Wednesday, 31 October 2012

Wordless Wednesday 7



Eh dah 23 tahun rupanya kita. Hikhik. Kita rasa kita budak lagi almaklumlah semenjak dua menjak asyik bergaul dengan budak sekolah. Tiba tiba terasa diriku muda.

Ehem terima kasih pada yang wish yang tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan saya, pada yang hadir dalam hidup saya sepanjang 23 tahun ini, bersusah senang dengan saya. No words can describe my feelings. Saya hargai kalian yang hadir dalam hidup saya. Tidak kira musuh mahupun sahabat.

Tuesday, 30 October 2012

Cara hilangkan kesan turun warna pada baju

Sungguh aku rindu sungguh aku sayang ooooo ku tidak malu malu. Ehe termenyanyi puleks titew. Hikhik. Titew minta maaf minta ampun banyak banyak baru punya kesempatan untuk melawat blog. Sibuk adalah alasan palsu malas adalah alasan benar dan tepat 100%. Sejak dari last update untuk raya haji hari tu, hari nie baru rasa ghairah nak lawat blog. 

Petang tadi balik lewat dari biasa, ada meeting as usual lah. Bincang soal prestasi, streaming class, perlantikan pengawas, dinner guru, farewell party darjah 6 dan untuk pengawas dan akhir sekali soal sukan yang akan diadakan besok. Dah dua hari berturut turut latihan sukan diadakan, nasib baik cikgu pakai pelindung UV sunplay spf 130++. Maka nya kulit cikgu masih putih ibarat snow white. Kuikui. Balik sekolah tadi ingat nak jemur baju yang dibasuh semalam. Sekali angkat sentap gua. Terkejut monyet. Baju ayah turun warna dengan baju aku. Huwaaaa. Apa nak buat nie, memang kalut ribut lah rasa. It's Burberry uolls, kalau yang murah murah tak ada aku nak kalut ibarat taufan Sandy tu tapi nie yang harga pun buat mata aku juling. Mati lah macam nie.

Terus bagitahu umi, mulut umi as usual lah potpetpotpet tapi tangan lincah bergerak. Ambil vanish dan rendamkan baju tu. But still nothing change. Warna pink pink masih melekat di baju tu. Apa guna teknologi kan, apalagi ambil handphone google macam mana nak kasi hilangkan warna tu pada baju ayah. Alhamdulilah lepas ikut cara cara nya tak sampai sejam memang bersih suci lagi murni baju tersebut. Tak ada dah kesan pink pink mahupun tompokan warna pada baju tu. Memang syukur giloss. 

Berikut cara-cara yang aku guna. InsyaAllah menjadi, uolls boleh cuba. Mana lah tahu yang turun warna pada pakaian yang gilos mahal. Mahu nangis kan. Kalau yang tak mahal pun dah nangis kena  kena dekat baju feveret. 

1) Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas dan dicampurkan dengan perahan asam limau. Berapa biji asam limau depends on the stain, kalau nampak banyak je kotoran tu kau guna lah banyak sikit. Tadi aku guna dalam 5 biji asam limau. Lepas tu letakkan sedikit sabun basuh baju. Rendamlah dalam sejam macam tu, kalau rasa gelisah resah jenguk jenguk la baju tu. Hakhak. Kalau aku tadi aku rendam dalam 30minit macam tu terus hilang kesan tu.

2) Rebus baju yang terkena warna tu, selagi tak hilang kotoran selagi tu lah rebus. Sehingga hilang. Cara nie pun menjadi mengikut few blogs yang aku lawat tadi, tapi aku tak berani sebab aku ada tengok tag di baju tu yang letak tanda pangkah pada basuh baju tersebut dengan air panas.

3) Using dylon. Nie pun aku baru tahu. Alahaiii 23 tahun hidup first time dengar pasal dylon. Dylon nie sejenis agent for color removal which can be bough at tesco or giant atau pasaraya yang aku tak tahu. Nanti lah kalau pergi Tesco nak usha dylon nie. Beli terus sebab aku tengok efektif dan berkesan juga lah, infact ramai yang komen cakap Dylon nie lebih berkesan compare dengan Vanish untuk baju berwarna lah. 


Ini gambar lama, aku rasa Dylon dah improvised mungkin dah new packaging. Google tak jumpa pulak. Tapi takpe lah, as long korang kenal bentuk dan paket dia macam mana. Senang nak cari ye dop.

Ini jelah yang aku tahu. Kalau korang ada cara lain yang lebih berkesan boleh share. Kita kan 1 Malaysia, sharing is caring aite. Hikhik. Till then goodnight people. Cikgu nak pergi tulis analisis pencapaian students kojap sebolum masuk tidur. 

Friday, 26 October 2012

EidAdha

Oh oh oh lenguh habis belikat aku bagai nak patah pinggan nie menyental lemak lemak yang tertinggal di periuk belanga. Tak lama lagi ada muscle lah aku, hakhak. Dah dua hari air takde di rumah dan kawasan sekitar, cissss inilah yang paling aku benci. Kalau takde air waktu biasa takpe, ini yang kena hari raya. Orang datang tak putus putus takkan nak suruh buat macam jamuan sekolah tu. Datang mesti bawak pinggang dan gelas sendiri ye.

Ini tahun ayah dan umi ambil korban di kampung masing masing, maknanya banyak betul daging di rumah. Tapi nasib baik lah doktor dah advise untuk aku kurangkan pengambilan daging since aku ada alahan pada protein di daging, nanti habis lah merah merah mata dan hidung. Tak cantik dan bergaya lah saya. Huahua.

Raya haji masih sama pada tahun tahun lepas, nothing special and extraordinary. Nanti kahwin special lah kot, hikhik sambut dengan suami tercinta kan. Alang alang dah tertulis (ter adalah kata sifat yang menunjukkan ketidaksengajaan) entri ini, marilah kita bersama sama dengan kerendahan hati memohon kemaafan dari seluruh warga blog, fb, instag, alam maya, ilusi, halusinasi, realiti dan sebagainya. Andai ada tersilap kata, tersalah bicara, terkasar bahasa, tergores hati, terkecik limpa maafkanlah hamba yang khilaf ini. Hamba is non perfect.

Kalau free lapang lapang tu ringan kan lah kaki ke rumah saya. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk anda. Hikhik. Huarghhh ngantuk dah, moh la kita tidur ye kawan kawan.

Merah sempena kemenangan treble TRW tahun ini biarlah tadi aku perasan lembu asyik usha aku je. Cissss. Lembu itu sudah dimakan dagingnya. Haha




Wednesday, 24 October 2012

Diary hari ini

Minggu minggu akhir sebelum tamat sesi persekolahan 2012 adalah minggu yang memenatkan. Full of activities. Sebab musabab GB tak nak pelajar main lumba lari sesuka hati mereka dalam kelas tanpa kawalan dari cikgu. Biasalah buku teks dah hantar, peperiksaan akhir tahun pun dah tamat jadi mereka merdeka. Tapi bagi kami guru tidak lah begitu. Ada lagi kerja yang perlu dibereskan dengan kadar segera.

Walaupun aku hanya sub teacher, tapi masih lagi aku perlu bereskan semua kerja yang aku ambil alih dari guru sebenar. Habis marking paper, kena masuk kan data data ke dalam SAPS, sistem pengkalan data markah pelajar. Lepas tu kena siapkan report ihadir sekarang semuanya dah online. Buku rekod pelajar, rekod peribadi pelajar infact kehadiran pun macam tu. Memenatkan tapi berkesan. Ini untuk mengelakkan pelajar ponteng sekolah dan menipu parents mereka bahawasanya mereka pergi ke sekolah tapi sebenarnya tidak. Lesson plan dah siap untuk sampai hujung minggu depan. Hiks. Semangat cikgu baru menulis rancangan mengajar. Busy tapi aku suka. Takpe lah, dah empat bulan hidup bersenang lenang tanpa sebarang masalah mahupun beban di kepala. Apalah sangat setakat sibuk dalam masa sebulan nie kan.

Next week buka sekolah lepas cuti Hari Raya Haji ada latihan sukan selama dua hari dan sukan sekolah dan juga jamuan akhir tahun kelas. Perghh nasib baik aku tak pegang mana-mana kelas, tapi dalam fikiran ada jugak nak sponsor apa apa untuk kelas yang aku ajar tu. Hari nie busy kegilaan, 12 orang cikgu absent ada yang pergi kursus ada yang MC. Makanya waktu waktu kosong aku kena ganti kelas, alah setakat masuk bagi salam catat apa yang patut, lepas tu bukak novel baca. Kacanggggg. Haha.

Tapi kalau masuk ke darjah 1 best, boleh ajak diorang main teka teki, selesaikan masalah matematik, boleh buat singing contest. Banyak idea. Kalau yang besar besar nie aku bagi diornag buat kerja sendiri. Sampaikan diorang tanya aku, cikgu nak main polis sentry boleh. Aku jawab main lah tapi jangan bising. Kalau bising saya sepak awak nanti. Mula mula senyap je diornag main, lepas tu makin lama makin bising, aku ambil pembaris panjang pukul tangan diorang secara manja. Boleh diorang gelak. Arghhh nampak sangat muka aku tak macam singa. Harus banyak praktis.

Since dah jadi guru nie, aku sedar satu benda. Parenting and teaching is inter-related. Two weeks left,I know I'll miss them. *sigh


Kelas nie first class bagi darjah 4, hanya 5 orang je yang murid biasa. The rest are prefect. Tapi ya allah dia punya perangai, lenguh mulut melarang. Nie diorang tengah main polis sentry. Nampak tak cop cop di bahu kawan tu. Haha.














Sunday, 21 October 2012

Blogshop pilihan hati

Sebagai seorang pembeli online tegar atau die hard fan blogshop amat ralatlah bagi aku untuk tidak share paling kurang sebuah blogshop pilihan hati dalam masa sebulan. Amat penting jugak review sebegini sebenarnya dimana dia berkepentingan kepada kedua belah pihak. Kepada penjual of course dan kepada para pembeli. Pembeli semestinya tidak ingin tertipu dengan blogshop mana mana setelah mereka membayar sejumlah wang tunggu punya tunggu wang dan owner blogshop terus lesap. Ahhh memang sakit hati.

Aku nie jenis yang suka kan fesyen dan seperti sedia maklum fesyen bagi ladies bergerak dengan amat pantas. Terlalu pantas sehingga nak kumpul duit nak beli yang baru pun tidak sempat.Hiks. Maka nya solusi terbaik adalah mencari pakaian dengan harga berpatutan atau senang cerita murah. Brand tidak lagi menjadi keutamaan buat masa sekarang. Antara blogshop yang menjadi kegemaran aku ialah colourlovecloset. Dimiliki oleh one of my friend, Farah Honeym tapi lebih mesra dipanggil farah.

Mula mula kita cerita pasal servis ye. Servis nie sepanjang aku belajar bisnes management antara benda terpenting untuk melariskan barang jualan kita. Kalau barang jualan terkenal hebat macam mana pun tapi kalau servis hampehh orang pun tak nak beli. Setakat kita tanya dah malas nak menjawab, kita email atau inbox ambil masa seminggu baru nak reply (tanpa alasan munasabah) memang la orang tak percaya. Orang akan ingat awak tu tak serius nak berniaga. Haaa paham. Tapi dengan blogshop CLC ini semua itu tidak menjadi masalah. Servis tiptop. Kau komen la di gambar tu pukul 2 pagi pun InsyaAllah dia reply paling lewat tengahari tu. Tapi selalunya awal pagi dia dah reply. Dia kan kerja mesti lah on pc awal pagi. heee.

Dari segi barangan jualan harga yang ditawarkan antara yang termurah. Nie betul betul. Aku selalu jugak order barang dari sini, jadi sebelum order aku selalu buat survey antara blogshop blogshop yang lain. Memang tidak diragui CLC menawarkan harga yang murah. Biasalah barang pre order nie memang senang nak jumpa dengan shopping online lain, jadi itulah keistimewaannya yang senang kita nak compare price. Takkan lah yang ini letak harga rm50 yang itu harga rm38 free postage lagi, kau lebih pilih yang rm50. Memang tidak lah kan.

Baru baru nie aku order dua helai baju, dan baru semalam sampai. Hiks. It takes two weeks after closing date. Biasalah kalau pre order kan konsep nya akan ada tarikh tertentu start bila habis bila dan customers kena tunggu dalam tempoh masa dua minggu selepas tarikh ditutup. Kalau sebelum tarikh tu ditutup jangan pandai pandai nak tanya penjual yang barang kau dah pos ke belum, kenapa tak sampai lagi barang tu. Dah konsep nya macam tu, kita yang membeli kena faham unless it stated ready stock yang bermaksud stok di tangan. Makanya itu boleh lah lepas kau buat pembayaran kau tanya laju laju bila nak pos. Hahaha.



This is madddd, it's soo tempting. Ehem apa salah tambah koleksi ye dop. Hiks

Wednesday, 17 October 2012

Realiti atau lakonan







I'm soooo not multifunction people, I cant do more than one job in a time. Tengok sekarang, bila dah kerja aku kurang luang masa untuk blog untuk facebook. Tiba tiba idea yang melimpah ruah macam sungai tu jadi kering kontang. Nak update blog pun terfikir fikir dulu apa eh yang harus ditulis. Takkan nak update pasal teaching experience je hari hari. Bosan pulak para pembaca tersayang. Hiks.

Tadi balik dari sekolah, aku sempat lah tengok siaran ulangan program realiti yang tengah hangat di pasaran sekarang. Sebenarnya sejak dulu dulu sejak first season lagi aku tak berapa berkenan dengan program nie, tapi sekarang double triple tak berkenan. Dulu kepuraan peserta tidak lah sampai tahap nie masih boleh consider dan masih dibawah paras bahaya. Entah la sekarang macam something wrong somewhere dengan program tersebut. It's a reality programme and should be spontaneous in every way but why it seems so fake. Nampak macam semua tu lakonan. Lakonan semata mata nak menarik penonton maka tercipta lah rating tinggi.


Dengan bergaduhnya, provokasi kumpulanya, kau umpat aku, aku umpat kau, kritik itu ini. Ahhhh pening melihat gelagat mereka tidak ubah seperti budak budak. Aku rasa seperti diorang disuruh suruh untuk berlakonan sebegitu. Pelik dengan situasi begitu, aku pernah bekerja dalam kumpulan dan aku percaya semua pun pernah. Tapi tidak lah sampai ada benda benda berbangkit yang bisa mencetuskan pergaduhan.

Mungkin aku tidak disitu, tidak ditempat mereka maka aku tidak rasa apa yang mereka rasa. Mereka disitu untuk menang, jadi by hook or by crook they have to do the best. Tidak kisah lah, ini pendapat aku. Yang rasa adalah lebih baik kau aim untuk menang dari mencari publisiti sebegitu bukankah tujuan kau sertai program tersebut untuk menang. Berbalik lah pada niat asal.



Monday, 15 October 2012

exam in progress

Rupa rupanya susah jadi cikgu nie. Ingatkan senang. Bunyi loceng jam 1.15 boleh terus punch card keluar, rupanya alahaiii lambat dari waktu tu. Minggu pertama memang senang, tak ada kerja banyak sangat. Minggu kedua iaitu minggu ni sibuk amat. Hari ahad dah ada meeting, biasalah hujung tahun nak akhir persekolahan meeting tamat pukul 2.30. Aku yang rasa meeting nie tak berapa nak ada kaitan dengan aku dah beratus kali menguap. Ahh peduli apa pada yang memandang, tengok cikgu cikgu dah berbual sesama sendiri. 



Hari kedua hari Isnin, bermula peperiksaan akhir tahun UBB 5. Mula mula aku ditugaskan jaga kelas first, kira kelas paling pandai dalam darjah mereka. Senang sangat. Edar kertas soalan dan jawapan, diorang terus tulis nama, aku suruh diorang berdoa. Terus berdoa banyak banyak. Senyap je, berbual jugak tapi masih dalam keadaan yang terkawal. Aku pun senang hati. Mula exam buru buru je diorang buat, aku keluar kan novel terus baca sambil mata pandang situ sini. Nak jalan jalan round kawasan tak boleh, kelas diorang padat, meja yang depan depan tu betul betul dekat papan hitam. 

Kelas kedua yang aku jaga exam memang betul betul mencabar kesabaran aku yang pada hemat aku tak ada lah tinggi mana pun. Aku masuk diorang masih tak hiraukan aku, perempuan dengan lelaki sama. Main kejar kejar, aku sepak kau, kau sepak aku, banyak lagi. Aduiiii letih mata aku. For the first time I had to rise my voice, selalu lembut je. Malas nak tunjuk belang sebenar. Tapi kelas nie memang betul betul mencabar aku. Peperiksaan dah mula pun diorang still bercakap cakap. Tak meniru pun, tapi sembang benda nonsense. Lepas tu aku jalan jalan round kawasan senyap kejap. Aku cubit budak lelaki seorang, degil sangat. Muka dia cemberut lepas tu, tapi kejap je 10 minit lepas tu boleh tegur tegur aku. Sepanjang masa aku handle kelas tu, aku terpaksa menaikkan suara. Exam pun tak buat, suruh fikir diorang malas. Kertas sivik pun nak meniru ke. Pelik betul.

Balik sekolah terus ke Jerteh, kena buka akaun KWSP since aku dah start kerja nie even for temporary only. Ke Kwsp 10minit je, merendek di Jerteh yang lama. haha. Hilang stress hari nie.
Esok exam lagi, kelas hujung lagi. Harap dapat kawal kelas better than today. InsyaAllah. Whoever they are, I hope they can do their examination well and pass with flying colour. I am always praying for their successfulness.


Thursday, 11 October 2012

Hala tuju selepas ijazah/diploma

Masih ramai siswa atau siswi yang tidak tahu kemana hala tuju mereka selepas bergraduasi, tidak kira lah sama ada lepasan diploma mahupun ijazah. Yang diploma kemungkinan besar nak sambung ke ijazah demi peluang yang lebih cerah manakala yang ijazah ramai yang memilih terjun ke bidang kerjaya dari terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Itu semua depends on the people itself. Yang gila buku belajar lah, yang nak duit nak pengalaman kerja lah. Macam aku, aku prefer kerja dulu. Sebab musabab aku tak perform well untuk degree hari tu dan aku tak nak pisang berbuah dua kali untuk master. Nak sambung master sebab tergoda tengok kawan sambung. Ehey tepuk dada tanya selera.  Tapi lately aku agak terasa lah bila banyak suara sumbang yang didengar memberi komen sinis pada aku. Seperti :

1) eh tak dapat kerja lagi, memilih kot
2) eh tak dapat kerja lagi, tak usaha kot
3) aikk rupa cantik pun susah ke nak dapat kerja 
4) tak nak kerja ke malas


Suara sumbang yang buat aku terasa hati, pohon dimengerti. Aku tamat praktikl 2.06.2012 sekarang 11.10.2012 dan aku sudah empat hari menjadi cikgu ganti. Kurang lebih empat bulan berada di rumah, menganggur. Tapi mohon diketahui jugak, aku belum konvo maka nya aku tidak officially degree holder lagi. Banyak kerja yang aku apply mahu kan graduate yang ada experience at least 1-3 year (s). Empat bulan ye bukan empat tahun. Jangan jaki sangat. Aku duduk rumah bukan duduk goyang kaki besarkan punggung. Aku dah jadi macam housewife atau maid, bangun pagi, kemas rumah, iron baju, basuh baju, jemur baju, sapu laman, masak, kemas dapur. Kalau nak dibilang tugas memang banyak. 



Maaf lah aku memang terasa bila orang kata aku tak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Tanya lah mana mana siswa siswi siapa yang tak nak kerja lepas 4,5 tahun bersusah payah di universiti. Bodoh la kalau lepas sanggup hadap segala rintangan demi nak capai segulung sijil tapi tak nak kerja. Tak kan semua interviews offer yang aku dapat aku nak kena expose di sini atau di facebook kasi tahu satu dunia, ahh itu bukan aku. Hanya cakap cakap pada teman berkongsi kegembiraan. Temuduga yang dapat kebanyakan di Kuala Lumpur atau luar dari Kelantan dan ayah memang sangat sangat susah nak lepas aku kerja luar  dari Kelantan unless syarikat itu adalah well known company. Jangan dipandang negatif, hati seorang ayah tidak siapa boleh duga. Risau dia, bimbang dia, concern dia, ambil berat dia. Anak perempuan seorang. Harap mengerti. Kadang kadang mulut bila bercakap harus diiringi dengan akal, baru lah tiada statement bodoh akan keluar.

Wednesday, 10 October 2012

Wordless Wednesday 6


Baru tiga hari jadi cikgu hari nie dapat rose dari student. Hiks. Cikgu suka, thank you. One of my student said to his friends aku nanti besar nak masuk meminang cikgu Fifie. Alamak adik, cikgu waktu tu dah kerepot. Haha



Monday, 8 October 2012

Teacher Fifie

Sehari tidak jengah blog menitik air mata ke atas keyboard laptop kesayangan. Sobs sobs. Traffic turun dengan berkadaran rendah. Arghh sungguh tak kuduga. Bukan aku sengaja sengaja tidak ingin melawat kesini tapi ternyata masa amat cemburu dengan aku.

Sebenarnya sebenarnya kan hari Ahad lepas aku dapat panggilan yang tidak disangka sangka. Ehem dari PPD pasir puteh, terkejut lah jugak pasal waktu officer tu call waktu tu dah luar dari office hours jarum dah hampir ke angka enam. Rupa rupanya officer bawak berita gembira, akhirnya dapat jugak aku capai cita cita bergelar seoarang guru walaupun hanya sebagai replacement teacher. Hiks. Ada seronok dalam debar, berdebar sebab aku diberitahu aku kena mula bertugas hari Isnin yesss semalam lah kiranya. Aku pulak jenis clumsy, takde sebarang preparation dari segi mental dan fizikal. Tapi demi duit tabungan dan demi kuruskan badan aku gagahkan jua menerima jawatan itu. Hiks. Yeayyy dah boleh jadi teacher Fifie.


Pepagi tu umi hantar ke sekolah, almaklum lah sekolah aku ganti nie tepi je dengan sekolah umi mengajar. Masuk masuk mostly student tertoleh toleh lepas tu berbisik dengan kawan diorang, lepas tu yang lain lain pun ikut sama tengok aku. Ahhh janggal sungguh rasanya. Macam pakai kain tak zip. Lepas jumpa dengan guru pentadbiran sekolah diberi briefing sikit tentang subjer yang aku kena ajar dan kelas mana dan gelagat murid aku terus ke dewan yang menempatkan student standard six. Turun je tangga, seorang menyapa eh cikgu baru ke nie. Ye saya. Wahhh comelnya cikgu macam barbie doll. Muka aku dah start pakai fake blushing. Withing 5minutes dah hampir 20 orang student perempuan kerumun aku, salam lah tanya itu ini. Soalan cepumas cikgu dah kahwin ke belum. alahaiiiiii.




Habis waktu darjah enam terus naik tingkat empat, boleh tahan nak tercabut nyawa aku. Maklum lah cikgu dah lama tak bersenam. Masuk kelas ajar english, nasib baik budak kelas first tak banyak kerenah. Aku suruh buat latihan buru buru je diorang buat, tapi adalah dalam 4,5 student yang degil. Aku buat buat round kawasan macam kak yong tuh, diorang buat la kejap. Aku duduk balik kat tempat aku, diorang main kad lah main dam ular lah. Suka hati kau lah budak, nasib baik first day. Kalau lama lama mahu je aku sekeh kepala tu. Tapi yang sweetnya budak budak nie jenis respect pada teacher diorang eventhough diorang tahu aku hanya cikgu ganti.

Kelas akhir sebelum balik adalah kelas LINUS ( literasi & numerasi ), kelas nie menempatkan students dari darjah satu yang tak dapat membaca, mengenal huruf dan angka. Kiranya yang betul betul lemah lah. Aku rasa dah macam ajar budak tadika tapi takpe sebab diorang cepat je tangkap apa aku ajar dan tak main main. Tapi lepas 10minit aku soal balik lupa terus. alahaiiii. Kesian diorang, bukan tak pandai sebenarnya mereka ada potensi tapi mungkin kurang perhatian ibu bapa atau ada juga kes yang memang dilahirkan macam tu.

Pukul 1.20 umi datang jemput, singgah kedai beli mihun sup, makan  sembahyang terus tidur. Letihhh noks.






Sunday, 7 October 2012

semakin gugup semakin gagap






Serasa aku dulu aku nie jenis banyak cakap, pantang takde lecturer mulut aku riuh bercakap itu ini. Satu kelas sibuk dengar apa yang aku ceritakan. Padan lah dengan tagline blog, when fifie is babbling. Tapi bila hadapan strangers tiba tiba aku boleh bertukar menjadi power rangers. Ehe silap, menjadi yang pendiam, pemalu dan pengurang bercakap. Entah kenapa.

As I mentioned on the last post yang aku dapat interview untuk seketul kerja nie, aku yang dah torn in between antara hendak atau tak hendak. Last last pergi jugak lah, on the way tu dah ada cabaran pertama. Ho yeah ho yeah, abang JPJ buat road block. Aku yang cepat gelabah terus check road tax, alhamdulilah 7 oktober tamat. Sehari lagi. Eh eh lupa satu lagi benda penting, driving license aku. Nasib baik umi suruh check kalau tak memang melayang terbayang lah not not beratus aku eh ayah. Huwaaa lesen dah tamat tempoh bulan julai lagi. Bayangkan aku sepanjang bulan julai hingga oktober nie aku dah ke Kota Bharu berpuluh puluh kali, ke Dungun, ke Kuantan. Tidak ku sedari langsung.

Sampai sampai dah pukul 10, nasib baik ada dalam 7 orang lagi sebelum tiba turn aku. Waktu tengah menunggu tu sempat aku baca novel, langsung tak buat revision ke apa ke. Melampau betul. Turn aku sampai around 45 minit lepas tu, dupdapdupdap ohooiii hati boleh berhenti tak kejap main drum tuh. Nak kawal nafas pun susah. Nervous gila noks. Bayangkan I even hardly spill out everything I studied earlier. Mampus aku kali monolog dalaman lagi.

Nasib baik interviewers baik, senyum je walaupun jawapan aku agak ke laut. Ada dia tanya, kalau tak dapat  job nie macam mana. Aku jawab tidak apa apa, before I came here I've set my mind if I've got this job then Alhamdulilah but if I won't then I would assume this is my earliest step to gain experience. Hah amek kau, jawapan ohsem aku bagi. Yessza seperti entry dulu dulu aku tentang interview, kita harus bagi jawapan yang ohsem demi nak membeli hati para penemuduga. Kuikui.

Lepas tu adalah few questions tentang islamic banking yang diorang tanya pada aku. Suruh explain lah, suruh aku bagi pendapat lah. Nasib baik ada ilmu sedikit sebanyak tentang islamic banking. Tidak banyak harapan aku pada job ni, I know my capability. Tapi tipulah kalau langsung takde mengharap kan, kalau 100% aku bagi 40% la pengharapan tersebut. Hiks

Sampai disitu sahaja cerita ini, pukul 2.15 sampai rumah sembahyang mandi dan tidur. Haha. Aku ada alergi pada bangun pagi dengan awalnya.

Friday, 5 October 2012

Kelibut

Mungkin ini adalah entry terpendek ( kecuali WW ) pernah ditaip oleh si Fifie ini. Sebenarnya hati aku tengah gundah gulana, duduk gelisah berdiri resah. Alahaiiii ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Begitulah dirasa tika ini.

Ceritanya begini besok gua ada interview, sedikit rasa nak pergi sebanyak rasa tak nak pergi. Tapi umi suruh pergi. Sejak dua hari lepas setelah tahu berita itu aku dah berlatih bercakap dengan gaya sopan menarik dan santai. Demi menutup debaran di dada.  Ahhh berlatih dalam toilet tika mandi sudah, berlatih dalam hati tika makan sudah, lalu apa lagi yang harus dibuat.

Kalian doakan si Fifie. Tidak dapat tidak mengapa, pengalaman yang dicari itu lebih penting. Kelibut sungguh didada ini.




Thursday, 4 October 2012

Kepohci



Rutin harian aku sejak aku bergelar penggangur ialah menjadi OGB, orang gaji baru. Gelaran dari adik adik buat si kakak, nak jugak aku sepak sepak. Nasib baik gua lembut. Hiks

Pagi tadi pergi pasar basah bila intai inta peti ais ayam ikan dah nak habis, bawang merah bawang putih pun dah nak masuk zero. Normal lah aku list kan apa yang aku nak beli, karang takde lah lupa nak beli itu ini. Malas tahu tak nak pergi pasar dua tiga kali sehari.

Tengah syok aku pilih pilih barang dekat supermarket nie ( aku memang high taste sikit nak beli apa apa terus ke supermarket hahahaha) tiba tiba aku terdengar perbualan dua orang makcik nie. Ehem bukan nak kepochi apa ye, tapi terdengar dah aku tengah pilih barang depan diorang. Hiks.

Alkisahnya, makcik sorang nie let me name her as aunty A dengan galaknya bercerita pasal entah anak siapa entah kahwin tapi tak bertunang. Aku dengar lagi sebab tiba tiba rasa eh macam menarik je cerita nie, boleh jadi bahan update blog. Hahaha. Aunty B tanya lah yeke, kahwin dengan orang mana. Apsal tiba tiba je, tak dengar ribut takde angin terus kahwin. Ke ada apa apa. Aunty A balas lagi, aku rasa macam tu lah, budak zaman sekarang kalau perut tak kembung mana nya nak kahwin macam tu, muda lagi.

Ah sudah monolog aku dalam hati, makcik dua orang nie pakai kitab mana nak kahwin MESTI bertunang terlebih dahulu. Musababnya sepanjang pengetahuan aku yang sudah hidup hujung bulan nie cukup 23 tahun tak pernah lagi dengar hukum bahawasanya bertunang itu wajib. Setahu aku lah yang berpendidikan taraf ijazah nie bertunang itu hanya adat tak tahu lah kalau makcik tu berpendidikan taraf phd (perasaan hasad dengki), malah firman Allah ada mengatakan :

"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan ( secara sindiran) untuk meminang perempuan" Surah al : baqarah (235)

Maksud surah diatas ialah bila si lelaki melamar perempuan untuk berkahwin walaupun melalu handphone atau sms atau wassap untuk lebih canggih itu sudah dikira bertunang. Mengikut syara' tidak perlulah majlis bagai kecuali kalau kedua pasangan itu mahukan begitu. Mungkin pasangan itu sudah bercinta lama dan tidak punya banyak masa untuk bertunang disamping ingin cut cost maka lebih baik lah berkahwin terus.

Jadi makcik A dan makcik B kalau anda terbaca blog saya ini, saya ingin mengatakan kolot sungguh pemikiran anda. Dan sangatlah kepochi mulut anda. Anda takde anak perempuan ke, atau cucu perempuan ?

Wednesday, 3 October 2012

JANGAN





Sejak bergiat aktif dalam bidang blogging nie aku punya banyak pengalaman. Blogwalking ke sana sini, membaca paling sedikit dua puluh entry sehari aku jumpa bermacam macam gaya penulisan. Memang hebat. Tapi dari penulisan lah aku boleh rumuskan tuan empunya belog. ehem. harap harap penulisan aku membuat kalian readers merumuskan aku nie matang lagi ohsem punya. Huahua*evil laugh.

Dari hasil observation aku sendiri aku boleh rumuskan DONT iaitu JANGAN bersamaan dengan perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang anda menggalas karier sebagai blogger. Ehem. Sila baca dengan nada serius dan patuhi arahan di bawah. please.


JANGAN copy paste bulat bulat idea dari blogger lain. Sedikit sedikit orang tidak kesah lah, tetapi lama lama orang akan sedar. Pelik ini gaya penulisan hari nie esok gaya penulisan begini pulak. Berlainan sangat. And what make it worst readers kemungkinan akan terjumpa kesamaaan entri anda di entri orang lain. Bila readers compare tarikh nya pastinya readers akan judge anda. Serious waa cakap sama luu.

JANGAN update entry seperti anda update status facebook mahupun twitter. Ayat dua tiga patah perkataan je, nak masuk satu perenggan pun tak layak. Lama lama readers bosan, kalau orang macam aku yang jenis cepat bosan terus tekan button unfollow. Aku tahu kadang kadang ketuk kepala di dinding pun idea tak kunjung tiba, alangkah indahnya kalau idea boleh dibeli. Mesti para blogger beratur nak beli. Tapi sayang tidak ada dijual idea di mana mana,  korang boleh jana idea dengan BW ke mana mana. Jumpa info ke tak kisah la pasal education, politics or entertainment. Karang je ayat panjang lebar tapi jangan melalut. Done satu entry

JANGAN amalkan buat entri untuk judge orang atau mengumpat atau tempat kau nak menjatuh kan someone. Readers sekarang tak macam dulu, diorang dah pandai menilai. Setakat kau buat blog semata mata nak tulis benda bodoh pasal orang lain, just forget about it. Readers dapat nilai kau nie jenis orang yang macam mana.

JANGAN tulis entri sewaktu mood tengah tak berapa stabil. As an example, you just break up with your boyfriend and you are in depressing, lalu kau update entry tulis itu ini pasal relationship korang and what you feel. Kalau sehari dua mungkin orang bertahan tapi kalau dah tiga minggu asyik ulang benda sama. Fed up tahu tak !! So please keep it on your heart or find someone who can listen to your problems. Kalau takde kawan ke pergi ke bookstore beli diari dan tulis la sampai ke muka surat hujung pun takde yang kisah. Blog bukan tempat nak curhat lebih lebih dan fikirlah inikan public.

JANGAN letak widget melampau banyak sehingga susah readers nak baca pasal iklan turun naik ikut bar kita. Haha. Nie kes aku punya, serius malas nak bukak blog bila too much ridiculous widget in it. Kita nak orang baca entry kita lawat blog kita, we have to make them comfortable dan yang paling penting tak menyusahkan diorang.

Rasanya banyak betul JANGAN aku, hekhek. Tiba tiba rasa macam blogger famous bila buat entry macam nie.








Tuesday, 2 October 2012

Roomate Rules

Ehem batuk dengan gaya santai, jika ada yang perasan lah kan. Hiks. Malu pulak gua.




Aku nie nak kata lama duduk hostel kalau dibilang bilang sejak dari diploma hingga degree 5 tahun semuanya, ye itu boleh dikira lama. Bermacam ragam jugak lah jumpa, kena yang banyak cakap senang masuk dengan aku senang lah nak berkawan. Kena yang dia diam aku lagi lagi lah diam. Bukan sombong cuma tidak pandai mulakan first move. Hikhik.

Benda pertama yang patut ada pada seorang teman sebilik ialah jangan ambil barang orang lain. Maksud disini mentang mentang lah dah 3 tahun bersama sesedap rasa je kau nak ambil baju baju dia buat macam baju kau. Melampau lah tu. Tak pun sedap sedap rasa je kau pakai shower dia tanpa mintak izin dulu. Aku pun pernah jugak macam tu, in case tak sempat beli ke apa kan kalau nak meminjam aku mesej je si punya itu yang bla bla bla. Simpe. Orang pun tak rasa nak marah dengan kita ye dop.

Kedua ialah belajar hormati hak privacy orang. Aku memang ehem memang naik angin dan hot dengan orang yang tak reti nak hormat privasi aku. Suka suka dia je belek handphone kita bila bunyi tetttt menandakan ada mesej masuk. Please don't read that, tak kisah la personal atau pun tak its not our right to read that. Kalau nak pinjam handphone ke laptop ke please mintak izin dulu, kita kan orang Melayu ada adab sopan. Like bila masuk rumah orang kau bagi salam dulu kan, jadi benda nie sama je. Nak pinjam mintak izin dulu.

Ketiga sayangi lah roomate kau. Tak ada roomate sunyi lah hidup kau. Aku lebih suka berkawan dengan roomate maksudnya aku tak buat bilik aku sebagai tempat persinggahan sahaja. Anggap bilik dah umpama macam tempat tidur yang waktu waktu lain kau entah ke mana. Silap haribulan roomate pun tak kenal kau. Cuba lah berbaik baik dengan roomate, tak sekepala macam mana pun kan try lah sembang sembang dulu. Aku pun begitu jugak dulu, malu malu dan rasa eh tak ngam lah dengan dia nie. Tapi last last okay je. Takde masalah apa apa pun. As long as kita ikhlas berkawan.

Akhir sekali aku rasa sebagai roomate sebagai kawan kita kena jadi lebih sensitif. Sensitif disini bukan lah tiba tiba kau merajuk dengan roomate kau tak tentu hala, tapi disini sensitif dengan keadaan. Umpanya roomate kau tengah study esok dia nak final kau pulak takde paper lagi esok, dan kau buat bising umpama bilik tu kau yang punya. Jangan buat macam tu. Tolong fahami dan hormat roomate kau, put your life in her shoes. Malam nak final kau nak orang memekak di telinga kau bila kau tengah hafal formula ekonomi. Nak macam tu. Tak kan. So as others.


Bagi aku hidup berkawan nie simple, kalau rasa tak ada persefahaman ke apa bagi tahu HEP nak tukar bilik. Hahaha. Senang, dapat bilik single senang kau nak manage diri sendiri.

Monday, 1 October 2012

Kisah whenfifieisbabbling

Tiga hari ye tiga hari si Fifie tidak jengah blog kesayangan tidak jugak jengah blog teman teman. Baca luahan hati dan informasi sambil makan popiah goreng. Enak sungguh. Bukan benci bukan jugak tidak sayang tetapi ekoran laptop gua yang cepat panas lalu termampus sendiri. Itu penyebab gua malas nak on laptop berjam jam. Tapi hari ini mungkin masalah itu dapat diatas, gua sudah beli aircond untuk laptop gua. Sayang wey mana nak cari not ribu ribu untuk sebuah laptop dimasa tidak mempunyai sebarang pekerjaan lagi. Diharap encik laptop tidak lagi panas panas hati ye sayang. Ehe.

Intro panjang melambangkan kerinduan membuak buak. Kuikui. Hari lepas lepas tika aku sedang online fb dengan handphone tercinta tiba tiba aku terbaca satu post ini, tentang blogger. Isi kandungan nya sudah aku lupa tapi rumusan nya adalah apakah tujuan sebenar kita ada blog. Lebih kurang lah kan, nak quote betul betul maaf otak gua bukan mesin photocopy.

pict courtesy : google 

Ada yang bagi tahu aku, gaya penulisan aku menunjukkan aku sudah lama berblog tapi bila tengok followers aku ciput je. Hehe. Ini ada blog ke tiga aku, aku punya dua blog lain sebelum ini tapi sudah aku delete di atas faktor faktor yang aku sendiri tidak punya jawapan. Yang pasti kali ketiga buat blog iaitu blog ini aku memang bertekad tak akan delete blog tanpa sebarang sebab pasti. Istiqamah. Yess sekarang oktober maksudnya dah lebih kurang setahun aku setia pada blog ini. Entry lama lama yang mengarut sudah di delete, hiks. Tak usah lah mencari. 

Dulu aku ada blog sebab aku rasa best je tengok orang lain punya blog sendiri. Tidak langsung ada rasa di hati untuk famous dengan blog, untuk publish blog pun sudah tidak sanggup. Malu barangkali. Aku buat tidak tahu, update jarang jarang BW dan tinggal jejak tidak langsung. Aku suka blogwalking ke situ sini tapi jarang aku comment. Aku more to silent reader. Seronok begitu. Itulah silap aku sebenarnya suka blogwalking tapi tak suka tinggal jejak. Ehe mana orang nak tahu kewujudan kau fifie kalau kau pilih untuk begitu.

Lama jugak lah aku begitu sehingga lah satu masa wan rafiq encourages aku untuk publish blog aku di facebook. Katanya apa guna ada blog kalau tak nak orang lain tahu, share lah dengan orang apa yang awak tulis. Betul jugak  monolog aku sendirian. Tiba lah hari tu aku publish blog aku dan as I expected ramai yang tak percaya. Uhuk. Takpe normal lah kan. Sejak hari tu memang semangat nak berblog makin banyak tidak pernah pupus. Alhamdulilah dari followers 40 lebih je sekarang dah masuk 200. Seronok.

Tapi tidak adil kalau aku tidak berterima kasih pada teacher comel nie sebab dia adalah follower pertama aku yang pada waktu tu followers dia pun dah beratus ratus. Memang ohsem. Dia jelah yang rajin nak komen setiap kali aku update blog. Hiks. Indah thanks for the supports. Memang tak sangka sampai sekarang kami masih bersahabat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...