Friday, 10 August 2012

Persiapan Raya 2012

Sedar tak sedar kita dah masuk malam-malam terakhir Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu. Tipulah kalau kata tak excited nak sambut raya, dalam excited tu ada juga terselit perasaan sayu bila Ramadhan ingin berlalu. Cari lah bulan-bulan lain di mana masjid-masjid, surau-surau sentiasa diterangi lampu dan dipenuhi dengan umat untuk beribadah. Cari lah bulan-bulan lain di mana segala jenis makanan akan wujud yang pastinya ada yang aku tak pernah makan. Cari lah di bulan-bulan lain di mana anak-anak kecil keriangan bermain bunga api tak lupa juga orang dewasa yang ingin bereksprimentasi dengan segala jenis bom. Erk.

Persiapan raya tahun nie especially baju raya aku dah siap tempah since January lagi. Jangan gelak please. Aku cuma ambil langkah berjaga-jaga, tak mahu pisang berbuah dua kali. Bak kata orang puteh, prevention is better than cure. Tahun lepas aku tak ada baju baru, hari raya aku pakai baju lama-lama. Nie semua pasal tailor yang tak berapa betul, janji Melayu lah katakan. Kata akan disiapkan before Syawal tapi three days before Eid Fitr, dia text umi aku bilang yang dia tak boleh siapkan baju tu. Please lah, kalau cakap awal-awal tak mampu siapkan aku boleh hantar dekat tailor lain. Nie tak berjanji bukan main, tapi habuk pun tarak. And finally I got my first baju kurung on 7days of Eid Fitr baju kurung yang selebihnya dia hantar lewatttt gila. Aku buat baju raya korban kot. 

Jadi untuk mengelakkn berlaku nya kejadian yang mengerikan itu lagi, aku hantar awal-awal lagi baju aku dekat tailor lain. Bulan 1 hantar, bulan 5 siap. Bulan 3 hantar, last week ambil. The rest, umi jahit. >_< Bagi kuih-kuih semua like almond london, tart nenas, kuih-bentuk-lain-tapi-rasa-sama pun ada, ada lah umi beli last month. Malas nak bersesak kata nya lagipun kuih tu sedap waktu aku try dan murahhh compare dengan market price. Kira okay lah, terus beli.

Yang bahagian rumah, dah siap sikit-sikit. Langsir dah basuh dan tukar lain, sawang dah sapu, lantai dah mop cuma harus di mop lagi sebelum raya nie, halaman rumah dah bersih, garaj je lah yang belum. Tak larat lagi. Tunggu lah, tunggu aku tak puasa aku bersihkan lah. Hahaha. 

Oh ye baju wan rafiq belum beli lagi since aku tak ada masa nak teman dia pergi shopping. Haha. Alah, tunggu dekat raya kita pergi ye, boleh kita sama-sama menyumbang kepada peningkatan traffic di Kb.Ahaks.

Konklusinya, persiapan raya dah 90% tinggal lagi 10% bab yang kecil-kecil jelah. Juadah pagi raya belum decide, tapi aku macam mengidam lontong. Perghh, best kot.

20 comments:

  1. Lisa pon pernah kena taun lepas takde baju raya. Satu family tak siap baju raya. Sampaikan semua takde mood nak raya, tido kat rumah je. Hari raya ke -4 baru pakai baju. Tahun ni tu dah amek langkah berjage2, beli baju siap terus. hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baju raya tak siap memang putus angin lah. Mood terus tak ada, sebab kita expect nak pakai baju baru lain lah kalau kita dah expect tak akan ada baju baru kan. Hehe.

      Anyway selamat hari raya Lisa.

      Delete
  2. kite selalu jarang tempah baju raye ni. selesa baju ibu yang buat. tapi skrg takde mase dah nak buat sendiri. beli dah siap je senang. hehe. tapi baju dah siap ni mesti kena alter. -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie tahun lepas je try tempah dekat tailor, selalu umi buat. tapi alih-alih tak siap. Tu yang menangis tu. Hehe. Apsal kena alter ? Besar eh.

      Delete
  3. baju wan rafiq tu xde masalah nk cari..cuma takut fifie plak tetibe nk tershopping skali lg..mmg wan rafiq buat2 tercirit la nnt..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. No worries, shopping mood dah terbang ke London. haha.

      Delete
  4. hahah..tolo rafeq..btw, baju 1st raya aku slalu beli je. nasib baik tahun ni dpat cari baju yang tak senteng kat tangan. kalau tak, memang ak panggil lah tukang jahit sruh tambah kain kat tgn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sape suurh tinggi sangat ? Haha. Doh la tinggu kurus pulak tu mum nie ti.

      Delete
  5. mantap
    hantar awl awl tak rugi pn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nie orang panggil trauma-baju-raya-tak-siap. Tu yang hantar awal-awal lagi.

      Delete
  6. pergh..mmg dr aritu lg rsnya fie cite anta bj kt tailor awl2. haha. tapi okey la, thn ni berbaju baru lah nampaknya fie. mmg best la dpt tlg wat kemas umah pe smua, indah ni sabtu depan baru blk rumah. ahadnya da raya T.T nnt kalo indah blk kampung, nk p braya umah fie lah? hehe. tp tu lah, kne rojer2 lah nnt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Indah. datang la nanti fie kasi nombor fon dekat email. Alah kesiannya, sabtu baru balik rumah. Persiapan dah ke semua ?

      Delete
  7. fuuhh gilos dari January dah ada . kahkah . balik ni nak beli lagi hoyeah hoyeah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang dipanggil gila gila hari raya. hahaha.Beli jangan tak beli asal jangan pakai duit kita sudehhh. :D

      Delete
  8. mak aih sy pown tk saba nak raya

    yeyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie sakan nak raya nie, puasa cukup ke tak 30hari ? hikhik

      Delete
  9. wahhh kemain awal tau dia tempah baju raya.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. malu lah pulak tercerita disini. Haha. Sebab trauma sangat.

      Delete
  10. feel like fed up when hearing about an unproffesional tailor. hmm nasib badan...
    sukanya bila tiba hari raya! semua orang bergembira. hiks hiks hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe Farra. Sebab diorang kan dah boleh expect berapa helai baju yang diorang mampu siapkan. Tapi alih-alih tak sempat pulak. Aduii.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...