Sunday, 25 November 2012

Apa ada pada contest, segment dan reviews ?

Bulan nie bulan contest dan segment dan review blog barangkali. Bertong tong contest, segment dan segala mak nenek yang melimpah ruah dekat bloglist aku ni. Tapi aku macam tak ada mood je lagi nak join eventhough dah ditag. Maaf lah, bukan sombong cuma entah lah kalau aku join segment follower datang bertimbun timbun tiba tiba orang je yang ramai follow aku dan aku tak follow back dia, tiba tiba aku rasa bersalah dengan dia. Maklum lah gua hati tisu uolls.


Tadi baca komen previous entry aku dan dapat komen dari Anon. Ini dah tiga kali kot dapat komen dari anon maklum lah blog picisan. Huahua. Aku dapat satu komen dari anon yang berbunyik begini ( sila lihat gambar dibawah).




Komen nie terjadi berkadar langsung dengan contest yang dianjurkan oleh encik Buasri Otak. Betul kata si anon nie, apalah sangat kalau setakat pendrive 8gb memang berlambak di pasaran sekarang dan aku percaya memang mampu milik lah harganya. Bloggers yang aku kenal pun bukan sengkek sangat ramai kat sini yang dah punya kerjaya dengan gaji standard mahasiswa lepasan universiti takpun lebih lagi, memandangkan ada antara diorang yang dah punya pengalaman bertahun dan ada yang buat bisnes sendiri.

Pada hemat aku, kami para bloggers nie join segment lah contest lah bukan gila kan hadiah semata. Hadiah memang tolak tepi, tapi kami mencuba nasib dan juga menyokong blogger yang menganjurkan contest atau segment tersebut. Kalau bukan kami yang menyokong siapa lagi. Kau ingat para facebookers mahupun tweeters nak join benda alah nie. Diorang takkan join sebab musabab diorang tak punya laman belog nie.

Lagi pulak kalau tak ada sesi kau review aku, aku review kau atau contest itu ini takpun segment followers datang berlari lari ke, kau ingat meriah ke alam belog nie. Mampus tak meriah. Hari hari bukak bloglist baca hanyalah nukilan para bloggers yang kalau jenis macam aku menaip sampai tak ingat dunia. Kalau ada benda benda macam nie, fun lah sikit. Nampak liplap dengan banners yang bermacam rupa, syarat yang bermacam gaya. Haaa faham lah ye para anons.

Sekarang aku ada masalah nak buat penutup untuk karangan nie, mohon tunjuk ajar ku siput sedut. Huahua. Eh eh pada sesiapa yang tahu tolong bagitahu kenapa aku buat  html baru untuk top commentators tapi masih belum ada sesiapa yang terisi. Ke yang aku buat tu salah. Kalau salah mintak tolong link kan url yang tutorial yang berkesan dan simple dan mudah untuk tahap otak aku.


27 comments:

  1. hahha org yg mengunakan anon ni org yg takot menonjolkan diri bhasa kasar dayus wkakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Memang pun cheida, bila guna user Anon sedap rasa dia hentam kita.

      Delete
  2. dulu masa mula2 blog memang rajin join contest itu ini. sekarang ni akan join kalau wajar join sahaja.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah dengan fie. Fie bukan apa dani, kalau yang kau follow aku follow tu malas sikit. kadang kadang diorang follow je, lepas tu langsung tak update dekat blog fie nie. hehe

      Delete
  3. top komentator kkdang muncul kkedang x.. tu yang malas nak letak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahh macam tu pulak. Aisyy macam macam lah benda alah nie Hana, tak faham fie. haha

      Delete
  4. haha xbrani guna acc sndiri :) kita join segmen/giveaway bukan utk hadiah tapi sbb bg sokongan utk tuan segmen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengecut lah tu din oiii. Haha. Haah sokong satu sama lain apa salahnya kan. Next time kita anjur apa apa orang pun akan sokong kita.

      Delete
  5. setuju sangat..kite join bukan hanya semata-mata hadiah tp nak support rakan bloggers kita kan.. tak kan facebookers plak yg kena support

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha. Facebookers join contest di fb sudah lah kan sarah. Tapi ada ke ? haha

      Delete
  6. blog wak pon picisan jugakkk.. uuHHuus

    ReplyDelete
  7. sy sokong,lepas tu syarat dikenakan "kena follow" .buat apa org follow kalau buka blog kita time masa segmen tu dan nk tgk sapa mng,pastu x dah... pastu unfollow,LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan awak, fie pun sama jugak kadang kadang macam tu. Fie ada follow few bloggers sekadar memenuhi syarat segment tapi tak pernah comment apa pun dekat diorang. hehe.

      Delete
  8. yg top commentor tu pun dulu nana cuba 2,3x baru boleh. tak jadi sebab kat url blog nana isi letak (http://)..sepatutnya takpayah isi http:// tu..cer fie cek smula, ada yg silap isi kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie dah check nana, semua betul. haha. ke ada yang tak betul nie, nie yang buat rasa down nak letak benda baru di blog. Hahaha

      Delete
  9. btool3.. stuju dgn ape yg fie ckp tu. seblm ni pn haz rajin masuk segmen contest bagai untuk support geng blogger kan..

    tp sejak makin bz ngn fyp ni, apakan contest, segmen, nk post entry sendri pn takes time. hihi

    ReplyDelete
  10. Hello fie,about the header,email fy description header yg fie nak. here's my email,fyfyliew@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. abaikan je si anon tu..haha.. yang top commentator tu memang kebanyakannya masalah.. macam saya, memang saya tak nak letak lngsung..

    ReplyDelete
  12. terpulang pade kita..kita buat GA review semua tu untuk menghargai readers kita kan. So anon x tau apa2 haha

    ReplyDelete

  13. jom kita join segmen pakjoe senang je bkn susah pun ....kita blh tambah kenalan baru seperti aaron aziz,farid kamil hahaha http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-tukar-dan-kenal-rakan-blogger.html

    ReplyDelete
  14. Sorry yang, I tak reti nak link2 ni... Boleh email kat I mymiesein@gmail.com..tq

    ReplyDelete
  15. bagi jaa biarkan mereka nak kata apa pun. diorg xtau apa2 psl blogging tu...huhu.... wat sakit hati kita, wat pening kepala kita jer.

    ReplyDelete
  16. tak suka betol ngan makcik dan pakcik anon ni.
    keje nak buat sakit hati orang je.
    sebab tu dah tutup komen utk anon ni.

    ReplyDelete
  17. memriahkan contest rakan blogger, mana tau ada rezeki kita kan.. anon is always annoying

    ReplyDelete
  18. alahai... hidup blog ni antara satu sama lain.. kalau tak de org yang support contest/ga/segment... siapa lagi nak tolong... mestilah kita para bloggers ni... hadiah tu just nak meriah je...

    ReplyDelete
  19. betul tu fie...lainla kalau belogger peymes..sambil gilap kuku je taip entri..terus berduyun viewers datang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...