Saturday, 9 February 2013

Kenangan kuih bulan

Pic source Google

Gambar diatas bernama kuih bulan, bukan bintang mahupun matahari.Kuih bulan adalah makanan tradisi kaum Cina sempena perayaan mereka yang aku pasti ada sejarah disebalik terciptanya kuih bulan nie.

Kalau tiba je musim nie haiii memang lah tahap mengidam aku pada kuih bulan mengunung. Tapi kalau beli yang di shopping complex rasanya tak sesedap yang dibuat orang. Dulu waktu arwah atok dan nenek aku masih ada sebab atok dan nenek ada kedai makan dan kawasan kejiranan ramai orang Cina, banyak gila lah diorang bagi kuih bulan nie. Sampai tak termakan kami anak beranak.

Semalam tengok Majalah 3 pasal pembuatan kuih bulan di Kelantan, haaa memang agak beza lah dengan yang sebelah luar. Kalau masyarakat Cina kelantan diorang buat kuih bulan nie dari apa entah lepas tu balut dengan daun pisang aku rasa. Ke tak. Hahaha. Tak sure lah wey pasal aku tahu makan je.

 Atok aku modified sikit cara makan kuih bulan nie, orang Melayu tak boleh lari dari goreng menggoreng. Atok aku ambil kuih bulan tadi potong kecil kecil, nak potong sama simetri memang tak dapat ah pasal dia jenis melekit gitu. Lepas potong celup telur then goreng. Waktu goreng tu kemain lagi minyak dia. Pop pop pop habis kena tangan. Sobs. Tapi bila makan sedappp wey. Cepat je licin. Kenangan tu. Sekarang sejak atok dan nenek dah tak ada, orang pun dah tak bagi dekat kami anak beranak. Kawasan kami dah makin kurang kaum Cina.

Share lah kenangan kuih bulan korang. Omnomnom

48 comments:

  1. pernah mkn kuih ni dlu2...org melayu yg buat..sedap..heheeh..tp skrg tukang buat tu dak xda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lyeen sama lah dengan fie, itu yang dulu dulu lah. Kat kelantan ornag cina buat tapi halal lah pasal cina kelantan sama je dengan kita orang Melayu

      Delete
  2. eh tu kuih bulan ye yg kat mjlh tiga tu?? bukan kek bakul???? ehh tak tahu la hehehe, jnji ena tak pernah makan kuih bulan ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah ena sayang, kuih bulan dengan kuih bakul. Di kelantan orang panggil kuih bakul.

      Delete
  3. sedap ke?nak makan tapi takot tak sedap.

    ReplyDelete
  4. biler bacer entry ni, terasa sedapnyer kuih bulan itu.. teringin plak nk makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa boleh cari di shopping complex fiq, tapi hati hati takut tak halal.

      Delete
  5. Nana tak pernah makan lagi kuih bulan tapi ibu cakap kuih bulan ala-ala macam dodol tapi kuih bulan ni dikukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tadi komen, gambar atas tu tak keluar lagi. hihi. eh tapi gambar atas ni kuih bulan kan?yg kat mjlh 3 semalam kuih bakul yang ada daun pisang tu. kuih bulan dgn kuih bakul tu lain kan?hahaha kompius dah tetiba ni.maksud nana yg mcm dodol tu kuih bakul.ha mana 1 ni fie?

      Delete
    2. Sebenarnya sama je nana( kalau yang fie tahu lah), cuma orang kelantan panggil kuih bulan tu kuih bakul. Kuih bakul tu kuih bulan kelantan. hehe

      Delete
  6. kat majalah 3 tu bukan kuih bakul ke sis???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je sayang. Kalau orang kelantan dia panggil kuih bakul. Tapi actually sama je rasanya.

      Delete
  7. wah sedap nian tuh sptny Fie..boleh aku ikut cicipi nggak hehehe

    ReplyDelete
  8. saya dpt kat office haritu kuih bulan flavor red bean. sedap giler ya allah teringt smpi sekarang. pastu try beli kat jj rase dia x sama sgt.. sbb yg kt opis client bg dr hotel haha.. tpi sedap sgt.. erm pastu nak try jugak resipi atok fifie.. mcm menarik je ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kuih bulan kelantan tak ada perisa apa apa moss. Huhu. Fie tak pernah kuih bulan yang kat pasaraya tu. Hehe

      Delete
  9. anis tak berapa gemar kuih bulan.. xtau knape.. hewhew.. btw, anis tag fifie dalm entry segmen ni : http://www.anisempoi.com/2013/02/segmen-saya-blogger-peramah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait anis, insyaAllah nanti fie tengok deh

      Delete
  10. erkk..aku xde kenangan kuih bulan fie..hehehe

    yg aku tau, aku keberatan nk makan kuih bulan ni..bos aku biasa beli, pastu bagi kat aku..tapi bila dia xnmpk, aku buang jer..sebab aku xjumpa logo halal..plus aku xtau apa bahan2 yg digunakan utk buat kuih bulan tu..so aku xpasti benda tu boleh makan ke tidak..:p

    tapi kalau dah kuar kat tv, means kuih bulan tu halal la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ramai orang takut pasal takde tanda halal kan. Aku tak sure lah H tapi yang aku makan tu memang halal lah. pasal orang cina kelantan nie dia jenis sama je dengan kita orang Melayu

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Haha tak pergi mana mana. Tidur je. Haha

      Delete
  13. amboii kuih bulan pun ada kenangan yee Fie..
    Na pulak mmg anty Na cina islam...
    so even x raya cina pun 24jam kuih ni ad kat rumah dye (kami berjiran ye)
    Na cuba mkn kuih ni..tp tekak Na tak lalu hiihi

    tp TIPS mengoreng yg fie bgtw tu mcm menarik sikit..so kna try!
    AHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha best menggoreng, lain je rasa dia. Hehe

      Delete
  14. sempoi je bab menggoreng tu fie. xpna lak try yg digoreng pnye. sambutan kt kuching meriah gak, penang cm xde pe sgt lak..huhu. rindu lak g braya umah mmbr2 last year :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan penang tu ramai ke chinese? Kenapa boleh jadi tak meriah eh.

      Delete
  15. aku pun tebgok majalah 3...
    dan aku teringin nak makan kuih bulan juga.
    tapi aku tak pasti mana yg halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang susah lah nak cari yang halal harus beware jugak.

      Delete
  16. Xpernah rs fie.ssh nk cr yg halal..huhu..tp cm sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nia, kat kelantan sebab yang buat dia orang sini jugak. Itu yang fie yakin status halal dia tu

      Delete
  17. dulu2 ayah selalu beli .. beli kat siam
    sekrang xdah , sedihnyaa , hee

    jom baca bbeauty review nak x ?
    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2013/02/review-hydro-soothing-cucumber-pads.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah anys dulu senang je nak cari sekarang memang susah kan. InsyaAllah nanti fie jenguk :)

      Delete
  18. kite pernah makan kuih bulan ni, tapi kan tak ingat dah rasanya. itupon sebab kawan ada bagi. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena makan balik lah awak baru dapat ingat balik macam mana rasanya. Hehehe

      Delete
  19. tp kan u hati2 tau, ade yg x halal kek ni. hee apapun yakin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kat sini InsyaAllah halal syah pasal orang cina kelantan makan macam kita je.

      Delete
  20. tak pernah makan kuih bulan ni. takut nak try. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk chic Na bukan orang Kelantan ke? Hehe. Kat sini kan banyak kuih bulan

      Delete
  21. So far saya makan jer semua kueh bulan bintang, nak kata kenangan terindah tu belum ada la ngan kueh ni. Memang sedap kan, lemak lemak gitu, versi goreng tak pernah try pulak.

    ReplyDelete
  22. Dulu masa kecik2, jiran slalu bagi bila CNY.. skrang dah takde..huhu

    ReplyDelete
  23. tak pernah makan kuih bulann . dan takde org cina yg nak bagi kite sekotak dua . hahahahaha

    ReplyDelete
  24. ada yang bg baru ni x makan lagi ahahaha

    ReplyDelete
  25. eh sedap ke kuih bulan? FD tak pernah cuba sekali pun

    ReplyDelete
  26. Err tak pernah makan kueh bulan. Mmg biasa nampak especially tyme CNY. Sepah2 kat shopping complex jual kueh bulan ni. Sedap ke? Camne rasanya? Sbb salu chinese yg jual, mmg tak pernah terasa nak rasa. Err. Tak pernah pulak org nak kasi free :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...