Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday 8


Menara Bumiputera Commerce 5.12.2012. In shaa Allah one day this foot  will step here, with Allah willing. Pray for me, ease my situation, ease my feelings, let my dupdapdup feelings stay away from me or the best runaway . Please.

Tuesday, 27 November 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan

Ehemmm sambil melepaskan batuk di tangga, hari nie aku rasa nak join satu giveaway yang dianjurkan oleh nadnod sebab musabab utama aku tak nak biarkan belog aku sepi tanpa penghuni dan tidak mendapat kasih sayang dari tuan nya iaitu aku. Maklum lah hari nie idea aku kering wey setelah hampir dua minggu aku berhempas pulas membeli idea di mudah.my.



Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada rezeki aku merasalah pakai peplum free huahua, tak ada rezeki terpaksa lah korban duit 50myr tambah postage 5myr untuk beli sehelai peplum ( peplum adalah baju atau tops bukan buah plum). Korang yang nak join boleh la tekan banner diatas dan ikut step by step seperti mana yang telah ciknadnod tulis, penyertaan mestilah dibuat sebelum 29/11/2012 bersamaan dengan Khamis ini. Ingat sila patuhi arahan beliau.



p/s : peplum by House Of Allure bersaiz S fit to M

Till then, bai and take care loves :)

Monday, 26 November 2012

Wanita Hari Ini

Disaat ekonomi negara kian pesat membangun ditambah dengan pelbagai jenis teknologi yang memenuhi pasaran dunia, aku semakin faham semakin sedar bahawasanya amat susah untuk berjumpa dengan perempuan yang multifunction. Instead of their high level of education they can also do many things like sewing, designing, DIY, cooking, baking and the list goes on and on and on. Okay stop. Jaki sungguh sebenarnya tengok sepupu sepupu perempuan dan para wanita yang bukan sahaja berjaya jika diukur dari tahap pengajian malah mereka jugak punya bakat tersendiri. Ehem bak kata umi, bakat ini harus diasah harus dicungkil. Tak ada nya goyang kaki, pop bakat kau keluar.

Jadi setelah berfikir kemain lama, sejak dari diploma hingga lah dah habis degree nie tiap tiap kali tiba musim cuti semester mesti aku akan tanam impian nak belajar menjahit. Tapi impian hanya tinggal impian tak pernah nya boleh aku tuai impian tu, bila mata enak diulit mimpi badan enak berehat rehat tanpa melakukan apa apa, aku jadi malas nak buat impian menjadi kenyataan. Hukhuk. Tapi lepas dua tiga hari nie, sejak umi asyik membebel di telinga aku, aku tahu kali nie aku harus make the dream comes true. By hook or by crook. Umi membebel bukan apa, korang bayang lah nak jahit butang baju pun terkial kial 5 butang baju sejam baru siap. Haha. Biasalah budak baru belajar.  Takpe takpe, besok lepas settle problem gaji aku yang tak masuk masuk sebab akaun bank aku tak wujud aku nak pergi daftarkan diri di kelas menjahit dengan harga yuran 250myr siap pakej dapat 5pasang baju kurung. Murah gilosss. Harap harap cepat lah pandai aku ye, tak sabar nak design baju sendiri.

Peplums for my big day :) Both are custom made by umi, I love you umi 


Aku bukan apa sebenarnya teringin nak pandai jahit baju sendiri bila tengok upah sepasang baju kurung kadang kadang memang tak masuk akal. Kalau di kampung kampung boleh lah dapat dengan harga 20myr paling busuk tapi kalau dibandar boleh cecah seratus wey, tu belum masuk jahit manik lah, lace lah, kerawang lah, pipping lah. Yang tu harga lain pulak. Mahu tak nya sehelai baju kurung jadi 150myr belum masuk harga material. Cuba lah congak sendiri, kalau malas congak tekan calculator dekat handphone.

Dok terfikir fikir, kalau pandai jahit baju kurung sendiri pun dah kira okay sangat dah aku nie. Besar nanti
( bajet kecik lagi sebab belom kahwin) bila dah berumahtangga dah ada anak takkan lah bila anak aku bagitahu mummy nie tolong jahitkan name tag dekat baju sekolah saya, aku nak jawab maaf lah anak wey mummy kau nie reti upah dekat kedai je satu haram pun mummy tak tahu nak masukkan benang ke dalam jarum pun mummy fail. Malu wey malu. Jadi berkat kesungguhan dan keazaman yang jitu besok aku nak start belajar menjahit lah. Bukan umi tak boleh ajar tapi aku malas belajar dengan umi, dia garang. Karang dia marah marah aku, aku merajuk. Baju kemana, rajuk ke mana.

Sunday, 25 November 2012

Apa ada pada contest, segment dan reviews ?

Bulan nie bulan contest dan segment dan review blog barangkali. Bertong tong contest, segment dan segala mak nenek yang melimpah ruah dekat bloglist aku ni. Tapi aku macam tak ada mood je lagi nak join eventhough dah ditag. Maaf lah, bukan sombong cuma entah lah kalau aku join segment follower datang bertimbun timbun tiba tiba orang je yang ramai follow aku dan aku tak follow back dia, tiba tiba aku rasa bersalah dengan dia. Maklum lah gua hati tisu uolls.


Tadi baca komen previous entry aku dan dapat komen dari Anon. Ini dah tiga kali kot dapat komen dari anon maklum lah blog picisan. Huahua. Aku dapat satu komen dari anon yang berbunyik begini ( sila lihat gambar dibawah).




Komen nie terjadi berkadar langsung dengan contest yang dianjurkan oleh encik Buasri Otak. Betul kata si anon nie, apalah sangat kalau setakat pendrive 8gb memang berlambak di pasaran sekarang dan aku percaya memang mampu milik lah harganya. Bloggers yang aku kenal pun bukan sengkek sangat ramai kat sini yang dah punya kerjaya dengan gaji standard mahasiswa lepasan universiti takpun lebih lagi, memandangkan ada antara diorang yang dah punya pengalaman bertahun dan ada yang buat bisnes sendiri.

Pada hemat aku, kami para bloggers nie join segment lah contest lah bukan gila kan hadiah semata. Hadiah memang tolak tepi, tapi kami mencuba nasib dan juga menyokong blogger yang menganjurkan contest atau segment tersebut. Kalau bukan kami yang menyokong siapa lagi. Kau ingat para facebookers mahupun tweeters nak join benda alah nie. Diorang takkan join sebab musabab diorang tak punya laman belog nie.

Lagi pulak kalau tak ada sesi kau review aku, aku review kau atau contest itu ini takpun segment followers datang berlari lari ke, kau ingat meriah ke alam belog nie. Mampus tak meriah. Hari hari bukak bloglist baca hanyalah nukilan para bloggers yang kalau jenis macam aku menaip sampai tak ingat dunia. Kalau ada benda benda macam nie, fun lah sikit. Nampak liplap dengan banners yang bermacam rupa, syarat yang bermacam gaya. Haaa faham lah ye para anons.

Sekarang aku ada masalah nak buat penutup untuk karangan nie, mohon tunjuk ajar ku siput sedut. Huahua. Eh eh pada sesiapa yang tahu tolong bagitahu kenapa aku buat  html baru untuk top commentators tapi masih belum ada sesiapa yang terisi. Ke yang aku buat tu salah. Kalau salah mintak tolong link kan url yang tutorial yang berkesan dan simple dan mudah untuk tahap otak aku.


Saturday, 24 November 2012

Kawan alam maya

Aku sebenarnya nak join contest anjuran BuasirOtak tapi entah sekarang macam mood tidak berapa elok, barangkali bulan ini bulan mood para bloggers tidak equilibrium jika dicerna dari segi ekonomi. Hari tu si kesayangan ini yang mood nya tidak elok, malam ini giliran aku pulak. Bukan bukan sebab orang ketiga mengganggu gugat hubungan aku dengan wanrRafiq tidak jugak aku terganggu dengan berita kehamilan Diana Danielle, tapi ini sebab seseorang.



Malas lah aku nak hurai lanjut pasal benda nie semua, yang pasti someone itu adalah orang terdekat dengan aku. Benarlah kata kesayangan, terkadang sahabat yang baru kita kenal yang mungkin hanya berjumpa di alam maya tanpa pernah bersua muka adalah  lebih kenal kita secara luar dalam berbanding yang sudah  kenal sekian lama.

Entah lah attack aku dari segi pekerjaan sudah aku bilang bukan tidak ingin bekerja bukan malas tapi bayang lah gaji ditawarkan tak memadai dengan monthly expenses aku. Kalau dikira dicongak aku akan mengalami deficit setiap hujung bulan. Bosan bosan aku jawab camnie je, ayah aku mampu tanggung lagi malas ah nak kerja. Suka hati lah kau nak simpulkan macam mana. Yang penting aku rasa bosan amat dengan kau. Tawar hati sudah untuk persahabatan yang dulu aku rasa cukup manis. Let time heal the wound. Susah wey luka dihati memang susah nak ubati.


**We have two ears and one tongue, we should listen twice as much as speak. Jangan nak cakap banyak sangat pasal aku, ada jugak yang makan penyepak aku nanti. Huahua

Friday, 23 November 2012

Pre-Wedding :)

Yang pasti kisah ini bukan kisah pre wedding WanRafiq & Fifie ini kisah pre wedding si penjaga gol nombor 1 Malaysia dengan si cantik yang keduanya berasal dari Kelantan. Alahaiiiiii serius terpesona aku menengok gambar gambar pre-wedding Apex dan Leuniey Natasha nie, beratus ratus kali melihat langsung tak bosan. Sweet macam cotton candy color pink. Hewhew. Ditambah dengan Leuniey yang comel, eh dia ada iras iras Janet Khoo kan ( siapa perasan angkat tangan). Ketibaan aku rasa nak ajak wan rafiq kahwin cepat cepat boleh ambil gambar yang gilos lawa jugak.

Gua nak buat pre-wedding photoshoot takleh ah, karang ada jugak kena fire dengan sesiapa yang berkenaan. Umi dan ayah confirm tak kasi, parents si dia pun sama. Jadi kalau kahwin dah halal dah sah untuk satu sama lain boleh lah nak shoot bermacam gaya. Perghhh. Eh gua pun dah survey few photographers di sekitar Kota Bharu nie yang memang hasilnya meletop tipah vavavoom.

Angan angan lah nie, nak outdoor photoshoot nak buat stail budak sekolah lah. Pakai uniform sekolah, lepas tu bump into each other dekat library, langgar bahu lantas terjatuh buku. Lepas tu sama sama nak ambil buku  tu dan tersentuh tangan dan saling merenung dan masa tu damn jatuh hati. Dari kerana mata. Hahaha. Gua punya imaginasi kalah artis. Lepas nie agak agak boleh jadi scriptwriter tak ?

Dah nak baca kisah lanjut pasal Apex dan Leuniey boleh klik sini.


Huwaaaa cute nya mereka diorang, especially leuniey, cantik dan flawless skin dia.


**picture courtesy Disini Bermula.blogspot

Thursday, 22 November 2012

Help me, pleaseeeeeee




Semalam blog aku telah direview oleh CikFie, huuuuu terima kasih sangat sangat. Tak sangka ada jugak blogger retis sedar kehadiran blog picisan milik Fifie ini. Hukhuk. ( susah jugak nak taip bila nama sama ye). Di entry review tersebut cikFie ada suggest untuk aku supaya guna Simple Template as now I'm using Awesome.inc template. Eheemmm sebenarnya malu nak mengaku, setelah hampir setahun bergelumang dalam kancah membelog ini template tu pun aku tak tahu macam mana nak tukar. Huahua. Jadi please anyone bagi tahu aku mana nak tukar template supaya nampak lebih kemas, untuk kesenangan korang jugak. Hewhew.

By the way cikFie terima kasih sangat sangat untuk review tersebut dan untuk semua para bloggers yang banyak tolong saya yang buta huruf ini. Hari nie kita tulis sikit je, kita nak tolong umi masak. Nampak tak betapa rajin nya saya disitu. okay bai.


***update : oh okay satu lagi mana button like FB aku hilang ? Siapa yang curi. ceittt

Wednesday, 21 November 2012

Paranoid ? Trust it

Have you ever experience the unease feelings ? Like something bad is going to happen to you or someone close to you. This few days I had this unease feelings , my instinct told me that something bad will happen soon. Tapi biasalah, I ignored it takut dikata orang paranoid ke apa kan.  Arghhh but that had happened. Something which I want to avoid, tak teruk mana pun tapi unease feelings tu terjawab jugak akhirnya.

Last few days around three four days ago my little brother, the youngest one asked permission from my mom to go to Jeram Pasu with his exclassmates (when he was in primary school). He's only thirteen tapi katanya nak buat reunion kecil kecilan since dia dah apart lama dengan kawan kawan. Tapi sebab Jeram Pasu tu jauh pulak tu tempat hutan lipur tempat mandi manda dan cuaca sekarang pulak tak menentu umi takut nak lepas, takut any bad things happen to him. Thus my youngest brother, I call him Baby ( huahua) nie jenis degil lepas tu suka merajuk dan degil lagi, dia nak jugak ke sana. Even though ayah memang larang keras gila keras but still he wants to go. Okay then umi benarkan, with a lot of condition needs to be followed like jangan mandi tempat dalam, ayah pergi hantar dan ambil, siapa kawan kawan umi nak nombor handphone diorang and etc. Fuhhhh nampak tak betapa beratnya nak lepaskan dia pergi ke sana lastly dia pergi jugak. Ayah hantar. Around pukul 4 lepas asar macam tu, ayah tanya bila baby nak balik dan umi called him.  Eh eh eh orang lain picked up the call, umi tanya siapa. Dia jawab dia nie entah nama apa entah tinggal dekat KB, someone left the handphone at his shop. Umi dah pelik tapi sebab line celcom tak berapa nak betul dua tiga hari tu jadi kami ingat mungkin termasuk line orang lain la kot. Hahaha. Lepas tu dia balik, dushhhhh like my instinct told me, he lost his handphone. Sighhh, its only Nokia Lumia but it cost rm700 something.



Haaaa nie kes hari nie, happened to my third brother Qayuum. Tempat kejadian sama, waktu je yang berbeza. Disebabkan dia nie sekolah di mrsm, pulang pun kadang kadang je dia memang banyak gila menghabiskan masa dekat luar pergi futsal lah, pergi jamming lah, pergi mandi manda lah. Yang nie schoolmate called pagi pagi lagi cakap nak pergi mandi di Jeram Pasu, schoolmates pulak tinggal di KB so need someone yang familiar dengan tempat tu lah untuk temankan diorang. Jadinya pagi tak pagi lah dalam pukul 12 macam tu dia bagi tahu umi nak ke sana, umi kata eh tak makan dulu ke. Dia cakap nak cepat, and he left house without salam dengan umi like he always do. Macam tanda kan. Then waktu dia pergi Jeram Pasu tu aku keluar rumah pergi cari barang sikit tapi hati aku fikiran aku asyik teringat dekat dia. Tetiba terlintas dalam kepala aisyyy kang accident. Tak tahu kenapa benda macam tu boleh terlintas di fikiran nie. Balik tu, dushhh like what had crossed my mind. Memang accident pun, tapi sorang sorang lah. Jatuh motor dekat simpang siur berliku liku penuh dengan pasir dan batu batu halus. Aduiii nasib baik tak ada patah riuk ke apa, cuma luka luka di few part. Paling teruk di kawasan lutut luka agak dalam kena jahit tapi sebab budak saya takut jarum kan jadi doktor just sapu sapu ubat je dan tak jahit. Dah la esok nak kena hantar balik ke mrsm since he was choosen untuk ke UPM untuk program insentif bagi subjek English for a month. Jadi macam nie tak tahu lah macam mana nak kesana lagi tak pergi rugi, golden opportunity kot.


Ahha, nie lah yang aku nak bagitahu. I don't know how to explain this feeling but I can smell something bad going to happen to anyone around me. Ahhh I'm going to trust this unease feelings kalau lain kali aku rasa macam nie lagi. Alhamdulilah, nothing bad happened to both of my boys. Biasalah budak nak membesar harus lah rasa jatuh, luka, hadap lah few bad things nanti besar tak ada lah jatuh sikit auuuwww macam pon pon. Hahaha.



Nie budak jatuh motor, gua cakap sama lu hanyirrr gilos bau darah. Muka ketat takut nak jumpa doktor.

Tuesday, 20 November 2012

Kejadian baru !

Pusing kanan pusing kiri, regangkan urat urat yang telah berselirat halus. Arghhhh lega. Lenguhhhh wey lepas zohor tadi hingga sekarang waktu tengah menyusun ayat dalam kepala demi menaip sebuah karangan tidak rasmi untuk blog kesayangan nie aku telah bergelumang dengan APDM ( pengkalan data murid ) dan SAPS ( sistem analisis peperiksaan sekolah ). Cisssss hanya itu ayat terungkap. Demi dua orang pelajar yang belum didaftarkan gua terpaksa menanggung akibat ini. Naik berpinar butir mata, 5 jam depan laptop demi dua orang pelajar itu pun baru sahaja selesai didaftarkan. Good job education system.

Ahh lupakan kisah pahit, mari bercerita berita gumbira. Ohoiiiiiii tidak tidak aku tak kahwin lagi, tidak memiliki iphone 5 lagi malah tidak juga bulan jatuh ke riba lagi. Ini kisah gumbira tentang new social networking yang pada hemat aku baru sahaja trending sekitar 2,3 hari nie. Tidak ketahuan betul ke tidak, berita nie baru je kedengaran di telinga aku. Hukhuk. Social networking yang baharu saja ditubuhkan ini diberi nama YOUSAYS mungkin adalah pencabar terdekat kepada social networking kegilaan ramai remaja tidak kurang juga orang berkahwin pada masa kini iaitu facebook.

Apa yang aku lihat secara rough muka depan yousays nie lebih kurang sama dan hampir 95% sama dengan facebook yang beza nya ialah yousays berlatarbelakangkan warna hijau while facebook is in blue.Thus image yang digunakan facebook ialah huruf f dalam kotak cute biru beza dengan yousays bentuk nya agak sukar aku nak terjemahkan. Korang lihat lah sendiri ye nanti gua kasi link baik punyaaaaa. Encik Mark tidak kah anda rasa tercabar ?

Amacam ada rasa tergoda nak sign up tak. Mana lah tahu cepat korang boleh treding di benda baru nie. Hikhik. Gua tak ada rasa sign up lagi nanti dah beratus ketul orang sign up baru gua sign up. Aku kan ada alahan pada penerimaan benda baru, biasalah.





Tidak kesama ke dengan facebook, sama kan kan kan kan. Dah ini gua kasi link benda alah nie yousays. Rasa nak terokai benda baru boleh lah. Teheeeee. Cepat sebelum kehabisan stok.





Sunday, 18 November 2012

Teacher feeling lebih



Throw back eleven years ago, my heart can't stop beating that was the day when I first got my result for my big exam, UPSR. And now today, my heart beating in so not normal tempo and my adrenalin goes crazy. My students got their UPSR's result today. Alhamduliah eventhough we can't achieve our goal which is 65 students got straight A's but 40 is a big number though. ( our school got first place in our district )

Tahniah untuk semua pelajar yang berjaya mahupun yang tidak. Terima dengan senyuman walau apa pun keputusan yang dapat, 5A ke 4A ke tak ada A ke, perjalanan hidup masih lagi jauh. Yang ke depan depan tu masih panjang dan lebih penting. Lupakan yang berlalu, mulakan yang baru. InsyaAllah teacher pray for you successful on future onward.

Sayangs you have made you parents proud of you, they will told all their colleagues, friends, neightbour,aunties, uncles, grandparents ahhh even to the whole world about your victory. Back then aku tak rasa apa apa pun, aku rasa kenapa parents nie excited sangat nak gempur situ sini pasal kecemerlangan anak diorang. Tapi sekarang aku faham apa diorang rasa, bukan pasal aku ada anak tapi pasal aku cikgu diorang, aku dah besar, aku dah mula rasa naluri itu. Diorang bukan nak show off ke apa, diorang cuma nak share their happiness. Don't misunderstood their act. 

Oh congratulations to my cousins, two of them managed to get straight A's while the other one got 4A 1B. Wuhuuu ramainya students saya dapat 5A.

Saturday, 17 November 2012

Jangoks dan ohsem

Disember nanti banyak betul upcoming events aku yang wajibaghunnah lah untuk dihadiri tidak harus tidak sunat. Ehiks. Kawan kahwin, sepupu kahwin dan konvofesyen. Tiga events sudah boleh dikira banyak since dulu teacher ajar lebih dari satu tu banyak. Plural. Kuikui. Macam biasa, kalau ada event yang besar haruslah  semua nak baru from head to toe, kasut baru, tudung baru, baju baru, handbag baru, pakwe je yang tak baru baru. Hakhak. Since baju dah tempah, kasut dah beli, tudung je yang tak tahu nak style mana.

Ehe apa susah berlambak style tudung di pasaran sekarang, shawl half moon, chiffon plain, tudung bawal 6 color, tudung bawal AJ, tudung chiffon tiga layers. See guys, cakap pasal tudung pun dah boleh buat satu paragraph. Belum masuk bab lain. Aku sekarang tertarik dan menarik dengan shawl halfmoon beads, yang bergemerlapan atas kepala tu. Perghh terus terasa diri bab artis bila pakai benda alah yang penuh glamourous cam gitu. Hikhik. As usual, aku buat banyak jugak survey demi nak tudung yang menepati kehendak hati. Tak ku sangka susah macam nie, kalau tahu susah dan selalu out of stock memang sejak dulu lagi aku dah order. Nie tak sekali bukak tengok berkenan, alah biar lah dulu bukan nak pakai lagi pun. See semalam bila dah betul betul serious nak beli, alahaiiii semuanya yang berkenan dah out of stock. Hambikk kau, padan muka.

Aku berkenan giloss dengan shawl halfmoon dari Radiusite yang baru update beberapa hari lepas tu. Tapi semalam bila tengok menitik air mata gua tau. Semua nya dah out of stock, benda alah dari Radiusite nie memang laku macam goreng pisang panas di kala hujan diketika senja dan bertambah dengan perut yang lapar. Haaa macam tu lah. Lepas tu terus lah gigih usaha mencari survey dengan google lah apa lagi, tiba tiba rasa google adalah teman sejati aku. Poppp jumpa blogshop nie, harga nya memang cheaper than other blogshops, only RM59 a piece. Selalunya yang lain lain memang RM80 ke atas lah. Not including postage ye tuan tuan. Tengok di blogshop nie pun dah banyak yang out of stock, memang laku macam ubi kayu rebus cicah sambal diwaktu hujan lah ( apasal aku suka tulis pasal makanan nie).

Sebenarnya aku lagi suka kalau beads color lain except white or black tapi tanya semalam dah out of stock. Wuhuuuuuuuuu. *eh yang nie rm69 lah, limited edition. teheeee


Taraaaaaaa inilah blog yang digembar gembur sejak di awal waktu tadi, the-celove dan yang nie yang link facebook dia TheCelove Fb. Memang murah dan friendly amat taukey kedai nie. Gua dah order dah pun dua helai. Aku nie kalau tak membeli tak pe, kalau dah start tu memang susah sikit nak stop. Lampu merah kurang bateri agaknya. Hakhak.

Eh apa tunggu lagi, meh meh la klik link tersebut dan order lah yang mana berkenan dihati sebelum korang melepas macam aku ( pengajaran nieee). Aku rasa macam nak order yang plain pulak. Cantik jugak, kena tengok tudung tudung lain dulu. Color mana yang kurang boleh lah top up. Hiks.





Friday, 16 November 2012

The Hijrah of Sham Kamikaze



First time I saw him was  when I watched Selami Jiwa in Astro Oasis channel 106, I nearly couldn't recognized him because of the way he talked and dress. He's totally new, too different from what he used to be. Alhamdulilah. Besar sungguh nur Allah berikan pada dia. Then I google-ed about him and watched his videos on youtube, I choose this video because it's really touched my heart.

Dia dulu dan kini. MasyAllah sungguh besar ganjaran Mu keatas hambamu.



p/ s : please pray for Gaza




Wednesday, 14 November 2012

Pizza Hut Jerteh services

Ini kisah semalam yang permulaannya agak santai dan harmoni dimana keluarga gua berhajat nak makan makan di Pizza Hut since dah lama tak berkumpul ramai ramai kan dan diakhir dengan hakikat pahit dan annoying. Menggelegak hati. Takpe gua tulis blog ini dengan harapan manager atau siapa siapa yang berkaitan dengan Pizza Hut Malaysia baca review aku kali ini. Tak pernah aku ke mana ke mana restoran fast food yang mempunyai servis paling hampehhhhh. Kalau skala 1-5 ( too bad, bad, neutral, good, excellent). Aku bagi 1 iaitu too bad.

Semalam ke sana, lebih kurang pukul 8 lebih camtu sampai ada lah dalam 3 keluarga yang tengah menjamu hidangan, tak ada yang tengah tunggu order except yang nak take away je. So aku bajet cepat lah nie dapat tak payah tunggu lama lama sangat perut dah bergurindam. Permulaan memang indah disambut receptionist dengan senyuman, bagus lah. Kalau kau gaduh dengan suami sekalipun simpan je dalam perut, jangan buat muka dengan customers. Lepas duduk tu terus belek belek menu sambil discuss nak makan apa, okay done. Dah capai kata sepakat. Tunggu lagi, lepas 5minit. Tunggu lagi, ehe dah 10minit. Takpe takpe kita tunggu lagi ye eheeee nie dah lebih dah nie dah 15minit. Orait aku buat keputusan panggil waitress tu mana tahu dia tak sedar kehadiran kami nie yang dah tercongok macam pengemis nie. Kak saya nak order nie. Oh suara aku takde lah lembut macam rupa aku (hakhak tertulis) dia boleh dengar pasal dia lalu dekat dengan tempat aku duduk but she ignores me. Orait boleh terima lagi. Think positive fifie.

Umi dah start membebel, apsal tak datang ambil order lagi. Tunggu lagi, then after few minutes umi tanya cashier mana waiter apasal tak datang ambil order lagi. But the cashier asked us to wait for a while. Rileks lagi. Lepas tu perempuan tu lalu dua tiga kali depan table aku, dua tiga kali okay. Bukan dia sorang lalu sekali dengan waiter nak pergi cuci table yang ditinggalkan customer. Then naik sorang waitress aku rasa yang nie masih dalam latihan pasal uniform color putih beza dengan color merah yang diorang selalu pakai. Umi aku panggil waitress latihan tu, but she's ignore us. Sambil senyum senyum. Perghhh dah hampir 30 minit, order tak ambil lagi. Ayah dah start membebel same goes to umi. Ayah sambil marah marah cashier tu terus berlalu, memang tak jadi lah nak makan. Dah putus selera gamaknya.

Umi nie yang masih sabar tanya lagi cashier tu mana nya pelayan kenapa tak datang ambil order lagi. Tapi still tak datang datang jugak, nak jadi kebodohnya diorang nie pelayan perempuan dengan lelaki yang pergi cuci table kat belakang kami tu boleh main tolak tolak kau lah yang pergi ambil order eh kau lah apsal aku pulak. Alahaiiiiiii. Phewwwww umi mengamuk. Potpetpotpet dah dekat supervisor tu. Malam tu memang terbatal terus musnah harapan nak layan pizza. Too bad diorang punya servis.

Hello fast food restaurants shouldn't let their customers wait for more than 10minutes. Lima minit tu pun dah lama. Bukan setakat fast food restaurants tapi mana mana restoran pun. Kalau macam nie lah punya servis aku rasa tak sampai setahun lingkup lah Pizza Hut Jerteh tu. Target sale pasti tak dapat, employees apa fikir diorang tiap bulan dapat gaji, yang lingkup manager tu. Order tak datang ambil, kalau menunggu nak dapat makanan tu agak agaknya lah sejam baru dapat kot. Tak kisah lah kau kerja dah berapa jam pun, 8 jam ke, kau letih ke, kau lapar ke, kau gaduh dengan boyfriend ke, tapi dah kau kerja dalam bidang nie. Jangan nak menyombong bodoh sangat dengan customers. Orang panggil tu datang, kalau sibuk sekalipun at least come and greet the customers. Bagi tahu lah maaf kejap ye kami datang. Eh susah ke nak datang cakap macam tu, bukan ke sebelum kerja memang wajib pergi training. Yang sibuk pun kalau setakat nak cuci table yang ditinggal customers lepas ambil order boleh buat. Pigiiidah.

Bukan aku tak biasa makan fast food lebih lebih pizza hut nie selalu sangat servis Pizza Hut cawangan Kota Bharu okay je, cemerlang tapi this is the worst service untuk Pizza Hut restoran. Selalunya tak ada lah melampau macam nie, setakat tunggu kejap biasalah. Faham kalau kedai tu punyalah ramai manusia nie yang hek elehhh berapa ketul je pun manusia ada.

Dengan ini, saya menyeru pembaca pembaca sekalian tidak kisah lah anda dari negeri mana yang sampai ke Terengganu kalau teringin sangat nak makan pizza sila lah ke Pizza Hut cawangan lain. Tinggi harapan saya, agar pihak terbabit Pizza Hut cawangan Jerteh dapat memberi ulasan kenapa servis disana terlalu lembab dan dapat membaikpulih servis anda demi kebaikan dimasa depan ( walaupun sebenarnya aku tahu Pizza Hut tak ambil port pun tentang feedback customers dia, aku dah survey jugak through google).Serius aku memang tak boleh nak consider dengan orang yang tak berapa reti nak behave nie.

Ini antara feedback yang aku cari through google. Maap ye pakcik owner pizza, kita bukan nak boikot kita cuma nak awak belajar. Spaghetti RM 55,000 dan servis pizza hut delivery. Kalau dekat Kelantan nie ada Domino's Pizza sebelah mata pun kita tak pandang awak wahai Pizza Hut.




No wonder lah servis macam harammmm, rupa rupanya other branches pun macam tu jugak.

Tuesday, 13 November 2012

Instagram

Sejak memiliki smartphone nih kemain over aku angkut handphone, most of the time handphone dekat tangan. Kalau dulu toksah cakap lah, handphone selayaknya di bawah bantal jelah. Tahu kenapa kegilaan aku sebegitu. Aku macam ada penyakit berbahaya, kalau orang kampung panggil busybody tapi yang nie lebih class iaitu stalk. Hikhik. Maaf gua tak stalk orang biasa atau exboyfriend atau bekas kawan atau bekas musuh lalu mengumpat prengpongpreng dengan teman seangkatan, maaf zaman itu sudah lama lama berlalu. Gua stalk public figure je you know. Hikhik.

Kelebihan instagram, mudah nak tengok gambar gambar retiss yang vogue ayu dan menawan dan ohsem lagi cantik. Perghhh terdetik dalam hati kenapa gua tak kurus macam dia, kaki panjang macam dia, dressing hebakk nak mati macam dia. Ahhh mula melalut ke laut. Sebetulnya selain senang nak ikut perkembangan retis tu yang paling aku fun bila main IG nie ialah baca komen komen die hard fans mahupun haters si retiss. Kikiki. Part nie tersengih sorang sorang gua. Kadang kadang setuju dengan komen si pengomen kadang kadang tak setuju kadang kadang rasa lucu kadang kadang ahh bodohnya aku buang masa begini. Baik layan Gossip Girl.



Baru baru nie aku stalk instagram si Tiz Zaqyah, ada lah dalam banyak banyak gambar dekat instag dia tu ada gambar dia dengan abang Awie dan sorang lagi retis. Gua lupa dah siapa. Yang paling tak diterima akal, Awie nie pakai t-shirt dari Christian Audigier which brand Ed Hardy tapi dekat t-shirt dia tertulis Christian di atas Audigier di bawah macam bentuk melengkung gitu. Dan most of the commentators di instag Tiz marah marah dengan Awie, siap ada yang cerca dia like 'tahu lah rock tapi pakai baju tu macam tu elok ke takkan dah lupa dosa pahala kot'. Aku yang tak die hard fan Awie pun rasa apa ke benak nya si pengomen ini. Tidak kah tahu yang Christian Audigier tu hanyalah nama sepertinya pakai barang Christian Dior atau Christian Laubotin, tak ada haramnya. Aduhhhhh pelik dengan mereka mereka yang terlalu suka judge orang through pemakaian. Kalau tak tahu duduk diam diam tangan jangan gatal nak bagi komen macam tu. Kesiann sama luu lepas tu melantak KFC dan MCD jugak. Ceitttt

Yang nie bestttt, aku stalk instagram Nabila Huda tapi kat instag guna nama kupukupu. Abil nie memamg sempoi gila aku rasa, ada part dia upload gambar yang muka dia gelupas gelupas kulit lepas tu ada darah darah which the truth is gambar tu adalah one of the scene untuk drama terbaru dia Rebah Taubat i guess, lepas tu ada sorang mamat nie komen like ' nie mesti baru balik party Halloween bla bla bla' dan memang tak sangka lah si Abil reply Halloween tengkorak kau aku tengah kerja lagi nie. Haaaa kan dah kena, padan muka lu. Haha. Memang aku sengih sorang sampai telinga lah.

Sumpah best stalk instagram public figure nie, macam macam komen die hard fans yang sokong retis pujaan mereka tak lupa jugak komen komen kritikan pedas dari haters si retiss. Eh maaf lah aku tengah bosan itu pasal aku isi masa dengan benda tak semengah nie. Haha

p/s : I love Marion Counter and her instagram, she's really adorable and lovely woman.

Friday, 9 November 2012

Sila ukur baju di badan sendiri

I'm getting married soon. Hiks. Ah ayat intro sahaja sudah bikin hati dupdap. Tidak kisah lah tahun depan atau depan depan lagi nak kahwin tapi yang pasti impian untuk berkahwin tu ada. Pasti ada dalam hati orang yang normal. Dua tiga hari lepas aku pun dah lama exact date, aku terbaca kisah kahwin. Actually aku selalu je baca tentang benda benda nie tapi yang aku baca latest nie memang touch my heart. Kira buat aku terfikir je. Kahwin memang perlukan modal yang banyak tapi persoalannya perlu ke berhutang. Lepas tu kahwin dua tiga bulan berpisah. Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Dulu dulu waktu zaman remaja zaman yang aku rasa semua benda nak indah je, tak nak dah berpijak di bumi nyata nie. Impian dan angan angan tu mesti tinggi setinggi langit biru gamaknya. Dream wedding aku adalah garden theme, full of baby blue and white colors. Nak buat dekat taman, penuh bunga bunga indah. Ceittt. Banyak sangat tengok Nona siapa suruh. Tapi as time goes by hidup pun dah mula banyak cabaran, dah mula rasa pahit maun kehidupan nie, dan yang penting dah mula tahu apa makna duit sebenarnya. Baru aku sedar tak semua yang diingin tak semua akan dapat.

Sekarang baru berpijak di bumi nyata, rupanya tak senang nak kahwin nie. Well eveything needs money. Nak pelamin hebat, nak baju pengantin mewah, nak doorgfit nak itu nak ini yang serba ohsem memang perlukan duit. Tapi perlu ke ikut nafsu semua tu. Orang buat style tu kita pun ikut, tak nak kalah dengan orang langsung. Kalau artis lain kira lah, income diorang pun dah berpuluh riban dengan sponsor lagi. Jadi setakat nak buat wedding yang grand mother ke father ke memang sumpah tak heran langsung. Tapi nie kita kita, yang baru je graduate degree dengan gaji starting paling hebat pun RM 2300 ( put aside yang ada bisnes sendiri dan anak orang kaya gilos ) mana nak cekau rm30,000 - rm50,000 untuk buat grand wedding. Mana nak hantar dekat parents lagi, nak buat beli rumah, buat beli kereta aha buat bayar hutang PTPTN. Baru lah boleh fikir hal kahwin. Tu yang kadang kadang ada orang buat personal loan untuk wedding. Nope, I'm not blaming them. Sebab aku rasa personal loan tu ada relevan nya.

Jenis yang dilahirkan dalam family berada, sumpah seronok. Tak pun jenis yang jodoh dengan orang kaya, atau orang tua yang gilos stabil diorang punya financing. Memang tak punya masalah. Ini yang kita kita, yang common people. Yang nak kahwin dengan orang sebaya, dengan finance pun tak berapa stabil. Uhuk nak tunggu 4,5 tahun lagi alamak kecut lah si perempuan. Haha. Bagi aku senang je, kahwin lah ikut kemampuan. Tak payah nak ber Rizalman sangat, nak pelamin berpuluh ribu, hantaran beratus ribu. Sampai ke tua lah tak kahwin kau. Disinilah guna nya pepatah ukur baju di badan sendiri, tepuk dada tanya selera. Perlu ke ikut orang style orang. Hello orang orang puji hari tu je, hari kahwin kau je. Paling busuk, dua tiga bulan je pun orang dok bercakap pasal wedding kau yang gilos grand. Tapi lepas tu kau lah yang tanggung hutang sampai ke tua lah pakai bini bank. Haha. Nak ke macam tu. Kuikui. Sekarang sila tepuk dada tanya selera, ehe aku dah nak kena cut semua belanja yang mengarut tuh demi kesenangan masa depan. Kuikui.

Penting kan yang lebih penting, yang lebih utama adalah hidup lepas kahwin. Macam mana nak suits dengan pasangan, macam mana nak kekalkan hubungan yang harmoni, nak kuatkan ajaran agama dalam diri masing masing. Banyak lagi benda lebihhh perlu diutama kan untuk disenakkan otak nie dari event yang kalah artis. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.



Ohoiii cuti sekolah banyak sungguh orang menggulai, mohh la kita pergi dapat keberkatan masjid mereka. Hiks




Thursday, 8 November 2012

Goodbye school

Benarlah kata orang tua setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sejak kenal apa itu hidup aku cukup bersedia untuk setiap perpisahan di dalam sebuah pertemuan. Today is my last day of teaching also the last day of school for 2012. I even don't have any chance to meet my students in standard 1 sebab hari nie whole day kena ganti kelas lain. Nak jumpa guru guru lain pun tak sempat, waktu aku turun class tu ada yang dah balik pun.

Hari nie memang superbbbb gilos. Budak budak darjah enam yang dah lepas UPSR memang betul betul enjoy hari terakhir mereka di sekolah. Diorang main tepungggg !!!! 10kg tepung habis dibuat bedak, gel rambut, pencuci pakaian. Perghhhh aku pulak yang rasa terkinja kinja nak join jugak, but well I'm teacher. Of course lah kena jaga tatasusila dan kesopanan aku. Ahaks. Aku jaga kelas 5Elit dimana bangunan bawah tu kelas darjah 6. Jadi waktu diorang main tepung, berkejaran sana sini ibarat anak anak itik, meraikan kemerdekaan mereka, berteriak tangis untuk perpisahan, semua nya aku nampak dari atas. Siap ambil gambar okahh. I love their carefree. Tak kisah baju tu comot ke tidak, muka tu dah ibarat hantu pun cool je. Teachers lepas je, nak marah pun tak sampai hati. Diorang main di padang, jadi tidak lah kotor bahagian kelas tu.

Kalau yang guna mobile phone screentouch boleh la besarkan gambar. Happy nya mereka, indah sungguh


Budak budak 5elit buat farewell party untuk kawan kelas diorang yang akan berpindah tahun hadapan, jadi aku yang jaga kelas diorang hari nie memang diinvite lah. Guru lain diorang tak jemput pun kecuali seorang lagi guru ganti kelas tu. Apa jugak lah budak nie. To make it worst diorang tak jemput pun budak lelaki kelas diorang. Haha. Kesian budak lelaki buat muka seposen pun diorang buat bodoh je. Mind you budak kelas nie memang suka bergaduh antara jantina. Lelaki buat hal dia, perempuan buat hal dia. Budak lelaki suka sangat kacau yang perempuan, nak buat macam mana budak budak. Aku selalu usik diorang gaduh la acap acap, besar nanti kahwin lah korang. Makin bising. Tak nak lah kahwin dengan dia nie, si kuda nie, itulah ini lah. Hahaha.

Told ya'  boys are not invited. hahaha

Tengok diorang punya nakal lagi budak perempuan kata jangan usik kat depan lagi lah diorang main main kat situ


Nak jumpa guru guru sekolah pun tak sempat aku nie, sebab nya guru ada 32 orang guru harus menjaga 27 buah kelas. Bayangkan lah. Ramai yang tak ada hari nie, ada yang ke perjumpaan guru muda, jadi pengawas SPM, ada yang ke hospital. Macam macam. Jadi kalau yang bernasib baik dapat lah sekelas dua orang guru, yang tak bernasib baik macam aku seorang untuk sekelas. Maksudnya dari start waktu kelas hingga balik disitu lah aku duduk. Nak tinggal pun takut. Takut anything bad happen to them. Aku yang kena nanti. Biasalah budak budak hujung hujung sekolah nie perangai Ya Allah tuhan je yang tahu. Tapi aku rasa best je, tak lah rasa tak bernasib baik lalu meratapi nasib ke apa. Haha. Kelas nie senang untuk dihandle. Tak banyak ragam. Maklum lah ramai anak guru, aku ugut nak bagitahu mak diorang terus senyap. Hahaha.

Actually cikgu rindu kalian. Rindu gilos. Rasa sayuuuu je sebab aku macam dapat rasakan I wont get this chance again. Nanti hari annouct UPSR rasa nak pergi sekolah, nak share sama sama their joyful. InsyaAllah, happy school holiday kalian. Take care jangan nakal nakal sepanjang cuti, have fun, oh jangan lupa ulangkaji. Kang habis lupa semua benda.






Wednesday, 7 November 2012

Cuti Sekolah yeay yeay

Tomorrow will be my last day as teacher, its only a month and half tapi memori yang tercipta tu amat banyak. Aku yang sebulan pun dah rasa rasa sedih, rasa macammmm tu je nak tinggalkan diorang apatah lagi cikgu cikgu yang dah berpuluh tahun di sekolah tu yang nak bersara atau bertukar. Benar kata orang, antara pekerjaan yang paling banyak kenangan indah adalah guru. Bayangkan murid murid dari darjah 1 hingga 6 semua kenal kita, semua sapa kita bila bertembung. Kalau sekalipun murid tu lah yang cikgu suka marah, cikgu suka denda tapi murid itu jugak lah yang akan selalu ingat guru diorang.

I'm teaching first class dalam darjah mereka tapi kadang kadang ada jugak lah masuk ganti kelas lain. Kalau kelas hujung hujung nie memang diorang a bit naughty tapi kalau sekali aku naikkan suara terus diorang senyap. Diorang dengar kata sebenarnya cuma biasalah budak budak. Nakal tu mesti ada punya. Yang membezakan kalau mereka dalam kelas pandai, sudah menjadi kemestiaan budak budak kelas tu untuk buat kerja masing masing dalam keadaan harmoni dan senyap. 

Darjah 1 adalah darjah yang paling aku rindu dan teringat, setiap hari lepas balik sekolah aku tak sabar nak pergi sekolah balik esok sebab nak jumpa diorang. Budak budak nie paling senang nak handle. Masuk kelas bagi kertas lukisan anjurkan drawing contest siapa menang dapat hadiah cakelat. Hiks. Confirm laju laju je diorang buat tanpa bunyi pun, last last aku bagi jugak hadiah untuk semua orang. Kesian tengok muka sayu budak budak nie. Selebihnya aku risau yang bersaiz besar nie akan mintak dengan ganas dengan kawan yang saiz kecil. Almaklum lah, budak darjah 1 yang bersaiz besar nie memang suka sangat buli kawan yang saiz kecil hingga aku rasa nak penyet penyet je. Haha.

Esok kena ganti kelas for the whole day since ramai cikgu absent. Ada yang ke perjumpaan guru muda 1 Malaysia, ada yang jadi pengawas peperiksaan SPM. Dan for sure esok mesti menangis. Sobs sobs


Friday, 2 November 2012

One hit sensation

One hit sensation. Sekarang nie aku realize banyak benda yang tiba tiba jadi sensation. Tidak tahu atas faktor apa dan bagaimana, ketibaan mereka menjadi kegilaan muda mudi sekarang. Kalau gaya dan lagu tidak lah aku kisah sangat but it's a dessert. Makanan pemanis mulut dan peningkat kadar gula dalam darah. Hiks.



Dulu riuh orang bercerita pasal macaroon, naah everyone eager to try and taste the macaroons. Tapi sungguh jakun rasa diri ini, I never tasted macaroon dan dengar dengar komen it too sweet. Pernah google resipi dan tengok tengok cuba nak buat lah, tapi rasa malas sebab macam complicated je. Too many step. Ioll nie kan tak berapa nak rajin jadi kalau nak buat benda yang susah dan remeh nie memang pem lah. Pemalas. 



Lepas habis macaroon fever tiba pulak giliran Red Velvet Cake. Pungpangpungpang orang bercerita pasal Rv cake nie, macam  macam style dan design diorang buat. Dari kek biasa ke cupcakes ke kek dalam jar tu. Memang tertarik menarik sangat. Dan aku pernah try few times, simple and easy je resipi nya. Kira berjaya lah Fifie jadi chef untuk kali itu. Hiks. Masa tu semua nya nak RV je, wedding cake nak Rv birthday cake nak Rv. Bak kata semua events ada Rv. perghh hebat sungguh penangan Rv nie. Dan setahu aku, Rv masih in season. Maybe sebab taste nya sedap, tak manis dan kena dengan tekak orang Malaysia kot.



Yang nie gua suka gila buat sebab toooooo simple. Boleh buat sambil pejam mata je. Nampak tak betapa terer nya gua memasak. Please ambil gua jadi menantu. Haha. Tiba turn Pavlova untuk jadi King. Semua orang tak kisah mana mana golongan sibuk bercerita pasal Pavlova, lepas tu sibuk google di facebook mana kedai jal Pavlova siapa yang pandai buat Pavlova. Ehe termasuk lah gua. Sempat lah aku order sekali sebab nak tahu rasa nya macam mana dan begitu terpikat dengan kecantikan dan keindahan Pavlova tersebut. Bila dah beli dah rasa, cuba buat. Sekali menjadi, dua kali menjadi, tiga kali menjadi dan seterusnya menjadi. Maaflah tulis banyak banyak kali menjadi, demi membuktikan keseriusan aku pandai buat. Hakhakhak.




Latest sensation sekarang ialahhhhhhh jeng jeng jeng Durian Crepe. Heboh dekat IG, facebook, twitter, blog masakan pasal durian crepe. Bagi penggemar durian boleh lah layan, bagi yang tak berapa gemar macam eden nie haa tak tahu lah nak layan ke tak. Mungkin boleh diganti dengan strawberry kot. Hikhik. Aku dah google resipi nya, mungkin bila musim cuti sekolah dan dah tak sibuk boleh lah try buat. Kalau nak beli pun boleh nak try memula macam mana rasanya kan. 4biji RM10 je pun. Banyak banyak resipi aku tertarik dengan resipi dari mommy suka memasak nie, simple dan bahan bahan pun senang nak carik. Terasa mengidam silalah google kedai mana jual dan laju laju tempah. Hiks.


*semua gambar dicurik dari encik google. Bukan saya punya. Gua dah lapar, jom ke dapur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...