Friday, 1 February 2013

Sahara dah tamat atau ditamatkan?

Ya Allah sekarang nak online kemain susah, baik streamyx mahupun celcom dua dua lembap. Mungkin server maintenance ke apa tak tahu lah selalunya tak macam nie, once in a while benda ciptaan manusia pasti ada break down. Terima jelah. Ye dop.

Oh maaf lupa nak ucap banyak banyak terima kasih buat blogger nick nashram yang baik hati belanja top up untuk aku. Awwww. Thanks sangat ibarat dah tahu lah si Fifie nak dah sebulan lebih tak top up kredit, huahua. Nanti kewangan mantap sikit aku pun ingat nak buat giveaway yang simple nak appreciate readers, followers dan juga supporters aku selama nie. Nanti ye doakan Fifie dapat duit berkepuk kepuk. InsyaAllah.

Eh eh dalam dua tiga hari lepas heboh jugak di blog blog dan facebook tentang drama Sahara yang dikatakan membelakangi ajaran Islam. Aku pernah jugak tonton drama tu waktu takde benda lain dah aku nak tonton pada pandangan aku agak menarik lah, dakwah komedi, paling lucu dengan Mubarak tu lah. Baru hafal satu dua ayat Al-Quran dah isytihar diri sebagai ustaz yang bertauliah. Mubarak oh Mubarak. Ini disebabkan oleh watak lakonan Sahara yang menggambarkan seorang yang punya ilmu agama yang tinggi memakai jubah dan bertudung labuh siap berniqab tapi berpegang tangan dengan lelaki bukan muhrim dan bercinta. Apakah?

Aku jenis tipikal sedikit, memang aku tak berapa suka tonton cerita cerita begini. Sejenis cerita yang menyandarkan pada dakwah, pada agama tapi hakikatnya terpesong. Seperti nur kasih, karipap karipap cinta, ombak rindu dan banyak lagi drama dakwah sebegini ( aku tak pasti tajuk tapi ada beberapa drama yang aku pernah kutuk ) yang tak menonjolkan ajaran Islam sebenar. Aku pun bukan lah yang pakar dalam bidang nie, tapi dengan ilmu secuit nie aku nak tanya wajar ke seorang yang bergelar ustazah yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam memakai selendang yang menampakkan jambul di depan dan lehernya serta memakai pakaian yang membaluti aurat. Come on. Please lah. Aku rasa budak budak darjah 6 boleh bagitahu jawapan yang betul. 

Hari nie lepas layan drama Debunga Lalang yang meruntun jiwa sobs sobs aku tengok Sahara, eh eh dah episod akhir lah hari nie. Mungkin pihak astro ambil keputusan nak tamatkan drama tersebut  akibat dari kritikan oleh orang ramai atau mungkin drama itu memang dah setakat tu je. Aku pun tak tahu. Aku akan layan cerita sebegini kalau cerita itu sendiri menojolkan dan menekankan nilai nilai yang sepatutnya ada dalam drama dakwah, yang sejajar dengan ajaran Islam.

55 comments:

  1. dah banyak cerita Islamik tapi tak Islamik. seeloknya buat macam tv al hijrah. bertudung walaupun scene dalam rumah, tak bersentuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dani,macam cerita yang disiarkan dari astro aosis pun bagus. Semua menutup aurat.

      Delete
  2. itu ada yang kata, lebih baik tengok cerita kung fu panda, even bukan islam tetapi ada input Islam di dalamnya dari tengok ceri ombak rindu.. sebab tu ena tak berapa gemar tengok cerita Melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha fie nie kalau sekadar tengok boleh lah, nak follow nak gila tu memang tak lah. Baik tengok movie filipina.

      Delete
  3. lama tak singgah sini sebab busy.
    hehehe.

    amboi fie.
    boleh tahan follow drama melayu.

    tulaaa..ramai yang dok kata pasal drama sahara tu.
    Wan tengok dalam youtube..pakai purdah, tapi tak jaga pergaulan.

    tu salah satu sebab wan tak suka drama melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak dengar khabar wan. Huhu. Fie tengah bosan wan dok saja rumah, fie layan E! malam malam baru best. heeee.

      Setuju sangat wan, ada banyak benda tak betul

      Delete
  4. Replies
    1. Hidup Fifie yeay yeay!!! Terima kasih YB NIZAM. Haha

      Delete
  5. tak tengok laaa citer sahara tu. cm ner citer dia?? huhuhu mula laaa menyibuk nak tahu tuh. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie pun tak tengok sangat sue, fie tengok sekali dua je. Nak bagitahu sinopsis pun tak sure sangat nie. hehe

      Delete
  6. Dah tamat dah cerita tu? Baru nak start tengok.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah anis fie pun terkejut pasal cepat sangat habis. Huhu

      Delete
  7. memang kecoh drama ni fie.. tp x pernah tgk.. tgk org post gambar je.. teruk akidah yg drama ni tunjuk.. huhu saya ni pun x perfect, takut nak cakap lebih2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal dalam blog blog banyak yang tulis pasal drama nie. Semua orang tak perfect moss. Hehe

      Delete
  8. Ehh..Ye ke fie..xperasan lak nia..ingtkn da hbs..nnti bg hadiah peplum 1sorg..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa boleh boleh doa doakan fie tau. hehehe

      Delete
  9. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
    Saya Arief Farhan salah seorang pelakon drama 'Sahara' yang berlakon sebagai Mubarak.
    Segala komen saya ucapkan terima kasih tak lupa kepada pemilik blog ini yang komen tentang watak Mubarak.. thanx..
    Sebelum fitnah tersebar dengan lebih luas, harus difahamkan situasi gambar yang ditayangkan, yang sebenarnya ketika itu wanita berpurdah itu terjatuh lalu diselamatkan lelaki yang dalam gambar yang digembar gemburkan tu. Banyak yang komen x menonton tetapi terus menghukum. situasi ni same jugak mcm watak maya karin dalam filem ombak rindu, pakai tudung tapi akhirnya... hurm.. tapi memandangkan ramai menonton filem tersebut, maka diorg faham dan x pula digesa tarik balik tayangan filem tu dari panggung.
    Harap komen dan kritikan tu berlaku secara adil yer... apa apa pun saya tetap menyokong dengan 'matlamat tidak menghalalkan cara'.
    Semoga kisah drama ini dijadikan tauladan.Dan saya dengan rendah dirinya memohon kemaafan kepada yang tersinggung. :)
    p/s : memang tayangan ditamatkan..kalau ikutkan sebenarnya 20 episod.. tp alhamdulillahastro mendengar pendapat org ramai dan ditamatkan lebih awal.. :)
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Terima kasih atas pencerahan, mungkin ada teknik teknik filem yang menampakkan seakan wanita berpurdah berpegang tangan dengan lelaki tersebut. Tapi kami yang bukan orang filem tidak tahu.

      Alhamdulilah terima kasih tentang komen ini, hanya awak yang nampak ikhlas datang untuk menjelaskan isu ini.

      Delete
  10. kan kan... dh byk tgok citer yg nk tonjolkan islam tp lari dr ape yg islam tekankan... silap2 bg cth yg salah... klu nk buat dorng kene la peka scare myeluruh... hee ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali mungkin perlukan seseorang yang dapat bagi tunjuk ajar tentang cara nak terbitkan drama dakwah. Hehe

      Delete
  11. xprasan td ade pelakon komen kt sini... untunglaa ade retis komen... hehee =p

    ReplyDelete
  12. kenapa ada cerita macam ni? sebab ada yang nak menontonnya.
    cerita murahan yang membongsai fikrah melayu. tak salah nak berdakwah melalui filem, tak tapi jangan sampai menimbulkan fitnah pada islam. cerita cerita macam ni tak ubah macam filem innocent of islam. yang beza ini made by malay moslem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masalah sebenarnya, bagi saya sepatutnya bila ada sebuah filem yang berkisar tentang dakwah yang hendak diterbitkan harus lah ada seorang yang pakar dalam bidang agama untuk beri tunjuk ajar. Sama seperti kita hasil kan filem sejarah, bukan ke kita ikut segenap segi sama tentang sejarah yang kita baca

      Delete
  13. eh dah nak abes eh citer sahara tuh? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dah nak habis sayang tapi dah habis pun. Huhu

      Delete
  14. Replies
    1. Yang tu fie tak tahu lah mee, di luar kuasa ioll. Huahua

      Delete
  15. wuw fie, si alif farhan pelakon sahara komen blog kau.


    mana gambar kau yang kat tepi tu? gambar kau dengan camera atas meja tu? tempek balik gambar tu kat tepi blog k?? aku suka gambar tu. comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tak impian aku untuk jadi blogger retis dah sipi sipi tercapai? Hahaha.

      Arghh malu ah gambar tu. haha. macam budak budak

      Delete
    2. HAHAHAHHAHA! lepas ni famous la kau :P

      Comel la gambar tu nampak macam muka budak baik-baik suci murni je :) tempek balik SEKARANG!!

      Delete
  16. sahara ?? cerita ape tu ??tak pernah dengar pon..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha amboiiiii Sahara tu drama di astro 105, fie pun sempat tengok 3,4 kali je.

      Delete
  17. fie, mubarak komen. hehe. nana tak tgk cite sahara ni tahu2 heboh kat fb pasal isu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa hebat tak fie? Dah la blog nie rasanya tak ada carta dalam SEO google tu. hahaha

      Delete
  18. citer ni yg heboh tak ikut spesifikasi Islam yg sebenar kn...
    sbnrnya nk wat citer Islamik macam ni, perlu ada ilmu atau pun rujuk dengan yang pakar... kan fie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fiq, seperti buat filem sejarah kita pun ikut panduan buku sejarah kan?

      Delete
  19. Insya Allah kami pelakon Sahara akan buat sidang media hari selasa nanti kalau x de aral melintang bagi memohon maaf secara terbuka.
    Thanx pada semua yang komen. Maklumat lanjut boleh terus ke fb saya www.facebook.com/arieffarhan.real
    thanx kepada semua yg bagi feedback. :)

    ReplyDelete
  20. dtg dari blog abang Nik Nashram. Nurul tak pernah tgok pulak drama sahara nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nurul, fie pernah tengok 3,4 kali kiranya tahu jugak sikit sikit. hehe

      Delete
  21. wah, memang pelakon dia sendiri yang komen.ingatkan ada orang menyamar tadi. har har har :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha hebat tak? Tapi baguslah sekurang-kurangnya dia ada rasa tanggunjawan nak explain tentang isu nie.

      Delete
    2. mestila hebat. :D

      pencerahan dari arif farhan nampak jujur. tapi yang lebih patut bagi penjelasan adalah pengarah dan skrip writter drama kan. pelakon just ikut skrip dan arahan

      Delete
  22. a'ah fie, banyak cerita yg kononnya bertemakan islam tapi isinya kurang..sarah xpernah tengok drama sahara nie, tapi yg karipap2 cinta tu pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karipa karipap cinta fie tengok sekerat je, boringggg.

      Delete
  23. drama sahara mek cah xtgk. xdop astro dumoh. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah sewa kea, tak kea ada astro. hehehe.

      Delete
  24. Sad to say, performing various cellulite exercise routines may possibly even
    now not be enough to remedy a person's hormonal imbalance.
    Feel free to surf my blog ; http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/bowflex-selecttech-dumbbells-ultimate-home-exercising/

    ReplyDelete
  25. aritu ada tengok iklan dia...mmg macam pelik benar..nak buat cerita arah dakwah..tapi lain macam plak..huk3~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu itu lah awak, pelik pun ada. Next time bagi fie nak buat cerita nie harus ada seorang pakar utk bagi guide.

      Delete
  26. Fieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
    maaf fie lama xdtg blog fie..
    Na bz ,lurang sihat,kucing mati,bf lari (travel) hahaha
    so smua tu buat Na out of mood!!
    hiihihi

    pasal crita pasal bertudung berpengang tgn tu..Na pun ade dgr gak..tp belum tgk pun..
    tp na nk bgtw taw..na layan crita setia hujung nyawa sbb fie and ayuz pernah buat entry kata cita tu beshhht hahaha

    *terpengaruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya naaaaaa, lamanya tak dengar berita na. Haiiii pakwe lari tu jangan cakap lah, karang masin mulut. Hahaha.

      Haha, cerita setia hujung nyawa tu exceptional okay. Best yang tu, sweet giteww.Haha

      Delete
  27. debunga lalang best... dan setia hujung nyawa pon..... ummmmm.. suweet. =P

    ReplyDelete
  28. kita ni selalunya bercerita sbb kita dgr dr org lain... tu masalahnya... makna kata... kita hukum tapi kita tak tgk pun... cerita sahara tu ada banyak juga unsur positif dalam drama tu... elemen2 mendidik tu mmg ada... tapi disebabkan satu part yang sangat kecil kita hukum the whole story itself... (mmg la tak elok dr segi islamnya... dan bukan la maksud menghalalkan cara...) tapi bagi org yg berfikir... sure dia akan grab all the positive parts dalam drama tu dan tinggalkan satu scene yg "tersilap" tu...

    ReplyDelete
  29. FD tak pernah tengok drama SAHARA pun. tp memang habis kecoh kat fb and blog

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...