Tuesday, 2 October 2012

Roomate Rules

Ehem batuk dengan gaya santai, jika ada yang perasan lah kan. Hiks. Malu pulak gua.




Aku nie nak kata lama duduk hostel kalau dibilang bilang sejak dari diploma hingga degree 5 tahun semuanya, ye itu boleh dikira lama. Bermacam ragam jugak lah jumpa, kena yang banyak cakap senang masuk dengan aku senang lah nak berkawan. Kena yang dia diam aku lagi lagi lah diam. Bukan sombong cuma tidak pandai mulakan first move. Hikhik.

Benda pertama yang patut ada pada seorang teman sebilik ialah jangan ambil barang orang lain. Maksud disini mentang mentang lah dah 3 tahun bersama sesedap rasa je kau nak ambil baju baju dia buat macam baju kau. Melampau lah tu. Tak pun sedap sedap rasa je kau pakai shower dia tanpa mintak izin dulu. Aku pun pernah jugak macam tu, in case tak sempat beli ke apa kan kalau nak meminjam aku mesej je si punya itu yang bla bla bla. Simpe. Orang pun tak rasa nak marah dengan kita ye dop.

Kedua ialah belajar hormati hak privacy orang. Aku memang ehem memang naik angin dan hot dengan orang yang tak reti nak hormat privasi aku. Suka suka dia je belek handphone kita bila bunyi tetttt menandakan ada mesej masuk. Please don't read that, tak kisah la personal atau pun tak its not our right to read that. Kalau nak pinjam handphone ke laptop ke please mintak izin dulu, kita kan orang Melayu ada adab sopan. Like bila masuk rumah orang kau bagi salam dulu kan, jadi benda nie sama je. Nak pinjam mintak izin dulu.

Ketiga sayangi lah roomate kau. Tak ada roomate sunyi lah hidup kau. Aku lebih suka berkawan dengan roomate maksudnya aku tak buat bilik aku sebagai tempat persinggahan sahaja. Anggap bilik dah umpama macam tempat tidur yang waktu waktu lain kau entah ke mana. Silap haribulan roomate pun tak kenal kau. Cuba lah berbaik baik dengan roomate, tak sekepala macam mana pun kan try lah sembang sembang dulu. Aku pun begitu jugak dulu, malu malu dan rasa eh tak ngam lah dengan dia nie. Tapi last last okay je. Takde masalah apa apa pun. As long as kita ikhlas berkawan.

Akhir sekali aku rasa sebagai roomate sebagai kawan kita kena jadi lebih sensitif. Sensitif disini bukan lah tiba tiba kau merajuk dengan roomate kau tak tentu hala, tapi disini sensitif dengan keadaan. Umpanya roomate kau tengah study esok dia nak final kau pulak takde paper lagi esok, dan kau buat bising umpama bilik tu kau yang punya. Jangan buat macam tu. Tolong fahami dan hormat roomate kau, put your life in her shoes. Malam nak final kau nak orang memekak di telinga kau bila kau tengah hafal formula ekonomi. Nak macam tu. Tak kan. So as others.


Bagi aku hidup berkawan nie simple, kalau rasa tak ada persefahaman ke apa bagi tahu HEP nak tukar bilik. Hahaha. Senang, dapat bilik single senang kau nak manage diri sendiri.

62 comments:

  1. Aku dulu ada kalanya baik dgn roommate ada kalanya sebaliknya.. haritu tgh belajar dia boleh pasang lagu jiwang klasik kuat-kuat maunya aku tak marah =.=" Terus aku buka pula lagu Rock kapak kuat-kuat muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau lah macam tu kan. bagus la kau ajar dia macam tu dah nak nasihat slow slow tak dengar. Macam tu je boleh layan orang tu.

      Delete
  2. BETOL TU DEAR .. DLU ROOMATE KITE CHINE DAN INDIA .. 1 MALAYSIA DALAM BILIK TU .. TP OTAK GILE2 .. SUME DUK PASANG LAGU INDIA CINA N MELAYU .. HAHAHAMEK KAU ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu best. Kira bersatu jiwa raga, hehe

      Delete
  3. After visiting your blog, I invite you to join us in the "International Directory Blogspot".
    "International Directory Blogspot" It's 159 Countries and 5519 Websites !
    Missing yours join us
    If you join us and follow our blog, you will have many more visitors.
    It's very simple, you just have to follow our blog, enter your Country and your blog url in a comment, and you will be automatically integrate into the Country list.
    We are fortunate to be on the Blogspot platform that offers the opportunity to speak to the world and to share different passions, fashion, paintings, art works, photos, poems.
    So you will be able to find in different countries other people with passions similar to your ones.
    I think this community could also interest you.
    We ask you to follow the blog "Directory" because it will give you twice as many possibilities of visits to your blog!
    Thank you for your understanding.
    Please follow our blog, it will be very appreciate.
    I wish you a great day, with the hope that you will follow our blog "Directory".
    After your approval to join us, you will receive your badge
    We ask that you follow our blog and place a badge of your choice on your blog, in order to introduce the "directory" to your friends.
    Regards
    Chris
    I follow your blog, I hope it will please you
    To find out more about us, click on the link below:
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. eh..cite the roomate kat atas tu.
    roomate dia psycho giler..huhu
    masa kat uni dulu ade jugak tengok orang bergaduh ngan roomate.
    bayangkan satu sem duk sekali tak pernah tegur roomate dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh lelaki pun ada jugak kes macam tu? hehe. Fie tengok jugak movie pasal rumet nie tapi yang Single White Female. terus berdoa dalam hati jangan la aku dapat rumet yang pembunuh

      Delete
  5. i love my rumet!! *tetiba. haha. tapi apa yg fie cakap tu mmg btol, rasanya sepanjang 5 thn blaja ni mmg berkawan baiklah ngn rumet indah tu. susah sng sakit tak sakit dia lahhh yg jaga masa dok skali. even skrg kitorg da tak stay together, the relationship is good like before..da mcm adik bradik pn. tak tipu lah ada jugak salah faham tapi normal lah kan. plus tak rugi pun berbuat baik kat org, asalkan tak kaco privasi org tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun Indah, kalau di hostel demam ke sakit ke rumet lah orang terdekat dengan kita waktu tu. family jauh. Jadi kalau buat baik dengan orang, orang tak akan lah nak buat jahat kan.

      Delete
  6. ehem,

    kesemua tu i tak pernah buat sebab i tak pernah kongsi bilik :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah yeke ? Tapi housemate pun boleh apply. hehe

      Delete
  7. phewitttttt header baruuu okay !

    nana 4 tahun kat u dulu, dgn rumet yang sama 1 kos yg sama. hahah bukan sekepala lagi macam kembar siam dah. kalau tak pegi klas, dua2 pun tak pegi klas. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. TQ sebab perasan. Ehem. Haha. Fie dulu memang sekepala lah dengan rumet mahupun housemate. Dari diploma hingga degree bersama. Dengan zatil pun fie pernah jadi rumet dia.

      Delete
  8. yup fie betoi betoi betoi
    jna xde roommate tp ade housemate
    yg sedih nya housemate tu bff kot..
    tp tulaa even dgn family kita sndri pun ade termerajuk
    tersalah faham.. ni plak dgn kawan..
    so bila da tersalah faham terkecik hati
    tu laa the worst moment yg na rasa..(bermasam muka -_-"
    so lepas incident tu xpernah laa nk duduk dengan kawan2
    serik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah jna. Rasa macam loser nya bergaduh dengan bff kan. Fie tak pernah lagi bergaduh macam tu, kalau setakat terasa hati lepas tu senyap kejap ada lah. Biasa lah lidah lagi tergigit inikan pulak dalam bersahabat kan. Hehe

      Delete
    2. YUP..fie btul..sedihh sgt bila bff jd mcm tu ;/

      Delete
  9. Fifie, menceroboh privacy tu pantang ouh~! Mmg boleh gaduh besar... Ingt cite lame.. *rasa mrah ade lg ni*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Sakit hati betul bila tengok eh eh sesedap rasanya dia baca mesej kita. Nak je ketuk kepala kan

      Delete
  10. wan dok hostel, start dari form 1.
    heheh, rasa rasa macam banyak membesar kat hostel pulok.hehe.

    Alhamdulillah lah, setakat ni tak pernah lagi tak hormat privasi orang dan tak jaga sensitiviti..mungkin ada yang tak terperasan..

    tapi kalo bab ambik barang tu, biasa buat kot.
    sharing is caring kan.
    ambik shower.
    ambik ubat gigi.

    " woi, ubat gigi kit "

    padahal tuan tak tahu dok mano.

    hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ore jate nie rileks ah gitu. kalau ore tino gak meme masuk dalam hati belako. haha.

      Fie pun tak rajin lagi baloh baloh dengan saem nie, nasib baik lah kan

      Delete
    2. hehehe, eh eh.
      lawa header dia.
      siap ado keto kuro lagi.

      try buat entry pasal header nih.
      bakpo buat header lagu tuh.

      Delete
  11. sgt setuju, kita tak boleh buat sesuka hati kita kalau beroomates/housemate/ wateverlah.. hormat each other... ena duduk hostel sejak form 4, macam2 keadaan mengajar ena supaya lebih jadi matang... ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudanya. fie tinggal waktu umur 18 waktu masuk uni, Hehe. Sejak tinggal di hostel baru lah fie belajar erti sahabat macam mana.

      Delete
  12. heheh..igt lagi mase kita same same 1 roomate kat machang. mu, mc ja ngan arwah. :( tetiba tersedih pulop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. kan. dari part 1 kot. Lepas tu tinggal kita 3 orang je.

      Delete
  13. dapat roomate yg layan Running Man jugak memang ohsem ! hehehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dapat roomate yang layan Korean movie sama sama memang ohsem!

      Delete
  14. kena cari roomate yang tak rumit.
    bab salah faham tak boleh nak elak, tapi haruslah bertolak ansur dan faham privacy orang lain. tetiba saya rindu exroomates saya dulu. wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 yang jadi masalah pihak kolej yang atur roomate kita kan, hehe. Fie pun rindu saat saat dgn diorang, sama sama sekepala. masalah pun takde.

      Delete
  15. haha..persamaan kita yang sangaat bagus..but rules pertama ain,
    'please keep this room clean & tidy'

    kalau tak, stor dengan bilik pun tak dapat dibezakn dah..huehue..maklumlah masingmasing bawa balik kerja studio, plan ke bilik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. sama lah ain, sama sama lah menjaga kebersihan bilik kan. heee

      Delete
  16. I love my roomate mase dip dulu...and now we are bff!! Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes to me. Kami sejak diploma hingga degree bersama sekarang bonding tu memang tak putus lah

      Delete
  17. Roomate ambo ramai orang kelate..yang bukan kelate kena belajar cakap kelate..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa. Sama lah hanif, roomate fie sorang tu orang selangor. Sekarang dengan dia pun fie kecek kelate jah. Dia okay faham je.

      Delete
  18. Replies
    1. Khabar baik tirana. Thanks sebab selalu tanya khabar fie. Hehe

      Delete
  19. yg pertama tu aku setuju.n plg pantang kalo roomate pinjam baju.x bagi kan,merajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehe ada jugak ke merajuk orang tak bagi pinjam baju. Weird ppl.

      Delete
  20. setuju...

    lg satu nak tambah
    kalau roomate tu nk p dating
    xpyh la ssh ssh buat muka kalau die xajk sekali
    nk p dating kot
    tak kn nk kena angkut kau jugak kan
    hehe
    hangin kiteee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkkk yang jenis tu pun ada. Nak menggendeng? Peliknya, roomate fie takde lagi macam tu. hehe

      Delete
  21. betul tuh, saya pun masa belaja dekat u dulu macam2 perngai roomate yang memang rumit jumpa. huhuhu dahla tiap2 sem kena tukar rumit huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiap tiap sem kena tukar mati lah, tiap tiap sem nak kena buat icebreaking session. hehe

      Delete
  22. hihi..betul tu,,nina skong..hihi..nina pon nah ada situasi mcm tu..,ble nk marah fkirkan kwn plak..huhu..,

    hmm..1 g..nina pon mcm fifie..,kna org mlekan dulu..cakap..wlaupon nina jenis yg ramah..,tp lau diorang..diam,nina pon tetibe je jdi pendiam..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie nie peramah sebenarnya tapi malu nak mulakan first move. hehe. Betul tu nina, kalau nak marah kawan nie rasa tak sampai hati kan.

      Delete
  23. ain duduk hostel stat dari form 1. umur 13. keluar dari rumah sewa sebab habis utem umur 23. wohooo. 10 tahun jugak la duduk hostel.

    perangai manusia ni macam-macam. sabar lah ye fie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh 10 tahun kot. Fie dulu pergi sbp sebulan je, tak tahan lah nak tinggal hostel. hekhek. Masuk u dduk hostel balik. hehee.

      Delete
  24. Assalamu'aalikum.. salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam terima kasih berkunjung

      Delete
  25. dok dengan org ni pasti ada yg kita x puas hati...

    **header baru...sapa buatkan ea? semalam usha kt satu blog tu, dia buat entry pasal header fifie ^_^

    comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis, susah nak puas kan hati semua orang. Header nie adik fatimah azzarah buat, dia memang terer rm5 je nie upah dia. hehe

      Delete
  26. tak pernah duduk hostel :D
    InsyaAllah U nanti,hekhek :)
    tapi rasanya,apa akak ckp sume betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti dah masuk hostel amy terapkan nilai nilai tu ye. pasti okay semuanya.

      Delete
  27. yg tang buat harta org mcm harta sndri tu yang panaihhhh sikit .. haha . tp takpe lahh .. kawan .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. kalau dia okay pasal sharing barang barang nie okay lah, jangan lah dia ambil barang kita tapi kita nak pinjam barang dia marah. haha

      Delete
  28. alhamdulillah setakat nie semuanya baik2 blako. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan fie awak. hehe.

      Delete
  29. dok asrama sejak form 1 sampai U... dh mcm2 perangai rumate yg jumpa.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe take it as beautiful experiences. heee

      Delete
  30. roomate aku time degree dulu suka makan pauh buatkan aku blaja mencintai pauh yg masam tu...
    hahhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...