Thursday 4 October 2012

Kepohci



Rutin harian aku sejak aku bergelar penggangur ialah menjadi OGB, orang gaji baru. Gelaran dari adik adik buat si kakak, nak jugak aku sepak sepak. Nasib baik gua lembut. Hiks

Pagi tadi pergi pasar basah bila intai inta peti ais ayam ikan dah nak habis, bawang merah bawang putih pun dah nak masuk zero. Normal lah aku list kan apa yang aku nak beli, karang takde lah lupa nak beli itu ini. Malas tahu tak nak pergi pasar dua tiga kali sehari.

Tengah syok aku pilih pilih barang dekat supermarket nie ( aku memang high taste sikit nak beli apa apa terus ke supermarket hahahaha) tiba tiba aku terdengar perbualan dua orang makcik nie. Ehem bukan nak kepochi apa ye, tapi terdengar dah aku tengah pilih barang depan diorang. Hiks.

Alkisahnya, makcik sorang nie let me name her as aunty A dengan galaknya bercerita pasal entah anak siapa entah kahwin tapi tak bertunang. Aku dengar lagi sebab tiba tiba rasa eh macam menarik je cerita nie, boleh jadi bahan update blog. Hahaha. Aunty B tanya lah yeke, kahwin dengan orang mana. Apsal tiba tiba je, tak dengar ribut takde angin terus kahwin. Ke ada apa apa. Aunty A balas lagi, aku rasa macam tu lah, budak zaman sekarang kalau perut tak kembung mana nya nak kahwin macam tu, muda lagi.

Ah sudah monolog aku dalam hati, makcik dua orang nie pakai kitab mana nak kahwin MESTI bertunang terlebih dahulu. Musababnya sepanjang pengetahuan aku yang sudah hidup hujung bulan nie cukup 23 tahun tak pernah lagi dengar hukum bahawasanya bertunang itu wajib. Setahu aku lah yang berpendidikan taraf ijazah nie bertunang itu hanya adat tak tahu lah kalau makcik tu berpendidikan taraf phd (perasaan hasad dengki), malah firman Allah ada mengatakan :

"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan ( secara sindiran) untuk meminang perempuan" Surah al : baqarah (235)

Maksud surah diatas ialah bila si lelaki melamar perempuan untuk berkahwin walaupun melalu handphone atau sms atau wassap untuk lebih canggih itu sudah dikira bertunang. Mengikut syara' tidak perlulah majlis bagai kecuali kalau kedua pasangan itu mahukan begitu. Mungkin pasangan itu sudah bercinta lama dan tidak punya banyak masa untuk bertunang disamping ingin cut cost maka lebih baik lah berkahwin terus.

Jadi makcik A dan makcik B kalau anda terbaca blog saya ini, saya ingin mengatakan kolot sungguh pemikiran anda. Dan sangatlah kepochi mulut anda. Anda takde anak perempuan ke, atau cucu perempuan ?

47 comments:

  1. Haha betul tu,
    kalau dulu ada terbaca org ckp org yg bercouple, sebelum berkahwin ni sudah dikira bertunang.. kalau kes ni mcm mana pula?
    adakah mereka dikira sudah bertunang?
    cewahh buat sesi tanya ustazah.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa. ustazah tak bertauliah ke ee. Kalau yang fie baca semalam, semasa nak taip benda nie fie ada lah refer to few blog. Dan diorang ada tulis bila bercouple dan diorang dah plan nak kawen tu kira dah bertunang la.

      Hiks. Betul ke tak ya ustaz?

      Delete
  2. tuan blog copy paste ni ye,"Mungkin pasangan itu sudah bercinta lama dan tidak punya banyak masa untuk bertunang lebih baik lah berkahwin terus". ehem-ehem kami merancang begini. insyallah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Semoga dipermudahkan nana. I pray for you. hehe. fie pun tak tahu lagi nak bertunang ke tidak, rasa rasanya terus kahwin la kot itupun kalau bajet mengizinkan.

      Delete
  3. bukannya apa kita ni hidup bermasyarakat...itu jer!


    faham2lah ....nanti kita pun macam mereka gak percayalah...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,. Entah la nanti tua tua aku macam mana, kalau sekarang tak kepoh lagi. haha.

      Delete
  4. makcik2 ni banyak tengok drama kat tv kot..heheh
    bertunang just nak bagi kenal2 dulu..kalo dah serasi barulah terus kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie rasa macam tu jugak, too much malay dramas. haha.

      Delete
  5. hmm. tu la... kawen awal, kata ada "apa-apa"... kawen lambat, kata x laku... hmm...

    klau x silap, bertunang tu ada sjak zaman nabi lagi.. klau x, x de la hukum haram pinang tunangan org... cma x de la wajib btunang dulu.. yg wajibnya akad nikah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertunang tu tak wajib tapi harus. Yelah dizaman kita sekarang, anything can happen. Masalah dengan orang tua macam nie lah lebih lebih di kampung suka sangat jaga tepi kain orang.

      Delete
  6. begitulah makcik makcik kampung ni fie.
    mulut mereka macam lahanat.
    kadang tu wan pon naik geram..

    huummmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah wan, fie pun pelik dooh, takdok pasal pasal dia tuh nak cara hal ore.
      Doh la ore ajak g majlis doh. pah ngupak pulak ko tuan rumah. Aduiiii

      Delete
  7. bertunang tu tak wajib pun..tp boleh jadi bertunang dengan sendiri kalau pak we fi cakap nak jadikan fie isteri..maka sudah dikira bertunang...majlis tunang? adat jerr tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sis, fie ada baca few entries kata macam tu. Bila pakwe ajak kahwin maka dikira bertunang, tapi tak buat majlis la. Majlis tu sebagai nak kasi orang tahu je.

      Delete
  8. SKANG NI KAWIN AWAL SUSAH . NIKAH LAMBAT PUN SUSAH . XNIKAH LAGI SUSAH . SUSAH APE ? SUSAH2 JE ORG YG BUAT MULUT SAL KITE TU DPT DOSE .. HAISH .. ZAMAN SEKARANG DA SEGALE MENDE XBETOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang betul pun dedek. Baik buat bodoh dengan mulut orang nie bukan kita boleh tutup.

      Delete
  9. itulah persepsi sesetengah orang. kalau nak kahwin terus, mesti ada bunyi lalat. kalau masih tak kahwin2 pun makin kuat bunyi lalat. macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. lepas tu satu lagi, kalau kita kawen dengan orang tak setaraf dengan kita dari segi education ke. Mesti ye mesti ada bunyi lalat lalat.

      Delete
  10. mulut org xleh nk tutup..hidup mmg kne ada cbaran bru sweet;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lumrah hidup takkan senang je selalu ye dok.

      Delete
  11. nice .. speechless

    nak kawen nak kawen nak kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahwin la awak kalau dah ada rezeki. hehe. Buat apa tangguh tangguh

      Delete
  12. rasa nak pelempang je orang cakap macam tu... org kalau pemikiran dia yang betul, memang payah.. tunang tu tak wajib pun, nikah tu yg perlu... kalau org yang miskin tu, macam mana nak tunang?? tu kena berfikir sblm berckp... aiiii aiii aiii makcik2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ena, waktu fie dengar dia mengumpat tiba tiba rasa ek eleh makcik nie. Bajet dia je betul belaka. Pelik dengan these people sibuk sangat nak peduli hal orang. Kalau orang yang takde bajet memang takde lah nak tunang ke kan. Terus kahwin buat yang wajib. Itu lebih dituntut.

      Delete
  13. indah ada terbaca pasal bertunang bdasarkan hint yg pihak lelaki bagi kt perempuan neh jugak tapi seingat indah lah kan, kena jugak melalui parents ataupun wali lah fie. baru appropriate kalau tak salah. dan kalau laki tu cakap kt 10 org pmpuan yg dia nk kawen, takkan 10 orang tu jgak jadi tunangan dia? tol tak? hehe. mungkin lagi elok disampaikan kpd family utk bertunang tu tapi jangan berlebihan smpai berlaku pembaziran. lagi bagus kalau dapat nikah terus! hehe. wallahualam, indah pun tak sure fie. tapi yg pasti, mulut orang mmg pung pang pung pang. tak kira lah menda baik, menda buruk..smua isu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun Indah, kalau setakat cakap awak jom kawen tu memang dikira bertunang tapi kita sebagai orang Melayu orang Islam eloklah dibagitahu pada kedua orang tua, demi untuk dapatkan keizinan kedua belah keluarga kan. Dah nampak sikit disitu kesungguhan pihak lelaki. Sepeti yang indah cakap kalau 10 orang perempuan dia bagitahu macam tu, memang naya lah. haha

      Delete
  14. Haish makcik fie...da jgn emo makcik!
    Hehehe tok entry ni na tatw nk cmmnt ape..sbb nana blum minat nak ambek taw pasal main kawen ² ni haha tp taw laa sikit ² td da tanye mak! Yes mak ckp tunang tu kira nak mengikat je...
    Xde wajib ponggg..! :) pastu kelaut plak mak tanye "bila kau nak kawin? Xyah tunang ² kate nye! Ehh mak ni..mcm fifie lak emo dye :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha. ala mak dah teringin nak main dengan cucu lettew. Hiks

      Delete
  15. tak suka la macik2 mcm tu penyebok je

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum fifie...yer la bertunang tu cuma ikut adat je kalau x nak terus kawin pun boleh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam mama, hehe tulah tunang sebagai ikut adat je. Tapi tak suka la bila makcik makcik kecoh hal nie.

      Delete
  17. OH MY GOD MAK CIK.

    rasa macam nak cili ajeeeeek
    tu dah nama nya fitnah
    hadoooooi.
    org kg lya pn mcm ni fiey

    tension

    lya pun ikut kan ht tak mo tunang.
    leceh
    tp disebab kn family nak. layan kan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Fie nie baru tanda, tak tahu lah nak bertunang ke tak lagi. Tengok bajet dulu. Kesian makcik tu takde kerja lah kott..

      Delete
  18. hamboi..sesedap rasa jer kan nak tabur cerita sensasi...
    nak tuduh ank org preggy lagi...dia bidan kah..
    tu la jadinya kalu kita terlampau menjunjung adat
    agama pulak kita pandang sebelah mata je
    kena kat ank sendiri agaknya nak kuar uma pun xsanggup da.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab fitnah boleh rosak satu family. Makcik2 nie bercakap ikut sedap rasa, tak letak di badan sendiri. Bukan takde anak perempuan atau cucu perempuan ke.

      Delete
  19. kalau macam tu dah jatuh memfitnah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dkna. bercakap tanpa usul periksa. Main tuduh je nenek2 tu. haha

      Delete
  20. HURM, SEJAK DULU LAGI SAMPAI LA SEKARANG.ADE JE MULUT YANG MACAM TU.NAK DIJADIKAN CERITA LA KONONNYA.HEHE..XPE.YANG PENTING, NIAT KITA MACAMMANA.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ima, nak puaskan hati semua pihak memang susah. hehe

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. bertunang ada dlm islam...sebab tu HARAM hukumnya dlm agama islam jika seseorg mengambil wanita yang telah menjadi tunangan org... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, tapi kalau tak bertunang pun tak salah. Sebab hukum bertunang bukan wajib cuma bertunang adalah salah satu langkah untuk memberitahu masyarakat bahawa perempuan dan lelaki itu sudah terikat dari segi tunangan.

      Delete
  23. menyampah nya dengan hakim ciptaan dunia ni. haihhhh.

    ReplyDelete
  24. Fie, mulut tempayan boleh la nak ditutup, mulut manusia... sampai ke sudah la tak boleh. Orang-orang macam ni selalu tersedar bila dah kena batang hidung sendiri. Cara lain, buat derk je... Janji kita buat benda betul...:)

    ReplyDelete
  25. Moga Allah ampunkan dosa2 makcik tu... kalau cerita tu tak benar, dah kira fitnah tu... :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...