Thursday, 5 September 2013

Beauty inside and outside

Haiiii oh lama gila tak tekan tekan keyboard demi nak tulis esei panjang kemain macam waktu Spm dulu. Sorry sebenarnya ada je masa nak update belog tapi sekarang rasa belog is not my priority.  Rasa nak spend time banyak banyak dengan suami before he flies. Hikhik

Here the things I want to share something with u guys. Aku pasti semua orang tak kira la perempuan mahu pun lelaki, yang dah sedia cantik atau yang baru nak cantik, yang gelap atau yang kulit putih macam telur dikupas, I am 100% sure.

Cantik dengan cara sihat dan selamat. Its my principle. Tak nak la pakai produk yang entah apa apa, yang diragui kelulusan nya.
Kalau kita tengok, produk kecantikan dah terlalu overloaded dalam pasaran serakang. Untuk kulit putih, gebu, tak ada jerawat, jeragat. Semua kita boleh dapat. Dan boleh tengok kesan dalam hanya beberapa hari. Tapi pernah tak kita terfikir tentang keselamatan produk yang kita guna tu terhadap kulit kita? Kesan kesan yang akan kita alami untuk jangka masa panjang? Sebab tu kita tak boleh semudah mudah cuba segala jenis produk kecantikan.
Barang semulajadi adalah yang paling terbaik. Contohnya bila kita makan sayur sayuran atau buah buahan segar. Vitamin semula jadi memang terbukti selamat kan? Tapi yakin ke takde racun racun dan 100% khasiat? Susah jugak tu.
Banyak produk saya dah cuba untuk dapat kulit muka yang sihat. Dan bila kawan saya kenalkan dengan ESP Soy Protein, saya mulanya ragu-ragu. Jadi saya cuba ambil trial set. Saya bawa trial set ni pergi umrah. Dan apa yang best, semasa di mekah kulit tak kering sangat!
ESP merupakan serbuk protein yang dihasilkan daripada kacang soya baka tulen, atau dalam bahasa saings dikenali sbg Non-GMO (Non genetically modified organism)
Apa faedah ESP?
Faedah ESP mmg banyak. Antaranya:

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.


4. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

5. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
So, macam mana? Best tak? Kalau nak cuba trial pack, boleh terus whataspp ke nombor 012 5565658 (Wawa, SID:987997)

Wednesday, 19 June 2013

20062013

Ya Allah lama sungguh aku tak singgah sini. Rindu toksah bilang lah. Banyak sangat sangat.

Kawan besok aku dah nak nikah. Sobs. Kalau tanya apa aku rasa aku rasa gembira tapi dalam masa sama sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin ini rasa yang semua bakal pengantin akan alami.

Esok aku harap majlis berjalan lancar dan sesempurna mungkin. Aku nervous nie. Besok akad nikah sabtu nie majlis sabtu depan majlis belah laki.

Pada semua yang baca post nie, yang kenal aku dan paling utama yang free datang la ke majlis. Ikhlas. Walaupun aku tak kenal korang tapi korang dekat dihati aku.

Maaf lah aku dah makin kekok menulis mungkin pasal dah lama sangat tinggal bidang nie kena asah balik la lepas nikah nanti. Dulu bukan malas tapi aku malas nak on laptop dan selepas dikerobek handphone baru aku tahu oh camnie nak tulis blog through hp. Maaf gua jakun.


Thursday, 14 March 2013

Love Affair

Dah 2 minggu kan ke tiga minggu tarikh last post aku? Keskes. Maaf la teman, busy tu biasa je lah dah nama pun kerja. Tapi aku masih tak reti nak adapt badan dengan bangun pagi pagi balik lewat malam siap siap semua on laptop update blog. Masih tak reti. Nanti lah aku rasa dua tiga minggu lagi reti lah aku manipulate otak aku nie haa.



Sekarang nie kerja baru aku tahu macam mana nak bina hubungan baik antara sesama manusia. Auwww bukan bermaksud selama nie aku jenis buat musuh je dengan semua orang, tak. Tapi aku jenis susah nak cipta persahabatan. Jenis yang kena kenal orang tu tilik muka dia lama lama sembang sembang dulu haaa baru masuk line. Camtu lah. Sejak kerja pun baru tahu baru kenal cerita cerita jenis love affair sesama pekerja. Keskes. Gua tak termasuk lah. Cerita orang lain.

Suka jugak camtu, tengok duduk satu branch keluar lunch sama sama balik kerja sama sama. Auwww. Rasa macam dulu dulu waktu study. Pergi kelas dengan bf, balik kelas dengan bf, pergi rehat dengan bf, pergi revision dengan bf. A to Z semua bf. Kawan ke laut. Hahaha. Dulu dulu kita cerita benda waktu tengah bodoh. Bila dah besar besar nie tengok orang besar bercinta nie lain sangat. Matang. Tak ada lah kes nak jealous kalau bf nie rapat dengan pekerja perempuan lepas tu pergi serang si pekerja tu. Tak ada dah macam tu. Pasal semua semua pun dah besar, dah cerdik.

Bila dah couple nie bagitahu nak settle down kita pun yang terlebih lebih excited nak sambut hari bahagia mereka. Memang sumpah best. Mata pun bercahaya je, lahaiii lahaiiii kenapa wanRafiq duduk jauh jauh. Nie yang jealous nie. Keskes.

p/s : Ahad nie ke KL sobssss kena hadir kursus asas :(

Friday, 1 March 2013

Novel Thingy

Aku memang hantu novel, hantu sangatssss. Dulu waktu study rela abaikan buku pelajaran demi mentelaah novels yang tersusun indah. Tu pasal aku tak pandai sangat waktu belajar dulu nasib je baik cepat dapat kerja. keskes. Tapi sekarang aku dapat rasakan kualiti novel yang ada di market tak seperti kualiti novel novel terbitan dulu. Sekarang nie nak cari novel yang bagus bermutu hebat dan unggul kemain susah ibarat mencari gula dalam bekas garam. Camtu lah.




Antara ciri ciri novel Melayu sekarang yang memang aku baca dua tiga muka surat terus lempar ke bawah katil adalah jenis yang nama tak nak glamour lagi. Umur lebih kurang sebaya dengan aku, 24 tapi nama Tengku Marilyn Marcella binti Tengku Shamrein Asyraff. Hamboiiiiii. Tahun 1989 ke bawah tu ada ke orang letak anak nama kemain hebat. Kalau darah diraja tak kisah lah nie orang biasa biasa. Ceittt. Yang jenis mix blood nie pun buat aku hangin. Bapak dia ada mix Perancis and Jepun, mak dia Chinese Muslim plus Sharifah, moyang dia German dengan Arab. Umur 23 drive BMW X5,  kawan bagi upah ringgit Malaysia sejuta untuk langsaikan tugas pikat seorang lelaki. Kawan tu umur sebaya. Alamak memang aku rasa aku tengah terapung hidup di awan. Mampus lah kalau novel angan angan nak tinggi semua.

Memang aku tahu novel nie nak kisah indah indah tapi sepatutnya selitkan jugak realiti hidup kita. Hidup nie tak semua indah, tak ada atas seorang manusia tu perfect dari head to toes. Tak ada. Dia cantik, pandai, kaya, budi bahasa tinggi, mata kelabu, hidung mancung, kulit bersih. Khayal je lebih penulis macam nie. Belajar main main tapi still dapat four flats every semester. Akhir sekali aku ambil novel tu buang dalam tong sampah, menyampah ah baca. Menyampah gila gila. Tapi nak cakap semua penulis macam tu tak kena lah, ada jugak penulis yang aku masih setia nak baca karya diorang sampai sekarang. Ibarat kata kalau dia publish novel baru terkinja aku pergi beli.

Itu yang buat lately since 3,4 tahun nie aku mula kumpul english novel. Lagi kena dengan cara aku. Tepat dengan realiti hidup, mentang heroin semua nak perfect. English novel tak. Heroin pun masih ada flaws.

Thursday, 28 February 2013

29 Febuari






Aku ada kisah pasal 29 Febuari yang datang jenguk kita sekali sekala je, rindu dengan 29hb tak jugak. Saja je nak cerita pasal 29 Febuari nie. Dulu waktu budak budak lagi, aku selalu rasa haiii tak beruntung gila orang yang lahir pada tarikh tu. Maklum lah datang 4 tahun sekali, sambut birthday 4 tahun sekali, kalau yang declare couple tarikh tu untung wey. Jimat duit beli hadiah pada bf/gf. Keskes.

Tapi lama lama sejak besar, aku mula rasa untung nya lahir 29 Feb, orang akan macam wowwwwwww kau lahir 29 Feb eh. Hebat ah kau, cool ah wey, rare nya. Haaaa nampak tak. Orang orang sekarang memang akan tergilakan benda benda yang rare, termasuk lah tarikh hari jadi yang rare. Lagipun boleh mintak hadiah mahal mahal, dah 4 tahun sekali. Kalau bajet setahun hadiah rm100 darab ah dengan 4 dapat lah hadiah yang harga rm400. Masyuk babe masyuk.

Lepas tu kan aku terfikir bukan setakat fikir aku tanya pada umi aku, agak bodoh lah jugak soalan aku. Umi kalau orang lahir 29 Feb tu memang umur dia naik 4 tahun sekali lah eh. Hahahaha. Boleh camtu. Kalau macam tu aku pun nak dilahirkan macam tu. Boleh pulak aku fikir dia pergi sekolah setahun sudah ah tunggu 3 tahun lagi baru naik darjah lain pulak. Haiiii sampai ke tua lah tak habis sekolah ye dop.

Tahun lepas wanRafiq dapat anak sedara lahir 29 Feb, hai Adam 4 tahun sekali lah awak sambut birthday. Keskes. Kesian awak.




Sunday, 24 February 2013

Rough planning wedding

Pict dicilok tanpa rasa bersalah dari google


Makin hari aku makin kesian dengan blog aku, makin lama unique view makin berkadaran menurun. Kalau graf performance pekerja maksudnya memang hudoh benar lah performance dia tu. Okay stop bebel pasal tu. Kita cerita pasal kahwin. Tak, bukan nak cerita banyak banyak nak bagi klu klu sikit je dekat korang. keskes.

Mula mula kita cerita pasal hantaran, aku buat senang 9 dulang berbalas 9. Almost 90% dah siap, barang barang tinggal perfume dengan handbag je tak beli lagi. Reason aku takut perfume tu tak kuat sangat bau kalau beli awal, kata aku jadi basi. Boleh macam tu? Haha. Handbag pulak aku takut aku terpakai since aku kan kerja sekarang. Nanti kang dah tengok hari hari tergeram nak pakai. Pun bolehhhh. Sekarang yang tinggal gubahan hantaran je, tema untuk hantaran masih dalam rough planning. Takpe yang tu aku dah book slot maklumlah busy gila tokey kedai gubahan tu. Penuh slot dia untuk gubahan hantaran nie.

Meh lah beralih pada baju perantin pulak. Yang tu gua memang nak sangat share dengan korang tapi takut tak surpghise lah kan. Keskes. Tapi aku takut korang nangis kalau tak bagitau, okay gua share sikit. Akad nikah color pale pink yang tu dress, bersanding warna emerald green yang ini songket and bersanding masih dalam rough planning. Kesemua baju umi yang buat, aku tak pakai designer mahal pun, air tangan umi pun dah mahal sangat aku rasa. Sambil lutut sakit pun boleh lagi jahit baju anak kesayangan dia. Teheeee

Pelamin pun rough planning. Gila aku nie. Kejap tengok yang nie cantik, kejap yang tu pulak. Haduiiiii kesemua pun comels. Tapi aku minat gila pelamin base putih campur campur dengan colour pink and peach sikit sikit. Comels to the max.

Eh nanti datang la ke weeding I, goodies is more than enough for all guests. Heeee.

Friday, 22 February 2013

Bengangnya aku!






Semalam tengah berbalas whatsapp dengan wanRafiq gedunggggg handphone jatuh atas batang hidung aku. Kena pulak bucu handphone yang jatuh, aku terfikir nasib baik yang ini kalau tab atas jatuh atas batang hidung agaknya hidung aku yang sedia tak mancung akan terus hilangkan dirinya. Itu satu benda yang buat aku bengang. Terus tertimbul idea nak tulis pasal benda benda yang akan buat aku bengang bukan bangang. 

Nampak tak betapa obsesnya seorang blogger untuk update blog, setiap benda yang nampak yang lalui terus terdetik idea nak tulis entry. Kuikui. Panjang betul mukadimah kan, sebenarnya aku tak tahu nak update apa tu pasal aku tengah bawak korang berjalan jalan merentas tulisan aku. Sekurangnya sekarang mesti korang tengah terbayang apa benda yang boleh buat korang rasa bengang.

Sepertinya kalau ibu ibu akan bengang bila anak anak dia tumpahkan susu atas lantai yang baru dimop atau pun tengah main dengan najis dia sendiri. Dangggg. Sepatutnya korang share apa benda yang boleh buat korang bangang eh bengang. Hahaha. Eh satu lagi benda aku bengang, aku masak nasik tapi terlupa tekan button masak. Senang cerita aku letak je periuk nasik dalam ibu dia, lepas tu tinggal macam tu. Sejam lagi pergi tengok cisssssss!

Wednesday, 20 February 2013

Bobel is babbling

Pertama sekali nak minta maaf seribu kali dengan korang semua. Memang dah agak lama sangat aku tak update blog dan tak blogwalking ke blog blog korang. Ya Allah baru aku rasa masa itu agak pantas berjalan sekarang. Tengok tengok jam eh dah pukul 4.30 petang benda banyak lagi tak cover tengok tengok lagi eh dah 6.30 petang. Masih di tempat kerja

Betul lah orang cakap, kerja bank nie sibuk. Sibuknya tak pura-pura. Empat hari bekerja aku tak tengok sorang pun lagi geng back office yang merewang kokse, main facebook pun tak. Tekun dan fokus je kerja, sampaikan aku nak keluar rehat atau balik awal pun malu. Diorang bukannya keluar rehat pun, bagi masa rehat sejam keluar makan belakang office setengah jam terus sambung buat kerja. Lepas magrib baru balik rumah.

Tapi aku tak kisah, sibuk macam mana pun. Orang tengah gila kerja. hahaha. Lama wey rehat di rumah, segala benda yang belajar dulu habis lupa tapi sekarang dah dapat recall balik sikit sikit. Memang betul apa yang di apply oleh students, kita belajar semata nak pass exam je bukan untuk kerja. Memang betul lah. Aku rasa dalam 30% je apa yang aku belajar dulu aku apply dalam kerja. Memang lain terus. Tak sama. Pagi pagi datang kerja tak ada boss tanya, fifie apa itu Bank Guarantee, apa itu Trade Finance, apa itu BancaTakaful. Nope yilek. Kau hanya perlu tahu macam mana nak buat benda tu semua. Settlekan dokumen tu semua, step by step nak kena belajar.

Dulu kalau suruh buat akaun aku akan nangis sebab aku pening tengok uwang merata, tally lah apalah. Sekarang amek kau fifie. Kena buat. Sobs. Nasib baik seniors sudi tunjuk ajar ku sifu.Sekali lagi maaf, ada masa aku update. Selalunya aku akan update pagi buta, bangun pagi bersiap semua dah sampai tempat kerja sebelum briefing awal pagi aku akan ambil masa untuk lawat blog kalian. Tapi hari nie memang tak sempat, tambah tambah line celcom buat hal. Memang lah memang lah nak kena dengan aku.

Sunday, 17 February 2013

Kelangsungan hidup

Sekarang bangun pagi terus update blog pun bolehhhhhhh. haha kalau dulu haram tak buat benda macam nie dah sekarang tempat ketja dengan rumah jauhnya hanya bau bau bacang dan aku masih dalam mood best worker of the month haruslah datang awal dan pura pura busy dengan belek tab sambil buat muka serius ibarat Jimmy Choo announce dah berhenti keluarkan handbag dia. 

Tapi sejak dah mula kerja nie iaitu semalam nie baru aku punya,masa nak belek blog nak kiss blog haii blog dan hai kepada penunggu penunggu blog. Walaupun baru semalam tapi aku rasa dah macam berkerturunan lamanya, semalam balik rumah pukul 6.10 sampai je tengok ada orang datang okay letak letak beg semua terus ke dapur buat air potong kek gulung , jurus kea tuh. Haha. Malam tu kemas rumah, iron baju adik aku ayah. Hamboiii penat wey. Nak on laptop check blog dan email pun dah tak larat benar. Betul tak tipu.

Conclusion nya maaf kan aku andai kata tak dapat lagi nak ke blog kalian menyibuk macam dulu lepas tu dapat award top commentator. Maaf maaf sangat. Baru je nak bina hubungan dengan kawan kawan blog baru dah kena kerja. Takpelah for sake of life. Harapnya kawan kawan si penunggu blog jangan lah bosan menjenguk ke sini, jangan buat UV aku drop below 100. 

Bye hari nie ada ustaz datang bagi tazkirah kat tempat kerja aku. Omnomnom

Saturday, 16 February 2013

Rebat telefon pintar dilanjutkan





Salam 1 Malaysia,
Hamboiiiiii first time rasanya dapat guna 1 Malaysia itu. Maklumlah BR1M pun gua tak dapat, ingatkan rebate telefon nie pun tak dapat jugak. Dah lebih sebulan kot aku isi borang rebate telefon tu. Tak ku sangka sangka, pisang menjadi nangka eheyyy tak tadi aku check email dan yeay yahoooooo dapat jugak email balas dari Pakej Komunikasi Belia (PKB).

Serasanya aku dah isi lama gila, antara orang terawal kot yang isi borang PKB nie. Tapi tak tahu apa silap lambat gila gua dapat feedback dari email tu. Tujuan aku isi tu pasal nak dapat rebat untuk beli iphone atau samsung note 2, tak ku sangka sangka rupanya dah ada certain handphone and conditions untuk guna rebat tersebut. Cissss. Gua pikir yang harga 2000 pun boleh, kuranglah sikit beban di bahu ye dop. Takpe lah takpe takpe ambil lah jugak, buat letak simcard lagi satu. Pakai banyak banyak handphone baru nampak macam bisnesswoman. Huahua.

Oh ye tempat pengguna rebat di lanjutkan sehingga 08/04/2014.

Friday, 15 February 2013

Mengumpat cara baru

Dicilok dari Instagram Dena Bharin




Aku percaya sekarang memang rata rata orang akan ada paling kurang satu akaun social networking, aku punya tiga kalau dikira dari facebook, blog dan instagram. Twitter tak ada, aku tak reti nak retweet nak follow memollow. Jakun sangat kan. Tapi sekarang ramai yang aku jumpa ramai yang jenis kalau hadapi masalah atau apa apa rasa tak puas hati, laju laju update status. Apesal eh?

Aku dulu pun macam tu lah, dulu aku cakap waktu tengah lap hingus. Sekarang dah tak berhingus lebih kurang senang cakap dah matang almaklum sekarang dah jadi remaja senja aku memang dah tak buat benda benda bodoh macam tu. Ada masalah sikit dengan boyfriend update status, hina boyfriend itu ini. Tapi bila berbaik haaa ambil lah puji bagai nak rak. Letak gambar mesra ibarat kau je yang ada boyfriend orang lain tak laku. Aku dulu pun pernah bodoh tapi seingatnya tak ada pulak lah aku buat macam tu.

Tapi kalau yang bergaduh dengan sesama keluarga acaner pulak tu. Let's say dengan adik beradik ke, dengan sedara mara, dengan sepupu ke atau paling teruk dengan parents sendiri. Terus kau update status mengeji lah mengutuk lah. Alahaiii pity you. Aku sejak dulu sampai sekarang, memang aku jaga sangat sangat benda macam nie. Kalau nak mengata pun nak update status mengeji orang pun sebolehnya biarlah orang tu tak ada hubungan darah dengan kita. Tapi sebaiknya tak payah terus pun lagi lagi lagi bagus. Ingat dosa di mengata di facebook pun Allah kira ye, jangan ingat yang potpetpotpet je Allah kira.

Bagi aku, some things we should keep to ourself only. Hadapi dengan cara baik, face to face. Kalau takut ke malas ke apa apa ke guna sms tak pun call direct to the person. Tak payah lah guna facebook, twitter, blog ke as medium. Seluruh dunia tahu. Tak malu ke orang baca status awak yang asyik tak puas hati je dengan orang. Adik aku yang form 1 pun dah tak update status macam tu.

Thursday, 14 February 2013

Tempat pertama

Dari pagi tadi aku cuba nak online, nak godek instagram nak browse facebook nak blogwalking pun tak boleh. Entah apa kes aku pun tak tahu padahal gua bukan pakai wifi tak berbayar yang dah tersedia kat sini gua dah subscribe mobile internet kot. But still it doesn't work. ceittttt

Magrib tadi cuba online weyyy laju lah laju lah, yeay yeay. Boleh lah BW kan, aku tengah bosan gila nie malam nie ingat nak seludup keluar umi dari ward nak ke KB Mall kejap then heading to Wakaf Che Yeh. huahua. Lagipun makan an kat sini tak sesedap dulu aku tanya nurse dia cakap memang ramai yang komen pasal kualiti makanan since tukar contract dengan syarikat baru nie.



Eh eh tak sangka tahu tak aku dapat first place pengomen tegar blog cikguFiq siap dapat sijil lagi as a token of appreciation. heee. Thanks a lot fiq, tujuan utama aku selalu komen kat situ pun bukan sebab gilakan sijil atau reward apa apa pun tapi atas dasar kawan kawan blog. Orang update aku baca then aku comment apa yang patut. Aku letakkan aku di
empat dia ditempat bloggers lain, kalau kita update tapi tak ada yang komen mesti rasa tak best kan.

Another good news is umi dibenarkan balik esok. Yeayyyyy, Alhamdulilah Allah dah kurangkan sikit kesakitan umi, she is able to walk and her knee and leg dah tak bengkak macam dulu. Hasil fisioterapi, ultra sound (bukan yg scan babby tu) and injections di lutut untuk keluarkan cecair kotor. Moga miga lepas nie umi akan sihat macam dulu, insyaAllah.

Wednesday, 13 February 2013

Cari makan sendiri

Thank you everyone for the warm wishes, umi's condition is getting better she has her nice rest here and she's under good supervision.




I've been keeping this to myself for about 3weeks after i received calls from Bank Islam informed that I get the job,awwww malas lah kan nak heboh heboh bila tak ada hitam putih lagi. Takut kang tak jadi ke apa ke malu ioll.

Alhamdulilah thank you Allah swt thank you umiayah thank you kawankawan thank you everyone yang doakan kejayaan saya. For the first interviewed I attended to the last Alhamdulilah. I went through only small difficulties perhaps not the diffilculties I guess cuma perlu travel ke Kuala Lumpur je untuk attend second interview. Tu pun aku rasa susah biasalah budak tak pernah hadapi satu kesusahan pun.

Ahaaa another good news is aku ditempatkan ke branch BIMB Pasir Puteh. Hahaha semua orang gelakkan aku gila uolls 3minit je dari rumah. Aku sendiri pun bila tahu Ya Allah tak tahu apa nak rasa.  sesungguhnya aku syukur sangat, umi suggest lepas nie beli motor pasola haha sebab tak worth bangun awal pagi panaskan enjin kereta pun dah 10minit tempat nak tuju 3minit je dari rumah. Takpelah lepas ne tak perlu senak fikiran nak fikir nak bayar minyak, tol, rumah sewa, duit makan. Omnomnom

Terlebih rajin pergi lapor diri hari nie supposed 17hb. kuikui

Monday, 11 February 2013

Umi's treatment

I currently in KPJ Perdana Specialist teman umi for her knee osteoarthritis (according to doctor) treatment. If her condition is getting worst umi has to be warded. Arghhh I hope not. Kalau umi tak ada memang susah tak ada teman nak berbual nak makan nak shopping nak tengok tv.

But it will be good if umi been warded, she can have a nice rest and it is good for her knee condition. Kalau di rumah umi memang tak duduk diam since her anaks memang mengada-ngada jenis tak boleh nak buat benda sendiri itu ini umi kena buat (tidak termasuk aku).

Ahhh by all means I hope umi's condition and health will get better. She's like pur family backbone. She did everything and beyond her capability. Umi I love you.

p/s : thanks to anis athia yang ajar how to write entry using iphone, kalau guna tab ejaan ke laut. Cisss

Saturday, 9 February 2013

Kenangan kuih bulan

Pic source Google

Gambar diatas bernama kuih bulan, bukan bintang mahupun matahari.Kuih bulan adalah makanan tradisi kaum Cina sempena perayaan mereka yang aku pasti ada sejarah disebalik terciptanya kuih bulan nie.

Kalau tiba je musim nie haiii memang lah tahap mengidam aku pada kuih bulan mengunung. Tapi kalau beli yang di shopping complex rasanya tak sesedap yang dibuat orang. Dulu waktu arwah atok dan nenek aku masih ada sebab atok dan nenek ada kedai makan dan kawasan kejiranan ramai orang Cina, banyak gila lah diorang bagi kuih bulan nie. Sampai tak termakan kami anak beranak.

Semalam tengok Majalah 3 pasal pembuatan kuih bulan di Kelantan, haaa memang agak beza lah dengan yang sebelah luar. Kalau masyarakat Cina kelantan diorang buat kuih bulan nie dari apa entah lepas tu balut dengan daun pisang aku rasa. Ke tak. Hahaha. Tak sure lah wey pasal aku tahu makan je.

 Atok aku modified sikit cara makan kuih bulan nie, orang Melayu tak boleh lari dari goreng menggoreng. Atok aku ambil kuih bulan tadi potong kecil kecil, nak potong sama simetri memang tak dapat ah pasal dia jenis melekit gitu. Lepas potong celup telur then goreng. Waktu goreng tu kemain lagi minyak dia. Pop pop pop habis kena tangan. Sobs. Tapi bila makan sedappp wey. Cepat je licin. Kenangan tu. Sekarang sejak atok dan nenek dah tak ada, orang pun dah tak bagi dekat kami anak beranak. Kawasan kami dah makin kurang kaum Cina.

Share lah kenangan kuih bulan korang. Omnomnom

Masalah blogger

Sekarang kan I bukan tak nak update kerek kerek ( acap acap) belog tapi I takut tak ada benda sangat nak sembang dan end up entry jadi macam entry ibarat melepas batuk di tangga. Sekadar nak ada je , informasi sepatah haram tak ada. Kenapa gua cakap I oh saja je sebab nak nampak macam retis plus orang bandar sikit. Huahua.

Besok, lusa, tulat, tubeng ada orang kenduri. Semua kawan kawan, kawan kawan umi pun ada. Aku kena pergi jugak, aku kan suka mendengn umi. Agak agak berapa kilo naik berat aku lepas nie. Aku sebenarnya sepanjang aktif blogging, aku ada satu masalah dengan bloggers. Ada s di belakang maksudnya lebih dari seorang blogger. Aku punya masalah dengan blogger sombong. Aku nie selalu BW selalu singgah dan bagi komen di setiap entry yang bloggers nie buat. Tapi haram diorang nak revisit balik.

Honestly memang mengharaplah diorang datang singgah balik baru lah sillaturahim akan terjalin.  At least jenguk lah. Oh nie lah blogger Fifie yang selalu comment di blog aku. Haaa biar kenal. Kalau yang famous macam Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana, Maria Elena ke tak kisah pulak aku. Dah followers pun kalau ditukar ke ringgit malaysia boleh buat beli kereta MyVi cash. Ini yang followers ala ala aku je. Entah lah aku, sama ada diorang tak perasan atau buat buat tak perasan.

Yelah orang bukan kita boleh scan fikiran diorang ye dop. Nie haaa blogger famous macam Hazwan Hairy, Boni Kacak, Aina Roseberry (ena), Lyeen cupcakes syok je lepak di blog blog orang. Hai masalah masalah.

Tuesday, 5 February 2013

Wedding Dress Guide

Every bride wants to look gorgeous, beautiful, stunning, fabulous, bla bla bla on her wedding day. But mind you a bit mistake could bring disaster. The first thing that needs absolute attention is wedding dress put aside the dais hantaran and semua tu. And not all wedding dress in market or design are suitable for us, different shape of bodies for different styles of dress. So last night I was browsing searching for hantaran and I was thinking why don't I make a research about wedding dress which suit me best. Tak kisah lah dah hantar ke tailor pun. Huahua

And the conclusion I can make is by dividing into few tips here :

First you need to figure out what is your body type. There are few type which is pear, apple and hourglass. Haiii untung lah siapa yang badan hourglass tu, aku dah hourglass tapi kena kecik kan sikit bawah. Haha




Okay second the material. Do remember, you have to discuss with the tailor ( professional tailor is advised) about the dream wedding dress that you want like theme, color, material. Bincangkan betul betul till you get the design that suit you very well. Then the tailor will inform how many meters of material should be purchased and what kind of material should be bought. Songket or material keras are not advised for bride to be yang gempal atau besar

The most suitable design for bride yang chubby  is simple yet elegant. Do not go for wedding dress which has heavy beading, crowded, and meleret leret. Kurung moden is IN now and it will give the slimmer illusion to the wearer. Or you might think of having patching lace around the body like the picture below. 



copyright Dwen Raha facebook
While for petite bride to be you can go for empire waist dress. The flowing silhouette will make your body look longer and more slender. The cut fall right under the breast.

copyright Princessly.com

The material pattern also plays an important role most of the bride to be prefer plain pattern but if you loved printed material you should go for vertical print. It will give the bride slimmer, taller, and slender looks. If you're using lace material, you should choose vertical floral print atau pun corak bunga berkaki

The last one is the color of the material. Chubby brides are advised to choose bold colors or warna gelap. Bold color will distract people from looking to us to the dress. But by all means I love pastel and soft color like peach orange, soft pink and mint green. Aummmm.


Nampak tak hari nie Fifie tulis in English? Terkial kial wey, haaa banyakkan grammar mistakes. Sobbings.

p/ s: read more here


Monday, 4 February 2013

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0

Tadi tengah online facebook lepas tu terbaca status kawan tentang BR1M 2.0 nie lepas tu terus terdetik dalam hati agaknya bila lah kerajaan nak bagi duit BR1M nie ye dop. Walaupun hanya RM250 tapi bagi orang macam aku heyyy boleh buat shopping beli baju beli kasut. Aummmm bestnya bestnya. *sambil tepuk tangan ibarat budak boleh cakelat. Siapa tak nak duit free uolls.




Dengan terkinja kinja terus aku google semakan keputusan untuk BR1M, alahhhh paling awal pun 10 febuari 2013 baru boleh tahu dapat ke tak, maksud dapatnya bukan berjaya ke tidak berjaya. Tapi bila kita akan dapat duit BR1M tu. Keputusan akan diberitahu melalui pos secara berperingkat-peringkat dan akan diberitahu kat mana nak ambil baucer tersebut. Nie yang aku malas, mesti kena dengar ceramah dulu. Lepas tu beratur panjang panjang ikut giliran ambil duit tu. Kalau ikut nama mesti aku antara yang terawal, sejak di sekolah sampai universiti haaa aku antara pelajar nama terletak 10 teratas. Hebat kan. Hahaha

Korang juga boleh call hotline ini 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 febuari 2013 untuk mengetahui bila korang akan dapat duit BR1M ini. Tapi apa apa pun moleklah jika anda semua check jika permohonan anda itu berjaya atau tidak. Korang boleh buat dua cara sama ada telefon talian hotline diatas atau email di br1m2@treasury.gov.my. Aku baru je email itu pun abg Phat yang bagitahu. Huihui.

Harap harap dapat lah, boleh buat beli kasut baru. yeay yeay yeay. Imma happy girl.

*sadly i'm not qualified to get BR1M. Sobs Tak tahu kenapa. Huaaaaaaaaaaaa :'(

fobia telur goreng

Fobia nie memang banyak jenis, ada orang fobia pada labah-labah, ular, serigala, kucing, rama-rama dan paling gila pada semut. Itu kawan aku, dia fobia pada semut. Bukan seekor semut, tapi semut semut. Bila dah nampak banyak semut terus muka dia macam putih pucat dan terus buat reaksi geli geleman. Huahua.

Itu kira okay lah lagi kan macam aku takut pada ular, aku rasa itu bukan fobia. Yelah siapa tak takut ular, binatang berbisa tu wey. Kena patuk sekali kau ingat nyawa ada jual di seveneleven. Aku kalau nampak binatang macam ular dengan biawak memang terus tanpa semena-mena badan aku mengeletik, alah macam baby yang nak kencing tu kan. Dia jadi macam geli wey geli. Naik habis bulu roma.



Tapi kalau kes fobia pada goreng telur tu nak kategori apa pun aku tak tahu. Aku lah tu. Aku boleh masak apa apa pun, bukan terer tapi pandai. Pandai dan terer dua benda berlainan, terer masak macam chef wan tu dah professional, kalau pandai tu macam aku, amatur lagi. Benda yang complicated macam masak tomyam, gulai ikan, ikan tiga rasa, Hoiii tu semua boleh. Tapi kalau bagi goreng telur, haa nampak lah macam budak darjah 3 yang cuba nak impress parents dia dengan goreng telur.

Kalau dah telur dadar pun tak pandai jangan harap telur mata kerbau nak hebat. Ye dop. Umi beli frying pan yang Tefal pun tak jadi. Alahaii kesian kan dengan fifie. Sobs. Sekarang nie aku berdoa aku harap sangat bakal ibu mertua ayah mertua tak suka makan telur goreng. Hahahha. Kalau tak mampus lah aku, tahu ke demo tu aku tak pandai goreng telur. Bukan setakat tak pandai tapi fobia wey.

Friday, 1 February 2013

Sahara dah tamat atau ditamatkan?

Ya Allah sekarang nak online kemain susah, baik streamyx mahupun celcom dua dua lembap. Mungkin server maintenance ke apa tak tahu lah selalunya tak macam nie, once in a while benda ciptaan manusia pasti ada break down. Terima jelah. Ye dop.

Oh maaf lupa nak ucap banyak banyak terima kasih buat blogger nick nashram yang baik hati belanja top up untuk aku. Awwww. Thanks sangat ibarat dah tahu lah si Fifie nak dah sebulan lebih tak top up kredit, huahua. Nanti kewangan mantap sikit aku pun ingat nak buat giveaway yang simple nak appreciate readers, followers dan juga supporters aku selama nie. Nanti ye doakan Fifie dapat duit berkepuk kepuk. InsyaAllah.

Eh eh dalam dua tiga hari lepas heboh jugak di blog blog dan facebook tentang drama Sahara yang dikatakan membelakangi ajaran Islam. Aku pernah jugak tonton drama tu waktu takde benda lain dah aku nak tonton pada pandangan aku agak menarik lah, dakwah komedi, paling lucu dengan Mubarak tu lah. Baru hafal satu dua ayat Al-Quran dah isytihar diri sebagai ustaz yang bertauliah. Mubarak oh Mubarak. Ini disebabkan oleh watak lakonan Sahara yang menggambarkan seorang yang punya ilmu agama yang tinggi memakai jubah dan bertudung labuh siap berniqab tapi berpegang tangan dengan lelaki bukan muhrim dan bercinta. Apakah?

Aku jenis tipikal sedikit, memang aku tak berapa suka tonton cerita cerita begini. Sejenis cerita yang menyandarkan pada dakwah, pada agama tapi hakikatnya terpesong. Seperti nur kasih, karipap karipap cinta, ombak rindu dan banyak lagi drama dakwah sebegini ( aku tak pasti tajuk tapi ada beberapa drama yang aku pernah kutuk ) yang tak menonjolkan ajaran Islam sebenar. Aku pun bukan lah yang pakar dalam bidang nie, tapi dengan ilmu secuit nie aku nak tanya wajar ke seorang yang bergelar ustazah yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam memakai selendang yang menampakkan jambul di depan dan lehernya serta memakai pakaian yang membaluti aurat. Come on. Please lah. Aku rasa budak budak darjah 6 boleh bagitahu jawapan yang betul. 

Hari nie lepas layan drama Debunga Lalang yang meruntun jiwa sobs sobs aku tengok Sahara, eh eh dah episod akhir lah hari nie. Mungkin pihak astro ambil keputusan nak tamatkan drama tersebut  akibat dari kritikan oleh orang ramai atau mungkin drama itu memang dah setakat tu je. Aku pun tak tahu. Aku akan layan cerita sebegini kalau cerita itu sendiri menojolkan dan menekankan nilai nilai yang sepatutnya ada dalam drama dakwah, yang sejajar dengan ajaran Islam.

Thursday, 31 January 2013

Kenapa Kelantan&Terengganu tak ditetapkan mas kahwin




Januari nie aku tengok entry terbitan aku agak berkurangan dari Disember tahun lepas, mungkin mood agak swing biasalah bila Nuffnang tak bagi apa apa reward, mood pun kelaut lah. Hahaha.
Minggu nie memang minggu yang agak sibuk bagi aku since dah 6 bulan rehat di rumah minggu nie lah yang paling sibuk, bermula Ahad aku drive ke Machang awal pagi lagi demi siapkan medical check-up alih alih sampai disana, staff bagitahu kita tak buat medical check up hari ahad sebab doktor tak bersedia medical check up only available on Monday to Wednesday. Hurmmm nasib oh nasib. Hari isnin supposed aku kena teman nenek ke USM tapi sebab nak complete kan medical check up aku sekali lagi ke Hospital Machang, nasib lah orang tak ramai sampai disana waktu baru 8.15 pagi. Gigih kau. Hari selasa dan rabu (kelmarim) aku attended pre-wedding course. Auwwww I kan dah nak kahwin. Hikhik

Aku ingatkan aku nie muda lagi oh lupa gua dah 24tahun tapi mostly yang hadir ke kursus kahwin budak budak dari aku, usia 15 tahun pun ada. Sebelum hadir ke prewedd course nie aku biasalah jenis makhluk suka judge a book by its cover, aku dah set tipikal thinking aku pasal prewedd course alah apa ke relevan nya kursus kahwin nie, kalau nak bercerai, bercerai jugak. Haaa amek kau. Jenis manusia malas nak hadir ke ceramah macam nie lah. Tapi bila dah hadirkan diri selama dua hari nie, baru lah semua tu berubah. Habis first day excited nak hadir second day, best sangat. Banyak ilmu pasal alam rumahtangga nie yang aku dapat.


Dari sekecik kecik hal sehingga sebesar besar hal, semua ustaz ajar. Dari hal ibadat, akhlak, akidah yang kita dah berlajar sejak darjah 1 lagi tu sampai lah ke enakmen kanun 1985 tentang undang undang perkahwinan. Aku rasa kaum Adam paling best kelas kelas macam nie, pasal ustaz pun ada sentuh bab tu. Haiii nak buat macam mana yang tu pun satu benda yang harus belajar jugak. Bukan boleh main taram macam tu je.



Dah attend kursus kahwin nie baru aku tahu kenapa Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak ditetapkan nilai mas kahwin perempuan. Bagi negeri Kedah dan Perlis aku tak sure sangat tapi bagi Kelantan dan Terengganu ia disebabkan oleh wang hantaran dan mas kahwin kami pihak perempuan adalah sekali. Maksudnya kalau si CAMI nak bagi wang hantaran rm10,000 makanya mas kahwin pun dah termasuk dalam tu. Dan kesemua rm10,000 adalah milik si perempuan sahaja tidak keluarga tidak suami melainkan dengan budi bahasa si perempuan untuk bagi sedikit pada keluarganya. Berlainan dengan negeri lain wang hantaran yang diberi oleh CAMI adalah milik keluarga untuk dibuat kenduri kahwin tersebut. Hanya mas kahwin milik si perempuan sahaja. Ini yang aku tahu dari kursus kahwin nie, kalau silap maaflah.

CAMI tu calon suami, CARI tu calon isteri. Huahua

Monday, 28 January 2013

Perempuan meroyan


Aku pernah dengar cakap cakap orang tua dulu dulu waktu aku tengah kecik, alahh perempuan belajar tinggi tinggi pun nanti ke dapur jugak. Saat tu aku masih tak rasa nak bercakap, faham pun tak nak membantah apa hal pulak kan. Tapi sekarang aku tanya korang, relevan lagikah kata-kata tersebut. Kesnya semalam aku pergi ke kedai runcit nie dekat dengan rumah aku malas gila nak drive ke bandar setakat nak beli kankung untuk buat maggi. Tapi kalau aku rajin atau memang aku punya banyak pilihan, kedai tersebut memang lah last option aku. Kesnya anak anak dia punya lah sombong gila ibarat aku tengah bercakap dengan wife perdana menteri tapi tidak. Aku bercakap dengan anak anak dia yang 24/7 bekerja di kedai runcit ayah mereka yang hanya sekangkang kera. 

Kisahnya aku tengah belek belek apa lagi nak dibeli di kedai runcit tu then masuk seorang perempuan tua sebaya dengan umi kenalan umi rupanya, dia sembang sembang dengan umi tanya sekarang mengajar di sekolah situ lagi ke. Umi jawab yelah mengajar lagi lambat lagi nak pencen. Tiba tiba terus bunyi suara sumbang, alahhh perempuan kerja hebat lah macam mana pun akhir sekali ke dapur jugak ( dengan nada angkuh dan sombong). Umi yang tengah sembang terus berhenti bercakap. Aku memang dah senyap, speechless gitu. Sebab aku tak nampak sebarang relation antara sembang sembang umi dengan kawannya dan budak perempuan pekerja kedai tersebut. Umi pun yang memang garang terus meletus api kemarahan ibarat Power Rangers menentang raksasa. 

Memang lah kerja lah apa pun memang perempuan akan ke dapur, tapi kalau setakat ke dapur tapi ilmu tak ada otak tak guna, bodoh buat apa. Kau kalau nak bercakap elok sikit, jangan buat kurang ajar dengan aku, aku ada bercakap pasal kau ke. Sebenarnya umi cakap banyak lagi tapi aku malas nak tulis, sebab umi cakap dalam bahasa Kelantan. Dan kalau kau tahu macam mana orang Kelantan bercakap lebih lebih waktu tengah marah memang aduiiii ayat hot and spicy sampai menangis tak berlagu lah wey orang yang kena. Terus senyap budak tu, muka pun berubah makin putih aku nampak. Hahaha

Disini aku langsung tak salahkan umi bukan faktor aku anak dia, tapi sebab aku tak nampak apa salah umi dalam hal tu. Perempuan tu yang tiba tiba menyampuk orang bercakap, dan bayangkan lah she's only 20 something around my age and umi is 46. Kalau pun orang tua bercakap kurang ajar aku rasa tak patut kita nak balas dengan perkataan yang kurang ajar jugak, inikan pula bila orang tu lansung tak berkurang ajar dengan kau. Please babe, kalau pun IQ kurang at least show your good attitude, respect your customers. Lepas tu terus umi bebel banyak banyak lagi, ini aku malas umi nie kalau tak kena something pasal dia, membebel satu hari pun dia larat. But I love you umi, no worries. I know I'll miss your babbling one day. 

Sumpah, aku memang tak akan pernah ke kedai tu lagi even waktu tu aku nak masak tapi tak ada minyak masak. Aku rela pergi ke kedai runcit atau shopping complex terus. Senang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...