Ini entry kedua yang berkaitan dengan segment. Kuikui. Inilah tanda orang sudah menggila, aku di tag oleh
Rina Ellisa si gigi besi nie*jangan marah rina untuk join satu segment yang mencabar kesabaran mental aku. Tahu kenapa, sebab segment nie akan open up privacy aku selama ini. Muahahhaa. Dah dah berhenti membebel, perempuan macam nie lah dapat peluang membebel tak akan disiakan peluang.
Okay jom start.
1. Siapa diri anda dirumah
I am who I am, aku di rumah di class di rumah sewa sama je semua. Mulut tak berhenti bercakap, umi kadang kadang nampak lelah nak layan cerita aku. Ada je benda aku nak bagitahu. Semua benda pun aku share, wanRafiq pun sama. Dia cakap padan la aku dengan dia, dia senyap aku mulut banyak. Kena sangat. Selalu kena buli dengan adik adik tapi maaf kalau si kakak melenting semua menikus. Aku memang jenis kepala angin sikit tak kena angin memang macam halilintar lah suara aku. Hahaha
2. Siapa diri saya disamping rakan
Macam sama je dengan soalan diatas, sama je rasanya. Kalau dengan kawan memang aku jenis happy go lucky and sometimes boleh senyap bila ada benda buat aku rasa kecil hati, well you know aku jenis temper sikit. Huhu. Aku akan share semua benda dengan kawan dan aku jenis mudah percaya pada kawan since aku tak pernah ada pengalaman ditipu kawan baik atau bahasa mudah backstabbing.
3.Lima benda yang diidamkan tapi tak dapat lagi
Kena sangat lah tanya waktu nie, huahua. Aku ada mengidam banyak benda lately benda pertama flat shoes dari ferragamo cost 700plus myr *gila tak mampu, iphone5 sebab samsung sekarang hang gila biasa ah owner ganas, shawl banyak banyak tak kisah brand apa, kerja, dan kahwin next year. Muahahhaha.
4.Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya
Loyal readers dah tahu, perlu ke diberitahu lagi. Sila cari sendiri. Hahahaha
5.Ceritakan lima perkara saya paling suka tentang dia.
- He will let me win in every fight we had. Muahaha, sebab aku memang bangsa tak reti mengalah dan dia bangsa malas nak bergaduh
- Dia jenis pending, kalau cerita apa apa susah nak faham dan tu buat aku rasa lucu. Sedap jugak boleh main mainkan dia. Kikiki
- Apa yang dia buat dia akan bagi tahu aku dulu, bukan mengadu atau report ke apa, just let me know. Sebab dia kan jauh so aku bimbang jugak lah kalau whatsapp berpuluh puluh tapi satu tak dibalas
- Banyak nya apa lagi eh, oh satu dia tak suka makan pelik pelik dan aku bukan reti sangat masak. Maknanya tak ada lah demands nak makan gulai kepala itik, nasi beriyani gam ke. Tak tak sekadar telur mata kerbau letak kicap enough. Huahua
- Oh boleh nyanyi tak, lucky i'm in love with my bestfriend. Hikhik. Im the lucky one when I have a true friend, a girlfriend, a boyfriend all in one ;)
6. Tarikh membina ikatan.
Perlu jugak eh, oh nanti korang boleh bagi hadiah kan. Cecece, 11/06/2011 baru lagi uolls.
7. Kenangan pahit bersama pasangan
At the moment memang tak ada lagi, never say never (justin bibir besar)
8. Lagu tema chenta
Oh kami bukan jenis jiwang nak ada tema bagai dating pakai t-shirt couple, a big NO. Jadi tak ada. Semua lagu layan, PSY gangnam style mungkin. Haha
9. Apakah perubahan yang saya nak tengok pada dia
Apa eh, oh kurangkan pending. Hahahaha.
10. Tag 10 member lain.
Ini susah sikit takut sudah di tagged oleh orang lain. Kita cuba lah.
Dah. Penat mencari satu persatu. Cepat join, kalau tak aku piat telinga.