Monday 3 September 2012

Pre-Engagement Day

Assalamualaikum and Hye,

Perempuan lebih lebih lagi yang dah sampai masa macam aku memang amat menghendaki sesebuah ikatan itu diikat dalam ikatan yang sah. Tidak hanya sebagaimana kekasih tapi sebagai suami isteri, yang halal. Alhamdulilah, tanggal 1 September lepas keluarga wan rafiq datang kerumah aku dengan tujuan untuk merisik. Ehem merisik boleh juga dikenali sebagai pra-pertunangan. Dalam adat melayu tujuan merisik adalah untuk bertanya khabar adakah bunga di taman sudah dimilik orang jika belum besarlah hati pihak lelaki untuk menanda. Ahaks. Terbunga ayat disitu seperti berbunganya hati si penulis. Erk

Sebenarnya kami memang tak ada sebarang planning pun untuk merisik atau bertunang dalam masa terdekat nie since dia pun tengah belajar lagi dan ada lebih kurang tiga tahun baru complete master. Duit pun cukup-cukup makan je orang kata. Tapi nak buat macam mana, Allah is a great planner. Waktu raya kami terbincang benda nie sebab umi dengan ayah pun macam nak kami bawak ikatan kepada yang lebih serius. Aku bawak berbincang dengan dia, bagitahu cadangan parents aku lantas dia berbincang dengan family and his family are agreed. Syukur lah. Tak banyak dugaan pun.

Hari Khamis bersamaan dengan 30 Ogos, kami ke Kota Bharu jajak habis kedai demi mencari barang-barang hantaran. Sepertimana orang kata cincin, baju untuk dia, kain untuk aku. Yang lain-lain kami bagi manisan, orang tua-tua bilang untuk memaniskan lagi hubungan ini. Ehem. Harap-harap manis seperti cotton candy lah ye. Kawan-kawan jangan berkecil hati, bukan tidak ingin menjemput tapi ini hanyalah merisik. Nanti bertunang akan aku jemput, rasanya nak buat theme baby blue. Ahaks.

Untuk bertunang, kami rancang tahun hadapan, berkahwin kemungkinan kecil tahun hadapan juga dan kemungkinan besar tahun hadapan hadapan (2014). InsyaAllah. Doakan kami kalian.









29 comments:

  1. alhamdulillah, fie tahniah ! bukan penulis je berbunga-bunga, hati i pun berbunga sama. eh, hihi.bile dah pakai cincin tanda kita dah berpunya tu lagi rase dalam hati ada taman. wuuu best kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pakai cincin dari dia, terus rasa wow aku dah selangkah ke hidup yang baru. Huhu. Thank you nana

      Delete
  2. wah...tahniah...semoga berpanjangan kejinjang pelamin seterusnya keanak cucu...sehidup semati gitu...hehe...

    congratz dear...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nur. Huhu. Thank you for the wish :)

      Delete
  3. wow!!.

    tahniah mek.

    wan ni nak je oyak ke mim and abah suruh masuk minang.
    tapi gak.
    rasanya masa ni tak sesuai lagi.
    wan pun masih tercari cari kerja.
    lain lah kerja tu dah ada kan.
    nanti gak mim and abah oyak

    " gatal nak nikoh dah, kerja takda lagi "

    once dah ada kerja, senang lah.
    fie ni, umur berapa dah?

    entah laa.
    kadang tu, runsing jugak taw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie baru 23 tahun wan. Huhu.
      Muda lagi tapi gak muga dalam family fie memang kawen umur 21 hingga 25 jah.

      Tu yang rasa tua tu.
      Huhu.

      Takpe wan, nanti stabil molek kewangan. Boleh la slow-slow.
      Jodoh tak tunggu kita.

      Delete
  4. Alhamdulillah :)) semoga semuanya berjalan dgn lebih lancar dan dikekalkan hbungan hingga ke akhirnye :)) thniahhh !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you cikzack. Huhu. Nanti big day akan diinvite semua kawan-kawan termasuk bloggers.

      Delete
  5. bestnye fifie ! jeles :( wuaaa..lisa jugak single mingle.. kalau ade kawan tolong kenen2 ye... hahaha. happy for u dear :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala jangan jealous jealous. Nanti turn lisa akan muncul jugak. heee. Thank you lisa

      Delete
  6. eh eh sama kita punya perancangan masa hadapan. hehe.
    nanti boleh la masuk kelab baru sama-sama.

    semoga berbahagia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dani. Ehem nanti kahwin harus invite. Huhu

      Delete
  7. Wahh tahniah ;D
    Bertunang dan berkahwin nanti ajaklah yer xD

    ReplyDelete
  8. tahniaaahhh Fieeee !
    tumpang happy untuk awak ^^.

    ReplyDelete
  9. uuu..congrats fie! moga hubungan korang berpanjangan dan smoga Allah mudahkan perjalanan korang =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Hehe. Anyway nanti big day fie indah harus ada. hee

      Delete
  10. bestnya fie! dah ada tanda nak jadi lebih serius. ain harap masa ain pun sampai secepat mungkin.
    tahniahhh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ain. keep on praying, fie yakin masa ain akan sampai soon. Nanti khabar-khabarkan lah ye. Heee

      Delete
  11. fie....congratz...semoga semuanya dipermudahkan Allah ok....
    p/s: darah manis nie....hehe...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah yang bimbang, orang tua kata darah manis nie susah sikit nak control perangai.Huhu

      Delete
  12. senang hati bila sume urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega sangat sekarang, harapan semoga next step akan lebih dipermudahkan.

      Delete
  13. tahniah sis ^^ semoga semuanya berjalan lancar nanti ye.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...