Monday 15 October 2012

exam in progress

Rupa rupanya susah jadi cikgu nie. Ingatkan senang. Bunyi loceng jam 1.15 boleh terus punch card keluar, rupanya alahaiii lambat dari waktu tu. Minggu pertama memang senang, tak ada kerja banyak sangat. Minggu kedua iaitu minggu ni sibuk amat. Hari ahad dah ada meeting, biasalah hujung tahun nak akhir persekolahan meeting tamat pukul 2.30. Aku yang rasa meeting nie tak berapa nak ada kaitan dengan aku dah beratus kali menguap. Ahh peduli apa pada yang memandang, tengok cikgu cikgu dah berbual sesama sendiri. 



Hari kedua hari Isnin, bermula peperiksaan akhir tahun UBB 5. Mula mula aku ditugaskan jaga kelas first, kira kelas paling pandai dalam darjah mereka. Senang sangat. Edar kertas soalan dan jawapan, diorang terus tulis nama, aku suruh diorang berdoa. Terus berdoa banyak banyak. Senyap je, berbual jugak tapi masih dalam keadaan yang terkawal. Aku pun senang hati. Mula exam buru buru je diorang buat, aku keluar kan novel terus baca sambil mata pandang situ sini. Nak jalan jalan round kawasan tak boleh, kelas diorang padat, meja yang depan depan tu betul betul dekat papan hitam. 

Kelas kedua yang aku jaga exam memang betul betul mencabar kesabaran aku yang pada hemat aku tak ada lah tinggi mana pun. Aku masuk diorang masih tak hiraukan aku, perempuan dengan lelaki sama. Main kejar kejar, aku sepak kau, kau sepak aku, banyak lagi. Aduiiii letih mata aku. For the first time I had to rise my voice, selalu lembut je. Malas nak tunjuk belang sebenar. Tapi kelas nie memang betul betul mencabar aku. Peperiksaan dah mula pun diorang still bercakap cakap. Tak meniru pun, tapi sembang benda nonsense. Lepas tu aku jalan jalan round kawasan senyap kejap. Aku cubit budak lelaki seorang, degil sangat. Muka dia cemberut lepas tu, tapi kejap je 10 minit lepas tu boleh tegur tegur aku. Sepanjang masa aku handle kelas tu, aku terpaksa menaikkan suara. Exam pun tak buat, suruh fikir diorang malas. Kertas sivik pun nak meniru ke. Pelik betul.

Balik sekolah terus ke Jerteh, kena buka akaun KWSP since aku dah start kerja nie even for temporary only. Ke Kwsp 10minit je, merendek di Jerteh yang lama. haha. Hilang stress hari nie.
Esok exam lagi, kelas hujung lagi. Harap dapat kawal kelas better than today. InsyaAllah. Whoever they are, I hope they can do their examination well and pass with flying colour. I am always praying for their successfulness.


31 comments:

  1. yea fie...bukan senang jadi cikgu sekarang..pengalaman akak dalam latihan setahun setengah, adoyai....seronok, geram, semua ada ^_^

    sekarang dah kena posting...cuma nak confirmkan tarikh bila nak kena lapor diri dan beli tiket fly ke sarawak..huhuhu...sekolah tmpat akak praktikum dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la tu sis, dapat posting di sekolah praktikum dlu. kiranya dah dapat adapt dengan suasana disana. nanti takde lah tertanya tanya environment disana tu macam mana. hehe.
      Budak budak nie kena soft tapi tegas. kalau cikgu buat bodoh je, lembut je cepat lah diorang naik atas kepala kita.

      Delete
  2. Tu budak skolah rendah..masih manja2 walaupun nakal... ni yg dah mcm mak bapak budak kat sekolah menengah neh... Sekolah Che Na F1 ada 13 classes.. A-M.. ABC tu normally for those scored 4A n above. DEF 2A n above.... GHI yg tak brp ada A/B... JK yg mmg takde A/B... so imagine LM... cant even recognize letters! tu lower secondary..kalau upper secondary toksah cakap lah... bercakap pon kita yg kena dongak atas cemana?? Tp tu lah... kerja cikgu dulu dan skrg jauh beza... cabaran dulu sekarang pon lain.... sbb murid dulu dan sekarang pon sgt berbeza.. pepun..ttp suka jd cikgu esp cikgu pompuan ni.. sbb hr2 blh pakai baju lawa2.. bergaya cantik2... budak2 lebih suka cikgu up to date sbenarnya.. cuba tgk cikgu selekeh ..budak2 x layan! Kan?? Kalau cikgu2 yg aggressive ni...budak2 mmg bg xtra attention..trmasuk minat mereka utk blajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. memang pun, budak budak suka tengok cikgu cantik dan kemas. Biasalah manusia mana suka yang kotor kotor kan. Hehe. Nasib baik la kak tak kena ajar budak sekolah menengah, I cant imagine . Mesti kena bully. Yelah budak sekolah menengah lebih lebih tahu cikgu nie cikgu ganti je mesti diorang tak kisah sangat.

      Delete
  3. kehkehkeh..susah sungguh nak ajar budak ni fie owk.

    kelas menegoh pulok, paling susah nak jaga ni budak form one.
    dorang sero besar kot.

    sokmo berungga gi mari.

    wan pon gi bukok kat kwsp jerteh jugok.

    nak tegur gano.
    mugo dok dale keto doh.
    time tu wan tunggu gapo doh, tok ingat.
    kedai fie masuk tu, betul betul depan keto wan,
    wan sero supo kenal...nak gi tegur kae..takut saloh ore.
    pastu fie lalu tepi keto wan.

    jolo doh sero.
    pakai baju pink ko meroh gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kecik rupanya dunia nie. g situ sini mesti terjumpa orang yang kita kenal. Hehe.

      Kelas menengah double triple cabaran dari sekolah rendah. Biasalah diorang dah besar, diorang fikir diorang lagi hebat dari cikgu. lagipun umur kita dengan geng dia tak jauh beza kan.

      Delete
    2. hmm betul tu fie, sekolah menengah lagi hebat cabarannye! biasa la budak2 baru nak mbesar suka nk mberontak tp xsemua la hehehe :P

      Delete
  4. Sabar ye sis, bila bayangkan keadaan sis, rasa sangat comel la pula.. mengajar budak2 sekolah rendah lebih sukar berbanding mengajar budak2 sekolah menengah tapi lebih mnderita mengajar sekolah menengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak sekolah rendah nie memang susah nak ajar tapi senang dicontrol. Marah sikit diorang takut lah. Yang sekolah menengah jerit sampai pecah anak tekak pun belum tentu diorang nak dengar. Haha.

      Delete
  5. kadang-kadang buat2 xnmapk je kite marah2 kat depan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tu yang menyakitkan hati. haha

      Delete
  6. oucchhh. cikgu cubit. sakit! wink2. ;)
    sabar ye fie. susah kerja cikgu ni rupanyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah ain. Ingat kan senang, nampak simple tapi susah. Lebih2 lagi nak hujung tahun banyak aktiviti ada.

      Delete
  7. mnguji kesabarn jadi cikgu ni kan..mcm tu la kita mase sekolh dulu gaknye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Entah2 kita lagi ganas dari students fie sekarang.

      Delete
  8. mase cik scya jadi subtitute teacher pun susah adoiii sebab campur kelas tu budak pandai dengan yg kurang. mmg kelam kabut. tapi seronok, pengalaman:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sekolah fie ajar nie dia dah streaming dan asing2 lah budak pandai dengan tak. Senang lah sikit nak handle, kalau kelas pandai lain cara kalau kelas kurang lain pulak caranya.

      Delete
  9. hai cigukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hai hai dekat cikgu, nak kena rotan ? Hahaha

      Delete
  10. Bertuah dapat merasa jadi cikgu kan.. Kita masa kecik² dulu pun lebih kurang nakal macam tu jugak kot hihi, pandai-pandilah cikgu nak kawal macam mana.


    Ohh dekat Jerteh tu yang jumpa pilot Wan tu ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Agaknya kita lagi nakal kan. Heee. Haah jumpa dekat sna, tapi dia tak tegur pun fie.

      Delete
    2. Hihi boleh jadi juga.. Tapi nakal kita dulu mak bapak boleh terima lagi. Mak bapak sekarang? Bila cikgu tegur sebab anak dia nakal, cikgu tu pulak yang kena.


      Kalau ada rejeki terjumpa lagi Fie tegur je beliau.. heheh

      Delete
  11. Kakak dan kakak ipar saya pun seorg cikgu. Dan dan paling ngeri hehe kakak ipar sy ialah guru BM saya sendiri :)

    ReplyDelete
  12. kesabaran btul agaknya kan fie nak kontrol kelas..tu blum masuk kontrol sabar kita lagi...huhuhu...lm2 t xjadik masalah da fie nak kawal..practice make perfect kata org..;)

    ReplyDelete
  13. bersabarlah wahai cikgu fifie yang somelll. budak-budak. hikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...