haaa lagi hebak masakkkk. jeles-jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak boleh belajar, nak jadi kreatif macam nana harus ada bakat. tapi fie tak ada sejak azali lagi. hahhaa.

      Delete
  4. adoii terliur la fie !! pndainya masak.. ni mesti hantaran nnti tinggi ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Banyak la tinggi Lisa ooii. Benda gini pandai la, kalau suruh buat gulai gulai memang fail.

      Delete
  5. nampak mcm sedap je..fie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee harap-harapnya sedap lah. Nanti kesian customers fie.

      Delete
  6. Replies
    1. Fie hantar dekat sekolah-sekolah je Lyaa. Buat pun sebab orang mintak. heee.

      Delete
  7. Replies
    1. Fya dah makan besar iftar tadi. Lagi sodappp.

      Delete
  8. Replies
    1. Nanti mari jejaln dekat kelantan tie deh. Aku buat. hehe.

      Delete
  9. Replies
    1. Delivery sampai raya ketujuh. Sanggup? Haha.

      Delete
  10. wahhh, nak juga rasa.. jauh la nk ke kelantan.. terliur ni.. tabik la kat sis sbb pndai buat chicken chop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je ena, fie google je semua resipi. Tapi seperti biasa, harus banyak trial and error. Hehe

      Delete
  11. ooo. ingat kat bazar fie
    baru nk p terjah
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah lyaa, tak sempat nak temapah tapak lagipun fie nie jenis mudah bosan. Heee.

      Delete
  12. aikkk amik banking ker

    minat tk keje temporary 3 bulan bhgian fixed asset

    kalo minat anta resume kat email ni

    norlelai@toyota.com.my

    kalo minat la

    p/s nm tonah

    die nye kemasukan lepas raya

    try r~ oh yeah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay2, nanti fie try hantar.

      Thank you awak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...