Tuesday, 14 August 2012

Diet semasa lebaran

Assalamualaikum readers,

Tak sampai seminggu semua umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pastinya semua pun gembira, excited amat. Setelah sebulan berpuasa*tidak bagi kaum Hawa, menahan lapar dan dahaga memang aku tahu semua dari kita pun akan pulun cukup-cukup segala jenis makanan. Yang sebelum nie sebelah mata pun  tak pandang, tetiba je terasa enak bila tiba lebaran. Normal. Bila orang yang dah capai tahap kebuluran akan rasa semacam itu.

Tapi bagi orang yang jenis macam aku, yang kisah pasal jarum penimbang berat mula bergerak ke kanan, yang baju raya pun dah agak-agak nak show off lemak sekeliling. Ohoiiii. Itu amat menakutkan. Mengikut Kosmo 2012 berdasarkan tinjauan rawak di kalangan 181 orang dewasa seramai 54.0 peratus telah menunjukkan peningkatan berat badan setelah 15hari menyambut perayaan itu (hari raya cina), peningkatan itu berkadar purata 0.7 pada setiap responden. Itu hari raya cina, kalau hari raya  aidilfitri aku rasa 7.0kg setiap responden tidak mustahil. Hakhak.

Langkah pertama yang harus diambil ketika bertandang ke rumah sedara-mara, jiran-jiran mahupun rumah sendiri adalah pastikan kamu ambil jumlah makanan dalam kadar yang sedikit. Maksudnya kalau ada 3 bekas besar sate, ambil lah dalam 5cucuk sate sahaja berserta sedikit nasi himpit dan sedikit kuah kacang sekadar cukup-cukup. Kedua adalah penting untuk memilih makanan yang mempunya kalori lebih sedikit seperti bilamana kamu keliru sama ada mahu pilih ketupat nasi atau ketupat puluh jadi nya harus kamu pilih keputat nasi. Disamping menghidangkan makanan terbaik untuk tetamu aku pasti yang tuan rumah akan hidangkan minuman yang tidak kalah hebatnya. Pastinya air manis, kalau jenis yang macam aku, aku tuang je air coke atau pepsi atau mirinda. Sonang kojo eden. Tapi tapi bagi yang nak kawal diet, harus lah minum air putih. Kalau malu nak mintak terang-terangan dengan tuan rumah, kau cakap la kau ada kencing manis. Nak air kosong je ye makcik comel. Hikhik.




Bila pilihan makan banyak kegilaan dihidangkan di meja, pastinya kamu pusing ingin memilih yang ini atau yang itu. Sebaiknya had kan lah pengambilan makanan yang bersantan dan bergoreng. Kalau antara mee kari dengan mee sup atau mee soto(sodapppnya) pilih la mee sup atau mee soto yang pastinya tidak diperbuat dari santan. Lepas dah makan makanan berat atau ruji, pasti hati kamu tertawan dengan segala jenis kuih muih yang comel lagi warna warni. Kuih muih sekarang pun dah color block you know. Hakhak. Apa yang lebih baik adalah pilihlah buah-buahan yang segar berbanding kuih-muih yang manis seperti almond london dengan tart nenas kesuakaan aku.

Aku nie memang jenis yang macam nie, yang nasihat orang nombor satu yang diri sendiri pun tak betul. Hakhak. Tapi sekarang mungkin aku kesah pasal diet aku. Takut jugak lah diserang diabetes dikala diri masih muda remaja. Ahaks.


20 comments:

  1. nana bedal jek makan ape pun time raye ke tak raye ke. badan keremping je cmni tak pernah naik2 berat. -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung sangat-sangat jadi nana. nana nie gologan petite. Jelly betul dengan awak. heee.

      Delete
  2. mula2 macam boleh akhirnya habis semua di sental!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann. Mula-mula kalau tak tengok lagi makanan serve kononnya bajet boleh la. Tapi last-last kecundang.

      Delete
  3. kalau air, memang lagi suka minta air masak. sebab kadang2 ada yang suka buat air terlalu manis. tak boleh nak go gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dani, lebih-lebih orang Kelantan. Air memang manis gilos.

      Delete
  4. ptt la fifie slim molep...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selim lah sangattt, anis tu kecik molek. jelly lagi.

      Delete
  5. mengharapkan berat turun sampai ke 43 kg , tapi akhirnya hanya mampu 45 kg :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikbunga untung lah 45kg fie nie 53kg okayyyy. *sigh

      Delete
  6. HAHAHA.
    kite skrg ni mkn dlu
    lps raya diet blk lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyaa petite jugak, tak perlu diet. Saiz badan memang takkan berubah punya. hehe.

      Delete
  7. raya ni takda diet dah. terjah je. balas dendam kononnya. lepas tu baru meroyan nak diet balik. kihkihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, nafsu makan sukar dikawal lebih-lebih lagi tengok fevret foods terhidang. Aisyyy tergoda. Haha.

      Delete
  8. Kalo makanan sodap, makan jee..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tie, sebab susah dah nak jumpa rendang ketupat lemang semua dibulan-bulan lain. Heee

      Delete
  9. ena kalau pergi rumah org, minum air dan cari kerepek je, kalau ade mknan berat je layan..hahahah.. tp kat rumah sendiri pulun habis2.. takut diabetes yg naik, bukan lemak yg naik.. huaaaaaaaaaa... xpew exercise nanti, tlg mak basuh pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama sama. Fie pun macam tu, sebab tak nak full sangatkan. Hehe. Kalau dekat rumah makan la berapa kali nak makan. Blurrppp*sendawa. Haha.

      Delete
  10. xde maknanya nk mkn sikit2 ms raya..


    kene mkn sakan2 mknn yg jrg jumpa..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. yang tu special case untuk makanan susah didapati. Yang senang-senang dapat tu toksah la. Tolak tepi je. haha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...