Saturday 26 January 2013

Radit dan Jani

Pernah tengok filem cinta yang sedih? Yang melampau sedih sampai air mata kau tak berhenti meleleh tak kering kering dari mata ke pipi ke dagu. Aku pernah. Kalau korang pernah tonton filem Indonesia Radit & Jani pasti korang tahu macam mana rasanya itu cinta. Filem Indonesia bukan lah sesuatu yang aku gemar memang tidak pernah diletak dalam filem kegemaran tapi yang ini, I can't resist. Sambil taip entry nie pun mata boleh berair bila imbas balik babak-babak dalam filem tu. Arghhhh i'm so hati tisu uolls.

Radit & Jani keluaran tahun 2008 agak ada persamaan dengan kisah cinta antara Sid Vicious dan Nancy. Ini sudah kali ke 4 termasuk dengan semalam aku tonton filem nie, mengisahkan tentang Radit seorang penagih dadah yang mempunyai sebuah kumpulan muzik dan sedang menunggu Cd Demo muziknya dibeli oleh komposer, manakala Jani ( Arjani) adalah anak gadis seorang hartawan tapi memilih untuk berkahwin tanpa restu kedua ibu bapanya. Kerana rasa cinta kerana rasa hanya dengan Radit dia bahagia Jani tinggalkan kehidupan mewah untuk hidup dengan Radit. Hidup mereka benar benar GILA. Kalau kau tengok sekarang laki bini sama sama pergi berhibur di kelab malam lepas tu gaduh gaduh si lelaki berani angkat tangan tampar si isteri, sekarang kau tengok movie nie. Diorang sama sama berhibur, sama sama mencuri untuk membeli makanan, namun mereka bahagia dengan cara mereka. Radit betul betul menjaga Jani sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan Jani.



Namun kian hari berlalu Jani mengandung dan masalah ketagihan Radit mula menganggu rumahtangga mereka. Jani buat apa saja untuk menghalang atau lebih senang untuk berhentikan ketagihan Radit. Mereka tidak punya duit untuk beli makanan apatah lagi dadah hidup mereka benar susah, tapi Jani tak pernah sedetik pun berfikir untuk tinggalkan Radit. Jani kurung Radit dalam bilik bila ketagihan dadah mula menguasai diri Radit hinggalah suatu masa Radit fikir he's not the right person for her. Jani perlukan kehidupan yang mewah, yang stabil, yang cukup serba serbi. Lalu Radit memutuskan untuk kembalikan Jani pada kedua ibu bapanya dengan cara yang bagi aku cukup buat mata aku merah. Menangis wey. Nak tahu lebih tengok sendiri. Kalau korang tak nangis korang hati batu. Hahaha.

Bagi aku cerita nie buka mata hati aku, ubah prinsip aku tentang cinta. Tak semua cinta memiliki dan dimilik tapi cinta harus tulus dan jujur. Sama seperti apa yang Radit buat untuk Jani tanpa mengharapkan apa apa balasan. Dan pada waktu Radit rasa dia sudah tidak mampu membahagiakan Jani dia lepaskan Jani demi kebahagiaan Jani walaupun perit dia tekadkan hati dengan satu alasan... demi lihat Jani bahagia dia rela sakit.

Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka. Kita punya cara kita sendiri dan kita punya dunia kita sendiri. Aku sayang kamu bodoh! ( Radit & Jani, 2008)


31 comments:

  1. Replies
    1. Tak langsung. Azura aku tak nangis mahupun layan. Hahaha

      Delete
  2. wah mcm best aje fie....kene tgok ni....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please tengok memang suggested lah movie nie. Sangat sangat best.

      Delete
  3. hehe..pernah tgok cerita ngis smpi ke dagu air mata siap bekal tuala lagi..bila tgok file kuch2 hot hai ...hahha...dlu dak kecik tak penah feel..bila dha dewasa tgok..mak aiihhh..ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan lyeen, dulu mana ada feel benda benda cam gini. Biasa je, tapi bila dah dewasa dah tahu semua tu itu yang kita makin feel kan.

      Delete
  4. wah betul ke best? nak tgk online tgk katne wei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulllll wey di youtube ada. Cuba cari ada dua part aku rasa

      Delete
  5. best ker citer ni? tp fiq xbper suka filem sedih...eh, skali tgk plakon wanita tu cm Nabila Huda plak..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon tu cantik sangat Fiq serius cantik. Haah dia ada gaya Nabila Huda. heee ala tengok lah Fiq best gila nie. Hehe

      Delete
  6. wah, saya sebagai orang indonesia merasa bahagia kalau film Indonesia ada di blog Malaysia :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe this movie is really touching my heart that's why I suggested this film to my readers. :)

      Delete
  7. ending dia cane kak fieee ? at the end they get back together ke takk ? alaaa malaslah nak tengok cite indon . nak tahuu ending dia jeee , pleaseeee ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ending dia sedih dik, diorang tak back together. Jani kahwin dengan lelaki lain, dan Radit hanya intai intai lihat kebahagiaan diorang. Sedih sangat ayu

      Delete
  8. tak tau lah fifie.. rasanya contest hijab tu ada like like kot..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhh kalau ada like malas la nak join. Huuuu dah tahu kalah

      Delete
  9. Apa khbr fie..??sory lama xblogwalking..mcm best je cerita ni..minat jgk tngk cerita mcm ni..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehat je Hanif, alhamdulilah. Fie pun sama masa agak mencemburui fie sekarang. hehhe. Sila download, this is suggested

      Delete
  10. kalau nia layan cta emo2 ni fie..hamboi..air mata mcm air terjun je..bace novel pon feeling melebih2..tp xminat sgt cta indon neh.ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama dengan fie jelah Nia, air mata boleh buat minum. Kuikui. Eh fie pun tak layan sayang tapi this one can't resist. Memang haunted lah. Cuba tengok dulu.

      Delete
  11. erk.. kalau xmengandung mesti diorang hepi lagi kan. hehe itu yang hana fikir. tapi mengandung tu jugak dapat insafkan diorang

    p/s: hana xtengok cerita indon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah diorang happy gila Hana, even hidup dah tak macam manusia tapi itulah sebab nak makan pun susah. Huhu.

      Delete
  12. Tak pernah tgk radit & jani ni. tapi boyfie tengok dia kata best, lepas tu kata nak bagi kite cd cerita tu tak bagi2 smpi sekarang. sabar je la -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha boyfie nie nak kena nie. Cuba moss download di utube, fie rasa ada.

      Delete
  13. De tgk citer ni..mmng pngemar sinetron indonesia..hah a

    ReplyDelete
  14. fie,nanti msj kat fb guna celcom or maxis.
    nak bg hadiah top up :)

    ReplyDelete
  15. Skop cinta terlalu luas. Ia mengikut cara kita membentuknya.

    *salam blogwalking

    ReplyDelete
  16. rina dah tengok cite ni.. Sedihhhhhhhhhhh Fie.. T_______T

    ReplyDelete
  17. macam best je cerita ni. nak tengok kat mana eh? :/

    ReplyDelete
  18. download video kat youtube. . Kualiti gambar tak best..

    ReplyDelete
  19. hero nya Vino g.bastian, ada satu lagi film vino. TENTANG KITA. best giler..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...