Wednesday 14 November 2012

Pizza Hut Jerteh services

Ini kisah semalam yang permulaannya agak santai dan harmoni dimana keluarga gua berhajat nak makan makan di Pizza Hut since dah lama tak berkumpul ramai ramai kan dan diakhir dengan hakikat pahit dan annoying. Menggelegak hati. Takpe gua tulis blog ini dengan harapan manager atau siapa siapa yang berkaitan dengan Pizza Hut Malaysia baca review aku kali ini. Tak pernah aku ke mana ke mana restoran fast food yang mempunyai servis paling hampehhhhh. Kalau skala 1-5 ( too bad, bad, neutral, good, excellent). Aku bagi 1 iaitu too bad.

Semalam ke sana, lebih kurang pukul 8 lebih camtu sampai ada lah dalam 3 keluarga yang tengah menjamu hidangan, tak ada yang tengah tunggu order except yang nak take away je. So aku bajet cepat lah nie dapat tak payah tunggu lama lama sangat perut dah bergurindam. Permulaan memang indah disambut receptionist dengan senyuman, bagus lah. Kalau kau gaduh dengan suami sekalipun simpan je dalam perut, jangan buat muka dengan customers. Lepas duduk tu terus belek belek menu sambil discuss nak makan apa, okay done. Dah capai kata sepakat. Tunggu lagi, lepas 5minit. Tunggu lagi, ehe dah 10minit. Takpe takpe kita tunggu lagi ye eheeee nie dah lebih dah nie dah 15minit. Orait aku buat keputusan panggil waitress tu mana tahu dia tak sedar kehadiran kami nie yang dah tercongok macam pengemis nie. Kak saya nak order nie. Oh suara aku takde lah lembut macam rupa aku (hakhak tertulis) dia boleh dengar pasal dia lalu dekat dengan tempat aku duduk but she ignores me. Orait boleh terima lagi. Think positive fifie.

Umi dah start membebel, apsal tak datang ambil order lagi. Tunggu lagi, then after few minutes umi tanya cashier mana waiter apasal tak datang ambil order lagi. But the cashier asked us to wait for a while. Rileks lagi. Lepas tu perempuan tu lalu dua tiga kali depan table aku, dua tiga kali okay. Bukan dia sorang lalu sekali dengan waiter nak pergi cuci table yang ditinggalkan customer. Then naik sorang waitress aku rasa yang nie masih dalam latihan pasal uniform color putih beza dengan color merah yang diorang selalu pakai. Umi aku panggil waitress latihan tu, but she's ignore us. Sambil senyum senyum. Perghhh dah hampir 30 minit, order tak ambil lagi. Ayah dah start membebel same goes to umi. Ayah sambil marah marah cashier tu terus berlalu, memang tak jadi lah nak makan. Dah putus selera gamaknya.

Umi nie yang masih sabar tanya lagi cashier tu mana nya pelayan kenapa tak datang ambil order lagi. Tapi still tak datang datang jugak, nak jadi kebodohnya diorang nie pelayan perempuan dengan lelaki yang pergi cuci table kat belakang kami tu boleh main tolak tolak kau lah yang pergi ambil order eh kau lah apsal aku pulak. Alahaiiiiiii. Phewwwww umi mengamuk. Potpetpotpet dah dekat supervisor tu. Malam tu memang terbatal terus musnah harapan nak layan pizza. Too bad diorang punya servis.

Hello fast food restaurants shouldn't let their customers wait for more than 10minutes. Lima minit tu pun dah lama. Bukan setakat fast food restaurants tapi mana mana restoran pun. Kalau macam nie lah punya servis aku rasa tak sampai setahun lingkup lah Pizza Hut Jerteh tu. Target sale pasti tak dapat, employees apa fikir diorang tiap bulan dapat gaji, yang lingkup manager tu. Order tak datang ambil, kalau menunggu nak dapat makanan tu agak agaknya lah sejam baru dapat kot. Tak kisah lah kau kerja dah berapa jam pun, 8 jam ke, kau letih ke, kau lapar ke, kau gaduh dengan boyfriend ke, tapi dah kau kerja dalam bidang nie. Jangan nak menyombong bodoh sangat dengan customers. Orang panggil tu datang, kalau sibuk sekalipun at least come and greet the customers. Bagi tahu lah maaf kejap ye kami datang. Eh susah ke nak datang cakap macam tu, bukan ke sebelum kerja memang wajib pergi training. Yang sibuk pun kalau setakat nak cuci table yang ditinggal customers lepas ambil order boleh buat. Pigiiidah.

Bukan aku tak biasa makan fast food lebih lebih pizza hut nie selalu sangat servis Pizza Hut cawangan Kota Bharu okay je, cemerlang tapi this is the worst service untuk Pizza Hut restoran. Selalunya tak ada lah melampau macam nie, setakat tunggu kejap biasalah. Faham kalau kedai tu punyalah ramai manusia nie yang hek elehhh berapa ketul je pun manusia ada.

Dengan ini, saya menyeru pembaca pembaca sekalian tidak kisah lah anda dari negeri mana yang sampai ke Terengganu kalau teringin sangat nak makan pizza sila lah ke Pizza Hut cawangan lain. Tinggi harapan saya, agar pihak terbabit Pizza Hut cawangan Jerteh dapat memberi ulasan kenapa servis disana terlalu lembab dan dapat membaikpulih servis anda demi kebaikan dimasa depan ( walaupun sebenarnya aku tahu Pizza Hut tak ambil port pun tentang feedback customers dia, aku dah survey jugak through google).Serius aku memang tak boleh nak consider dengan orang yang tak berapa reti nak behave nie.

Ini antara feedback yang aku cari through google. Maap ye pakcik owner pizza, kita bukan nak boikot kita cuma nak awak belajar. Spaghetti RM 55,000 dan servis pizza hut delivery. Kalau dekat Kelantan nie ada Domino's Pizza sebelah mata pun kita tak pandang awak wahai Pizza Hut.




No wonder lah servis macam harammmm, rupa rupanya other branches pun macam tu jugak.

52 comments:

  1. Pizza hutz kt tg malim ni pun sama.... yg pelayan tu nampak kita baru dudk, boleh dia borak2 dengan kwn2 yg lain.. kita pula yg kena panggil dia.. ewahhhhh...

    Setuju sis, ena suka dominos lagi dari pizza hutz.. dah makin xsedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena kalau di Kelantan nie ada pizza lain selain Pizza Hut memang sebelah mata tak pandang lah Pizza Hut nie. Servis Ya Allah, buat tambah dosa di awal Muharram je.

      Delete
  2. sama la kat penang ni.. buat org tunggu lama-lama.. katanya x cukup stuf..
    hari tu terkena powder cheese masam.. hapak je baw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak complaint ke kena powder cheese basi tu ? Alahaiii takde maknya nya tak cukup staff. Selalu ramai je berkeliaran tu dekat restoran diorang.

      Delete
  3. hmmm biasa la pizza hut. i da byk kali kene. biasanya kan klu tahap kelaparan i dah hampir tahap kebulur jgn la masuk pizza hut sbb lama gile nak tunggu. klu nk mkn n saja2 melepak tu d persilakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyyy sebelum nie takde pun jadi macam nie memang okay lah servis. Semalam tu nak try tempat baru, tapi memang hampeh gila. Rasa nak tampar orang pun ada. hahaha

      Delete
  4. had dis pengalaman jugak fie, mmg sakan lah baba indah ngamok ha..sevis lambat sungguh..terbukti plak bkn kt satu branch je, lelain pn sama juga..adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam pun umi fie dah mengamuk gila gila. Ye lah kita nie dah ibarat pengemis. padahal datang nak makan

      Delete
  5. memang terusk fir servis pizza kat jerteh tu.
    baru dua kali wan pergi sana.
    dua dua bad servis.

    bodohlah pelayan macam tu.
    malu nak ambik order.
    kalo wan tokey.
    dah lama wan cakap " you are fired!! ".

    eh, sokmo ko mari jerteh fie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokmo jugak wan, heeee. Sebab jerteh nie besar sikit dari Pasir Puteh kalau ada gapo2 g Jerteh lah senang. Semalam tu first trial lah nak makan situ apo apo kena layan gitu. Memang sero nak marah gila.

      Delete
  6. Macam-macam masalah ada..elok tukar nama je Pizza Hut tu..tukr jadi PIZZA CUT..sesuai sikit..

    ReplyDelete
  7. sbb tu na memilih dominos..
    tp sama je sumtyms depends on pekerja tu n cara mereka dye ajar kn fie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah jna, memang macam tu pun. Depends on the trainer tu. macam mna dia bentuk pekerja diorang.

      Delete
  8. tak sangka pulak pizza hut macam tu. errr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah rara, memang selalu pergi dekat Pizza Hut lain okay je.

      Delete
  9. dah lamaaa tak makan pizza hut . main dominos jeh :>

    ReplyDelete
  10. that is why I kalau nak makan pizza, just PHD je. Delivery. Dok sana memang mencarut jelah. Lagi pulak kalau ramai cust.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tambah dosa je kan DD. Masalahnya dekat sini mana ada PHD, haiisssh. Putus semangat nak layan pizza next time.

      Delete
  11. patutlah pizza hut makin suam2 kuku je sekarang.. kalau macam ni la servis yang ditawarkan, memang tak lama la..

    p/s : mungkin sebab awak comel sangat dorang malu tu kot.hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah, nasib baik sekarang Pizza Hut bawah KFC Berhad tapi pelik jugak apasal KFC smooth dan elok je servis diorang.

      P/s : ceittt itu tanda nak kena sepak tuh. Hahaha

      Delete
  12. dah lama tak makan pizza hut.hehe. tapi pizza hut dekat aeon bukit raja tu memuaskan hati buat masa ni. kalau jumpa macam fie sebutkan tu, memang diorang makan tangan la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mintak penampar lah dani. Huhu. Mungkin waktu dani datang tu sentiasa nasib baik kan

      Delete
  13. ejah blnjo jugok la pizza..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk ejas gano nak makan pun takleh doh. Hahaha

      Delete
  14. sebut pizza hut mmg nana pun ada bad experiences kat situ. service sangat teruk. layan customer macam adek angkat dia hape, padahal kite tak puas hati tapi dia yg tarik muka. memang dah malas nak layan pizza hut klu fast food ni. dominos sedapppppp delivery dia yes sangat lah cepat, tapi pegi makan kat restoran stress lambattttt jugek. cesss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua lambat, baik layan KFC atau MDC. Fast service. Huhuhu

      Delete
  15. betol tu fie..kalau mintak bayar kemainnn lagi dorang..semahal2..sehabes2 duet dlm purse nak kikis..smpai kering..haaaa..dah tu service xhebat mane..puihh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. kannnn. Makin lama kita duduk di restoran tu, makin banyak la dia caj. CIssss

      Delete
  16. pernah jugak alami situasi camni..cuma tak ingat kat fast food yg mana..rasanya pizza jugak..kat tg malim sekali, kat kuantan sekali..

    macam biasa la..bila hati dah panas, ayat semua jenis yg makan dalam..pedih jugak rasanya telinga diorang bila dah kena sindir..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasakan. Kasi pedas pedas lagi, diorang tu bukan boleh bagi muka. Tahu diorang pun manusia, tapi itu kan kerja diorang. Like us, kita ada kerja kita dan kita tahu how to act and do our job. Jangan nak makan gaji buta sangat. Nieee dah marah nie. haha

      Delete
  17. kalau nak makan Pizza Hut, better delivery je kot. servis time nak makan kat kedai atau take away memang tak best! slow gilaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini takde offer PHD sayang. Dia memang ada dine in atau take away je. Seriously shit lah dia punya service.

      Delete
  18. pizza hut kat the mines pun sama. ramai kawan2 kena. service sgt teruk

    ReplyDelete
  19. Cis kalau la restoran ni macam game dinner dash.. Sekali pelanggan lari, owner hilang duit.Muahahah..gelak jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinner dash kalau yang level atas atas tu memang gila ah. Kejap je dah nak marah. Haha. Rasa nak lempang pun ada.

      Delete
  20. Salam Ma'al Hijrah,dari pakjoe sori lambt ucap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awal Muharram pakjoe. Terima kasih atas ingatan.

      Delete
  21. mmg pown..prot da bt kugiran da...kita kerling2 kat pelayan nya dorg wat derk jer....menyirap seh...

    ReplyDelete
  22. gaji diorang sikit sgt kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan je tu kot. Gaji sikit pun sebab tu dah tanggunjawab diorang, apa apa pun kena lah layan orang elok.

      Delete
  23. tak tahu lah secara kebetulan ke ape taw fifie but mostly pizza hut always ada problem mcm ni.. naz pun pernah kot tunggu order tapi tak sampai2..so kesudahannya blah je terus..malas nak mkn pizza hut dah.. seriously service charge dah lah mahal but kerja hampeh... kesian kan..humm

    ReplyDelete
  24. salam fifie
    Tak pe nah kena lg..byak komen2 tu..pergh. Tak sangka servicesnya bgitu..

    ReplyDelete
  25. nak carik gaduh lah tu, sepak guna selipar jepun baru tahu. hihi, sabar lah ya.

    ReplyDelete
  26. pernah sekali dapat pizza seafood yg dh basi. time serve tu boleh pulak dia buat tak perasan, padahal bau pun dah semerbak. bila kitorg komplen, baru la terhegeh nak tukar yg lain... hampeh, hilang terus selera nk makan...

    ReplyDelete
  27. penah jadi kat fae jugak. sakitnya hati. lama gila menunggu. dan memang tak akan pergi pizza hut kat situ lagi. kalau macam tu punya layanan tak lama lagi boleh lingkup lah ceritanya.

    ReplyDelete
  28. oo..sy jarang makan pizza..lebih suka makan kat kedai mamak..sebab diorang punya servis lagi baikkk:)

    ReplyDelete
  29. current issue rupenya...eh! patutla cik fife nie ngomel 8 perenggan entri ni...kool kool...buat sendiri lagi easyy...

    ReplyDelete
  30. Cuba kerja as waiter pizzahut dan rasa perasaan seorg staff

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...