Januari nie aku tengok entry terbitan aku agak berkurangan dari Disember tahun lepas, mungkin mood agak swing biasalah bila Nuffnang tak bagi apa apa reward, mood pun kelaut lah. Hahaha.
Minggu nie memang minggu yang agak sibuk bagi aku since dah 6 bulan rehat di rumah minggu nie lah yang paling sibuk, bermula Ahad aku drive ke Machang awal pagi lagi demi siapkan medical check-up alih alih sampai disana, staff bagitahu kita tak buat medical check up hari ahad sebab doktor tak bersedia medical check up only available on Monday to Wednesday. Hurmmm nasib oh nasib. Hari isnin supposed aku kena teman nenek ke USM tapi sebab nak complete kan medical check up aku sekali lagi ke Hospital Machang, nasib lah orang tak ramai sampai disana waktu baru 8.15 pagi. Gigih kau. Hari selasa dan rabu (kelmarim) aku attended pre-wedding course. Auwwww I kan dah nak kahwin. Hikhik
Aku ingatkan aku nie muda lagi oh lupa gua dah 24tahun tapi mostly yang hadir ke kursus kahwin budak budak dari aku, usia 15 tahun pun ada. Sebelum hadir ke prewedd course nie aku biasalah jenis makhluk suka judge a book by its cover, aku dah set tipikal thinking aku pasal prewedd course alah apa ke relevan nya kursus kahwin nie, kalau nak bercerai, bercerai jugak. Haaa amek kau. Jenis manusia malas nak hadir ke ceramah macam nie lah. Tapi bila dah hadirkan diri selama dua hari nie, baru lah semua tu berubah. Habis first day excited nak hadir second day, best sangat. Banyak ilmu pasal alam rumahtangga nie yang aku dapat.
Dari sekecik kecik hal sehingga sebesar besar hal, semua ustaz ajar. Dari hal ibadat, akhlak, akidah yang kita dah berlajar sejak darjah 1 lagi tu sampai lah ke enakmen kanun 1985 tentang undang undang perkahwinan. Aku rasa kaum Adam paling best kelas kelas macam nie, pasal ustaz pun ada sentuh bab tu. Haiii nak buat macam mana yang tu pun satu benda yang harus belajar jugak. Bukan boleh main taram macam tu je.
Dah attend kursus kahwin nie baru aku tahu kenapa Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak ditetapkan nilai mas kahwin perempuan. Bagi negeri Kedah dan Perlis aku tak sure sangat tapi bagi Kelantan dan Terengganu ia disebabkan oleh wang hantaran dan mas kahwin kami pihak perempuan adalah sekali. Maksudnya kalau si CAMI nak bagi wang hantaran rm10,000 makanya mas kahwin pun dah termasuk dalam tu. Dan kesemua rm10,000 adalah milik si perempuan sahaja tidak keluarga tidak suami melainkan dengan budi bahasa si perempuan untuk bagi sedikit pada keluarganya. Berlainan dengan negeri lain wang hantaran yang diberi oleh CAMI adalah milik keluarga untuk dibuat kenduri kahwin tersebut. Hanya mas kahwin milik si perempuan sahaja. Ini yang aku tahu dari kursus kahwin nie, kalau silap maaflah.
CAMI tu calon suami, CARI tu calon isteri. Huahua